CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koboi

Masjid Bersejarah di Melaka (merged)

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2011 09:57 AM | Show all posts
pernah pergi ke melaka tp tak berkesempatan nak pergi ke masjid ini....
rasa menyesal lak tak pergi ...
sitisenyum Post at 15-9-2011 15:33

perlu pergi, sbb masjid ini sngat-sangat antik
sentiasa penuh dgn musafir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2011 10:21 AM | Show all posts

PANDANGAN hadapan Masjid Tengkera yang menyimpan pelbagai sejarah.



Jika penduduk tempatan mahupun pelancong kenal akan keenakan laksa nyonya, popia dan cendol di sebuah warung popular di Kilometer 7, Jalan Tengkera, pastinya berkesempatan untuk mengagumi keindahan masjid ini.
Terletak bersebelahan antara satu sama lain, Masjid Tengkera adalah binaan yang lari daripada stereotaip kebanyakan masjid di Malaysia yang lazimnya berkubah ‘bawang’.
Terletak dalam daerah Melaka Tengah, masjid ini dibina pada tahun 1728 iaitu ketika pemerintahan Belanda. Tarikh pembinaan tersebut menjadikannya masjid yang kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.
Mengikut sejarahnya, masjid ini pada asalnya diperbuat daripada kayu dengan berbumbungkan atap daun nipah. Bagi melambangkan kemewahan material, tiangnya adalah binaan daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia.
Namun, peredaran waktu dan keadaan cuaca secara fitrahnya menjejaskan beberapa bahagian masjid tersebut. Maka, pembaharuan dibuat dari semasa ke semasa.
Perubahan yang jelas dicatatkan dalam hayat Masjid Tengkera adalah pada tahun 1890. Dinding dan lantainya yang diperbuat daripada kayu itu telah diganti dengan konkrit, sementara lantainya pula dihiasi jubin yang berwarna dan bercorak.
Namun begitu, elemen kayu nyata mempunyai nilai sentimental yang tidak dapat diganti dengan apa-apa binaan sekalipun.
Walaupun telah melalui fasa pembaharuan, masih terdapat beberapa bahagian yang masih menerapkan keunggulan pertukangan kayu. Selain struktur bumbungnya, tiang serinya juga kekal daripada material kayu.
RIAS mimbar tidak ketinggalan menghimpunkan elemen dunia Nusantara, termasuk juga pengaruh unsur Siam dan Cina.



Pada tahun 1910, sekali lagi masjid ini diperbaharui dengan kerja-kerja pembinaan semula. Ketika itu, perimeter kawasan diperjelas dengan binaan pagar dan pintu gerbang.
Pondok wakaf dan sebuah menara konkrit yang meminjam seni bina pagoda turut dibina. Begitu juga dengan kerja-kerja memperkemas kemudahan lain seperti kolah air, bilik air beserta tandas.
Dari sudut seni bina, masjid ini boleh dikatakan menggabungkan seni bina Cina dan Islam. Secara perbandingan, ia mempunyai persamaan ciri dengan Masjid Kampung Laut di Kelantan, serta Masjid Demak yang terkenal di Jawa, Indonesia.
Selain menyusun niat untuk memakmurkan masjid dengan rutin ibadah, seseorang yang melangkah ke ruang sisi seterusnya ke ruang solat utama tentu akan jatuh cinta pada kehalusan kraf dan pertukangan yang terpamer.
Pahatan motif flora pada batu serta ukiran kerawang pada kayu jelas terlihat pada pintu masuk, jendela, serta tangga.
Solekan warna emas pada ukiran di mimbar, tiang, kepala pintu mengangkat imej anggun pada sebuah rumah ibadat yang usang. Penerapan batu marmar Cina pada bahagian tertentu juga menambah seri, selain meninggalkan kesan sejuk dan selesa pada jemaah.
Kehadiran unsur Cina bukan sahaja dizahirkan melalui binaan menara yang mirip binaan pagoda yang bertingkat. Pada bumbung Masjid Tengkera misalnya, terdapat ragam hias di tulang rabungnya yang menyerupai hiasan pada atap tokong.
Malah ada kajian sejarah yang mengaitkan beberapa garis reka dan motif pahatan batunya dengan seni bina Jepun dan juga Korea.
Walaupun begitu, umum menyatakan bahawa seni bina Masjid Tengkera sebenarnya berasaskan warisan tradisi Melayu-Nusantara.
Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera turut dipersetujui oleh pakar sejarah betapa ia membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun lampau.

