CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3772|Reply: 19

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH

[Copy link]
Post time 7-3-2012 12:22 PM | Show all posts |Read mode



Benarlah, rumah tangga ummah ini sedang tergugah. Ertinya, kubu kita yang terakhir sudah ditembusi. Apabila dilaporkan setiap 15 minit berlaku satu perceraian, kita menjadi benar-benar bimbang. Betapa banyak ‘masjid’ yang roboh dalam masa sehari jika setiap 15 minit berlaku satu perceraian?


Akan tercapaikah perintah Allah agar “selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api neraka?”. Akan  adakah lelaki yang terbaik sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah, maksudnya”dia yang terbaik ialah yang terbaik dengan keluarganya?” Ramai isteri mahupun suami menghubungi saya, meminta pandangan, saranan dan nasihat… Terus-terang saya katakan saya juga tidak berdaya. Sumbangan saya hanya tulisan dan buku. carilah di situ, Itulah sumbangan kecil saya. Mudah-mudahan, adalah sedikit panduan. Kali ini saya paparkan satu tulisan sebagai peringatan buat diri dan semua pengunjung :


ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH..



Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal.

Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila ‘warna sebenar’ pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang ‘reverse’ ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan.

Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya ‘menggergaji abuk kayu’. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan dapat diperbetulkan lagi. Sebaiknya bersangka baiklah kepada Allah… dia suami atau isteri kita itu ialah takdir yang telah maktub untuk kita. Dia dan kita telah ditakdirkan Allah hidup bersama.

Jangan ada di dalam hati kita rasa menyesal, rasa terlanjur, yang kita telah tersalah pilih. Tidak sekali-kali. Sekalipun pilihan kita tepat, tetapi kita tetap diuji. Maksudnya, istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. Istikarah kita tetap mengundang musibah… kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti. Hidup dan mati kita adalah untuk di uji. Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya.

Pasrahlah dengan pilihan yang kita telah lakukan lewat istkharah. Kata bijak pandai, setiap perkahwinan dibina atas dasar niat, harapan dan impian yang baik namun setiap pasangan suami isteri bertanggung jawab memupuk, membajaai dan menjaga benih kebaikan itu agar tumbuh menjadi pohon yang rendang. Perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berlaku di syurga itupun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan.

Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan…ya itu sekiranya pangkal jalan kita salah. Namun bagaimana jika pangkal jalan kita sudah benar tetapi kita menghadapi masalah di tengah perjalanan? Jawabnya, teruskan perjalanan. Jangan berpatah balik. Namun telitilah satu persatu apa yang kita telah tersalah, belajar daripadanya. Jangan ulangi kesalahan yang sama berulang kali… cukup hanya sekali kerana orang mukmin itu tidak akan terjerumus dalam lubang yang sama dua kali.

Jangan salahkan istikharah kerana itu sama dengan menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan Allah. Apa yang penting, tanamkan di hati, bahawa Istikharah kita telah tepat, cuma setepat manapun pilihan kita hasil petunjuk Allah, kita tetap akan diuji. Ingat selalu, pilihan yang tepat hasil istikharah itu umpama benih yang baik. Ya, benih yang baik sekalipun memerlukan baja, cahaya, air dan dijaga dari gangguang serangga untuk bertunas, berdaun, berbunga dan akhirnya berbuah. Jadikanlah diri kita suami atau isteri yang umpama tukang kebun yang rajin bekerja di kebun cinta!

Carilah semula di mana iman kita letakkan di dalam rumah tangga kita. Bukankah iman yang kita yakini dulu, kini dan selama sebagai dasar dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia? Justeru, semak semula niat di hati, apakah rumah tangga kita masih fokuskan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.  Jika dahulu dasar istikharah kita untuk menjadi dan mencari pasangan yang soleh dan solehah, apakah kita masih berjalan di garis itu? Atau niat kita sudah sedikit melencong kerana hentakan ujian dan cabaran dalam berumah tangga?

