CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43627|Reply: 176

jejaka pujaanku sudah berkahwin, hati bagai dirobek-robek

[Copy link]
Post time 17-8-2011 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by chocobozhere at 19-8-2011 17:52

first time bukak thread kat sini. kalau salah sori lah ye. sebenarnya nak meluah perasaan sekali dengan nak tanya pendapat dan kalau ada yang punya cerita yang sama dgn saya nak lah tanya macam mana korang hendel semua ni. ok, cerita bermula. 6 tahun lepas saya ada kenal sorang mamat ni. masa mula-mula kenal aje dah mula timbul perasaan suka. lepas tu nak jadi cerita, kami pun menjadi kawan. tapi kawan biasa aje. sebabkan suka sangat kat dia ni, saya berusaha betul nak jadi kawan terbaik dia. lupa pulak nak bagitau, kami tinggal di negeri lain-lain. dia di pantai barat, saya di pantai timur. tapi sebabkan tanak lost contact sebab dah susah nak jumpa selalu, saya dengan gigihnya akan telefon dia setiap hari. masa tu guna telefon rumah sebab nak guna henpon tak berapa pandai sangat & prepaid sangat mahal. bil telefon toksah cakap lah, sampai penah kena soal siasat kat parent sebab bil bulan tu saya saje sampai rm40. wpun dah kantoi dengan parent, tapi sebabkan ikut sangat perasaan, saya tetap kol dia hampir setiap hari. tapi sedihnya, dia lansung tak pernah kol saya walaupun sekali.
setahun lepas tu kami dah makin kurang berkawan. mungkin sebab dia pun dah masuk U so busy dengan life dia yang baru. saya pulak masih lagi terhegeh-hegeh kol dia wpun tak sesekerap dulu dan mungkin sebab dia ialah seorang yang baik maka setiap kali saya kol dia tak pernah tak jawab..tindakan dia tu lah yang buat saya terus-terus suka dia. disebabkan dia dah masuk U, saya jadi semangat nak belajar betul2 dan nak masuk U jugak, walaupun tak dapat sama U, dekat2 pun jadi lah wpun sbnrnye U mamat tu jauh nun kat perlis sana tu...besar betul kecintaan saya pada dia kan....sampai sanggup nak belajar jauh2, padahal saya ni amatlah cengeng dan takut duk jauh dari family. tapi tu perancangan aje, dan bila dpt tawaran belajar, tak dapat pun jauh2, dekat2 ketiak keluarga jgk akhirnya,

tahun demi tahun, kami dah makin kurang.....errr, bukan kami, tapi dia. dia makin lupakan saya. sedangkan sebelum ni dia baik aje dengan saya. tiap2 tahun tak penah miss wish besday, puasa, tahun baru ke, raya ke, tapi lepas tu dah tak ada semua tu. wpun dalam facebook pun dia tak pernah kontek saya...agaknya dia takut saya sukakan dia. mungkin dia dah dapat agak perasaan saya pada dia...

setelah bertahun lamanya, akhirnya saya sedar yang dia memang tak sukakan saya, malah kami pun dah kurang berkawan. bila berjumpa beramai2 pun dia macam sudi tak sudi bercakap dengan saya, sedihnya hati...setelah sekian lama sukakan dia, saya barulah bijak sikit dengan anggap dia bukan jodoh saya, giler kental hati saya sbb sukakan org sebegitu lama yang lansung tak sukakan saya......

bila saya betul2 dah lupakan dia, kalau jumpa pun hati dah tak berdegup2, tiba-tiba saya dapat berita yang betul-betul buat jiwa sentap , saya dapat tau dia dah kawen. dia kawen tanpa beritahu sesiapa, mungkin sebilangan kawan2 tau, tapi saya lansung tak tau. tiba-tiba aje nampak gambar dia dan wife di facebook. berdarahnya hati toksah cakap lah. siang malam saya asyik fikir nape dia kawen tak cakap, nape dia pilih perempuan tu ( saya pernah jumpa sebelum ni)....untuk tanya pada dia sendiri saya tak mampu, sebab saya tahu jawapan dia nanti mesti lebih merobekkan hati saya....

dah lama saya fikir saya dah tak ada feeling pada dia, tapi berita dia kawen ni buat saya asyik ingat dia 24 jam, macam orang tak de life sebab asyik fikir life orang lain kan.....

saya sekarang tak tahu nak buat macam mana bagi hati saya lega. bagi hati saya ikhlas nak doakan kegembiraan dia. kalau ada sesiapa kat sini yang pernah alami apa saya alami, meh lah share macam mana korang hendel semua ni....



