CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8458|Reply: 19

Main toto/4D di saat kesusahan

[Copy link]
Post time 30-5-2011 03:56 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum pada semua,

saya ingin bertanya kat sini ttg pandangan golongan berilmiah.

diberi contoh keadaan:

minah berkahwin dengan mamat.  keluarga mamat dari keturunan baik2.  sederhana serba serbi.  punya kakak (belajar oversea), abang dan juga mamat.  setelah 2 tahun minah berkahwin dgn mamat, barulah minah dpt tahu daripada mamat ttg keluarga mamat sebelum ni.  rupa2nya bapa mamat ni dulu ketika kakaknya belajar di oversea pernah kesusahan dari segi kewangan sehingga bapanya mengambil tindakan untuk bermain toto/4D.  tidak ketahuan sama ada bapanya ada mendapat apa2 keuntungan dari bermain toto/4D tersebut lalu digunakan untuk membantu kewangan keluarga beliau.  mamat hanya bgtahu minah ni bapanya pernah bermain dek kerana terdesak tapi sekejap saja.  sampai skrg bapanya dh x main atau berminat dgn perkara haram tu.  beliau cume terdesak pada ketika tu.

persoalan skrg:

minah sgt khuatir ttg keturunan dan zuriat minah dan mamat ni.  apekah selama ni yang di beri pada mamat oleh bapanya halal? apekah selama ni darah daging mamat ni suci lalu bagaimana pulak dgn zuriat2 minah & mamat ni?  minah hanya mahu pastikan keturunan & generasi yang ada skrg ni bebas dr sebarang perkara2 haram yang tidak diketahuinya.  kerana tidak mahu jadi seperti pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

sila beri tunjuk ajar & nasihat buat renungan bersama.  wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 10:13 AM | Show all posts
Salam,
Soalan macam nie hanya alim ulamak atau org-org yg betul-betul tahu pasal agama yg boleh jawab. Perkara ini melibatkan pelbagai sudut yg agak complicated la untuk kita ulas sendiri. Antaranya:
1)Hukum judi
2)Hukum menggunakan pendapatan hasil judi
3)Hukum memberi nafkah kepada keluarga dari hasil judi
4)Hukum org yg menerima nafkah dari hasil judi
5)Kesan jangka panjang kepada diri dan keturunan

Untuk merungkai masalah nie perlu kefahaman dan ilmu agama, tidak boleh main agak-agak sahaja. Sy cuma boleh bg jawapan yg umum sahaja iaitu judi itu haram walau apa sebabnya. Untuk bab kesan kepada keturunan dan sebagainya perlu penelitian dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 10:36 AM | Show all posts
Reply 2# acesecure


saye mmg x pandai olah ayat.  ayat acesecure lebih teratur..

saya lebih concern ttg kesan terhadap keturunan.  since yang dh berlalu kite x boleh nk buat ape kecuali bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 11:05 AM | Show all posts
assalamualaikum pada semua,

saya ingin bertanya kat sini ttg pandangan golongan berilmiah.

dib ...
sahidah Post at 30-5-2011 15:56



    meh jemput ustaz asri masuk board..kalo tak silap saya dia dulu pernah ulas pasal benda ni kat tv/ paper..tak ingat da..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:16 PM | Show all posts
tanya pada diri sendiri... apakah kemanfaaan yg kita peroleh hasil menyiasat keburukan orang?... adalah lebih baik, kita cari kebaikan yg ada pada seseorang itu, moga2 dengan kebaikannya itu kita beroleh kebaikan pula!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 12:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by darkcloud at 31-5-2011 12:50

Perkara haram tetap haram..

Tapi di sini aku rasa TT nak tanya jadi busuk dan haram kah darah daging yg memakan hasil dr perkara haram.. maka lahirkah perangai anak yg mcm haram jadah..

Baca balik cerita zaman Rasulullah saw dan para sahabat.. setelah sahabat-sahabat Rasulullah saw memeluk Islam ketika berada di zaman jahiliyah.. pada penghidupan mereka sebelum Islam tidak punya jadual halal dan haram dalam kehidupan mereka.. para sahabat yg paling awal memeluk Islam adalah panglima-panglima tentera quraisy yg menentang Rasulullah saw utk mengekalkan cara hidup nenek moyang mereka.. Setelah pengislaman mereka, ketetapan taqwa dan zuhud  dalam hati mereka sehingga berjihad mempertahankan agama Allah swt..

Kalau nak cerita lebih berkaitan boleh baca cerita bila turunnya wahyu pd Rasulullah saw ketika mengharamkan arak... pasal aku malas nak taip ni..