Ingat kembali bagaimana cinta kita bermula. Bagaimana istikharah telah menyatukan kita. Dengan hati yang jitu terbinalah rumah-tangga atas niat ingin menunaikan perintah Allah. Di situlah simpulan cinta dia dan kita diikat melalui akad nikah yang sah. Maka dengan nama Allah terdirilah sebuah rumah-tangga ini.

Mesjid adalah ‘rumah’ Allah, maka begitulah sebuah rumah-tangga yang dibina atas nama Allah – ia umpama sebuah mesjid yang didalamnya suami, isteri dan anak-anak akan menegakkan hukum-hakam Allah. Jika berlaku sesuatu yang kusut dalam rumah-tangga, maka dengan mudah ia dapat diuraikan sekiranya suami dan isteri kembali merujuk ke pangkal penyatuan mereka dahulu yakni Allah. Dengan nama Allah kita bertemu (bernikah), maka kepada Allah jua kita merujuk segala-galanya sepanjang perkahwinan ini.

Ertinya, Allah itu bukan sahaja perlu dirujuk ketika awal pemilihan semasa kita beristkharah, tetapi di pertengahan, di hujung sehingga ke akhir perjalanan sebuah rumah tangga. Tuhan telah menyediakan kebahagiaan untuk setiap pasangan yang berumah tangga, tetapi kita perlu berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan yang telah disediakan itu. Allah telah menyediakan rezeki untuk burung… tetapi burung perlu terbang untuk mendapatkannya!

Jika ada iman, besarlah cita-cita. Apabila besar cita-cita, menjadi keillah masalah. Keluarga yang dibina atas dasar akidah juga mampu berdepan dengan apa jua ujian. Samada ujian itu dalam bentuk kekurangan harta benda, pergeseran jiwa, perbezaan fikiran atau pertembungan emosi antara suami dengan isteri atau ibu-bapa dengan anak-anak.  Kesatuan hati mudah dibina dengan sama-sama meletakkan Allah sebagai kuasa Pencatur dan Pengatur dalam apa jua tprogram, dan aktiviti di dalam rumah-tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan atau sesuatu yang tidak diingin, sikap menyalahkan orang lain kurang berlaku kerana masing-masing melihat kelemahan diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain. Kemudian sama-sama menerima semua itu sebagai takdir lalu berusaha mengatasinya mengikut lunas-lunas yang dikehendaki Allah.

Ya, tentu ada marah. Ya, pasti ada sedih, terkilan atau apa sahaja. Namun kemarahan, kesedihan, terkilan dan apa sahaja rasa-rasa yang negatif hanya sementara, cuma seketika… cita-cita yang besar (untuk hidup bersama di syurga) menyebabkan kita mampu memaafkan, meminta maaf dan akhirnya melupakan… dan kemudian pelayaran diteruskan lagi untuk menuju cita-cita besar itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2012 12:22 PM | Show all posts
sambungan

Istikharah bukan sahaja mengundang musibah. Istikharah juga menuntut mujahadah. Syurga itu maharnya mujahadah. Justeru tekanlah sifat-sifat mazmumah (buruk) sehingga ke paras paling minima. Bermujahadahlah kerana Allah bukan hanya untuk mendapat  penghargaan suami atau isteri. Isteri perlu mujahadah mentaati suami walaupun ketaatannya itu mungkin tidak dibalas dengan setimpal kerana dia berbuat demikian bukan mengharapkan balasan suami tetapi semata-mata kerana Allah. Walaupun takdirnya suami seorang yang menderhakai Allah tetapi itu bukanlah sebab untuk menderhakainya selagi apa yang disuruh atau dikehendakinya tidak berlawanan dengan kehendak Allah.



Inilah ketaatan yang diberikan oleh wanita solehah – Siti Asiah isteri kepada Firaun yang terkenal kerana derhakakan Allah. Siti Asiah berbuat  baik kepada Firaun bukan kerana mengharapkan balasan Firaun tetapi hanya semata-mata taatkan perintah Allah yang menyuruh seorang isteri taatkan suaminya walaupun suaminya seorang penderhaka. Hanya apabila menyentuh soal akidah, Siti Asiah bangun melawan dan akhirnya terbunuh sebagai syuhadak.

