CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: din_hbl

Weight Loss Challenge versi 3; Sesi Mac - THREAD CLOSED

  [Copy link]
Post time 11-2-2012 07:16 PM | Show all posts
x jgk.. taram ape yg ada je.. kih3...
cmf_death Post at 11-2-2012 18:29


aah lupa plak det makan bihun minggu lepaskalo ikut atkin xleh makan tu kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 07:17 PM | Show all posts
aah lupa plak det makan bihun minggu lepaskalo ikut atkin xleh makan tu kan?
rose_liz Post at 11-2-2012 19:16


ermm... diet atkin pun det xtau camne.. tp mungkin la kot.. tp jarang sgt la mkn bihun tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:17 PM | Show all posts
erk... zzzZZZzzZZZ
Syik_Gojet Post at 11-2-2012 18:40


hahaha!


tgk la kalu kiter rajin kite wat sorang2 je......
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:18 PM | Show all posts
Reply 60# Syik_Gojet

heheh...best citer tuh...kajol slim je...rani pun slim je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syik_Gojet at 11-2-2012 19:26

ok...hari nie cikgu nak buka kelas pasal Diet Atkins... diet y paling femes kt Malaysia nie..
rata2 pakar menolak Diet Atkins.. MENGAPA??? syik tempek artikel dari Zaki Khan tuk pemahaman...

DIET ATKINS




Apa itu diet atkin? Diet atkin agak popular juga di Malaysia. Diet Atkin secara amnya adalah diet rendah karbohidrat tinggi protein yang dicipta oleh Robert Atkins melalui pembacaannya di Journal of the American Medical Association yang diterbitkan oleh Gordon Azar dan Walter Lyons Bloom. Aktin mengatakan bahawa dia menggunakan jurnal itu untuk menurunkan berat badannya. Dia kemudian mula menulis buku Dr Atkin’s Diet Revolution pada tahun 1972 dan Dr Atkin’s New Diet Revolution.

Bagaimana Diet Atkin Bekerja?

Diet Atkin tidak membenarkan kemasukan karbohidrat supaya badan membakar lemak daripada glukosa sebagai sumber tenaga. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Proses ketosis bermula apabila kadar insulin sangat rendah. Kadar insulin rendah kerana kadar glukosa darah darah. Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150 g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memperlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormon ghrelin. Selepas 4 hari badan mengamalkan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis.

Diet ketagonik bergantung pada respon insulin. Disebabkan ketidakhadiran glukosa, insulin tidak dirembeskan. Kadar glukosa darah harus turun menjadi kurang dari 3.58 mmol/L untuk badan merembeskan hormon tumbesaran, epinephrine dan glukagon untuk metabolisme tenaga daripada lemak. Hormon tumbesaran dan epinephrine akan merangsang trigliserol untuk dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas. Asid lemak bebas akan ke hati dan otot untuk proses pengoksidaan dan dalam masa sama memberi asetil-CoA masuk ke kitar kreb.

Glukagon dihasilkan ketika glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen menjadi glukosa. Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak bebas. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini la cara diet atkin berkerja. Diet ini memaksa badan mengunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Bermacam kontroversi timbul disebabkan diet atkin ini. Diet Atkin kurang mendapat sambutan bila diperkenalkan.

Pelan Diet Atkin

Diet Atkin dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

1. Permulaan (Induction)
2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance

Permulaan adalah peringkat terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan boleh mencecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan:

- Elak semua jenis karbohirat termasuk nasi, mi, mihun, spagetti, roti, segala jenis gula, buah-buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat.
- Boleh makan: Makan ayam panggang, steam, sup, goreng kosong, ikan, daging, udang, sayur hijau, keju cheffar, mozarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti vitamin, minyak zaitun, omega-3.

Sarapan, makan tengahari, makan malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20g karbohidrat. Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap permulaan diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat perlahan. Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan sehingga 25g karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime maintenance diteruskan dengan cara yang sama, cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan perbezaan 5g sehari seminggu.

Secara peribadi, saya takut tengok cara Atkin ini.  . Saya tidak pernah buat diet atkin dan tak pernah mengajar sesiapa untuk buat. Saya pelik apabila ada orang cuba menaikkan nama Atkin ini di Malaysia sedangkan Atkin kurang mendapat sokongan di Amerika. Kenapa? Apa yang mencetuskan kontroversi?

Kontroversi

Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa diet atkin ada banyak kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuju bahawa diet atkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi.

Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang diet atkin ini dengan mengatakan bahawa badan kita memerlukan sekitar 150g karbohidrat sehari untuk badan dan otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu. Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak.

Seorang penulis, Barbara Rolls, PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan diet atkin jika dibandingkan dengan pengurangan kalori.

Terlalu banyak yang membantah diet atkin ini dan sehingga kini, diet atkin belum terbukti berkesan. Rata-rata bersetuju bahawa diet atkin yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan beberapa masalah termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, diet atkin kurang mendapat sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk dengan kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang diet atkin, ada seorang sahaja bersetuju dan yang lain membantah.

