CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 23-9-2012 12:05 PM | Show all posts
msvbnet posted on 14-5-2012 01:25 PM
Post Last Edit by msvbnet at 14-5-2012 13:27

subhanallah tgk gambar nie rasa syukurnya kita di MALAYSIA
makanan sampai berlebihan (peringatan utk diri sendiri jugak)
terus teringat waktu berkesempatan menunaikan umrah 5 tahun lepas sewaktu usia setahun jagung
masa berhenti solat jamak..terlihat warga dari  klt hitam tapi tak sure keturunan arab/lain2(wanita)
tanpa selipar dan berkeadaan daif tapi singgah utk solat di majsid yang sama
hanya mampu melemparkan senyuman utk mereka
benarlah...allah tak menilai kekayaan kita tapi ketaqwaan yg memebzakan kita di mata yang ESA
semoga berpeluang lagik menjejakkan kaki ke tanah suci kelak...amin insya allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2012 12:46 PM | Show all posts
merpati01 posted on 23-9-2012 10:13 AM
assalamualaikum ,
baru2 ni saya ada ke TH, tnya psl giliran haji lah
org tuh ckp walau TH bg angga ...

tapi ramai jge yg pakai kabel untuk pergi haji. cam ne tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 04:49 PM | Show all posts
baju_oren posted on 22-9-2012 10:10 AM
daftar online jek..naw paling awal 2052

Ye lah....saya daftar mggu lps dapat thn 2052....
lg 40 thn tuu.....
Entah ada entah tiada...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 05:34 PM | Show all posts
AsSalam Semua

Baru dapat perkhabaran Ayahanda kepada teman forum kita Hussain Tahir meninggal dunia di Madinah awal pagi tadi. Al Fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga Hussain Tahir
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 06:32 PM | Show all posts
aily posted on 23-9-2012 05:34 PM
AsSalam Semua

Baru dapat perkhabaran Ayahanda kepada teman forum kita Hussain Tahir meninggal dun ...

        
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 10:05 PM | Show all posts
aily posted on 23-9-2012 05:34 PM
AsSalam Semua

Baru dapat perkhabaran Ayahanda kepada teman forum kita Hussain Tahir meninggal dun ...

al- Fatihah utk arwah dan takziah utk keluarga arwah
semuga ditmptkn bersama2 org2 yg soleh,


Last edited by merpati01 on 23-9-2012 10:16 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2012 09:04 AM | Show all posts
nur82 posted on 21-9-2012 10:58 PM
mungkin ada kebenaran...sbb sy daftar 2006...n ikot pada shcedule masa daftar dulu.. inshaAllah mm ...

Bila kita daftar haji, sistem Haji akan calculate dan bagi tempoh kita menunaikan ibadah haji pada waktu sekian-sekian..biasanya dlm tempoh 9 tahun menunggu. Rasanya kalau yang mendaftar tu muda, let say masih kanak2, tahun menunggunya lebih lama berbanding warga emas (70 tahun keatas) pula mungkin lebih cepat. Selain itu, jumlah simpanan pun diambil kira.

Let say, duit telah mencukupi dan telah menunggu lebih 4-6 tahun, seseorang tu dah boleh merayu untuk menunaikan ibadaha haji. Rayuan lebih kuat sekiranya rayuan tu berdasarkan kepada warga emas (70 tahun keatas), rayuan mahram (ada ahli keluarga terpilih tapi tiada pengiring), rayuan kesihatan (terutama yg sakit kronik terkawal, kena bagi surat doktor utk sokongan), atau telah lama menunggu..let say, dah tunggu 9 tahun baru duit cukup, so kes2 mcm ni senang skit.. Setiap kuota haji tu, tak semua dialokasikan untuk BH (bakal haji) yang dah cukup tempoh.

