CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8697|Reply: 3

Piala Thomas: Berjaya membenam juara 14 kali, Indonesia.. China muncul juara kali ke-11

[Copy link]
Post time 6-5-2024 08:09 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Skuad badminton China memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di laman sendiri apabila merangkul gelaran ke-11 pada saingan Piala Thomas 2024 yang berlangsung di Chengdu, China.


Pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Hi-Tech Zone sebentar tadi, China membuktikan mereka layak menghuni kedudukan No.1 dunia apabila berjaya membenam juara 14 kali, Indonesia dengan keputusan 3-1.


Perseorangan No.2 dunia, Shi Yu Qi mengekalkan aksi cemerlang pada kejohanan dwitahunan itu apabila menghadirkan mata sulung China menerusi kemenangan mudah 21-17, 21-6 ke atas Anthony Ginting dalam tempoh 43 minit.


Terdahulu, dalam aksi separuh akhir bertemu Malaysia semalam, Yu Qi mencatat keputusan hampir serupa ketika menentang Lee Zii Jia apabila menang 21-19, 21-5.


Indonesia yang tersentak dengan kekalahan awal itu cuba merapatkan kedudukan menerusi beregu, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, namun dinafikan Liang Wei Keng-Wang Chang apabila tewas 18-21, 21-17, 17-21 untuk mata kedua China.


Bagaimanapun, juara Asia, Jonatan Christie kembali merapatkan kedudukan 2-1 selepas berhempas pulas menewaskan pemenang pingat emas Sukan Asia, Li Shi Feng 21-16, 15-21, 21-17.


Beregu kedua China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu menjadi wira pasukan itu apabila memastikan kejuaraan menjadi milik mereka selepas mencatat kemenangan 21-11, 21-15 ke atas Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dalam tempoh 38 minit.


Sementara itu, dalam saingan Piala Uber, China menepati ramalan apabila muncul juara selepas turut menewaskan Indonesia 3-0, sekali gus menjadi gelaran ke-16 mereka dalam sejarah kejohanan tersebut.


China bermula langkah kanan pada aksi final yang berlangsung pagi tadi apabila perseorangan No.2 dunia, Chen Yu Fei menewaskan Gregoria Mariska Tunjung 21-7, 21-16.


Gandingan beregu, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan memastikan Indonesia mendahului 2-0 menerusi kemenangan 21-11, 21-8 ke atas Siti Fadia Silva Ramadhanti-Ribka Sugiarto sebelum He Bing Jiao melengkapkan kemenangan menewaskan Ester Nurumi Tri Wardoyo 10-21, 21-15, 21-17.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok nampak dah kalau LJH & JH dah free injury depa mmg boleh beat top2 players. BAM kena hantaq p banyak tournaments la lepas ni bagi naik podium mcm FieDin tuhari lepas reunited balik kejap jaa naik ranking. Good luck LJH & JH..lepas ni kalau BAM xmau panggil LZJ pun xpa dah aih. NTY jgn injured pulak lepas ni..time to work hard nk kejaq rank balik
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ginting pun kena under 10 mcm lzj..bukan sebab x power xde form ke apa, lebih kepada dlm sukan ni atlet2 top yg biasa jadi johan ni  ada masa diorg akan berada dlm unplayable form..atau in the zone. Mmg kesian la pihak lawan dia..contoh atlet2 legend ni mcm roger Federer, Nadal n jokovic, Messi, tiger woods..dlm NBA selalu diorg pakai in the zone ni utk top player..skang dlm baseball tgh viral legend jepun tgh mendunia namanya shohei ohtani...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:22 AM | Show all posts
grouper replied at 6-5-2024 10:18 AM
Ginting pun kena under 10 mcm lzj..bukan sebab x power xde form ke apa, lebih kepada dlm sukan ni at ...

apa maksud unplayable form? macam unbeatable level ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051087 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list