CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18828|Reply: 103

13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Salam.
Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 09:48 AM | Show all posts
terima kasih kerana berkongsi info ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 10:09 AM | Show all posts
suka sangat ngan info ni.....klu la boleh kasik ni kt retis2...emmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 10:12 AM | Show all posts
eh..bagus la jawapan dia..kadang2 bila orang bg alasan..iols taktau nk riplai camaner
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2011 10:16 AM | Show all posts
retis2 pun harap membaca nya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 10:24 AM | Show all posts
terima kasih.........
smoga hari ini lebih baek dr semalam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-7-2011 10:29 AM | Show all posts
Reply 6# delimaputih


    same same.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 10:56 AM | Show all posts
terima kasih kerana sudi mengingatkan ladies yang membaca di sini..

Insya-Allah,mana yang baik diikuti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 11:05 AM | Show all posts
terima kasih atas paparan nih...bleh gune bile perlu especially bile nk tegur anak2 buah....depa lagi pandai menjawab, kdg2 mcm kite pulak yg salah sbb tegur/nasihat bab2 aurat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 11:57 AM | Show all posts
thanks for sharing...ilmu yang baik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 12:18 PM | Show all posts
suka bacaa...n mmg betul pun semua point tue..thanks for share...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 02:55 PM | Show all posts
hehe bab ni xramai plak yang komen ngomel...kalau bab gosip retis,,,huh berderet masyuuuk...doakan kebaikan untuk semua muslimat kita, semoga kita selamat dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 04:48 PM | Show all posts
"saya tak tutup aurat sebab belum sedia"

nanti kalau nak mati izrael tanya ek.. awak dah sedia ke nak mati? saya nak cabut nyawa awak ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 05:00 PM | Show all posts
dengar kat Suria FM pasal tutup buku lama bukak buku baru..

ada sorg pendengar tu dia cakap cam kat atas la alasanya..
dia kata mak bapak dia pun x paksa kalau dia nak bertudung..
sbb dia belum ikhlas nak bertudung... dia x mo jd hipokrit konon..
nak tunggu seru konon...
masa tu yg sheera pun cam setuju je apa pendengar tu kata...

skali sorng hamba allah ni dia tepon balik .. lelaki ...
dia kata pemahaman pompoan tu salah... bertudung nie wajib
bukan pasal paksaan...bukan nak tunggu hati tu ikhlas..
org tu kata lagi.. "kalau mati seblm smpai seru camner" ..heheh
yg sheera tu iyakan je la..rasanya dia pun terasa gak tu..sbb dia pun x bertudung...  
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 05:29 PM | Show all posts
"tak betudung sbb belum sampai seru"... seru yg mcmne yang diorg tunggu2?? seruan sangkakala??

tutup aurat wajib, sama mcm solat, puasa.... habis tu, takkan sume pun nak tgu seru baru nak buat?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 07:03 PM | Show all posts
pernah dengar gak alasan ni...

sebab dalam alquran tak disebut dengan jelas pasal aurat rambut ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 07:14 PM | Show all posts
kwn2 iols slalu kata "aku x pki tudung, tp at least aku x kaco org, aku sembahyang....". ada yg kata, "yg pki tudung tu baik sgt kah.."

hmmm... to me, walopon org yg pki tudung tu jahat, at least dia ikut perintah Allah yg satu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 07:15 PM | Show all posts
bagus thread nih..info yg berguna
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 08:30 PM | Show all posts
thanks TT
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 10:15 AM | Show all posts
bagus benang ni......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064986 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list