|
Post Last Edit by September14 at 26-4-2012 12:55
KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan menyertai Askar Wataniah dalam satu platun bersama beberapa lagi selebriti terkenal tanah air, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, Siti Nurhaliza telah mendapat persetujuan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk menjalani latihan dalam platun berkenaan yang diadakan dalam tempoh 39 jam.
Ahmad Zahid memberitahu, penyanyi itu dijangka menyertai platun berkenaan sebelum Ramadan ini.
“Siti Nurhaliza dan beberapa selebriti lain ini akan menjadi ikon untuk menarik lebih ramai menyertai Askar Wataniah.
“Ini memberi motivasi kepada tentera kita yang berkhidmat di luar dan sempadan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain Siti Nurhaliza, juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor turut berminat untuk menyertai platun selebriti tersebut.
Kata Ahmad Zahid, beliau juga akan cuba mengajak beberapa artis lain termasuk pelakon lelaki di bawah umur 35 tahun untuk menyertai Askar Wataniah. – mynewshub.my |
|