Jika berkunjung ke negeri legenda Hang Tuah ini, Masjid Tengkera adalah salah satu lokasi yang wajib untuk dilawati.
Ia menyerlah dalam tarikan tersendiri kerana diwarnai sejarah kegemilangan zaman perdagangan Selat Melaka. Nilainya kaya kerana menghimpunkan kepelbagaian entiti hasil pertembungan budaya suatu ketika dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 11:25 AM | Show all posts
Reply 18# koboi

Insya-Allah satu hari nnt akan p juga....ai sgt suka kalau berkenaan sejarah2 lama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 11:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_Kimmy at 18-9-2011 12:04

Reply 8# Afrin


aku pun dengar cerita camni gak, sbb dulu arwah mak aku suka sgt pergi ke masjid ni. Bayar nazarlah, ambik air dari kolah masjid lah, mandi dari air kolah masjid lah,  mcm2 lah lagi. Apa2 hal pun mesti nak ke pergi kemasjid ni, walau dia duduk di Seremban.



Aku dah berapa kali sembahyang kat masjid ni kalau ke Melaka....bukannya tak de masjid lain kat Melaka ni, tapi tu lah kalau ke Melaka je, otomatik mesti nak sembahyang kat masjid ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2011 01:59 PM | Show all posts
Reply 20# cmf_Kimmy



Itulah, ramai org suka tunai hajat kat masjid tu kan...

Nak komen pjg lebar pasal tu pun x berani sbb x cukup ilmu di dada. Tp sperkara yg pasti, msjid tu mmg ramai makmum setiap waktu dan x pernah lekang terima sedekah duit dan mknn dari orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2011 02:01 PM | Show all posts
Reply 4# moyas




masjid tengkera ni lebih besar dr masjid kg hulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2011 02:49 PM | Show all posts
Reply 5# koboi


    yer betui,,, tapi mejid kg ulu. small but more sentimentel value.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2011 03:14 PM | Show all posts
Reply 17# koboi

Tak....bukan orang melaka, orang muor....
skrg koboi tinggal kat melaka ke?...
Byk lembu ke kat sana?....rasanya kambing byk le kan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply 8# Afrin

  
masjid ini klu ikut kata org. kat sana memang menjadi tempat "keramat" ( org mlk yg bercerita entah betul @ tak x tahu lahh..) ...byk kisahnya klu aku story kat sini...takut ada yg taksub pulak percaya ...



Cerita lah Afrin....boleh kita jadikan sebagai halwa telinga....
Apa yang saya pernah dgr, kalau ada orang yang bertelingkah...kalau masing2 tak nak beralah, diorang akan bersumpah kat dalam masjid ni....(masing2 nak tegakkan benang basah)....tapi seboleh-bolehnya Imam masjid akan nasihatkan supaya jgn di ambil penyelesaian mcm tu....

Pernah jugak saya dengar, jika di teruskan juga, akibatnya akan di tunjukkan di situ juga.....sesiapa yang bersalah, akan menerima hukuman di situ serta merta....tak sempat melangkah sepenuhnya ke dalam masjid, baru sampai di tangga..... si pesalah dah tersungkur & muntah darah....



Wallahualam......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2011 11:57 PM | Show all posts

Masjid Kampung Kling, Melaka

Ada sebuah lagi masjid tua di Melaka selain Masjid Kampung Hulu dan Masjid Tengkera.
Masjid itu adalah Masjid Kampung Keling. Jaraknya daripada Masjid Kampung Hulu hanyalah 5-7 minit berjalan kaki.
Bolehlah anda bayangkan betapa ramainya orang Islam di kawasan Jonker Walk ketika sehinggakan sebuah kawasan yg berukuran 150 meter persegi itu memiliki 2 buah masjid.
Masjid Kampung Kling dipanggil juga Masjid Kampung Ketek merupakanmasjid ketiga tertua di Melaka.
Sekarang ini Masjid Kampung Kling dan Masjid Kampung Hulu bergilir-gilir menjadi hos solat jumaat disebabkan kawasan tersebut tidak luas dan tidak memiliki ramai org Islam sebagaimana dahulu.
(untuk rekod, sekarang ini, kawasan sekitar Masjid Kampung Kling adalah Jonker Walk yang merupakan kawasan penempatan dan perniagaan orang cina)




Latar Belakang

Masjid ini dibina tidak jauh kebelakang dengan Masjid Kampung Hulu. Iaitu 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masehi.
Kemudian masjid ini dibaharui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu. Dalam
tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut atap Masjid Kampung Hulu.Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah
derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.