Bersangka baik pada Allah swt.. Sabda Rasulullah saw; Anak yg dilahirkan itu ibarat kain putih, ibu bapa yg mencorakkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2011 01:17 PM | Show all posts
kadang2 bila pikir betol2, hanya kerana seorang dlm keturunan melakukan kesilapan besar & berdosa, tempiasnya sampai ke anak cucu.  itu yg merisaukan.  dlm nk membentuk keturunan yang baik2 ni ade perlunya kita pelihara darah daging keturunan kita agar terbentuk anak2 yang soleh, lembut hati dan patuh perintah ibu bapa, Allah & rasul.  bila anak2 degil & perengus, sape plak nk disalahkan? mana silapnya?  bagaimana kita nk betulkan isu dlm kesah minah & mamat ni?  :re:
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 06:20 PM | Show all posts
macam kata acesecure lah,setakat boleh kata judi tu haram boleh lah,,bab2 kesan jangka panjang tak berani dan tak layak nak memberikan jawapan..

pada saya, nak betulkan sudah tak boleh dah benda dah berlaku..tak kan kerana itu nak ambil jalan berpisah pulak,sanggup ker..kalau sy tak sanggup,sebab yg salah tu bapa mamat bkn mamat..
Yang penting,bertaubat,tawakkal dan minta Allah jauhkan diri dan keturunan dari perkara yang tidak elok..Dalam doa dhuha ada kalau rezeki haram minta Allah bersihkan..
dgn cara bersedekah mungkin dapat membersihkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2011 09:41 AM | Show all posts
Reply 8# nickname


itu satu cara yang bernas... dhuha... hmm...terima kasih kerana berkongsi ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 10:19 AM | Show all posts
Sekadar berkongsi. Sy cuba bg jawapan pd soalan TT. Ini cuma sekadar makluman sahaja bukan untuk mencari keburukan org, diharap pada masa depan jika perkara sama berlaku pada forumer lain bolehlah dijadikan ingatan. Supaya kita semua tidak melakukan perkara yg tidak sepatutnya.

Sy ada bertanya guru sy berkaitan hal ini dan ini sedikit ulasan beliau.

Judi adalah haram disisi Islam tidak kira untuk apa tujuan sekalipun. Walaupun dlm keadaan terdesak. Apatah lagi digunakan untuk menyara keluarga. Disini si bapa telah melakukan dua perkara yg tidak sepatutnya iaitu bermain judi dan menyara keluarga dari hasil judi tersebut. Si bapa telah menanggung dua dosa. Bagi pihak keluarga pula, jika mereka tidak mengetahui perkara tersebut pada masa itu adalah tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi jika mengetahui duit tersebut dtg dari sumber yg haram dan tetap menerima duit tersebut maka keluarga itu juga akan menanggung dosa bersubahat.

Zuriat dan keturunan turut akan menerima tempias dimana jika duit tersebut digunakan untuk membeli makanan maka ia akan menjadi darah daging (hati) mereka lebih-lebih lg jika mereka mengetahui perkara itu.

Namun, setiap dosa yg dilakukan oleh manusia, Allah tetap membuka pintu taubat kecuali dosa syirik. Jika si bapa telah sedar dosa yg dilakukan hendaklah bertaubat nasuha dan perbanyakkan amalan. Mohon keampunan dan mohon dilindungi keluarga. Bg keluarga pula banyakkanlah amalan supaya dibersihkan hati dari perkara yg tidak sepatutnya. Janganlah pula disebabkan perkara ini masalah lain yg tidak sepatutnya muncul. Perkara yg berlaku biarkan sahaja, cari jalan untuk masa depan yg lebih cerah. Kepada keturunan pula janganlah disalahkan si ayah, bantulah dia untuk keluarga dan agama.

Ini adalah untuk perkongsian ilmu bersama, jika ada kesilapan harap boleh betulkan. Sy telah cuba membantu mengikut pengetahuan dan ilmu sy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 10:37 AM | Show all posts
Reply 10# acesecure


terima kasih atas ilmu yang dikongsi.  mudah2an boleh dijadikan sbg rujukan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 04:29 PM | Show all posts
cara ayah die je haram. ada ke rezeki haram? rezeki kite dah Allah tentukan. rezeki maksudnya rahmat. cuma cara mendapatkan rezeki 2 je haram. zaman nabi pown ramai org kafir yg masuk islam lalu mereka beri harta mereka pada Rasulullah utk jalan islam dan Rasulullah terima. adakah rezeki 2 semuanya dari sumber yg xharam? itu haram pada perbuatan je. dosa seseorg xkan ditanggung oleh seseorg yg lain. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 04:40 PM | Show all posts
Reply 12# zakilled