Begitulah suami yang memberi kasih sayang. Apa jua karenah isteri, terimalah dengan redha dan teruslah mendidik dan mendoakannya. Mungkin itu adalah takdir yang harus diterima kerana itulah jalan menuju syurga. Raihlah pahala dan kemuliaan seperti Nabi Ayub, Nabi Lut, Nabi Nuh, yang bersabar menghadapi isteri yang derhaka demi mengharap redha daripada Allah. Isteri itu pemberiaan daripada Allah, baik dan buruknya adalah untuk menguji kita. Jangan hanya dilihat pada pemberiannya (isteri) tetapi lihatlah siapa yang memberinya (Allah).



Apabila sebuah keluarga benar-benar beriman maka mudahlah mereka menerima syariat sebagai peraturan. Orang yang yakin dengan Allah, pasti yakin dengan peraturan-Nya. Syariat adalah jalan atau platform untuk menuju matlamat  yang telah ditetapkan bagi sebuah keluarga.  Jika matlamat jelas tetapi jalannya kabur, maka tidak mungkin matlamat itu tercapai. Cita-cita menuju Allah memerlukan kita melalui jalan yang telah dibentangkan-Nya dalam Al Quran dan As Sunnah. Jalan itu ialah syariat.



Oleh itu syariat yang merupakan peraturan-peraturan dari Allah itu mestilah menjadi panduan sepanjang melayari kehidupan berumah-tangga. Ia adalah ‘writen law’ yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota keluarga. Tidak ada siapa walaupun suami atau ayah (pemimpin dalam rumah tangga) yang harus berada ‘above the law.’ Semuanya tertakluk kepada hukum wajib, haram, sunat, harus dan makruh dalam setiap perlakuan dan tindakan.

Pendek kata dalam rumah-tangga yang menerima syariat sebagai jalan dan peraturan tidak timbul soal ‘Queen Control’ atau ‘King Control’ tetapi suami, isteri dan anak-anak sama-sama tunduk kepada Allah – Raja segala raja. Tidak timbul siapa yang  menang atau kalah dalam sesuatu perselisihan atau siapa lebih bijak dalam suatu perdebatan.



Apabila iman dijadikan matlamat, syariat diambil sebagai jalan maka dengan sendirilah berbuahlah akhlak dalam keluarga tersebut. Akhlak adalah natijah hasil mengikut jalan yang jelas berpaksikan matlamat yang tepat.  Tanpa iman dan syariat tidak mungkin akhlak dapat dihasilkan. Di sinilah salahnya kita,  kita menyangka  istikharah itu segala-galanya. Padahal ia baru mukaddimah. Ya, terkadang kita terlalu cepat bercakap soal buah sebaik menanam biji benih tanpa menyedari banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat pokok yang baik .



Di sinilah letaknya kunci ke arah pelaksanaan pakej kebahagiaan bagi sebuah keluarga. Bermula dengan istikharah, dilalui oleh mujahadah, dan akhirnya barulah membuahkan rahmah dan mawaddah. Islam memberi penyelesaian menjurus dan tembus kepada punca pemasalahan bukan mengubat gelaja-gejala atau akibat-akibatnya berkisar pada formula-formula pinggiran.



Ya, sebagai hamba Allah, merujuk kepada Allah bererti pengabdian secara total kepada kehendak dan peraturannya. Dan bila ini ingin dilakukan kita terpaksa kembali ke pangkal segala urusan yakni beriman kepada-Nya. Roh istikharah (merujuk kepada Allah) itu bukan hanya diawal perkahwinan, tetapi di pertengahan, di sepanjangnya, sehinggalah sampai ke hujungnya… syurga. Inilah istikharah cinta!



