Post Last Edit by adorabelle1985 at 1-8-2011 00:57
TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.
Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.
Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali.
hmmm... hari tu ikan...sian ikan tu, tecungap2 dalam pinggan, badan plak dicurah sos panas... kononnya nak makanan yg fresh segar dari laut la... ntah ape2
well, the squid is dead, so they're not really torturing it. IT's moving because the sodium in the soy sauce makes the nerves jump, so it starts twitching, or moving, hence "dancing squid"
tindakbalas ni lebih kurang mcm tindakbalas refleks/spontan yg tak memerlukan kawalan dr otak...maksudnya di sini, ade partikel iaitu natrium dlm sos berkenaan yg bertindakbalas ngan neurotransmitter dlm sel saraf sotong menyebabkan otot sotong (sesungut) bergerak scr spontan tnp memerlukan kawalan dr otak sotong yg sepatutnya sudah mati...
tak tau sgt psl biologi, cuma jelaskan berdasarkn artikel dan komen org
tindakbalas ni lebih kurang mcm tindakbalas refleks/spontan yg tak memerlukan kawalan dr otak... ...
dauswq Post at 1-8-2011 07:03
google jugak tapi semua cakap benda sama je sambil quote org yg masak tu. ada sumber lain tak. kenapa sotong je boleh buat macam ni, manusia boleh tak letak sos tu kat mayat tgk gerak ke tak