statement zakilled ni boleh menimbulkan byk tanda tanya & kekeliruan nih.. boleh bagi contoh atau penerangan yang lebih jelas??
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 04:51 PM | Show all posts
Kalo bagi anak tu mkn rezeki tak berkat.. tak kiralah rezeki dr main judi, atau menipu org, atau mengelat buat keje.. keluarga dia tu yg jadi tak berkat.. tak dapat perlindungan, petunjuk, rahmat dan nur dari Allah swt.. aku tak suka org2 yg bersangka buruk pada Allah swt...  manusia tu tak lari dari buat dosa.. bukan takat bapak mentua die je berdosa berjudi.. org lain pun buat dosa jgk.. takkanlah sume org dlm dunia ni jatuh sial pulak disebabkan org lain... tapi bertaubat lah.. Allah tu kan Maha Pengampun.. semua dosa Allah ampunkan jika bertaubat kecuali dosa syirik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 05:10 PM | Show all posts
ya la. dah ayah die buat salah. xkan la mamat 2 pulak yg kena. 2 la maksud sy. rezeki 2 semua dr Allah xkira la lagu mana pun hang dapat. tp yg salah bukan la pada rezeki Allah 2 tp pada perbuatan2. contohnya dapat duit dari jual cd lucah ke apa, tp duit yg dapat 2 bkn ke dari Allah jugak tp yg salah lgu mana? salah tang hang pi jual cd lucah 2 la. ada ke manusia lain dapat bg rezeki selain Allah? xder kan. yg salah adalah perbuatan. dosa pada irg yg jual 2 bkn pada rezeki atau duit yg die dapat 2.

contoh aku jual perempuan nie tanpa kerelaan die, aku dapat duit aku bg die, tp die mmg org susah dan perlukan duit, tp die xrela cuma terpaksa sbb aku ugut mcm2 la, die ambik duit 2 dan pakai jugak utk anak die yg masih kecik, so haram x rezeki 2 pada anak die? yg dosa nya perbuatan aku sbb aku yg paksa. lebih kurang cam 2 la maksudnya.

klu aku salah betoi kan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 10:24 AM | Show all posts
Reply 15# zakilled


    Situasi beginilah yg memerlukan kefahaman tinggi. kalau awak baca penerangan sy diatas dgn teliti dan fahaminya awak x kan bertanya dgn soalan ini. tapi, disebabkan awak bertanya sy tlg jwb sekadar mampu.

Kalau diikutkan situasi dlm cerita khayalan awak, dah tentu lah mamat yg menjual gadis tersebut berdosa dan mendapat pendapatan haram. bg gadis berkenaan pula sama la berdosa kerana menerima duit dari punca yg haram dan dia sememangnya tahu duit itu dtg dari punca yg haram. mmg dia tidak rela tetapi dia tetap menerima dan menggunakan duit tersebut. Bg anak dia pula lain ceritanya sbb budak itu hanyalah anak kecil yg belum tahu apa2. dia x tahu dan x faham berkaitan halal haram dan dia x tahu duit itu dtg dari punca yg haram.

seseorang itu tidak akan menanggung dosa org lain tetapi akan menanggung dosa bersubahat jika dia tidak melakukan apa2 apabila mengetahui ada dosa dilakukan malahan turut sama menggunakan hasil dari perbuatan dosa tadi. Islam itu agama yg suci dan mudah. Jadi janganlah jadikan Islam itu complicated, islam itu adil dan saksama, hukuman tidak akan dijatuhkan dgn sewenang-wenangnya tanpa sebarang pengadilan. Sbb itu sy katakan dari awal bahawa perkara ini memerlukan org yg betul2 faham dan berilmu tentang hukum islam kerana ia melibatkan banyak cabang dlm islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2011 11:42 AM | Show all posts
Reply 15# zakilled


dlm cth kes zakilled ni perempuan tu dipaksa utk menerima.. maknenyer dia melakukan perbuatan haram itu tanpa kerelaan.  yang penting dia tahu sumber kewangan yg diperolehi tu adalah salah & segera bertaubat.

tapi cth kes yg saya bagi tu ialah minah tu baru dpt tahu. itupun dr sang suami.  klu sang suami x bgtahu pn sampai bile pn die xkan tahu.  tapi memandangkan die dh tahu, xkn la pulak die nk bgtahu bapa mertua die supaya bertaubat dan bykkan bersedekah utk mensucikan dosa2 lalu?  adapun mamat perlu nasihatkan sendiri bapanya agar sentiasa ingat akan perkara yang lalu itu dan bykkan bertaubat? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 04:20 PM | Show all posts
setakat yg saya faham.....

iman tu x leh diwarisi....maka AIDAIAN sy...

kerje ayah tidak kene mengena ngan anak dia....kalo x, anak yg bukan muslim knp leh masuk islam?.....setiap sesuatu yg kite buat adalah tanggung jawab kite sendiri.  yg baik dr allah, yg buruk pun dr allah juga.tapi kite sebagai hambanyer kenelah bermohon doa supaya allah tidak menutup hati kite.

tidak berubah segala qada dan qadar allah itu melainkan dgn doa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 10:00 PM | Show all posts
klu nak kira subahat, byk kite buat dlm dunie nie subahat jugak. contoh beli brg2 yahudi pown subahat. beli brg amerika pun sme.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply 19# zakilled

kalau nak dikira subahat mmg byk la yg kita buat tu subahat. Sebab itu lah kita seharusnya sentiasa memohon keampunan dari Allah setiap hari. kekadang kita sendiri tidak sedar bahawa kita sedang melakukan dosa. Apa yg sy tulis itu ikut pada kefahaman sy dari ilmu yg sy ada. Kalau ade salah harap ada la yg boleh membantu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.071379 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list