CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19446|Reply: 159

[La' Race FINALE] PUTUS TUNANG? SALAH SIAPA (BATUAPI8888)

 Close [Copy link]
Post time 27-3-2012 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 28-3-2012 07:49












Dilema putus tunang


Pertunangan adalah permulaan langkah menuju gerbang perkahwinan. Biarpun belum sah bergelar pasangan suami isteri, namun ia adalah fasa yang menghampiri untuk hidup berumah tangga. Pun begitu, pertunangan tidak menghalalkan hubungan intim sebagaimana yang berlaku dalam sebuah rumah tangga.



Timbalan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pertunangan, namun dibenarkan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas hukum syarak.



Katanya, kebanyakan pertunangan diamalkan masyarakat Islam hari ini membawa banyak kebaikan kepada pasangan yang bertunangkerana selain merapatkan hubungan kekeluargaan antara kedua-dua pihak, secara tidak langsung menyimpul perasaan menghormati antara satu sama lain sebelum mempelai diikat melalui simpulan perkahwinan yang sah.



Lazimnya, apabila seseorang sudah bertunang bermakna dia sudah mengikat suatu perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian pertunangan dan mengharapkan suatu masa nanti bakal disatukan.



Ada kalanya, perjanjian pertunangan ini tidak ditunaikan sama ada dengan sengaja atau melalui paksaan bahkan, ada yang berakhir dengan kejadian putus tunang.



Ekoran itu, pihak yang mengalami kejadian putus tunang itu akan menanggung malu, terkilan, fitnah dan pelbagai perasaan sehingga ada yang melakukan saman di mahkamah daripada jumlah ribuan mencecah kepada jutaan ringgit.



“Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam memberi hak kepada seseorang itu menuntut kerugian yang dialami membabitkan persediaan untuk perkahwinan atau apa-apa perbelanjaan.



“Mereka boleh memfailkan tuntutan itu di mahkamah syariah bagi mendapatkan semula pemberian yang diberikan atau segala perbelanjaan yang ditanggung bagi menyediakan segala keperluan untuk perkahwinan.



“Ertinya, barangan yang sudah dibeli misalnya barangan hantaran dipulangkan dan ia sama nilai seperti tempahan kad jemputan, pelamin, khemah dan sebagainya,” katanya.



Mengulas kejadian yang berlaku seperti saman malu atau tuntutan sehingga mencecah jutaan ringgit oleh mangsa putus tunang itu, Musa mengatakan ada segelintir pihak melakukan saman itu atas dasar balas dendam atau maruah yang sudah tercalar.



Katanya, istilah saman malu mungkin tiada dalam bidang kuasa mahkamah syariah tetapi ia lebih membabitkan ganti rugi am kepada yang menjadi mangsa putus tunang itu.



Namun mereka yang merasakan dirinya dimalukan atau maruah tercalar ekoran kejadian itu, boleh membawa perkara berkenaan ke tengah agar mendapat pembelaan sewajarnya.



Beliau turut melahirkan rasa bimbang jika saman malu dengan jumlah mencecah ribuan atau jutaan ringgit menjadi ‘trend’ masyarakat hari ini sedangkan hukum syarak membenarkannya dengan mengambil kira nilai harga barangan di samping tuntutan yang munasabah saja, bukan kerana perkara lain.



Namun, katanya, kajian lebih terperinci perlu dilakukan untuk menebus malu pihak yang sudah diputus tunang terutama pada saat-saat akhir menjelang majlis perkahwinan.



Beliau juga tidak menafikan ada kalangan mereka sudah melakukan persiapan bagi mengadakan majlis perkahwinan dengan melakukan ubah suai rumah, menempah pelamin dan barangan hantaran, namun tidak terjadi perkahwinan sebagaimana dimeterai kedua-dua pihak sebaliknya berakhir dengan perpisahan.



“Pada pandangan saya, jika diteliti balik tuntutan dan ia wajar serta munasabah kerana membabitkan syariat, ia dibenarkan oleh hukum syarak dan perkara itu tiada masalah untuk ‘dikanunkan’.



“Selain itu, satu kajian khusus harus dilakukan pihak berwajib supaya mangsa dapat menuntut segala ganti rugi am. Contohnya, apabila tetamu sudah datang menghadiri majlis perkahwinan tiba-tiba dibatalkan sudah tentu keluarga pengantin menanggung malu.



“Apabila tindakan saman dilakukan, ia bertujuan memberi teladan kepada masyarakat agar tidak mengulangi perkara yang dianggap boleh mengaibkan orang lain,” katanya.



