CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11963|Reply: 11

Haji dan Umrah - Hutang dan Pinjam

[Copy link]
Post time 25-3-2012 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Assalamamualaikum...

Saya ada sedikit bersoalan...
mengenai hukum menunaikan haji dan umrah...
dengan menggunakan duit pinjaman..

contonya mcm ni...
seseorg itu berniat ingin menunaikan umrah...
tiada duit cash...
tetapi mempunyai simpanan emas...
dan emas itu dipajakkan..
bolehkan duit pajakan itu digunakan untuk menunaikan umrah?

saya ada terbaca sesetengah bank mengeluarkan skim pinjamana untuk menunaikan umrah dan haji...
apaka hukumnya...

harap dapat memberi penjelasan..
terima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2012 03:20 PM | Show all posts
Sudahkah fatwa dikeluarkan mengenai perkara ini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 03:03 PM | Show all posts
Sudahkah fatwa dikeluarkan mengenai perkara ini?
ibnur Post at 25-3-2012 15:20


Assalamualaikum ibnur,

Ghasernye deme nak buat mcm Indon kot dulu dulu.
Muda muda lagi udah pergi Haji.

Ghoper ghoper nyer deme 'pinjam/utang' dari bank.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 04:30 PM | Show all posts
selain Indon... yg pakej pinjam umrah/haji ni ada juga dilaksanakan di Singapura... di sini, Malaysia, tokwan belum jumpa lagi ada bank/koperasi tawarkan pakej gini...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:23 PM | Show all posts
Bukan dulu Harusani ada bagi pendapat kan?  Apa dia kata?  Teman tak ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 02:34 PM | Show all posts
Bukan dulu Harusani ada bagi pendapat kan?  Apa dia kata?  Teman tak ingat.
ibnur Post at 27-3-2012 22:23


Assalamualaikum ibnur,

Teman quote:

1. Sebenarnya tidak perlulah kita berhutang untuk mengerjakan haji atau umrah. Orang yang terpaksa berhutang untuk mengerjakan haji dan umrah menunjukkan bahawa ia belum mampu. Ibadah haji tidak wajib melainkan apabila seseorang itu telah mampu. Ini berdasarkan firman Allah (bermaksud); "Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah ialah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana" (Ali Imran, ayat 97). Kemampuan termasuklah dari segi kewangan merangkumi kos pengangkutan ke Tanah Suci, perbelanjaan diri sendiri di sepanjang perjalanan haji dan perbelanjaan orang-orang yang wajib dinafkahinya selama tempoh ia mengerjakan haji.

2. Walaupun tidak dituntut berhutang, namun jika seseorang itu meminjam/berhutang untuk mengerjakan haji/umrah, para ulamak menegaskan; hukumnya adalah harus (yakni tidak haram dan tidak juga makruh, walaupun yang terbaik ialah tidak meminjam) dan haji/umrahnya sah (jika memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan) serta gugur kewajipan haji/umrah darinya. Hendaklah dipastikan pinjaman itu bukan pinjaman yang berteraskan riba. Jika tidak, si pemimjam telah melakukan dosa besar dan mengurangkan pahala haji/umrahnya.

3. Apa yang terbaik ialah dengan kita menghimpun wang dari masa ke semasa dan apabila wang yang dikumpul mencukupi barulah kita menunaikan haji. Cara ini dapat mengelakkan kita dari menanggung hutang di mana berhutang di dalam Islam sekalipun diharuskan tetapi tidak digalakkan.


Waallahua'lam

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2012 03:38 PM | Show all posts
Reply 6# niceghost2005

Alhamdulillah... begitulah yang saya faham....

JazakAllah khair...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 08:21 AM | Show all posts
Peringatan, bagi yang lupa tentang Kos Pentadbiran

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2012 04:43 PM | Show all posts
klu kita ada hutang dgn kawan, dgn adik beradik, dgn jiran....... elok bayar hutang tu dulu.  

manakala klu gi haji dgn buat loan bank rasanya tak perlu la. sbb islam tak menggalakkan umatnya terperangkap dgn hutang. memang kerja bank menggalakkan org ramai suka berhutang. offer mcm2 pakej hutang.  lebih afdal simpan berdikit2, ada rezeki sampai juga seruan haji.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 04:45 PM | Show all posts
Peringatan, bagi yang lupa tentang Kos Pentadbiran
Senyum86 Post at 30-3-2012 08:21



    bayar rm300 sbulan ye? emm bagus2...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 06:10 AM | Show all posts
Assalamualaikum ibnur,

Teman quote:

1. Sebenarnya tidak perlulah kita berhutang untuk meng ...
niceghost2005 Post at 28-3-2012 14:34



    kalau kita memajak emas milik kita untuk mengerjakan umrah, mcm mana pula?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 07:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Radzor at 31-3-2012 19:26

Seperti yang di katakan di atas, haji adalah kepada yang mampu. Umrah pulak tidak wajib (betul ke?)

Lepas tu terjadi pulak, berhutang untuk beli keta, rumah sampai ratus2 ribu malahan juta boleh pulak...hmmm.. Dalam Hal ini, adakah kita belum mampu untuk haji? Pergi haji pula Cuma berapa....20ribu? Boleh tak di katakan siapa yg boleh beli saga atau kancil, boleh juga pergi haji?

Seperti juga di katakan di atas oleh momod hantu cantik, hutang untuk haji itu harus. TETAPI hutang itu tanpa riba. Ada banyak ayat tentang hutang di dalam Al Quran (surah ke dua/ketiga). Bermakna hutang boleh tapi tanpa riba dan Ada caranya dijelaskan dalam AlQuran dengan agak terperinci.

Jadi, pajak boleh atau tidak? Pada Fikiran saya, pajak itu adalah pajakan untuk meminjam atau berhutang, Cuma pastikan tiada unsur riba di dalamnya.
Dan juga pajak itu begini. Ada barangan berjumlah beberapa ringgit. Dipajakkan  barang itu untuk mendapatkan ringgit. Untuk tempoh2 tertentu, si pemajak akan menebuskan barang tersebut kembali dengan sejumlah ringgit yang dipersetujui. Klu Ada apa2 terjadi atau sipemajak tak mampu menebus kembali, hutangnya Akan langsai kerana pemberi duit Akan menyimpan barang tersebut. Bagi saya perbuatan begini adalah baik.

Wallahu'alam. Agama sy Cuma pangkat 3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068196 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list