CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8857|Reply: 50

Tahun 2012: Proton Hybrid dan Exora Turbo

[Copy link]
Post time 23-4-2011 06:02 AM | Show all posts |Read mode
Proton Sedia Hadapi Pasaran Terbuka

SHAH ALAM: Pengarah urusan kumpulan Proton Holdings Berhad Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yakin pengeluar kereta tempatan boleh bertahan dalam pasaran terbuka sepenuhnya.

Beliau berkata, Proton bersedia menghadapi cabaran dan peluang apabila rancangan liberalisasi industry automotif tempatan bermula menjelang 2016.

"Kita telah bersedia semenjak lama dahulu. Liberalisasi adalah membuka ekonomi bagi industri kereta menjadi lebih berdaya saing.

"Kita masih ada lima tahun lagi, dan apa-apa yang kita lakukan, kita mesti pastikan kereta menjadi lebih murah dan rekabentuk dan kualiti produk menjadi lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kualiti Proton di sini.

Sementara itu, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan menyelesaikan pengstrukturan semulanya menjelang setengah kedua tahun ini sebaik sahaja ia mendapat kelulusan lembaga pengarah dan pemegang saham.

Pengstrukturan semula itu bertujuan mengukuhkan operasinya sejajar dengan liberalisasi industri automotif.

Mengenai penggabungan Proton-Perodua, Syed Zainal Abidin berkata, Proton telah berbincang dengan Perodua dan telah mengenal pasti bidang-bidang yang boleh diperbaiki seperti pembangunan vendor, pembelian dan kualiti.

Beliau juga berkata, ujian pengesahan bagi Proton Exora dan Proton Hybrid sedang dijalankan di United Kingdom dan dijangka siap dua minggu lagi.

Katanya Proton akan mengeluarkan Proton hybrid selepas mendapat kelulusan akhir daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya.

"Kami berharap kereta itu boleh mula dijual tahun depan," katanya.- BERNAMA



.....yg lom beli kereta tu sabor yer....tunggu 2012 baru beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 08:34 AM | Show all posts
pandangan ikhlas aku sebagai rakyat malaysia yg mahu lihat proton berjaya..

design.. mmg proton pandai buat.. cantik.. cun melecun..
handling.. mmg susah keta lain boleh celen proton.. big advantages..
reliable.. buat rnd setiap part.... keta mahai sikit.. janji lasak.. rakyat mesti beli..
interior.. tang ni proton kalah bertiang2 dengan pengeluar lain..
soundproof .. ni jugak proton kalah bertiang2 dengan pengeluar lain..

kalau la proton boleh ejas 3 benda tu..

proton mmg boleh tewaskan kebanyakan pengeluar kereta jepun..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 06:02 PM | Show all posts
pandangan ikhlas aku sebagai rakyat malaysia yg mahu lihat proton berjaya..

design.. mmg proton p ...
Alt-F4 Post at 23-4-2011 08:34



    betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 01:46 PM | Show all posts
pandangan ikhlas aku sebagai rakyat malaysia yg mahu lihat proton berjaya..

design.. mmg proton p ...
Alt-F4 Post at 23-4-2011 08:34



handling tu camne maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 01:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by Alt-F4 at 24-4-2011 13:57

handling ni kalo nak senang paham..

ang bwk keta.. contoh dlm highway.. bwk 160kmh.. boleh menten kat jalan tak rata.. boleh ambik koner rilek.. steering tak lari..

pastu turun bukit.. boleh ambik lap.. stedi.. takde rasa gayat.. takde rasa mcm keta nak terbalik..
handling boleh test bila highspeed ngan corner la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 02:06 PM | Show all posts
Handling tuned by Lotus tu gimik ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2011 02:12 PM | Show all posts
takde gimiknya.. mmg betoi pun .. proton semua handling by lotus..  tu yg power tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2011 04:24 PM | Show all posts
Reply 7# Alt-F4

....pasal handling memang aku setuju memang mantop persona banding vios dan city.....pada kelajuan tinggi persona lebih stabil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2011 04:54 PM | Show all posts
handling proton skang memang bes......kalo ngelak lubang tu in immediate memang relax jek....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 08:27 PM | Show all posts
Dlm forum satu ni, rmai yg tunggu2 exora turbo....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 08:55 PM | Show all posts
tu la.. proton mmg kuat kat handling.. tp kalah kat reliable .. interior dengan soundproof..

aku dulu mmg teringin pakai proton.. then aku beli la proton baru..( aku beli tahun 2008.. pastu jual 2009 ) tp maybe sebab aku punya taste tinggi sikit kot.. so aku takleh tahan lama ngan proton ni.. sebab2 seperti sebab2 di atas.. then aku go for toyota.. sebab toyota ada 3 benda tu..

proton still a good car.. tp kalo betul2 nak jadi value for money dan betul2 berjaya.. overcome 3 major problem tu je.. lepas tu proton mmg dah boleh beat byk pengeluar kereta.. ( ni tak ngambil kira bab enjin la.. )

toyota handling ngan design bg aku so-so je la.. takde la best pun ( ni pengakuan ikhlas ni.. takde tipu2 punya ) ... tp dia reliable.. interior cun.. soundproof pun okey.. dan satu sebab lagi.. dia punya secondhand value mmg cantek..

interior proton ni bg aku terlampau plastik la.. terutama bahagian dashboard ngan panel pintu.. kalo boleh upgrade mmg cun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 09:17 PM | Show all posts
dulu proton punya handling mmg  by lotus...tp skang 100 mmg jurutera proton sundrik yg setting handling tu,,,terbaik persona,SATRIA gti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 10:58 PM | Show all posts
kereta pertamaku Satria GTI..memang terbaekkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 08:27 AM | Show all posts
.....yg lom beli kereta tu sabor yer....tunggu 2012 baru beli
mycos79 Post at 23-4-2011 06:02

Bukan lagi 2012, kena tunggu 20 tahun lagi baru boleh beli kereta, sebab waktu itu maybe ada kereta Gen-Two hybrid turbo dan Persona hybrid turbo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 08:29 AM | Show all posts
20 tahun dari sekarang mungkin ada Gen-Two hybrid turbo dan Persona hybrid turbo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 11:59 AM | Show all posts
kalo nak produce keta yg leh dijual dgn volume yg byk...handling antara kriteria yg plg bawah sekali...kriteria plg utama yg public mau..keta yg reliable dr segi kualiti pemasangannya..x lupa juga design yg menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 12:04 PM | Show all posts
exora den exit hiway amik lap rilek yo satu lapan..handling by Lotus tuuuuuuu...!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2011 03:33 PM | Show all posts
exora den exit hiway amik lap rilek yo satu lapan..handling by Lotus tuuuuuuu...!
orangdalam Post at 25-4-2011 12:04


ekau beli exora tak bagitau den....kenduri kesyukuran pong tak jemput den....sampai hati
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 06:27 PM | Show all posts
ada satulagi kelebihan kreta proton vs jepun....cuba tengok mana letak JAM kreta
kalau proton kat ATAS
kalau jepun(my car AVANZA) kat bawah sikit..

bukan ke susah kalau kita nak tengok jam kalau tengah drive tu, kena toleh kat bawah...lebih2 lagi klau laju...x kan nak tengok JAm tangan sendiri...

emmm.....x sure kalau kreta jepun lain....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 01:29 PM | Show all posts
ekau beli exora tak bagitau den....kenduri kesyukuran pong tak jemput den....sampai hati
mycos79 Post at 25-4-2011 15:33


memang sampai hati den..muahahahaha..beli exora je pung..bukan beli jet peribadi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.615613 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list