Mengenai segelintir pihak mengheret si pelaku ke mahkamah sivil, beliau berkata, kemungkinan kes itu akan dirujuk semula kepada mahkamah syariah kerana bidang kuasa sedemikian hanya diberi kepada mahkamah syariah.





Read More:

http://www.serikasih.com/putus-t ... lemma#ixzz1qK6RJMpc

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2012 09:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by BATUAPI8888 at 27-3-2012 22:16

Ulasan Thread Rujukan



Merujuk kepada Banner di atas, ulasan atau rumusan yang saya boleh simpulkan ialah:-


Sekiranya pembuka thread merasakan bahawa masa depan adalah satu-satunya perkara yang sangat berharga, untuk dirinya dan bakal zuriatnya di kemudian hari, maka adalah lebih baik beliau membuat keputusan yang tepat untuk dirinya dan juga keputusan itu nanti tidak mendatangkan masalah perhubungan di kedua-dua belah pihak keluarga dia dan tunangnya.


Beliau seharusnya mengambil langkah bersemuka dengan tunangnya, dan bawa bersama berbincang dengan kedua belah ibubapa dia dan tunangnya. Terangkan duduk perkara sebenar. Pertunangan itu boleh dileraikan atau dipisahkan dengan cara baik tanpa membawa kepada permusuhan atau bermasam muka.


Seperti kata forumer di post #24, kaishi,


bersyukurlah... TT belum kawin.. tak ape rasa sakitnyer
putus
tu skang.. dari rasa perasaan bercerai tu... move on TT, jangan dinnanti pada orang yang dah memang mudah lupe  diri ni, esok lusa.. dia nak balik semula pn,, belum tentu dia jenis betul2 nak berubah.... mudah snagat lupe diri..



so... all the best TT


Saya sangat bersetuju dengan apa yang kaishi katakan di atas. Kerana adalah lebih baik putus tunang dari berlakunya perceraian di kemudian hari setelah ikatan perkahwinan termeterai. Malah lebih buruk lagi jika adanya anak-anak yang akan turut menjadi mangsa keadaan.


Adalah susah untuk merubah sikap dan peribadi seseorang sekiranya kita sendiri tidak yakin dan tidak cukup kuat untuk menghadapi karenah orang tersebut.




Apa yang berlaku ada hikmah



DIDORONG kekecewaan yang amat sangat, rasa tertipu berikutan tidak dapat meneruskan perkahwinan selepas melakukan pelbagai persiapan ke arah mendirikan mahligai bahagia menyebabkan seseorang itu berasa marah dan tertekan apabila putus tunang.

Terlerainya ikatan suci itu ibarat kemarau bertahun terhapus dek hujan sehari dan begitu dirasakan oleh mereka yang pernah menjadi `mangsa’ putus tunang itu.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar berkata, reda adalah jalan terbaik kerana ia berlaku sebelum terjadinya sebuah perkahwinan.

Menurutnya, jika pertunangan diteruskan dan disusuli perkahwinan selepas itu kemungkinan berlaku peristiwa yang lebih mengharukan misalnya perpisahan, curang dan pelbagai lagi, kesannya mungkin lebih buruk.

“Ada kalanya kita kena didik diri dan mengatakan semua itu ada hikmah tersendiri.Tuhan seolah-olah memberi petunjuk lebih awal bahawa dia bukan jodoh terbaik dan mungkin akan dianugerahkan dengan bakal suami atau isteri atau jodoh yang lebih baik lagi,” katanya.

Apa yang penting, katanya, kehidupan perlu diteruskan kerana masih ada ruang untuk bergembira bersama mereka yang memahami diri anda.

“Jangan disebabkan putus tunang atau tidak jadi berkahwin membuatkan anda merasakan hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Sedangkan anda sebenarnya sedang `diuji’ dan jangan merasakan ia sebagai suatu tekanan dalam hidup sehinggakan mengetepikan orang sekeliling.

“Bersikap dewasalah atau lebih positif dan jangan terasa dimalukan. Kadangkala sifat orang yang menyaman bekas tunang itu bukan sekadar ingin melampiaskan rasa malu semata-mata sebaliknya lebih kepada dendam atau rasa tertipu oleh pihak yang satu lagi,” katanya.



Read More: http://www.serikasih.com/putus-t ... lemma#ixzz1qK6abcaG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 09:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by BATUAPI8888 at 27-3-2012 21:51

Perkara yang perlu diambil kira:




* Bertunang berupa kontrak awal kepada perkahwinan. Pihak yang berjanji kena patuhi kecuali ada kemungkinan besar membawa kepada kemudaratan jika diteruskan juga lalu pertunangan boleh diputuskan.