Jika tanya pendapat saya, saya tidak menggalakkan diet atkin digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi badan sepenuhnya perlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan karbohidrat?  . Diet tarbaik pada saya, adalah menurut piramid pemakanan. Saya kira ramai yang bersetuju dengan piramid makanan.
~pada pendapat syik, terpulang la pada setiap individu memilih diet y terbaik tuk diri masing2.. tapi secara personal nya syik lebih suka mengamalkan diet tradisional mengikut piramid makanann kerana syik nak jadi Normal.. normal dgn erti kata, syik makan semua kumpulan makanan..syik nak ubah cara hidup ke arah gaya hidup sihat utk selamanya.. syik nak ajar diri syik biasakan diri dgn pemakanan sekarang bukan dgn cara pemakanan sementara nie.. ni utk mengelakkan sindrom yoyo..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:19 PM | Show all posts
takpe..tu kira petanda y baik ...teruskan usaha..hehe
Syik_Gojet Post at 11-2-2012 18:42


hari ni tak senam lagi...macam malas skit...syik senam pe hari ni? dah buat ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2012 07:21 PM | Show all posts
ngah bakar ayam n ikan ntuk dinner jap lg smbil ngadap bola.... gomo ganu gomo.. peteh klate peteh
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:21 PM | Show all posts
ermm... diet atkin pun det xtau camne.. tp mungkin la kot.. tp jarang sgt la mkn bihun tu
cmf_death Post at 11-2-2012 19:17


jarang makan?kalo diet atkin ni tolak terus bahan2 makanan kaler putih...huhu tolak karbo katanya...


nutrisi tak seimbang !


tapi berat cepat turun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 07:23 PM | Show all posts
adaaaaaaaaaaaa
cmf_death Post at 11-2-2012 18:56


mana ada???
kite 3 org je nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:24 PM | Show all posts
jarang makan?kalo diet atkin ni tolak terus bahan2 makanan kaler putih...huhu tolak karbo katany ...
rose_liz Post at 11-2-2012 19:21


bru pas belek tred atkin diet... gilos... huhuhuhu.... det dh bape lama x makan daging lembu... ayam pun jarang2..


byk mkn ikan skang neh.. + buah cam oren/epal.. kalu carbo, sumber dr roti la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:24 PM | Show all posts
ok...hari nie cikgu nak buka kelas pasal Diet Atkins... diet y paling femes kt Malaysia nie..
rata2 ...
Syik_Gojet Post at 11-2-2012 19:19


tu diaaaaa, dah mai...
tak berkenan sangat nak ikut diet nih..macam seksa je...maklum le kite ni suka makan nasik...haha!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:25 PM | Show all posts
mana ada???
kite 3 org je nih...
rose_liz Post at 11-2-2012 19:23


td ros ckp berdua ngan syik.. tmbah det jd 3 la.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:27 PM | Show all posts
kalu fruit detox penah wat la....

mkn buah je tetiap ari..

member penah wat.. lam 2mggu turun 4 kg
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:32 PM | Show all posts
Reply 68# rose_liz


   pagi tadi dah senam Jillian Micheals Cardio Boxing..
malam nie cadang nak buat ZWOD y baru




rose better rose senam sikit, tak de rasa bersalah sgt mkn nasi goreng nanti... order air kosong jer yer..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:33 PM | Show all posts
ermm... diet atkin pun det xtau camne.. tp mungkin la kot.. tp jarang sgt la mkn bihun tu
cmf_death Post at 11-2-2012 19:17



   mcm dapat rasa jer gerak hati korg berdua nie dok nak tau pasal atkins...
kebetulan terjumpa artikel nie..so syik tempek jer la..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:35 PM | Show all posts
td ros ckp berdua ngan syik.. tmbah det jd 3 la.. hehe
cmf_death Post at 11-2-2012 19:25


kite= ros, det & syik la...


mana la akudancinta, babypingu, azarina, sixret, matakucing, chazey, tuanwu, sesusahjer, birdflu, norim, dll...syaiful dah tau pi kursus...hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 07:36 PM | Show all posts
aah lupa plak det makan bihun minggu lepaskalo ikut atkin xleh makan tu kan?
rose_liz Post at 11-2-2012 19:16



   diet atkins kena makan dlm 20g karbo jer..hehe...
nway blog y paling femes pasal atkins nie blog akutaknakgemuk.. di asaskan oleh budak sekolah..dia dah berjaya dgn atkins...

hebat tul budak nie... byk follower dia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:37 PM | Show all posts
kite= ros, det & syik la...


mana la akudancinta, babypingu, azarina, sixret, matakucing,  ...
rose_liz Post at 11-2-2012 19:35



   skrg kan hujung minggu.. masing2 sure ada plan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:39 PM | Show all posts
ngah bakar ayam n ikan ntuk dinner jap lg smbil ngadap bola.... gomo ganu gomo.. peteh klate peteh
cmf_death Post at 11-2-2012 19:21



   hehehe... gomo ganu gomo....
mlm nie MU pun lawan liverpool tak tgk ker..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:42 PM | Show all posts
bru pas belek tred atkin diet... gilos... huhuhuhu.... det dh bape lama x makan daging lembu...  ...
cmf_death Post at 11-2-2012 19:24



   memang gilos diet atkins.. tapi tuk sapa2 y terdesak, diet nie penyelamat...
y bestnya leh makan semua jenis daging..walaupun bergoreng..berlemak... kalau mat salleh suka la sbb dorg kan kuat ratah2 lauk nie..

y kelakarnya kicap tak boleh makan sbb ada karbo..heheehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.125422 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list