TH akan reserve beberapa percent untuk kes yang memerlukan BH pergi lebih cepat, biasanya atas alasan yg saya bagitau kat atas. Setiap rayuan haji ni akan melalui satu proses dimana ianya akan ditapis oleh Ahli Jawatankuasa Rayuan Haji..depa ni yang akan tentukan siapa yang terpilih dan siapa yang tidak berdasarkan kepada waktu, masa, situasi dan tempat kosong yg ada.

kalau ada yg pergi melalui 'kabel' (mcm sesetengah orang kata..saya pun kurang pasti apa istilah tepat bagi 'kabel' ni..), dan depa dapat..so tak salah kalau orang lain pun boleh tanya jemaah haji tu, siapa kabel dia..dan mintak tolong la pada kabel tu.

haji ni ibadah, dan setiap ibadah ni perlu diusahakan untuk menjadi yang terbaik. Sama juga dengan haji, biarpun kita dah dapat tahun menunggu, kita tetap kena berusaha untuk penuhkan duit, cari apa sahaja jalan untuk mempercepatkan ibadah haji kita..yang berusaha, berkat doa dan tawakkal, insyaAllah, dapat pergi lebih awal daripada yang berserah dan menunggu sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 09:14 AM | Show all posts
rohai00 posted on 21-9-2012 03:40 PM
ada pendapat yg mengatakan yg dpt pergi haji tahun ni yg mendaftar pada tahun 2006. sebahagian yg da ...

saya daftar bln 8 2007.gak. kalo ikut giliran 2016. dah 2 kali wut rayuan utk jadi pengiring mahram. baru thn ni dpt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2012 09:37 AM | Show all posts
haji_one posted on 24-9-2012 09:04 AM
Bila kita daftar haji, sistem Haji akan calculate dan bagi tempoh kita menunaikan ibadah haji pada ...

tabung haji kena penuh kan? so saya dah silap. apa yang saya buat sekarang saya simpan duit dalam ASB. cadang bila dapat panggilan haji baru penuh kan TH. Ok saya akan penuhkan TH dan akan buat rayuan awal tahun hadapan. Saya daftar tahun 2007 dan di jangka pergi 2017
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 09:50 AM | Show all posts
rohai00 posted on 24-9-2012 09:37 AM
tabung haji kena penuh kan? so saya dah silap. apa yang saya buat sekarang saya simpan duit dalam  ...

So far, boleh je tunggu hingga dapat tawaran baru penuhkan duit, tapi biasanya BH akan dapat tawaran apabila telah cukup tempoh menunggu (seperti didalam sistem).

Apabila dah cukup tempoh menunggu, TH akan offer untuk pergi sekiranya duit cukup (kita panggil Wang Naik Haji). Kalau tak cukup kita boleh tunda ke tahun hadapan atau tahun yg kita mahu.

Sekiranya buat rayuan, bergantung pada alasan kita dahulu..kalau kes strong (dan ada rezeki kita..), insyaAllah ok.

Tapi, yg sebaik2nya kita penuhkan dulu duit kita masa merayu sebab 'mencukupkan wang naik haji' adalah satu alasan dan juga sebagai support pada rayuan haji kita.

Let say ada dua kes, dua2nya daftar sama, alasan sama (contohnya masalah kesihatan), keutamaan akan diberikan pd orang yang dah cukup duit la..hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 09:51 AM | Show all posts
rohai00 posted on 24-9-2012 09:37 AM
tabung haji kena penuh kan? so saya dah silap. apa yang saya buat sekarang saya simpan duit dalam  ...


Kalau daftar 2007, maknanya tahun depan dah 7 tahun menunggu..lama dah tu, boleh buat rayuan dah tu..jangan tunggu lelama..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 09:51 AM | Show all posts
aily posted on 23-9-2012 05:34 PM
AsSalam Semua

Baru dapat perkhabaran Ayahanda kepada teman forum kita Hussain Tahir meninggal dun ...

Innalillahiwainnailahirojiun...... semoga ayahnda husin ditempatkan bersama org yg beriman dan beramal soleh.
Husin Tahir pergi haji bersama ayahndanya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 10:58 AM | Show all posts
frapamocha posted on 24-9-2012 09:51 AM
Innalillahiwainnailahirojiun...... semoga ayahnda husin ditempatkan bersama org yg beriman dan ber ...