Konsep Reka Bentuk

Masjid ini direka bentuk mengikut seni bina masjid-masjid di kepulauan Sumatera Indonesia yang terpengaruh dengan seni bina Hindu. Namun demikian terdapat juga pengaruh budaya Cina pada bentuk menaranya yang seakan-akan sebuah pagoda.
Reka bentuk sebegini menjadi kelaziman pada menara masjid-masjid sekitar Melaka. Selain daripada konsep reka bentuknya, ketiga-tiga budaya Hindu, Cina dan Melayu turut diterap pada hiasan dalaman masjid ini.

Monumen Bersejarah

Pada asalnya Masjid Kampung Kling dibina menggunakan bahan daripada kayu tetapi ia telah diruntuhkan dan digantikan semula dengan bahan binaan daripada batu bata pada tahun 1872 Masihi. Pada tahun 1908 Masihi sekali lagi ia telah diubah suai.
Pada tahun 1999 Masihi, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah menjalankan kerja-kerja pemuliharaan Masjid Kampung Kling ini dan meletakkan ia sebagai salah satu bangunan bersejarah bagi Negeri Melaka.

Masjid ini terletak di Jalan Tukang Emas bersebelahan Tokong Hindu Sri Payyatha Viyanagar Moorthi dan Tokong Cheng Moon serta berdekatan Masjid Kampung Hulu. Kawasan persekitaran masjid ini turut dikenali sebagai Jalan Harmoni kerana rumah-rumah ibadat agama Islam, Hindu dan Cina yang berdekatan antara satu sama lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 12:01 AM | Show all posts
Reply  koboi


    yer betui,,, tapi mejid kg ulu. small but more sentimentel value.
moyas Post at 18-9-2011 14:49

ya ya, agree...
ada special effect sket mesjid kg hulu tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 12:01 AM | Show all posts
Reply  Afrin

   


Cerita lah Afrin....boleh kita jadikan sebagai halwa telinga....
Apa ya ...
jazaa Post at 18-9-2011 16:26



cerita anda betul jaza...

ramai yg kata gitu walaupun koboi x kata
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply 24# koboi

Kalau DSAI & Saiiful bersumpah kat dalam masjid ni.....Amacam?...hmy3:

ADA BERANI???...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:15 PM | Show all posts
Reply 1# koboi

apa kata kalo tred2 yg bkaitan masjid2 bsejarah kat melaka ni dsatukan? senang sket..
nanti tinggal edit 1st post buatkan link kat mana post utk setiap masjid... ok x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 02:02 PM | Show all posts
Reply  koboi

apa kata kalo tred2 yg bkaitan masjid2 bsejarah kat melaka ni dsatukan? senang sket ...
halimi78 Post at 19-9-2011 12:15

maap mod
teman x perasan pertindihan subjek itu

len kali teman particular ye
anyway, mod tolong mergekan ye..
nanti lepas tu teman edit tajuknye menjadi Masjid Bersejarah di Melaka
maceh ye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 05:31 PM | Show all posts
perlu pergi, sbb masjid ini sngat-sangat antik
sentiasa penuh dgn musafir
koboi Post at 18-9-2011 09:57

tapi kena berhati2 juga yer..di masjid ni juga ada mat pet yg menyamar menjadi musafir...cokmar asal juga di sapu oleh mat pet.sekarang ni cuma guna kayu biasa saja..peti dermanya juga di rantai kerana pernah cuba di bawa lari (aku bukan nak burukan tempat tu cuma perlu berhati2 saja kerana ramai orang yg suka ambil kesempatan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2011 01:24 PM | Show all posts
Reply 35# koboi


    dah merge.. n tukar tajuk spt yg dcadangkan yg empunya tred..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2011 01:44 PM | Show all posts
Reply  koboi


    dah merge.. n tukar tajuk spt yg dcadangkan yg empunya tred..
halimi78 Post at 20-9-2011 13:24



    maceh mod

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2011 01:50 PM | Show all posts
Reply 38# koboi

sila tambah lagi... x sempat nak g melaka nak amik gambor2.. kene tunggu org tepek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2011 01:53 PM | Show all posts
Reply  koboi

sila tambah lagi... x sempat nak g melaka nak amik gambor2.. kene tunggu org tepe ...
halimi78 Post at 20-9-2011 13:50



   okeh...   menurut arahan boss
   tenkiu...
   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.691698 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list