CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: miss_lurve

aku nk kurussssss

[Copy link]
 Author| Post time 14-3-2012 07:50 AM | Show all posts
huhuu..thanks sume..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by ny_herbs at 14-3-2012 10:02

try jamu ~ herba puteri...keluaran bumiputera...bukan indon punya tau..
jamu ni khusus untuk anak dara / wanita yang belum berkahwin...

ianya boleh kurang kan selera nak makan yang membuak2 tu...
dan leh kurang kan inch n kg, sekiranya consistent dalam masa sebulan ni...
harga pun berpatutan...


nak cepat lost kg + inch, ni tips dan petua daripada Ny :


Kurangkan minuman bergas... (banyak gas dan manis tau)
Kurangkan minum air sejuk atau ais.. (boleh buat perut kita buncit, bisa urat)
Banyakkan minum air suam... (agar badan x terhidrat)
Minum air panas suam lagi baik...(sebenarnya feel tau, try minum)
Banyak kan gerakan (jalan kaki, naik tangga kat office tu, atau buat kerja rumah)
Kalau dapat bersenam lagi bagus...(Ny xde masa..heheh)
Nasi kalau dulu 1 pinggan penuh, kurangkan jadi separuh...
Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak...
Ambil makanan yang berkukus dan direbus (lebih baik)
Lebih makan sayur-sayuran dan buah-buahan...(epal hijau sangat bagus)
Makan kerap boleh, tapi dalam kuantiti yang sedikit...
Elakkan makan banyak 2 atau 3 jam sebelum tidur...
Sebelum tidur makan herba puteri 2 biji...(untuk supplement) - berat lebih 60kg, boleh up kan kpd 3 biji...

~ Lagi banyak minum air manis yang berais tidak akan menghilangkan dahaga, malah anda akan kerap kali dahaga...

~ Lebih baik mengantikannya dengan air masak...lagi banyak minum, lagi bagus dan boleh menghilangkan dahaga dan elok untuk tubuh badan kita juga...



full info : http://nyherbs2u.blogspot.com/







Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 11:23 PM | Show all posts
ha, tahan nafsu makan tu .... ade lagi tak xganti puase ??? elok lah ganti skunk ... bukan ape, berpuase smbil berdiet ... miera pon buat gitu kot sebab raye nati ade yg nk masuk minang ... huhu ... malu pulak kalo ade ckp bdn berisi sebab kiteorng dah lame x jmpe .... huhu ...
satu lagi , cube gune krim mujarab extra hot smbil xsercise ... boleh bako lomak bnyak skit...  just suggestion!   

btw, tahniah la sebab dah nk bertunang nk jamu mate ngan kad kahwin cantik2 ... jenguk la kat sini   http://www.facebook.com/profile.php?id=100003470518425  ... miera design sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 11:51 PM | Show all posts
diet-dan-cara-pemakanan-rasulullah

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


JENIS MAKANAN
Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office…;)
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..
(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…… cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek….. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.

Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
Rasulullah S.A.W juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:39 AM | Show all posts
kalau kat sususejat.com, ada artikel pasal detox-untuk orang2 yg nak hilang berat badan ekspres...kat board ni pun ada thread pasal detox. cuba la belek2...
kalo misslurve nak kurus cepat, banyak produk2 yg boleh dicuba...cuma tak payah la amek yg mahal sangat...nanti lari bajet pulak...kan nak tunang?  
tapi misslurve kan jutawan, beli yg mahal2 pun takde masalah kot!




p/s: sy pun nak kurus, tp bukan sebab nak tunang or untuk sapa2, tapi untuk kesihatan diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 12:11 PM | Show all posts
akak pon tgh nk kuruskan bdn ni.....

tahniah eh nk tunang..lupakan best pren anda tuh..hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2012 03:14 PM | Show all posts
kalau nak boleh cuba dlm masa 3 bulan, memerlukan disiplin yg tinggi dan semngat kental:

makan 5 kali sehari...amik makanan dalam kuantiti yg sedikit, lebih kurang sebesar piring cawan. kurangkan karbo lebihkan protein, pergi kelas aerobik dan step buat 3 kali seminggu, minum air kosong shj, gantikan gula dgn slavia, jgn makan apa apa roti putih walaupun sandwich, jgn makan jeruk asam ikan masin telur masin yg masin masin, boleh makan roti gandum atau sprouted bread dgn sugar free peanut butter dan bega cheese. jgn makan buah kecuali epal merah

cubalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 03:55 PM | Show all posts
pada yg nak diet tanpa berlapar...makan baru boleh kurus cuba lah SD2.

klik link nih for more info and success stories

https://www.facebook.com/pages/SD2-Slim-DietII/206173646134131
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 06:49 PM | Show all posts
ko g gym... insyaAllah berat badan ko turun
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:52 PM | Show all posts
makan la hati berulam jantung...pasti aja kurus...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055706 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list