(update) : saya dah ok dah,. dah boleh lupakan dan terima  semua ni. thx pada semua kawan2 kat sini yang membantu. rupanya tak susah pun nak lupakan orang yang kita suka, asalkan sedar diri dan yakin bahawa ada orang lain yang mungkin terbaik untuk kita, cuma tak tahu lah  yang terbaik tu bila akan muncul. dan paling penting saya dah ikhlaskan hati untuk doakan kebahagian jejaka pujaan saya tu. biarlah dia bahagia dengan hidup baru dia. pada kawan2 yang ada cerita yang sama nak share kat sini, dipersilakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 08:29 AM | Show all posts
patotnyer tt dah tau awl2 dia tak suka tt

tapi tt still hegeh2 kat dia...

u je byk kol dia dolu2..dia xpernah pun..kat situ pun dah ada sign dari dia...

tapi apa boleh buat...jodoh u bukan dgn dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 08:33 AM | Show all posts
Reply 2# chintachanduri


   aah,masa tu memang dah tau dah yang dia memang tak suka saya. tapi apa boleh buat dah hati sangat suka kan sampai tak nampak sume tu...ekceli dah boleh accept dah dia bukan utk saya sebab saya pun dah mula suka kat orang lain tapi bila tahu dia kawen tu rasa macam tak leh accept sangat.....tapi ye lah, memang dia bukan jodoh saya....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:44 AM | Show all posts
Reply 3# chocobozhere


    sabar je la ye..

    biasala tu..cuma sometimes kita kena pk dri kita sendiri

    aku dlu pun ada kawan mcm ni..smpikan laki tu dh kata tak suka still jugak nak kejor..pelik aku...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:55 AM | Show all posts
wahhhh.. tt mmg seorg yg penyabar,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 09:02 AM | Show all posts
Reply 4# chintachanduri


   uit, kawan awak tu kot2 saya tak? haha
well, saya dah tak kejar dia, saya cuma rasa sentap bila dia dah kawen aje....

betul awak cakap tu, memang patut pikir diri sendiri.

kadang2 pelik jugak dgn diri sendiri, tapi saya ni agaknya memang jenis perigi cari timba, tak pun jenis bermuka tembok, suka sangat kejar orang, tapi selalunya orang yang dikejar tu tak pernah mengejar semula...ciri-ciri loser memang ada pada diri saya ni...nak buat macam mana, tak semua bernasib baik untuk dikejar, jadi terpaksa lah mengejar...

btw, thx for respon...lega hati bila dah lepaskan semua ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2011 09:05 AM | Show all posts
Reply 5# jojie


   ye, penyabar dan bermuka tembok
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:04 AM | Show all posts
aku ada kawan macam kau ni TT
die kata ibaratkan went out for fishing but couldnt find the fish.
once da jumpa, dia memang gigih gila kental la level muka tembok x tembok berusaha gak nak menangi hati laki tu
bagi aku, over react la a bit but somehow, aku salute usaha dia.
walaupun semua yang dia buat tak pernah nya berhasil
lelaki tu tak ambil dia sbg gf pon.
semua pegi dia bila mereka bored or ade problem ke camtula.
entahla kan...
perasaan suka sayang ni utk certain org lain cara dia kot nak express kan..i mean in a way dia nak menangi hati seseorang.
for me,
once org da bagi signal hanya kawan, i'll back off.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:06 AM | Show all posts
Reply 6# chocobozhere


    kompem bukan..

    sbb mamat yang dia kejar tu belum kawen lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:21 AM | Show all posts
emm normal la bila kita penah sukakan seseorang giler babas memang terasa sangat
sakitnya hati tapi permulaan tu biasa la tapi lama kelamaan bole dilupakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:28 AM | Show all posts
First thing, life must go on.... walau ape pun yg terjadi hidup perlu diteruskan jua
tetiba teringat cerita my besfren wedding (julia robert).....
ada satu part tu julia kejar besfren dia, besfren dia kejar cameron diaz (tunang dia).... pastu kawan julia tanya julia siape kejar julia, julia cakap takde org..... sedih je... pastu dia pon sedar kot yg mencintai tak semestinya memiliki....