Al fatihah, insyaAllah, arwah akan dikebumikan di perkuburan Baqe' dan disembahyangkan di Masjid Nabawi.

kalau di Mekah, jemaah haji yang meninggal dunia akan disembahyangkan di masjidilharam dan dikebumikan di tanah perkuburan Syaraee'.

Last edited by haji_one on 24-9-2012 10:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 01:03 PM | Show all posts
salam takziah utk husain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 01:08 PM | Show all posts
daftarlah haji awal2.....lewat 2,3 bulan daftar, tp beza dekat 2 tahun nk pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 01:32 PM | Show all posts
frapamocha posted on 24-9-2012 09:51 AM
Innalillahiwainnailahirojiun...... semoga ayahnda husin ditempatkan bersama org yg beriman dan ber ...

Hussain sambung study sekarang kat US

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2012 01:49 PM | Show all posts
salam... nak tanya ada dgr2 atau sape2 tahu tak psl visa umrah thn dpn akan ditutup sehingga haji thn hadapan? ini betul atau gosip je? sy dgr dr kwn yg keje kat egypt katanya kedutaan kat sana ada bg tahu dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 02:09 PM | Show all posts
yanakakijalan posted on 24-9-2012 01:49 PM
salam... nak tanya ada dgr2 atau sape2 tahu tak psl visa umrah thn dpn akan ditutup sehingga haji th ...

belum ada berita..tak dengar apa2 lagi..apa sebabnya? sebab pembesaran masjidilharam atau renovation dlm kawasan masjid (termasuk kawasan tawaf ke)?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 02:26 PM | Show all posts
Salam Takziah kpd forumer Hussain Tahir & keluarga....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 02:50 PM | Show all posts
Jemaah haji dinasihat berhati-hati cuaca panas di Tanah Suci


MADINAH: Jemaah haji dinasihati tidak mendedahkan diri kepada kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci berikutan cuaca panas yang ada kalanya mencecah sehingga 44 darjah celsius.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas, terutama semasa hendak ke masjid dan membeli-belah.
"Untuk bakal-bakal haji yang masih berada di Malaysia, saya juga mahu nasihatkan supaya dibawa bekalan ubat-ubatan secukupnya untuk hari-hari pertama dan kedua, walaupun klinik Tabung Haji ada tetapi tidak boleh diambil ringan keperluan ubat-ubatan ini," katanya kepada pemberita di Hotel Al Haram yang menjadi tempat operasi Tabung Haji di sini.

Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji berkata, bakal jemaah haji di Malaysia juga diminta berehat dan tidur secukupnya kerana beliau mendapati ada jemaah yang tiba di Tanah Suci mengalami masalah kurang tidur dan mula menerima gangguan emosi, fikiran dan sebagainya.

Beliau juga mengingatkan jemaah haji agar menjaga keselamatan diri mereka kerana di sini orang begitu ramai dan kalau pergi ke mana-mana biarlah secara berkumpulan untuk mengelak daripada tersesat.

Syed Saleh berkata, setakat hari ini, seramai 7,535 orang jemaah atau 28 peratus daripada jumlah keseluruhan 28,000 orang sudah sampai ke Tanah Suci melalui Madinah dan Jeddah.

Mereka akan mula bergerak masuk ke Makkah pada 25 September ini, katanya.
Pusat operasi Tabung Haji di Mekah sudah pun bersedia untuk menerima jemaah ini dan beliau sendiri berasa sangat berpuas hati dengan persiapan petugasnya di Madinah dan Makkah.

Perkhimatan Tabung Haji seperti khidmat bagasi, klinik, bank dan juga penyediaan makanan ala menu Malaysia juga semua mendapat sambutan baik daripada jemaah yang ada, katanya.

"Keseluruhannya sebanyak 22 penerbangan sudah dibuat ke Jeddah dan Madinah dari 41 penerbangan, jemaah haji yang bakal sampai akan disambut dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sudah siap beroperasi di Madinah dan Makkah," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.082008 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list