CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 13-10-2012 09:41 PM | Show all posts
aily posted on 11-10-2012 02:11 PM
Credit to: Skycrapercity.com

Latest

Rooftop saie cam tutup je? Ade construction kat atas tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 09:47 PM | Show all posts
forselab posted on 11-10-2012 03:48 PM
ooh...mcm kat area Saie la kan..? sekelompok perempuan kat sini...sekelompok kat sana...

Kat atas tu sgt luas....bersepah2 kelompok saf...kebiasaanye, paling hampir ke bhgn pagar yg mengelilingi atas tuh,saf lelaki...kemudian ruangan org bertawaf yg ditanda dgn tanda merah atas lantai ...perempuan selalu buat saf di selepas tanda merah ni.....sbb abih je solat jemaah, trus org start tawaf...kalo kite trus sambung solat sunat dlm kawasan ni, alamat mmg mengganggu laluan tawaf n org terlanggar2 kita...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 11:13 AM | Show all posts
Kat lantai atas tu saya lihat ramai jemaah daripada negara jiran kita solat sebelah-menyebelah suami isteri. Bila kita tegur, mereka jawab "Bikin repot aja". Ironinya, jemaah Malaysia pun ada yang terikut-ikut solat bersebelahan suami isteri. Kalau jemaah negara jiran tu haru biru, jemaah kita pula biru haru jadinya. Ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 11:19 AM | Show all posts
Di lantai atas MH, ada juga jemaah-jemaah wanita daripada Iraq dan negara jiran solat di hadapan jemaah lelaki. kalau boleh mereka nak solat di barisan hadapan, mungkin nak tengok kaabah. Bila pegawai MH suruh pindah ke saf belakang, ada yang degil tak mahu berganjak daripada saf depan. Ada satu ketika, bila dah tak mahu beralih ke saf belakang-belakang saya cakap macam ni kat mereka: "Jadi imam saja bu, nanti boleh duduk paling depan."
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 12:59 PM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 13-10-2012 01:32 PM
saya nak apply jugak...ticketing officer ke...guard ke..

jom kita apply he he
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 01:02 PM | Show all posts
aisya_hadi posted on 13-10-2012 09:41 PM
Rooftop saie cam tutup je? Ade construction kat atas tu ke?


nampak macam ada construction, mungkin tutup sebab basement dah bukak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2012 01:06 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 14-10-2012 11:13 AM
Kat lantai atas tu saya lihat ramai jemaah daripada negara jiran kita solat sebelah-menyebelah suami ...


Betul tu Haji, terutama Jemaah lelaki Indonesia mereka tak segan silu solat kalangan jemaah wanita. Pernah sekali tu jemaah lelaki dia sorang je dikalangan jemaah wanita sampai kena halau dekat petugas Masjid. Ada juga jemaah M'sia yang terikut amalan ni macam takut sangat nak tinggal kan suami/isteri masing masing nak jugak solat sebelah menyebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 01:10 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 14-10-2012 11:19 AM
Di lantai atas MH, ada juga jemaah-jemaah wanita daripada Iraq dan negara jiran solat di hadapan jem ...

Pernah terjadi masa musim Haji, ada jemaah wanita india atau pakistan tak pasti tapi memang dari negara tersebut tengok pada pakaian mereka, dia masuk kalangan jemaah lelaki turki (dia sorang je kat situ) kena marah dengan jemaah wanita turki juga jemaah lelaki turki tapi dia wat tak tau je he he last last dia wat saf sendiri sorang sorang hu hu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 11:17 AM | Show all posts
aziefa posted on 13-10-2012 01:14 PM
Saya register utk anak saya awal tahun ni 2012..
Kuota Haji tahun 2047....

yahampon...35year tue
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:42 AM | Show all posts
aisya_hadi posted on 13-10-2012 09:47 PM
Kat atas tu sgt luas....bersepah2 kelompok saf...kebiasaanye, paling hampir ke bhgn pagar yg menge ...

ooh mcm tu...bleh dijadikan panduan jika berkesempatan lg ke sana...insyaallah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:45 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 14-10-2012 11:19 AM
Di lantai atas MH, ada juga jemaah-jemaah wanita daripada Iraq dan negara jiran solat di hadapan jem ...

hehehe...kelakar peryataan tuan haji kat dorang tu...abih tu ape reaksi dorang? beralih tempat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 12:10 PM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 13-10-2012 01:33 PM
adoii...lagi 35 tahun....register kt US cepat sket