* Misalnya, jika lelaki seorang penagih tegar, Islam membenarkan pertunangan dibatalkan dengan syarat pihak yang memutuskan harus membayar balik segala ganti rugi mengikut nilai yang sudah ditentukan.


* Pastikan segala resit pembelian barangan atau urusan bayaran disimpan sebagai bukti penting di mahkamah.


* Jika lelaki yang memutuskan pertunangan, wanita boleh melakukan tuntutan di mahkamah syariah. Pada masa sama, lelaki juga boleh menuntut balik saman berdasarkan perkara yang logik atau berasas.


* Wajar atau tidak pertunangan diputuskan berdasarkan sesuatu, jika sebabnya kuat ia harus dilakukan.


* Bawa saksi atau bukti untuk menyokong bukti anda.


* Cari peguam syarie bertauliah dan dapatkan nasihat yang betul demi mengelakkan tertipu dengan tuntutan tidak sepatutnya.


* Persatuan Peguam Syarie Malaysia boleh dihubungi menerusi e-mel:
admin@pgsm.com.my
atau layari laman web
www.pgsm.com.my



Read More:
http://www.serikasih.com/putus-t ... lemma#ixzz1qK6frtFv

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 09:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by BATUAPI8888 at 27-3-2012 21:58

Contoh Kes Putus Tunang




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 09:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by BATUAPI8888 at 27-3-2012 22:27



Hati Ku Retak Seribu







Berdoalah Mengadu Padanya Bila Kecewa Melanda






Mari Belajar Bahasa Isyarat






Contoh Sijil Putus Tunang

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 09:39 PM | Show all posts
banner tu mana nama group ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-3-2012 09:40 PM | Show all posts
banner tu mana nama group ?
juju_amin84 Post at 27-3-2012 21:39



   adeh. silap masuk. jap mod. jap yek.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 09:41 PM | Show all posts
ulasan thread rujukan maner?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 09:47 PM | Show all posts
iols close dulu thread nih..just edit jah kt mn2 pos yg bro dh buat ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 09:56 PM | Show all posts
ulasan thread rujukan maner?
juju_amin84 Post at 27-3-2012 21:41






nih mn ? guna ayat sendiri yer .....blh quote ayat dr thread tersebut..tp stil kna ulas jugek sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:31 PM | Show all posts
thread approved untuk dikomen
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by nuryakmal at 27-3-2012 22:36

Waaa betul betul buat keja!! Sngt impressive! The notes were well written, right on the dot. The sample cases are true enough which had happned in our society. Kudos!!

Very impressive with regards to the akta used. Tak ramai masyarakat tau tentang perkara tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:35 PM | Show all posts
Waaa betul betul buat keja!! Sngt impressive! The notes were well written, right on the dot. The sam ...
nuryakmal Post at 27-3-2012 22:33



   kn paksa buat elok2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2012 10:35 PM | Show all posts
Terima kasih terlebih dahulu untuk yang sudi beri komen semua ye. Jasa anda sangat dihargai.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:35 PM | Show all posts
Tread yang berinformatif... banyak maklumat yang boleh diperolehi.. Rupanya ada peruntukkan tertentu dalam undang-undang Islam... Gud luck buat TT..

Tapi yang tak menahan... siapa yang keluarkan sijil putus tunang apek?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:36 PM | Show all posts
Reply 13# juju_amin84


    Begitula rakyat malaysia yang ku kenali!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2012 10:37 PM | Show all posts
Reply  juju_amin84


    Begitula rakyat malaysia yang ku kenali!
nuryakmal Post at 27-3-2012 22:36


finale..so kn buat btl2..ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:40 PM | Show all posts
Oh!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sgt-sgt menarik, isu yg sedang panas di muka surat depan surat khabar...
Wow! Cara TT present mmg ada curlasssst!
Nampak sungguh kerja keras yg ditunjukkan

All the best dan selamat berjaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:41 PM | Show all posts
Reply 17# juju_amin84


    Tahniah utk momod juju !
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 10:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 27-3-2012 22:42

wpun tak pernah bertunang dulu tapi info ni sgt bagus bagi bakal2 yg akan bertunang.
tak tahu pulak ada bahasa isyarat utk putus tunang.
wpun org kata tunang tu adat aje tapi sebenarnya masa bertunang tu lah masa utk lebih mengenali siapa bakal suami/isteri yg akan berkongsi hiduop dgn kita..
good job batu!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.107720 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list