CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7422|Reply: 55

Kak Pah Mahu Buat Konsert Dengan Siti Nurhaliza

  [Copy link]
Post time 8-10-2011 06:50 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Datuk Sharifah Aini, 58, tidak menafikan dia menaruh impian untuk mengadakan konsert bersama-sama dengan Datuk Siti Nurhaliza kerana yakin mampu menarik perhatian para peminatnya dan penyanyi nombor satu negara itu pada masa depan.

Menurut Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah membayangkan perkara itu akan menjadi kenyataan pada tahun depan memandangkan dia kini sedang sibuk dengan persembahan-persembahan amalnya yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

“Saya memang ada impian untuk mengadakan konsert bersama Siti Nurhaliza. Buat masa ini saya belum berjumpa dengan Siti bagi menyuarakan hasrat saya itu kerana buat masa ini saya sibuk dengan persiapan Malam Amal Tiga Sahabat pada 17 Disember nanti.

“Pada persembahan amal di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur bagi mengisi tabung kebajikan rumah anak-anak yatim dan sekolah-sekolah agama di Lembah Klang itu, saya turut menjemput dua penyanyi dari Indonesia iaitu Grace Simon dan Dewi Yull,” katanya di sini baru-baru ini.

Jelas penyanyi yang merupakan ibu tunggal kepada Aliff Omar hasil perkahwinannya dengan bekas suami pertamanya, Ali Bakar itu, dia berharap hasratnya itu bukan sahaja dimakbulkan Allah tetapi meminta para peminat menyokong jika konsert tersebut dapat direalisasikannya.

“Selain Siti, saya juga mempunyai rancangan untuk mengadakan konsert bersama-sama penyanyi Ning Baizura pada masa depan. Mungkin semua impian itu akan saya usahakan pada tahun depan kerana buat masa ini saya sibuk dengan banyak kerja-kerja amal,” ujarnya. – Mynewshub.my



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 06:54 PM | Show all posts
jangan gaduh berebut stage sudah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2011 07:04 PM | Show all posts
Reply 2# sitot


    tp harap2 jadi la, mmg aku akan g nya lah tgk konsert diorg nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:11 PM | Show all posts
Reply 3# September14


hehehehhehe

  aku suka 2-2 orang ni jugak
tapi suara kakpah tu.. perghh.. selalu jugak aku putar lagu2 zaman muda dia. suara dia memang one of a kind
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:18 PM | Show all posts
Iskhhh Sharifah aini age baru 58 ka?apsal nampak tua dah ek?
Aku dedua ni tak minat la...Free pun tak p..ahaksss..jgn maree....
(mak suka Amy search hoccay..ganaih...Takpun Ella..Gedik manja taw..)
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:29 PM | Show all posts
tak minaaaaaaaaaat kakpah semenjak berleluasa di mentor. eiii tasuke tasuke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2011 07:29 PM | Show all posts
Konsert Mega.. ASMAH & THE GANG feat MEKTI!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:36 PM | Show all posts
i nak sgt kak pah & dct duet lagu falling in love.. mesti gempakkan kak pah nari ala2 vc ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 07:38 PM | Show all posts
aku kalau tgk dorang ber dua ni sure aku teringat scene dalam filem Diva Popular tu
dlm citer tu ada scene kak pah jadik hakim utk kes fitnah dia & CT
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:39 PM | Show all posts
matilah duet kak pah dgn siti..harus peristiwa lama berulang kembali...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:58 PM | Show all posts
i nak sgt kak pah & dct duet lagu falling in love.. mesti gempakkan kak pah nari ala2 vc ni
juliez Post at 8-10-2011 19:36



    aku tak minat dgn dct,tapi tak membenci.aku minat dgn saripah aini,lagu2 dia yg dulu2 tu lemak berkream.
english kak pak bagus,dct tu aku tak pernah dgr dia bercakap omputih,tak berani nak komen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 08:41 PM | Show all posts
harap2 tak menjadi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 08:51 PM | Show all posts
Reply 2# sitot


    berebut stage OK lagi... jangan berebut mic udah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:05 PM | Show all posts
cepat2 ah buat nti x sempat mane tau tahun dpn siti ngandong ke terus tebranak atas pentas. kak pah jd bidan pulak nti
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:08 PM | Show all posts
persembahan terakhir tok ti & tok pah sebelum kes saman menyaman iteww
misha pun ada..


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 10:02 PM | Show all posts
cepat2 ah buat nti x sempat mane tau tahun dpn siti ngandong ke terus tebranak atas pentas. kak pa ...
shanshero Post at 8-10-2011 20:05



ok ini lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 10:09 PM | Show all posts
Bagusla semua diva VETERAN nak bergabong. Tengok Jamal Abdillah,
sorang diri dah dapat kumpul 2 JUTA kat Singapore.............!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 10:27 PM | Show all posts
Reply 16# beta_carotene


   lawak ahahaa..
nasib la tak tersembut white coffee aku minum ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 11:21 PM | Show all posts
ok.. ini salah satu bukti menunjukkan SITI memang baik
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 11:32 PM | Show all posts
mesti dia xmo ajak misha sbb trauma nak nyanyi lagu bunga2 cinta

epic sgt moment "dikala ku kesepian...wow!"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.063210 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list