CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 5

JUS MANGGIS.

[Copy link]
Post time 7-4-2012 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Nak tanya..ada ke sesiapa kat sini yg mengamalkan jus manggis, tak kira lah local atau oversea produk.Marilah kongsi khasiat dan pengalaman anda semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2012 03:54 PM | Show all posts
apa beza manggis yg segar dengan jus manggis yg diproses ni........

think...think....le mana yg khasiat....btw...lupalak terbaca satu berita ada sorang makcik ngadu mengalami kesan sampingan kerana mengambil produk yg jus jus ni...tapi tak tahu lak.......

jus ni tak boleh buat sendiri ke........

beli buah
cari pengisar
rajin sikit

jus yg segar dah ada...tanpa was2
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 03:58 PM | Show all posts
nah...untuk buka minda cantik dengan brain kan...baca lah


http://aididmuaddib.blogspot.com ... n%2FJus%20Kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 04:04 PM | Show all posts
SUNGAI PETANI – Seorang warga emas terlantar apabila mengalami kulit terbakar selepas mengamalkan sejenis minuman berjus yang dikatakan mampu merawat pesakit strok.

Azizah Saidin, 59, berkata, dia mencuba produk berkenaan yang dikatakan berkesan kepada ­pesakit strok, namun difahamkan bakal ­mengalami kesan sampingan ­minima sebelum dirawat sepenuhnya.

Menurutnya, setelah ­mencuba ­selama sebulan dan menghabiskan dua botol minuman berjus itu, ­badannya mula mengeluarkan ­bintik-bintik merah.

“Difahamkan, bintik seakan demam campak itu adalah kesan ­sampingan biasa terjadi ketika kali pertama mencuba produk terbabit, selain loya, pening dan demam.

“Malah, ejen produk yang menawarkan minuman jus mengan­dungi pelbagai gabungan buah-buahan itu meminta saya meneruskan amalan meminum jus berkenaan, walaupun terdapat kesan sampingan­,” katanya.

Katanya, selepas bulan kedua dan menghabiskan empat botol jus, ­kulitnya menjadi kehitaman seolah-olah terbakar dengan luka dan lebam di seluruh badan, kaki dan tangan, ­termasuk muka sehingga menyebabkan kulit menggelembung dan mula ­mengeluarkan air bisa.

Suaminya, Che Rus Osman, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan isterinya sukar untuk tidur kerana sering gatal dan memerlukan penjagaan rapi.

Anak mereka, Zulkifly, 24, ­berkata, setelah menghubungi pihak pengurusan produk, mereka seolah-olah lepas tangan dan hanya bersifat berdiam diri.

“Saya meminta mereka (pihak pengurusan di Kuala Lumpur) turun dan lihat keadaan ibu saya, selain menghantar gambar ibu melalui e-mel kepada syarikat itu namun ­masih tiada jawapan.

“Disebabkan tidak puas hati, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan bersedia untuk memberi kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya mahu menjalankan siasatan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya tiada ­tindakan selanjutnya daripada ­syarikat itu, dia sanggup membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut keadilan yang sewajarnya.


-------------

baca dan makanlah input2 tu...nyum ...nyum....nyum....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 04:33 PM | Show all posts
jus manggis yg paling tk guna sekali VEMMA...dah lh produk from USA...bayangkan USA yg tak der pokok manggis tu boleh buat jus manggis...pastu dia kisarnya manggis tu dgn kulit2..konon khasiat...minum penuh geladak...

sebotol smp 180inggit...produk bumiputra sebotol br 20inggit...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 07:46 PM | Show all posts
jus manggis yg paling tk guna sekali VEMMA...dah lh produk from USA...bayangkan USA yg tak der pokok ...
Girl-N-Roses Post at 30-4-2012 16:33



    yg bumiputera tu jenama apa ek??nk survey2..mmg diorng blend ngn kulit skali sbb kat kulit manggis ni la paling byk khasiatnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.248305 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list