CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9993|Reply: 74

Produk TWEE HONG SUAH tak selamat

[Copy link]
Post time 30-12-2011 10:21 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Produk perubatan tradisional ‘Twee Hong Suah’ ditarik balik penjualannya serta-merta kerana mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan, menyebabkan ia tidak selamat digunakan.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata syarikat yang bertanggungjawab ke atas pendaftaran produk itu, Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd turut diarah menghentikan pembekalan serta menarik balik semua produknya yang berada di pasaran.

“Produk yang terbabit adalah bernombor 1103026, 1106013, 1111013 dan 1107011.
“Ia digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin di bahagian perut, sakit perut, rasa loya, cirit-
birit, batuk dan demam,” katanya dalam satu kenyataan malam Khamis.

Dr Hasan, yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, berkata semua produk berkenaan disampel di bawah prosedur pengawasan mutu produk berdaftar yang dilakukan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Beliau berkata hasil ujian mendapati produk itu mengandungi merkuri melebihi had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5mg/kg.
Merkuri ialah sejenis logam berat dan jika digunakan dalam kuantiti berlebihan, ia boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas, gatal, sakit, warna kulit menjadi merah jambu di bahagian pipi, hujung jari dan jari kaki kulit mengelupas serta boleh menyebabkan kerosakan sistem buah pinggang dan otak.

Sehubungan itu, Dr Hasan menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk ‘Twee Hong Huah’ dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan jika mengalami kesan sampingan akibat penggunaan ubat tersebut.
Maklumat lanjut berkaitan penarikan semula penjualan ubat itu boleh didapati dengan menghubungi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di talian 03-78835546 atau 03-78835539.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 10:24 AM | Show all posts
bg "penggemar" pil chi kit teck aun ok....xdak masalah

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:26 AM | Show all posts
ingatkan ada DNA babee tadi

tapi pil chi kit tu mmg berkesan, cepat kesan dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 10:28 AM | Show all posts
ingatkan ada DNA babee tadi

tapi pil chi kit tu mmg berkesan, cepat kesan dia
NIXAR Post at 30-12-2011 10:26 AM



    telan 3 peket...terus rasa "kenyang"
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:35 AM | Show all posts
minyak zakar sudan selamat dop abe jehh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2011 10:36 AM | Show all posts
telan 3 peket...terus rasa "kenyang"
TanSriJess Post at 30-12-2011 10:28 AM


kalu perut meragam mmg lepas segala2nya lepas telan 3 peket tuh, jauh berkesan dr Eno Halia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 10:37 AM | Show all posts
Reply 6# baghal_bortuqal


    kementerian kesihatan Sudan Utara jamin mnyak zakar mereka selamat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 10:40 AM | Show all posts
langkah macam ini yang kita mahu, war war kan dengan jelas apa jenama yang bermasalah itu..yang lain sebelum ini tidak, cakap produk berbahaya tetapi tidak cakap jenama apa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:41 AM | Show all posts
kalu perut meragam mmg lepas segala2nya lepas telan 3 peket tuh, jauh berkesan dr Eno Halia :lol ...
NIXAR Post at 30-12-2011 10:36


yup..amat dicadangkan untuk dibawa bila melawat india, bangladesh dan indonesia yang kotor itu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:46 AM | Show all posts
ooo ak nak tengok produk ni --- masa anak2 kecik dulu guna minyak telon; minyak mastika dan minyak cap limau ----- suka bau minyak2 tu -----------
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:50 AM | Show all posts
yup..amat dicadangkan untuk dibawa bila melawat india, bangladesh dan indonesia yang kotor itu.: ...
cyclotron Post at 30-12-2011 10:41 AM


alhamdulillah masa aku ke India awal tahun ni aku x kena sebarang penyakit. aku elakkan makan di gerai tepi jalan dan x minum air mineral yg dijual di tepi jalan. masa ke sana aritu pun lupa nk bawak ubat ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:50 AM | Show all posts
sebab itu jangan percaya sangat produk-produk yang tiada pengesahan secara saintifik, ujian makmal dan klinikal ini. lagi-lagi la produk MLM, setakat ditempek testimonial yang banyak tidak betul dari yang betul itu siapa pun boleh buat..nak buat testimonial setebal kamus dewan pun boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:53 AM | Show all posts
alhamdulillah masa aku ke India awal tahun ni aku x kena sebarang penyakit. aku elakkan makan di ...
NIXAR Post at 30-12-2011 10:50


kan..aku aritu siap bawak bekal pil tu banyak-banyak..minum cuma air mineral botol..giler punya kotor, lagi-lagi belah Uttar Pradesh nun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:55 AM | Show all posts
minyak telon produck org tempatan pun banyak..cuma kita je asyik2 nak pakai jenama cap limau la apa la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 10:57 AM | Show all posts
kan..aku aritu siap bawak bekal pil tu banyak-banyak..minum cuma air mineral botol..giler punya  ...
cyclotron Post at 30-12-2011 10:53 AM


aku sebelum pi sana dh diingatkan jgn minum air mineral tepi jalan tu, aku x tau la mcm mana depa botolkan air tu. air dah la berbau, siap berminyak lagi tu, ko masak pun x ilang bau. sanggup aku telan Coke saja hari2 dok kat sana.....Delhi tu punya la kotor, udara jauh lagi menyesakkan nafas dr KL.

blum kira yg berbaris kencing tepi jalan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 11:00 AM | Show all posts
sakit perut la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:02 AM | Show all posts
aku sebelum pi sana dh diingatkan jgn minum air mineral tepi jalan tu, aku x tau la mcm mana dep ...
NIXAR Post at 30-12-2011 10:57


hahaha..harus selama hang duk sana mesti sentiasa berfikir alangkah bersyukurnya lahir dan tinggal di Malaysia kan, rasa insaf nak kutuk BN lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:03 AM | Show all posts
aku sebelum pi sana dh diingatkan jgn minum air mineral tepi jalan tu, aku x tau la mcm mana dep ...
NIXAR Post at 30-12-2011 10:57



    kencing tepi jalan pun kena berbaris??..sopannya..huhu..{:4_182:}
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:08 AM | Show all posts
bak kata pencacai...ini sume usaha utk jatuhkan peniaga cina!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.071814 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list