CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iamashe

Hat Yai & Songkhla, Thailand

   Close [Copy link]
Post time 7-1-2009 12:26 PM | Show all posts
tapikan..ntah kenapa aku rasa masakan salma dah kureng la.. kalo dulu tomyam dia malatops
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 12:35 PM | Show all posts
aku penah pegi hat yai lam 3-4 tahun lepas...naik van dr kola perlis trus ke hatyai...xbyk stori sebab aku dah lupa mkn kt mana,hotel mana aku dok....yg paling aku tensen,sorang ni nk shopping kt shopping complex..dia xpala duit byk..kami2 ni shopping kt tempat yg murah2 giteww...mana tahann beb....last2 kami boikot dak ni,kami tinggal dia kt hotel dan blah senyap2 naik tut tut g kt mana ntah lupa...aku lebih suka pegi melawat kt tempat2 yg bersejarah.....tp hampeh...keja nk shoppingggg ja....tp paling aku xleh lupa,bos aku bawak pegi kt pink hapa ke benda ntah...tempat nk carik pelacur...aku saja nk tgk camna tempat tu kan...1st floor,cam utk show aaaa....2nd floor tempat nk carik pelacur..pelacur2 ni dok ramai2 lam cermin...so customer dok kt luar la tgk mana2 yg berkenan.....balik dr saturn trus ke langkawi.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:36 PM | Show all posts

Reply #222 bottombikini's post

woiiii..tunjuklah eyelash extension ko tu nyah... acah jerr..
kat KL ni mmg mahal ek..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 02:29 PM | Show all posts

Reply #226 cupcakes's post

hahaha..aku dah agak dah mesti ada yg teruja nak nengok bulu mata aku nih..
ini pun aku dah potong sikit..kalo idak   tapi tak tergamak la pulak nak ngepes sebening mata saljuku ini di sini
masa kat duty free tu aku pelik apehal budak tu senyum kat aku..pehtu baru perasan ini sure pasal bulu mata haku..  bile masuk opis apatah lagi..almaklumlah bulu mata aku yg ori nih cam segan nak tumbuh gitiew..

[ Last edited by  bottombikini at 7-1-2009 02:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 11:31 PM | Show all posts
Kalau nak naik bas dari Hat Yai ke Phuket = 466 km..





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 10:26 AM | Show all posts
tadi sempat tengok satu web site, bulan april ni ada Songkran festival kat hat yai. Kebetulan pulak, time tu me & hubby memang dah plan nak gi Hat yai. Ada sesapa pernah pergi Hat yai masa Songkran festival ni? Kalau ikut info yang aku baca, masa songkran festival ni org2 thai main simbah sembur air kat tengah jalan, nampak cam meriah jer.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2009 10:30 AM | Show all posts

MIDNIGHT SONGKRAN FESTIVAL IN HAT YAI

Ini ada info yang baru dapat tadi, saja nak share kat sini.

MIDNIGHT SONGKRAN FESTIVAL IN HAT YAI AND
SONGKHLA SONGKRAN FESTIVAL
APRIL 6 - 16, 2004
At Lee Garden Hotel, Sanehasorn Road and the Hat Yai Municipal Public Park, Amphoe Hat Yai and Thai Pavilion, Samila Beach, Songkhla province.
FESTIVAL HIGHLIGHTS AND ACTIVITIES
        Midnight Songkran Celebrations in Hat Yai
        Miss Songkran pageant and Miss Songkran procession
        Buddha Images Bathing Ritual

Contact information:
TAT Southern Office: Region 1 (in Hat Yai)
Tel: 0-7424-3747, 0-7423-8518
E-mail: tatsghkl@tat.or.th

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 07:25 AM | Show all posts
Kan bagus thread ni merge dgn thread Bangkok and Thailand tuh ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2009 08:02 AM | Show all posts

Balas #230 chrysalis\ catat

prepare to get wet chrysalis. the best time utk ke Thailand sbb time songkran. Jgn marah2 plak klo dierang simbah air, ko simbah jer balik, tried once kat bangkok, pearghhhhhhh syiok tp dulu laaa masa kecik2 heheh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by MrFed at 21-2-2009 08:02 AM
prepare to get wet chrysalis. the best time utk ke Thailand sbb time songkran. Jgn marah2 plak klo dierang simbah air, ko simbah jer balik, tried once kat bangkok, pearghhhhhhh syiok tp dulu laaa ...


