CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1427|Reply: 12

Ahli Parlimen kantoi tuntutan palsu

[Copy link]
Post time 2-3-2012 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Apa daa, org suh jadi wakil rakyat, dia suka2 bikin duit rakyat serupa dia sendiri punya wang
SHAH ALAM, 1 Mac  - Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri Khamis dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM80,000 ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau penjara setahun jika Abdul Rahman gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hakim mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Abdul Rahman, 47, diperintah membela diri Jun tahun lepas atas tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 05:00 PM | Show all posts
Apa daa, org suh jadi wakil rakyat, dia suka2 bikin duit rakyat serupa dia sendiri punya wang
SHAH  ...
ayahjoe Post at 2-3-2012 16:54


Eloklah, mana2 Pemimpin yg tak amanah diambil tindakan yg sewajarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 05:12 PM | Show all posts
Eloklah, mana2 Pemimpin yg tak amanah diambil tindakan yg sewajarnya.
rashiman Post at 2-3-2012 17:00

Tahniah kerana anda berjaya melihat kebenaran..........so pasni fikir2kanlah camner nak ensure mereka yg amanah saja terpilih.....tepuk dada kita tanya iman.......................
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 05:57 AM | Show all posts
SHAH ALAM — Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

SHAH ALAM, 1 Mac  - Ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri Khamis dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM80,000 ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.

Apa yang tak kena kat sini…….
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 06:43 AM | Show all posts
ini sebab kenapa mereka menolak hudud. hanya kriminal sahaja yang takut pada hudud.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 03:42 PM | Show all posts
Eloklah, mana2 Pemimpin yg tak amanah diambil tindakan yg sewajarnya.
rashiman Post at 2-3-2012 17:00

pemimpin yg menipu (lepas isytihar henti ISA pastu minggu depannya guna balik) tu wajar dikenakan tindakan ke tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2012 03:49 PM | Show all posts
ini sebab kenapa mereka menolak hudud. hanya kriminal sahaja yang takut pada hudud.
unhas Post at 3-3-2012 06:43

u percaya atau tidak yg hudud tu hukuman yg adil buat muslim dan non muslim?
org yg mencuri/ rasuah/ seleweng duit pd pendapat u

elok dihukum
atau
diberi kerja (cthnya; pengerusi felda ke...) ??
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 04:11 PM | Show all posts
SHAH ALAM — Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 1 ...
Al-Patih Post at 3-3-2012 05:57


NPECAH AMANAH RM80K PENJARA 6 TAHUN, PECAH AMANAH RM7M PENJARA 12 BULAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2012 04:12 PM | Show all posts
u percaya atau tidak yg hudud tu hukuman yg adil buat muslim dan non muslim?
org yg mencuri/ rasu ...
bangcak Post at 3-3-2012 15:49



   LEBIH ELOK DIBERI KERJA YANG LEBIH TINGGI LG...APA CLASS PENGERUSI FELDA JE...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 04:33 PM | Show all posts
SHAH ALAM — Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 1 ...
Al-Patih Post at 3-3-2012 05:57


Kebenaran akhirnya terserlah
Kesalahan akhirnya terhukum
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 07:11 PM | Show all posts
Reply 7# bangcak


    kalau sikit2 lepas buat salah diberi kerja makin ramai le orang jahat nanti. bukan nak menginsafkan malah buat orang tak takut nak buat kejahatan.adakah fenomena seperti itu terjadi kat msia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 07:49 PM | Show all posts
parti pengkhianat di barisi MP dan ADUN dan mangkok hayun yang gemar duit rasuah.
rasuah sudah sinonim dengan parti tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 08:58 PM | Show all posts
buat malu kampung aku j dia nih
hangennnnnnnnnnnnnnnnnnn jerk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071312 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list