CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9830|Reply: 102

[LA RACE]ASSIGNMENT 1 MINGGU 3 -JODOH - GROUP BATUAPI8888

 Close [Copy link]
Post time 27-2-2012 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 27-2-2012 23:14

Assigment 1 (MINGGU 3 CLUE 4)


7. Jodoh


Jodoh. Semua orang sudah tahu apa itu jodoh. Jodoh itu berkaitan dengan perasaan kasih sayang dan cinta. Cinta itu datangnya dari jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH sejak di Loh Mahfuz lagi.



Jodoh terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama jodoh dari Syaitan. Ia bermaksud kita bercinta hanya kerana nafsu sepertI berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah. Yang kedua, jodoh dari Jin. Ia bermaksud kita bercinta tidak normal kerana ia bukan cinta dari ketulusan hati, tetapi telah mempergunakan Jin untuk mendapatkan cinta yang tidak kesampaian seperti berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah. Dan yang ketiga, jodoh dari ALLAH S.W.T. Ia bermaksud kita bercinta dari ketulusan hati yang ikhlas dan ingin mengahwini seseorang yang kita cintai agar hubungan selepas berkahwin dapat diredhai ALLAH S.W.T seperti cinta berputik, masuk meminang dan seterusnya bernikah.




Untuk tajuk jodoh yang saya ambil di atas, saya ingin mengaitkan dengan satu tajuk yang dikemukakan oleh seorang yang mengalami masalah dan persoalan tentang jodoh di bahagian Masalah Peribadi, Forum Cari ini. Katanya, “Susah Sangat Ke Nak Dapat Jodoh Ni?”.





http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=618595&highlight=jodoh




Baiklah, saya ingin memberi sedikit penjelasan, mengenai masalah yang dihadapi oleh pembuka cerita di atas. Jodoh bukan semata-mata ketentuan takdir sebaliknya memerlukan usaha dan ikhtiar kita juga. Menepati maksud firman Allah SWT dalamayat 11 surah ar-Ra’du: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”. Ayat ini jelas membuktikan bahawa jodoh atau ketentuan untuk mempunyai pasangan hidup bukan semata-mata kehendak Ilahi tetapi bersangkut dan berkait dengan usaha dan ikhtiar kita sendiri juga.





Mr/Mrs Right bukan dipilih tapi dicipta. Ramai yang berusaha untuk mencari individu yang terbaik bagi memenuhi citarasa dan keinginannya untuk dijadikan sebagai teman hidup dan mereka ini lupa, pilihan akan sentiasa tersedia di depan mata. Bermaksud anda akan sentiasa mempunyai pilihan dan perkara yang penting; kita memang berhak memilih tetapi terlalu memilih adalah satu penyakit. Tak perlu cari yang sama sikap dan minat. Berbeza sikap dan minat juga bukan halangan hidup bahagia bersama. Perlu difahami; pasangan ertinya saling menyempurnakan. Setiap individu diberikan kelebihan malah juga kekurangan. Lantas, melalui konsep saling memberi dan menerima serta ikhlas, akan berhasillah Mr atau Mrs Right pilihan anda.





Kita telah diberi panduan mencari pasangan hidup. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang wanita itu dinikahi boleh kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Biarpun hadis ini menyebut tentang kriteria memilih calon isteri namun hadis ini juga relevan dan berkait rapat dengan kriteria calon suami. Perlu difahami maksud ‘kerana agamanya’; bukan bermaksud perlu mempunyai kelayakan atau sijil pendidikan tinggi dalam bidang agama tetapi bermaksud lelaki atau perempuan yang melaksanakan tuntutan agama Islam iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan. Malah menurut para fuqaha’, asas ketetapan kufu’ atau sekufu menurut syarak ialah sama taraf dalam ilmu dan amalan agama; bukan sama taraf dalam paras rupa, kekayaan atau pangkat malah bukan juga harta.





Bukan semua orang layak berkahwin. Dalam usaha untuk mendapatkan calon pilihan, setiap individu perlu memperbetulkan diri, apakah anda betul-betul layak untul berkahwin? Opss… jangan terkejut! Bukan saja nak poligami, nak monogami pun ada syarat kelayakannya dan jika anda gagal penuhi kelayakan, hukum asal berkahwin yang harus boleh menjadi makruh atau haram. Seseorang lelaki dikategorikan sebagai wajib berkahwin apabila mereka mampu dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina. Lelaki yang sunat berkahwin ialah mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.





Lelaki yang haram berkahwin pula ialah mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya. Lelaki yang tergolong dalam senarai makruh berkahwin ialah mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin. Lelaki yang harus berkahwin pula ialah mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.