eheheh... actually mmg dah plan nak gi join pesta air tu pun... nampak cam beshh jer...

tapi i just wondering during festival tu, rate hotel naik ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 01:05 PM | Show all posts

Reply #233 chrysalis's post

time tu rate hotel mmg naik, so rajin2 laah cari yg murah. Ntah, dulu time saya pergi sbb dok umah pakcik so free ja lahh
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 02:08 PM | Show all posts
kecik2 dulu selalu gi, dul hotel diamond plaza, ade sesape pernah stay kat hotel tuh x? dah lama xg, xingat dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 03:54 PM | Show all posts
Lagi satu nak tanya, korang yang dah gi sana & stay hotel guna rate ejen tu..
korang carik ejen masa baru sampai kat sana ataupun korang dah call dari m'sia & book hotel tu dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 07:08 PM | Show all posts

Peringatan kepada Pelancong-Pelancong ke Thailand

Aku dapat email ni ptg tadi, rasa macam perlu di kongsikan kat sini pulak.

Any body yg pernah pergi thailand & face the same problem please share it here.

****

Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence.................. quite recent, i.e. about two weeks ago...........

After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai   (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin  went to Bangkok with his wife and brother in-law.  Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.

Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.  Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri.  Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga.  Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama.  My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma.  My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok.  Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa.  My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.  Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis.  Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang.  Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan.  Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar.  Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama.  Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok .  Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter.  Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut,  adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya.  My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka.  Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.  Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga.  Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain.  Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok .

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.  Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000..... tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.  Beliau hanya ada RM11,000.  Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000.  Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya.  Mereka juga menunjukkan wang-wang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 07:10 PM | Show all posts

sambungan

....Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing......... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja).  My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000?  Tak disebut pun.............).  Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok .  My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok ) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual.  Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal.  Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS.  Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar  tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia ................ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'!  Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat.  Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT.  Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita............ tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua?  Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama....... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.

Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya...... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:39 AM | Show all posts

Khlong Hae Floating Market

Sejak akhir tahun lepas, Hat Yai pun dah ada jugak pasar terapung, dikenali (dlm Bahasa Inggeris) sbg Khlong Hae Floating Market.

Lokasinya di Tambon Khlong Hae berdekatan Wat Khlong Hae, lebihkurang 6km dari pusat bandar Hat Yai. GPS koordinatnya ialah N7.04648 E100.47450. Klik >> SINI utk lokasinya di Google Map.

Waktu operasi ialah hari Jumaat hingga Ahad, pukul 4pm-9pm.

Terdapat peniaga makanan di atas daratan dan juga di atas sampan yg berlabuh di tebing terusan. Kebanyakan peniaga yg bersampan adalah wanita bertudung beragama Islam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 05:26 PM | Show all posts

Hi

Hi guys need a help.  I nak gi Hat Yai next week tp naik train frm KL.  Need some tips or advise yg kawan2 boleh kongsikan.  This time mmg tak akan shopping basically site seeing saja.  Coz after Hat yai we might akan singgah Langkawi and Penang b4 balik ke KL.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by Suhazlina at 7-5-2009 17:26
Hi guys need a help.  I nak gi Hat Yai next week tp naik train frm KL.  Need some tips or advise yg kawan2 boleh kongsikan.  This time mmg tak akan shopping basically site seeing saja.  Coz after ...

Kalau selak2 kat page2 belakang pun ada tips jugak, maybe you ada specific questions, lagi senang nak jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 01:15 PM | Show all posts

Balas #241 dvpro\ catat

Ok kami baru aje change plan, dimana kami from Hat Yai akan terus ke Krabi.  And frm apa yang saya baca dari buku lonely planet it tooks around 5 hours nak smp ke sana.

Tapi persoalan saya better ke Krabi atau straight aje ambik bus ke Phuket?  Brp tambang bus ke sana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 01:39 PM | Show all posts
su, dari hatyai gi krabi cuma 3 hrs by road jer.. but that is self drive lah, kalau naik bas, aku tak sure lak..
if you nak tempat cantik and not too commercialised and crowded, then krabi.. makanan halal pun senang gak nak carik.. i love the place, tapi phuket, aku tak sure, tak pernah jejak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.116779 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list