Registerlah kat manapun tapi kalau Allah tak pilih jadi tetamuNya tak akan jadi juga.Saya fikir yang penting sesiapa yang berhajat nak gi haji berdoalah, mudah-mudahan menjadi tetamuNya secepat mungkin.
saya yakin tempoh menunggu lama kuota ni berpunca dari bekas jemaah haji yang mendaftar semula setelah selesai menunaikan haji.Rasanya sekarang ni Tbg Haji ada buat sekatan tak boleh daftar dlmasa 5 tahun tunaikan haji.itupun rasanya belum boleh menyelesaikan masalah.mungkin Tbg Hj patut sekat langsung org yg nak pergi 2nd time kecuali org2 yg ada alasan tertentu,misalnya menjadi mahram utk ibu bapa yg uzur & tiada mahram lain yang layak menemaninya.
Bagi yang telah pergi menunaikan haji , kalau teringin nak pergi lagi,mintak tolong sangatlah pergilah masa musim Umrah.Rasullulah pun cuma sekali seumur hidupnya menunaikan Haji.Haji yang wajib itu sekali,berilah laluan & peluang bagi orang lain yang berhajat sangat nak pergi.Mungkin dengan memberikan peluang kepada bakal haji yg belum menunaikan haji mendorong kepada haji yang lebih mabrur insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 12:28 PM | Show all posts
JuanM posted on 15-10-2012 12:10 PM
Registerlah kat manapun tapi kalau Allah tak pilih jadi tetamuNya tak akan jadi juga.Saya fikir ya ...


Hehehe..satu segi, betul jugak kata JuanM, kalau takdak izin drNya, mmg tak dapat nak pergi pun..tapi satu segi plak, kena berusaha utk pergi (contohnya buat rayuan dan lain-lain kaedah yg dirasakan berkesan), so, kedua2nya betul la tu..hehehe..

isu kuota ni, memang TH tak pernah gagal memohon utk dapatkan extra place dr Kerajaan Arab Saudi, cuma kuota ni dr Arab Saudi, so, tengok pada situasi..kekadang dapat banyak (lebih dr 10k), kekadang dapat skit, kekadang dapat dlm bentuk lumpsum, kekadang dapat dlm bentuk runcit..

Pada pendapat peribadi saya, kerajaan Arab Saudi akan berikan kuota berdasarkan tempat penginapan disana, disiplin jemaah haji,  pengurusan haji negara tersebut, hubungan dua hala antara dua negara dan few faktor lagi la. Klu ikut situasi semasa, pengurusan haji kita memang yang terbaik (ni memang diakui pun oleh Arab Saudi), hubungan dua hala  antara Malaysia dan Arab Saudi pun yang terbaik..jemaah haji kita pun disiplinnya terbaik, jarang melakukan masalah besar.

Tahun ni, kuota tambahan memang satu pun tak dapat. Alasan utama adalah kerana pembesaran ruang masjdiilharam..yang ni kita kena paham dimana pembesaran ni bukan mengambil masa setahun, tapi dlm 3 tahun. So, rasannya dlm tempoh 3 tahun jugak la kita akan hadapi isu kuota tambahan ni (ni personal opinion je ni..)..mungkin boleh dapat tahun depan, tapi mungkin tak banyak..melainkan kalau pembinaan dah complete tahun depan, insyaAllah isu ni tak berbangkit lagi.

Selain itu, tempoh menunggu memang lama bagi kuota negara kita, kerana lebih kurang 90k - 100k rakyat Malaysia telah mendaftar haji berbanding tempat kosong yg ada setiap tahun. Tapi ada jugak negara yang menghantar jumlah jemaah haji yg kurang dr kuota negara mereka, contohnya filipina, myanmar..boleh jadi sebab kekangan kemampuan kewangan rakyat mereka, ada juga yg dah pergi berkali2 sebab jumlah rakyat yg kecil (contohnya Singapura dan Brunei).

So, nak tak nak, kena tunggu dan buat rayuan setiap tahun, kalau ada kes yang membabitkan warga emas, kesihatan, mahram lagi la bagus utk merayu.

bagi yang pernah pergi (ada kekerapan), selection utk mereka terpilih amat ketat, tapi still ada kelulusan berdasarkan isu dan permasalahan. bagi yang dah balik haji, mereka tidak dibenarkan utk mendaftar semula utk pi haji dlm tempoh 5 tahun..arahan semasa ni secara dasarnya tidaklah overtake terus masalah kuota ni, cuma ianya membantu utk mengurangkan sedikit tempoh menunggu tu.