Lambat jumpa jodoh juga ada hikmah. Jika anda termasuk dalam kategori yang lambat berkahwin, jangan susah hati dan jangan bersedih. Ya! Saya akui, sukar untuk meneruskan hidup bila berdepan dengan pelbagai soalan berkaitan perkahwinan. Saya sendiri mengalaminya lantaran hanya berjaya menamatkan zaman bujang tika usia 28 tahun. Tika itu, saya hanya membiarkan segala soalan tersebut berlalu kerana saya yakin, biarpun jodoh termasuk ikhtiar kita di samping takdir-Nya; keputusan dan perancangan-Nya sentiasa yang terbaik. Setiap ketentuan dan kehendak Allah itu ada sebab dan hikmahnya. Ada orang yang bertemu jodoh dalam usia muda, ada yang bertemu jodoh agak lewat usia dan ada juga yang ditakdirkan hanya bertemu jodoh di akhirat kelak. Sebab dan kenapa? Hanya Dia yang mengetahui segalanya. Ada kes perkahwinan di usia muda yang berakhir dengan perceraian hanya selepas dua atau tiga tahun perkahwinan malah ada kes, hanya selepas sebulan perkahwinan. Ada kes perkahwinan lewat usia tetapi kekal bahagia hingga akhir hayat. Bukan bermaksud kahwin muda tak bagus. Bukan juga bererti kahwin lewat itu yang terbaik. Sebab tak semua kes kahwin muda bermasalah dan bukan semua kes kahwin lewat itu bahagia. Perkara utama ialah setiap ketentuan Allah itu mempunyai alasan yang tersendiri yang hanya akan anda ketahui bila tiba masanya nanti. Yang penting, jangan putus asa, jangan putus doa; DIA akan berikan anda pasangan bila itu adalah yang terbaik untuk anda.





Berkahwin hanya bila bersedia untuk berkahwin. Perkahwinan bukan mainan, bukan juga makmal kajian sebaliknya perkahwinan adalah permulaan medan perjuangan untuk melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab anda sebagai suami dan juga isteri. Lantas; berkahwinlah bila anda dan si dia sudah betul-betul bersedia; bukan sebab dipaksa orang tua atau nak elak maksiat dan fitnah semata. Maksiat tak perlu dielak jika anda tak dekat. Buat para gadis, PASTIKAN BAKAL SUAMI BENAR-BENAR LAYAK. Jangan mudah bertoleransi dari awal, natijah besar menanti anda di belakang hari. Paling penting; dalam ada juga keadaan sentiasa benar-benar serahkan setiap keputusan kepada-Nya, DIA akan bantu, insyaAllah!


sambung................

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2012 08:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by BATUAPI8888 at 27-2-2012 20:44

Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat. Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh?  Lambat jodoh ini mungkin disebabkan:-

1. Usaha Belum Sempurna. “Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’. Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia. “Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia  ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik. “Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati. Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat  hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul. “Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Belum Mendapat Restu Ibu Bapa Sepenuhnya. “Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar. Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal.  “Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan. Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang. Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

Oleh itu, kepada pembuka bicara tajuk yang saya kupas di atas, kesimpulan yang ingin saya kongsikan bersama ialah,:-

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir. Wallahua'lam....................

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 08:05 PM | Show all posts
tunggu semua..................aku tengah gigih nak buat banner
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:30 PM | Show all posts
ok...waiting...
err... ni bincang2 psl jodoh je ke? nk crk jodoh tade?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 08:37 PM | Show all posts
Minta tolong kawan tolong komen positif ye, Tq

Ini je hasil yang saya mampu buat dengan usaha sendirian berhad.

Dan ini kali pertama saya buat Banner. Tua2 saya tak pernah buat banner.  Harap cantik di mata semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2012 08:37 PM | Show all posts
very good info from ankel batuapi
best iols baca
hrp2 poremer PP dapat la bc neh tuk rujukan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:41 PM | Show all posts
pjgnya nk baca......satgi2 la dtg balik.....

erk....tp kan aku pun belum berjodoh lg blh ker nak komeng......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 08:45 PM | Show all posts
pjgnya nk baca......satgi2 la dtg balik.....

erk....tp kan aku pun belum berjodoh lg blh ker nak  ...
liyanur Post at 27-2-2012 20:41


blh jer....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 27-2-2012 20:51

good info, pengisian yg menarik dan bernas
semoga menjadi pedoman buat sahabat di luar sana


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 00:21

ya, jodoh itu telah ditentukan oleh ALLAH...
jika masih tidak dapat jodoh, teruskan berdoa dan berusaha mencarinya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:57 PM | Show all posts
Kasihan nyer ko Batu Api 8888.
Aku mohon maaf.
Aku terpaksa mengundur diri.

Maafkan aku , Bro!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:00 PM | Show all posts
Terima kasih fatehana.

Utk rakan2 yg sama2 join race ni, tolong jangan posting dalam tred aku ni ye. mod tak kasik{:4_503:}

mana2 yg dah post tu, tolong delete edit ye, tq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:01 PM | Show all posts
SECARA RASMINYA AKU BUAT SORANG2....................TAKPE SYA, AKU KENE TERUSKAN SEBAB KO DAH BAWA AKU MASUK.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:03 PM | Show all posts
Terima kasih fatehana.

Utk rakan2 yg sama2 join race ni, tolong jangan posting dalam tred aku ni  ...
BATUAPI8888 Post at 27-2-2012 21:00



   motip x kasik..ok je la bro.....tuk info ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:06 PM | Show all posts
motip x kasik..ok je la bro.....tuk info ..
juju_amin84 Post at 27-2-2012 21:03


memang mod tak kasik pun{:4_503:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 09:09 PM | Show all posts
Sangat berilmiah dan senang difahami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 09:14 PM | Show all posts
iols suke bc yg tulis jodoh dr syaitan tu ...perghhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:14 PM | Show all posts
Sangat berilmiah dan senang difahami
camrey Post at 27-2-2012 21:09



   terima kasih camrey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2012 09:19 PM | Show all posts
Mari...mari.....mari......yg menjadi poremer tegar berdaftar di PP ni, sila masuk, cik akak, cik abang, kasik komen aku punya artikel yg tak seberapa ni. Tq, tq{:4_181:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.391759 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list