CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4003|Reply: 12

[Tempatan] Kerajaan sedia beri ‘kuliah ekonomi’ kepada pembangkang, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 7-5-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan sedia beri ‘kuliah ekonomi’ kepada pembangkang, kata PM

https://www.freemalaysiatoday.co ... keh-usaha-kerajaan/

Nora Mahpar
07 May 2024, 09:41 AM


Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak mengelirukan rakyat dengan menjaja fakta tidak tepat mengenai usaha kerajaan menambah baik ekonomi. (Gambar Bernama)

Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak mengelirukan rakyat dengan menjaja fakta tidak tepat mengenai usaha kerajaan menambah baik ekonomi. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia memberi ‘kuliah ekonomi’ kepada pembangkang yang didakwa sering mengelirukan orang ramai dengan fakta tidak tepat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga menteri kewangan mendakwa pembangkang sering memperlekeh dan mencerca usaha kerajaan meningkatkan ekonomi dan produktiviti penjawat awam.

Tegasnya, ia termasuk pertikaian berkaitan pelarasan gaji bermula Disember ini, dengan menjaja cerita tidak benar dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu.

“Jadi kalau dia (pembangkang) nak tahu, (kita boleh adakan) sesi dengan Amir ke, atau dengan Johan… bagi kuliah sikit kepada pemimpin pembangkang tentang bagaimana kita uruskan ekonomi,” katanya merujuk Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican.


“Kalau tidak nanti dia bingung … bila dia bingung, dia cerca di khalayak dan orang keliru padahal kena ingat walaupun dia cerca kita di Kuala Kubu Baharu … hampir tiap keluarga itu ada penjawat awam.

“Jadi jangan perlekeh usaha kita kerana saya tahu sukar dan saya menung berbulan-bulan … mesyuarat berpuluh kali untuk pastikan saya yakin dan saya nak kenaikan itu bermakna,” katanya pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan.

Menjawab pihak yang mempersoalkan kemampuan kewangan negara melaksanakannya, Anwar berkata, pelarasan gaji dibuat selepas kerja dasar dilakukan dan sumber kewangan diketahui.

“Kita umum selepas kerja dasar dilakukan, kita tahu dari mana (sumber) kewangannya, kita tahu hasilnya berapa. Kita dapat lihat umpamanya, seperti mana (pelaburan) Microsoft, itu dimulakan tahun ini. Bila Amazon mulakan? Tahun ini … bila ACWA (syarikat Arab Saudi) datang? Dalam dua minggu.

“Ini bukan rencana tiga atau empat tahun, jadi kalau ada usaha sebegini, kita yakin pendapatan negara akan bertambah, mutu khidmat penjawat awam akan lebih baik dan hasil kita akan bertambah,” katanya.

Pada 4 Mei, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa kenaikan tangga gaji itu ialah ‘berita tidak pasti lagi’, memandangkan ia hanya akan dilaksanakan jika Belanjawan 2025 diluluskan.

Pada sambutan Hari Pekerja 2024 1 Mei lalu, bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, Anwar mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13% bermula 1 Dis, antara yang tertinggi dalam sejarah, dengan peruntukan lebih RM10 bilion.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan juga akan meningkatkan gaji minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan, berbanding jumlah pendapatan minimum, termasuk gaji dan elaun tetap, RM1,795 sebulan ketika ini.

Sementara itu, Anwar berkata beliau akan bertemu syarikat petroleum negara, Petronas dalam masa terdekat untuk membincangkan projek Saudi Aramco di Pengerang, Johor.

“Dari Aramco berbilion juga untuk di Pengerang dan ada satu lagi aspek yang saya akan bincang dengan Petronas di mana ada perkara pokok…dua selesai, satu ada masalah sikit dan kita harus putuskan di peringkat kerajaan.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
takpela....dh prnah dgr 'kuliah'...arini perintah...sok rega minyak turun.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 7-5-2024 04:23 PM

imagine kalo  Dap persoal gaji naik mcm Wan Fayhsal  tu buat..mesti dah sesak depan Sogo tu geng walaun walauntit berguling buat demo smbil melalak hak melayu dah tertindas
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:51 PM | Show all posts
kau punya pencapaian ringgit terpaling pariah pon fefeling nak bagi kuliah?


astaga
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Maharaja lawak mega ke nih?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 09:23 PM | Show all posts
SAYA ULAMMMMM!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari yang lulus ijazah Sastera atau yang kekonon terror formula? Dedua fail lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Formula minyak makin naik harga?


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
tercirit walanon nk menjawab dah kena bedil bertalu2
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Khabarnya Saudi Aramco akan beli stesen minyak shell di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Formula pun ke laut..ada hati nak bagi kuliah ekonomi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 08:45 AM | Show all posts
ketam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056289 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list