ISTIKHARAH CINTA

Kekadang mahmudah tidak kecapaian

Hanya dengan indahnya permulaan

Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian

Dari kesakitan, kegagalan dan persengketaan…

sepanjang perkahwinan



Seringkali dosa dan mazmumah

Ditandai oleh retaknya ukhwah

Sejauh mana kasih cinta kita berdua

Dibatasi oleh cinta kita pada yang Esa

Teguh iman, kukuhlah percintaan

Isteriku…

Kekadang Allah menyempitkan…

Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan

Kekadang Dia melapangkan…

Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan

Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya

Supaya tidak bergantung kepada sesuatu

selain-Nya!

Isteriku…

Istikharah cinta kita…

Inilah tagihannya

Istikharah cinta kita…

Mujahadah itulah maharnya!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 05:22 PM | Show all posts
kamu yang pengarang genta rasa ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 08:49 AM | Show all posts
kamu yang pengarang genta rasa ke?
lipans Post at 7-3-2012 17:22



    hish .. bukan lipans .. mek dapat nie dari email .. so mek teringat utk sharing... kenapa??
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:32 AM | Show all posts
takde. ingatkan ustaz gentarasa tadi. Artikel dia semua bagus-bagus.

http://genta-rasa.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 11:37 AM | Show all posts
takde. ingatkan ustaz gentarasa tadi. Artikel dia semua bagus-bagus.
lipans Post at 8-3-2012 11:32



    haah .. mek pun ader orang fwdkan .. tu yang mek sharing .. suka cara die "memujuk"n hati yang sedang celaru .. indah sangat bahasa die kan??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2012 01:52 AM | Show all posts
artikel yang bagus...insyaf..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 06:39 PM | Show all posts
ustaz pahrol mohd juoi...tasawufnya tinggi.....bacalah majalah solusi dia editor nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 10:13 AM | Show all posts
Reply 3# lipans

pasu memang follo genta rasa...sejuk hati bila baca hasil nukilan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:21 AM | Show all posts
cuma kekadang, ada yang beristikharah untuk dapatkan mimpi..

sedangkan jawapan dan pilihan Allah berkaitan dengan permasalahan kita, bukan memalui mimpi sahaja..melalui gerak hati juga..

kena faham juga apa itu konsep istikharah..
jangan bila dilanda masalah sahaja baru nak cari apa itu istikharah...
dan jawapan istikharah adakalanya tidak memihak pada pilihan kita..kena faham tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:34 AM | Show all posts
ketika mahu lakukan istikharah... bertaubatla dahulu... mohon ampun atas segala dosa2 yg pernah kite lakukan...
beristikharahlah tanpa memihak pada mana2 keputusan...
istikharah kan maksudnyer memohon petunjuk atas pilihan yg kita ada?
jika kite telah memegang satu keputusan dlm hati...untuk apa lagi ditanya pada Dia?
jadikan diri ikhlas dalam pilihan dan semasa istikharah...

jawapan istikharah tidak tertumpu pada mimpi... mungkin dgn pendangan2 org keliling... mungkin terpampang depan mata... dan ape saja kemungkinan...

just my 2cents
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:47 AM | Show all posts
baik untuk saya lakukan solat ini...
sebab sekarang saya memang dalam dilema dlm sbuah perhubungan yg saya sendir xpasti hujung nya bagai mana...

da yg kata solat ini d lakukan 7x lebih afdal?
ada sesiapa x di sini ilmu agama nya tinggi utk saya jadikan rujukan..sbb saya da sesuatu mahu d tanya rasanya terlalu berat dan sukar utk saya kongsikan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 04:48 PM | Show all posts
baik untuk saya lakukan solat ini...
sebab sekarang saya memang dalam dilema dlm sbuah perhubungan  ...
ogata Post at 12-3-2012 10:47