biasanya disaat2 begini eloklah berkongsi perasaan dgn kawan baik... buat xtvt baru... berforum ke hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 09:31 AM | Show all posts
Reply 7# langitluas


   alamak, terjumpa pulak langitluas kat sini...kat umah sebelah pasal doktor..haha...loser mcm saya ni mmg byk pulak cerita ttg keloseran.....
saya memang serupa betul dengan kawan langit tu, tapi dalam rekod baru 3 orang jek saya penah try, dan sume tak berhasil..haha

saya ni memang tak pandai betul nak ejas hati orang dats y orang tak suka saya plus faktor2 lain seperti fizikal, tahap kecerdasan fikiran, status pekerjaan dll...mungkin certain lelaki kalau dah suka, tayah bagi signal lebih2 pun dia dah boleh faham kan...tapi kalau dah tak suka, kita buat apa pun dia tak nampak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 09:32 AM | Show all posts
Reply 9# chintachanduri

hahaa, ok. terbukti sudah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 09:35 AM | Show all posts
Reply 10# zaiha


   betul-betul..mula2 ni memang rasa lain sangat. 24 jam duk fikir pasal tu. tengok gambar dia dan wife, berdarah rasa hati. tapi ni sekejap jek kot, nanti lama-lama mungkin dah Ok..cuma saya terfikir-fikir macam mana nak berdepan dengan dorang suami isteri kot2 dorg dtg beraya kt umah ke, jumpa kat kenduri kawan2. dah lah saya ni jenis apa dalam hati mudah sangat terpamer kat wajah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 09:37 AM | Show all posts
Reply 11# wymer


   hehe, saya ada tengok gak citer tu...thx bagi pendapat. nak beraktiviti dgn kwn2, saya tak ramai kawan sebab tu berforum kat sini , selalunya jadi silent reader jek....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:38 AM | Show all posts
takpela TT
ni semua dugaan dan ujian daripada tuhan utk TT dalam life ni
maknanya, ure strong enough to encounter with this situation. walaupun lebih dari sekali.
cuba TT jangan kejar , jalan je macam biasa, maybe satu hari nanti akan ada someone out there chasing after you.
agak2 mungkin tak?
nothing is impossible tau.
sometimes bila kita berhenti berharap pada yang kita nak sangat2 kan...kita buat relax je hadapi life ni everyday, suddenly tah celah mana tah ..bila ...ada orang baru muncul depan mata kita...padahal kita x cari dia pon..or kejar dia...

aku ni cakap macam pro..padahal hati sendiri...tengah dalam proses la ni balut luka..
hihihi...
ayat2 kat atas ni..semangat utk diri sendiri gak.
i feel u TT
i suka kat someone ni ikhlas seikhlas2nya..tapi dia main tarik tali entahla apa yang dia nak sebenarnya...lelaki ni x faham feeling perempuan..so what i did..
i left.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:53 AM | Show all posts
dlm tempoh yg lama ni yu x penah bercouple dgn org lain ke? gigih menanti si jejaka nan sorg tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:49 AM | Show all posts
Reply 15# chocobozhere

kalau ada bod buat gathering join la... boleh menambah rakan
pastu jgn desperate, just because dia dah reject so terima je sesape dalam hidup
u have the right to choose who is the best for you...

apekata berhibernate jap dari lelaki pastu enjoy ur single life
pastu kalau byk duit sikit gi la bod pelancongan, mane2 yg nak travel to join je
disamping menambah kenalan, ia juga mengisi masa lapang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:44 AM | Show all posts
aku pernah minat beberapa orang lelaki bagai nak rak...yg membuatkan aku demam pun ada....tapi bila dah recover, aku rasa mcm ingat2 lupa je dah kat lelaki tu
time will heal....bersabarlah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply  chocobozhere
kalau ada bod buat gathering join la... boleh menambah rakan
pastu jgn desperate, just because dia dah reject so terima je sesape dalam hidup
u have the right to choose who is the best for you...

apekata berhibernate jap dari lelaki pastu enjoy ur single life
pastu kalau byk duit sikit gi la bod pelancongan, mane2 yg nak travel to join je
disamping menambah kenalan, ia juga mengisi masa lapang
wymer Post at 17-8-2011 10:49

inilah yg aku lakukan selepas frust pada tahun lepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.138835 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list