Tapi rasanya, isu terbesar sebenarnya adalah kuota tambahan tak dapat, 10k tu bukan skit, kalau setiap tahun boleh dapat 10k atau lebih, memang bagus, no wonder kenapa jemaah haji tahun2 lepas, let say layak tuk tahun 2009, tapi tahun 2008 dah dapat pergi..tapi tahun ni..hehehehehe.. Last edited by haji_one on 15-10-2012 12:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 12:54 PM | Show all posts
AsSalam semua

Nak tanya Haji One, semalam tengok kat tv salam baitullah, ada tunjukkan maktab TH yang buat roti canai/telor rasanya untuk sarapan pagi, itu kat Maktab mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 12:59 PM | Show all posts
aily posted on 15-10-2012 12:54 PM
AsSalam semua

Nak tanya Haji One, semalam tengok kat tv salam baitullah, ada tunjukkan maktab TH  ...

hehehe..semalam saya pi kenduri doa selamat, tak tengok TV..hehehehe..tak dapat nak jawab Aily.

Tahun lepas takdak pun roti canai kat Maktab, taktau la tahun ni ada..tapi kalau kat Maktab, mesti kat kafeteria kelolaan TH Global & Services ni..cuma bangunan mana tu saya tak pasti..hehehehe..

Roti canai ni saya makan kat madinatul hujjaz je..kat Maktab (mekah) tak pernah makan kecuali di Mina la..hehehehe..

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 01:03 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 12:59 PM
hehehe..semalam saya pi kenduri doa selamat, tak tengok TV..hehehehe..tak dapat nak jawab Aily.

...
  1. mesti kat kafeteria kelolaan TH Global & Services ni.
Copy the Code
Nampak jemaah puashati dapat lepas rindu makan roti canai/telor sebab tak payah susah mencari breakfast. Yang dorang interview penebar pun cakap dorang bersyukur dan seronok dapat berkhidmat dan buat haji sekali he he.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 01:29 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 12:59 PM
hehehe..semalam saya pi kenduri doa selamat, tak tengok TV..hehehehe..tak dapat nak jawab Aily.

...

tahun 2009, masa saya pergi kalau teringin makan roti canai kami pergi Al-Safwa Tower. bangunan disebelah Zam Zam tower.Kat situ banyak masakan melayu sebab Al Safwa Tower tu Felda yg pajak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 01:32 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 12:28 PM
Hehehe..satu segi, betul jugak kata JuanM, kalau takdak izin drNya, mmg tak dapat nak pergi pun. ...

Tapi let say kalau kita daftar gunakan kuota negara lain, konfirm kita kena aturkan sendiri perjalanan kita kan sebab kita tak berdaftar dengan Tbg Haji.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 01:47 PM | Show all posts
haji_one posted on 15-10-2012 12:28 PM
Hehehe..satu segi, betul jugak kata JuanM, kalau takdak izin drNya, mmg tak dapat nak pergi pun. ...

betul..usaha kena  ade...lepas tu doa kpd Allah semoga kita antara yg terpilih...tp kalo tak register langsung, camne nak doa...sebelah kaki pon kita tak cuba jejak, dah mintak due2 kaki dijejakkan ke sana...

satu lagi, sapa2 yg dah pernah pergi haji..mereka2 yg register nk gi lagi skali...saya tak rasa meraka ni  nk register skali lagi suka2 je...sbb kalo nk merasa pergi lagi ke tanah suci, umrah pon dah ok...
macam saya, saya nak register nak pergi lagi sekali sbb saya rasa haji saya yg lepas bykkkkkk sgt kekurangannya (dlm kate lain, saya rasa tak mabrur )...saya nk pergi lagi skali utk buat sehabis baik, baiki kekurangan ..mmg rase kalo bole ulang balik, nak ulang balikjer thn lepas tuh...
n jika kewangan terlebih mengizinkan, bole pergi ngan pakej...tak la menggunakan kuota tbg haji, tp cube kat kuota swasta... insyaAllah....

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 02:08 PM | Show all posts
aily posted on 15-10-2012 01:03 PM
Nampak jemaah puashati dapat lepas rindu makan roti canai/telor sebab tak payah susah mencari brea ...

Kalau penebar roti 'buat' roti canai dlm bangunan maktab, so, memang orang Th Global la.

Saya pun pernah pi makan nasik lemak dan roti canai kat restoran felda di Safwa tower, tapi sekali je..selebihnya memang saya pekena makanan arab (dah alang2 ada kat sana..hahahaha..).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.443407 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list