View: 2363|Reply: 12
|
Banjir di kampor perak
[Copy link]
|
|
Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, dekat Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 5 pagi tadi.
Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.
Ketika ini, semua mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut melawat mangsa sebentar tadi.
Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.
Tegasnya, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.
Pada sidang media selepas melawat mangsa banjir, Zambry berkata selain Kampar, banjir juga berlaku di kawasan Ijok, dekat Selama selain Daerah Batang Padang.
“Kita juga menerima laporan kira-kira 300 keluarga di Ijok terpaksa dipindahkan akibat banjir dan masalah sama juga berlaku di Daerah Batang Padang.
“Di Daerah Kampar pula, kira-kira 1,200 penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar pagi ini selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang turun mulai jam 11 malam tadi.
“Air Sungai Kampar melimpah lalu mengakibatkan rumah penduduk yang terletak di tepi sungai terjejas teruk dengan kejadian banjir yang disifatkan penduduk yang terburuk setakat ini,” katanya.
Kerajaan negeri katanya, melalui Majlis Keselamatan Negeri akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang
Beliau turut mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera ban sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.
Ditanya samada banjir berpunca daripada kegiatan pembalakan, Zambry berkata, hujan lebat luar biasa merupakan punca yang menyebabkan kejadian banjir di beberapa kawasan di Perak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by wak_karman at 13-4-2012 08:45
x kuar la pulak gambarnyaa
takziah kepada org kole dipang
tabah lah yee |
|
|
|
|
|
|
|
kalau diperak, alasan sebab hujan lebat diterima pakai
kalau dikelantan, sebab utama adalah pembalakan.
tu cara org umno berfikir. |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir di kampor perak
Reply 3# toki_rompin
Sama lah dgn orng pas pun
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap saya ini kesan benteng sungai kampar yang pecah kan? takziah kepada semua penduduk sekitar kuala dipang, semoga tabah menghadapi musibah. insyaallah ada hikmah disebaliknya. selama sebelas tahun menetap di malim nawar, selalu berulang alik ke kampar. kebanyakkan gambar rumah yang tenggelam ni saya boleh kenalpasti kedudukannya kerana kebanyakkannya dibina di tepi jalan utama kampar-ipoh. |
|
|
|
|
|
|
|
nih musti salah dato seri nizar nih... |
|
|
|
|
|
|
|
oh kampung teman.....
punca sebenar nyer adalah disebabkan empangan sg kampar mendapat keretakan semasa berlakunyer gempa bumi di acheh...
jadi untuk tidak mahu menghadapi risiko empang pecah....
air dari empangan terpaksa dilepaskan.....
disebabkan air sungai pun dah penuh disebabkan hujan yg lebat beberapa hari....
kemudian ditambahkan pulak dgn air dari empangan....
maka....kole dipang pun bah.......
sekian dari temang..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# toki_rompin
xde beza pon.. dua2 pon sama je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau banjir dikelantan...itu adalah ujian dari tuhan...kalau banjir diJohor diPerak...tukan bala dari Allah swt....tu lah cara orang2 PAS fikir. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# ctaz
thanks for da info....sebab air empangan dilepaskan la punca banjir ni.....
tgk gamba atas tu, kalau paras air tinggi tu banyaknya kerugian yg ditanggung pemilik rumah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
DugaaN!!! dari yang MAHA ESA! |
|
|
|
|
|
|
|
adus kesian org kampar..
moga2 sdara mara aku kat sana xde yg kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir di kampor perak
Tumpang simpati. Terukkan banjirnye? My colleague siap balik kg lg tgk mak dier. Kucing dier mati terapung dlm rumah. Sedih dgr.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
| |
|