    baru ni saya pergi forum Cinta Jodoh dan Syurga yg ahli panelnya Ustaz Pahrol, Ust Zawiyah dan Prof Muhaya...
katanya buatlah solat istikharah banyak² sampai kita tahu dan yakin dengan keputusan apa yg hendak di buat.... dan dengan Allah jgnlah main²...bertanyalah padaNya ttg contohnya dua perkara baik yg kamu tak tau nak buat keputusan yg mana... lagi satu kriteria lelaki/perempuan yg kita hendak sememangNya Allah itu lebih tahu tetapi sebagai hamba kita perlu menyatakan kehambaan kita kepada Allah SWT dengan rintihan kita itu. Prof Muhaya - Dengan Allah kita istikharah, dengan manusia kita musyawarah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 04:59 PM | Show all posts
Reply 13# NonaNaga


   tq so much my dear...
namun ada juga sesetengah orang brkata pada saya bahawa..kalau kita bkn dlm dilema maka solat isthikarah itu agak susah nak menampakan hasil??
adakah bnr??/
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 09:16 PM | Show all posts
baru ni saya pergi forum Cinta Jodoh dan Syurga yg ahli panelnya Ustaz Pahrol, Ust Zawiyah ...
NonaNaga Post at 12-3-2012 16:48



   maknanya kena buat banyak2 kali ke?solat istikharah ni tak boleh kalo hati kita bias kan?

iols penah buat sekali..tut-tut lepas tido tu, terus dapat mimpi somebody tu..
mimpi tu macam real..kitorang kawen, tapi, mula2 masuk umah baru,
umah kena pecah, dan bilik bersepah sebab dia sepahkan baju rata2.
tp, dalam mimpi tu, weols tak gaduh2 pun pasal bilik sepah ke ape..romantik lagi..

pastu, iols macam konpius.. hadekah ini solusi untuk istikharahku?
tapi, semuanya dalam keadaan x baik, walaupun iols dah kawen dgn dia dlm mimpi tu..
last2, iols tak pasti dgn istikharah tu..
buat lagi..buat lagi...tapi, pastu tak dapat petunjuk pape dah..



p/s : sebenarnya, masa buat istikharah tu, iols tak harap pun nak dapat petunjuk dari mimpi ke apa..
cuma berharap allah lorongkan/tunjukkan jalan yang lurus je..
tut-tut termimpi dia plop..elok je lepas istikharah tu..
tapi, tak sure adakah ni petunjuk sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 10:36 PM | Show all posts
ustazah zawiah pesan dlm forum tu kalau kita rasa kita takut bias....contoh dlm hal jodoh....mintalah org paling rapat especially ibu ayah kita untuk lakukan untuk kita..itu pun boleh.

teringat lawak (ilmu) Ust Zawiah kata contoh yg mainkan2kan Allah dlm istikharah..ada satu kes...seorg wanita ni...ada teman lelaki dan ada suami...boleh dia pergi buat solat istikharah mcm tu namanya main2kan Allah...sbb dah tau jwpnnya...suami dia tu lah yg wajib dia pilih dan taati...

kalau kita tak bermimipi pun kita sendiri akan tahu jwpn dari naluri itu sendiri... meminta pertolongan dengan Allah dia akan bantu...apalagi dlm dunia yg Allah itu lebih tahu tentang diri kita dari kita sendiri. kerana itu kita bertanya kepadaNya. Kita tak tau rahsia Dia.

Tapi dari segi jodoh kalau ada kata dah istikharah dulu tapi akhirnya cerai jugak....itu lah pulak berbalik kita kepada Qada' dan Qadar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 03:40 PM | Show all posts
bagus artikel ni..buat kte berfikir..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 05:57 PM | Show all posts
teringat kata seorg forumer kat sini...pasal jirannya ke saudaranya....

semua hal pun dia buat istikharah.....walaupun perkara2 yg generally kecik aje pada kebanyakan orang.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 06:18 PM | Show all posts
wah .. suke la..ramai yang singgah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 01:00 PM | Show all posts
erm.. istikharah.. senang nak disebut.. tapi nak buat tu... erm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.455139 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list