OK je tak ada masaalah kalau nak bawak budak2 sesilap boleh leka kat One Link Plaza area toys tu. Sistem subway metro dia pun senang sebab stop kat tourist area dan tambang teksi pun murah.
Apa2 yg 3 bintang ke atas should be OK hotel rate pun tak mahal kat sana. Most of the area kat sana ada je jual halal food sama ada kedai chinese muslim atau indian restaurant. Bab apartment Art jarang guna bila kat sana sebab makan tak susah dah harga pun OK asalkan tak memilih. Airbnb pun ok kalau nak apartment. Kalau cari dekat2 area Beijing Lu pun ok jugak sebab malam kedai2 masih bukak area tu, nak naik river cruise malam2 nak tengok tower pun dah dekat.
how about HK? hotel area mn yg easy access? senang nk ke disneyland ,HK tour & nk blk G ...
Kat HK cari area Kowloon boleh check thread HK utk more info. Nak gi Disney pun senang sebab ada MTR Train utk kesana. HK ni senang nak gi mana2 naik MRT je dan train akan stop kat main tourist attraction.
BTW nak gi berapa hari. Kalau gi HK - Ghz - HK agak jauh sikit nak jalan tu. Ghz kalau gi few days je cam rugi sebab tak banyak boleh cover nak2 area shopping area borong. Area shopping kat Ghz ni lain product lain tempat kena gi, bukan semuanya setempat macam kita ke HCM. Kalau tak ada byk hari utk trip ni elok buat route HK - Shz - HK sebab shenzen sebelah je dgn HK jimat hari sikit kalau kesana. Naik mtr train je dah sampai. Buat day trip ke ulang alik ke pun boleh kalau nak repeat shopping.
cukup x? budget 1st day di Guangzhou(flight 5.30am), next day tu pagi2 g HK trus ke disneyland. 3rd day HK tour, ptg blk Guangzhou..sambung la shoping smp last day tu.. flight 8.50pm
cukup x? budget 1st day di Guangzhou(flight 5.30am), next day tu pagi2 g HK trus ke ...
Terkejar2 juga tu nanti lepas tu buang masa sebab kena berpatah balik. Patut buat sampai ke HK dan balik dari Ghz. Memang tak sempat nak cover byk area kat Ghz juga nampaknya nanti. Apa pun dah apply for visa ke belum dan bila nak perginya. Sebabnya dah kedengaran sejak kebelakangan ni susah sikit nak dapat visa approval utk year end holidays nak2 buat yang baru pertama kali nak gi sana. Kedua sebab sampai Ghz - HK - Ghz nampaknya kena buat double entry visa sebab Malaysia nak kena ada visa setiap kali masuk China.
Memang tak di nasihatkan untuk gi sana time tu untuk soping sebab banyak kedai yang tutup sunyi je nanti. Time tu je dia orang akan bercuti setahun sekali yg agak panjang sebab bulan2 lain memang dia orang tak cuti langsung sentiasa open.
Kat sana time CNY tempat2 cam park, theme park, zoo masih buka during CNY. Tapi tu le akan ramai orang lak nanti sbb masa CNY org2 local sana suka gi tempat2 cam tu dari konvoi gi rumah sedara mara. Tak macam kat sini lebih gi open house. Yg dtg dari area lain suma balik kg selalunya seminggu. Lain kali rules dia simple je bila nak melancong ni pilih tempat yg tak merayakan perayaan tu. Misalnya time CNY jangan gi China time Hari Raya jangan gi Indonesia.
yup mmg time TBC banyak kedai wholesale tutup
sebab pekerja depa ramai balik kampung
tapi still ada kedai yg bukak especially yg GZ local people
kadang2 ada pesta tahun baru diaorg buat utk tourist
time nie pun jalan tak jem sangat/lrt pun tak padat mcm biase
Beijing Lu still open rasanye
shopping mall etc