CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12147|Reply: 2

Mimpi menurut Perspektif Islam

 Close [Copy link]
Post time 9-3-2012 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..sebelum itu saya mohon maaf kalau tersalah post atau termasuk dalam chanel yang salah..seperti yang tajuk saya tuliskan ini, saya inginkan tafsiran mimpi berdasarkan pemahaman rakan-rakan forum menurut perspektif Islam.. ceritanya begini..
Saya bermimpikan dua ekor ular yang berwarna kuning dan ungu. Atuk saya tangkap dan tiba-tiba ular tersebut berubah menjadi ular yang besar dan mengejar saya. Saya menyorok di rumah dan seterusnya saya terjaga. Pada masa tersebut saya tidak boleh sembahyang namun ketika tidur, seperti biasa amalan saya adalah doa tidur, mengucap dua kalimah syahadah, dan selawat kepada Rasulullah S.aw...kalau saya boleh sembahyang pula, saya akan amalkan bacaan 4 kul, ayat kursi, saya lupa nama ayat apa, tapi ayatnya bermula dengan (laqad ja akum rasulun min anfusikum.......),dan berbagai2 doa lagi..sepanjang hidup saya, sangat jarang bermimpikan ular.. begini dan mimpi ini menghantui saya sebab saya pernah terdengar perbincangan dengan ustaz yang mengatakan bahawa ular bukan lah sesuatu yang baik seperti orang2 tua kata ( jodoh dekat) ...kerana Rasulullah sendiri cakap kalau jumpa ular boleh bunuh sebab dia membahayakan dan boleh membunuh. malahan pada zaman jahiliah dulu, ular banyak dikaitkan dengan amalan sihir. Ada yang mengatakan bahawa sekiranya bermimipikan ular, maka kejahatan/sihir akan mendatang..mohon pertolongan rakan-rakan yang mahir dalam bidang keagamaan atau perubatan Islam..terima kasih..pertolongan kalian, Allah sahaja yang membantu...Aamin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2012 04:25 PM | Show all posts
Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada ana :

“assalamualaikum ustaz.. baru2 ni sy mimpi dibelit & dipatuk ular hitam.. rasa x sedap hati bila pk psl mimpi ni.. apa pendapt ustaz??“

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ini, sekali lagi Ustaz Love nak tegaskan (sama seperti di entry2 lepas), Ustaz Love bukanlah orang yang layak untuk mentafsir mimpi.. Sebab Ustaz Love tidak belajar apa2 pun berkenaan tafsir mimpi ini. Dan Ustaz Love juga merupakan seorang yang tak berapa ambil berat tentang mimpi ni..



Bagi Ustaz Love, kebanyakan mimpi ini adalah mainan tido semata2.. kalau tido tu kosong je, mcm tak best plak.. sama jugak mcm kita duduk termenung.. kalau termenung kosong je, mcm buang masa je rasanya.. kalau termenung sambil berangan2 jadi jutawan ke, jadi hensem ke, jadi anak raja ke.. sedap la sket nak termenung tu.. kihkih

Tapi tak dapat dinafikan, kadang2 mimpi juga boleh menjadi petunjuk.. terutama mimpi orang2 beriman dan beramal soleh (kalau mimpi para Nabi itu, ianya merupakan wahyu dan semestinya benar).. Mimpi orang2 beriman ini (spt dinyatakan dalam hadis sahih) adalah satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.. Namun, amatlah sukar untuk menentukan kebenaran sesuatu mimpi itu, kecuali la bila dah berlaku perkara yg dimimpikan..

Kalau terlalu percaya dengan firasat mimpi, dikhuatiri terjatuh dalam perbuatan syirik, iaitu meramal masa depan.. hanya Allah saja yg mengetahui apa yg berlaku pada masa depan.. manusia mahupun jin tak mampu mengetahuinya kecuali dengan izin Allah.

Cuma, berkaitan dengan mimpi dibelit ular ni, kalau selalu orang dok tanya kat Ustaz Love, Ustaz Love akan jawab supaya hati2 masa tido.. tutup semua lubang2.. takut2 nanti memang betul ular masuk dlm rumah dan membelitnya.. kihkih.. Ustaz Love melawak je..

Berdasarkan apa yg Ustaz Love tahu (melalui pembacaan dan perborakan dengan geng2 muallij – pengamal perubatan Islam), mimpi ular ni ada kaitan dengan gangguan jin. Sebaiknya bila bermimpi sebegitu, maka ludahlah 3x ke kiri (isyarat meludah je.. bukan meludah betul2 siap berkahak plak lagi.. kihkih) dan membaca ta’awwudz (a’uzubillahi minas syaitonir rajim).. kalau masih lagi diganggu mimpi itu, ulanginya dan alihkan posisi tidur.. kalau masih lagi diganggu mimpi tersebut, maka bangunlah.. dan ambil wuduk serta solat tahajjud, mohon Allah pelihara kita daripada gangguan jin dan syaitan..

Mimpi dipatuk atau dibelit ular takde kaitan dengan rombongan peminangan.. kalau berlaku pun, ianya cuma kebetulan.. sbb ular takde kaitan dengan peminangan.. belum pernah lagi berlaku dalam sejarah, orang jadikan ular sebagai barang hantaran perkahwinan.. jadi, kat celah mana perkaitannya pun Ustaz Love tak tahu.

Jika selepas bermimpi itu, saudari mengalami perasaan murung, sakit2 badan dsb, maka pergi la berjumpa doktor.. kalau doktor pun tak dapat nak kesan apa penyakitnya, maka saudari ikhtiar la berjumpa dengan pengamal perubatan Islam.. sebagai langkah berjaga2 saja.. kalau takde apa2, alhamdulillah.. kalau ada ‘apa2′, maka boleh cepat2 dirawat.

http://ustazlove.com/blog/2011/1 ... itam/#axzz1odEDSM8O

Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/1 ... itam/#ixzz1ohUKOzbE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2012 10:49 AM | Show all posts
terima kasih kertas putih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.087379 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list