CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 18-5-2012 01:58 AM | Show all posts
Reply 184# msvbnet


Muhammadiyah start tahun lepas lagi charter flight MAS, kira2 dah dua tahun. Tahun ni tambah charter Eagle Air melalui Air Asia X. Seat akan dijual2 kpd TA yg berminat. Sblm ni Muhammadiyah pakai flight Egypt, Biman. Dalam bisnis spt ni you otai you taikon, you akan kuasai ticketing. Kerana itu Muhammadiyah mengambil langkah charter MAS, rasanya tak silap saya lebih 15 penerbangan atau lebih. Saudi Airlines TA lain dah konker.

Krn itu Muhammadiyah leh tawar harga murah, tapi org tak pandang mana, mungkin iklan kurang. Madinah duduk Durrat Fayroz dgn pakej bermula RM4900 berbanding TA lain harga RM6000. Tapi tak bermakna banyak tiket kosong dgn Muhammadiyah kerana semua dah dibooking oleh TA lain. TA bekas satu kapal mereka ialah MASAMAS Travel. Dulu gabung skrg sendiri2 tapi masih ada pertalian rapat.


Dari feedback Muhammadiyah ada kalanya bagus, ada kalanya orang merungut disebabkan mutawif. Rasanya TA lain pun bermasalah dgn mutawif. Kadang lancar kadang KO. Pasal tu Andalusia buat kursus mutawif sebelum musim umrah bermula, nak bagi perkhidmatan memuaskan pelanggan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 01:58 AM | Show all posts
Reply 191# vimash

Heee sama lah kita.. segala mak nenek ubat sy bawak.
Dari ubat batuk/selesema/panadol/actifast/panadol vietnam/ubat gatal yg sapu tu.
(ye ye bawak ubat mcm2, sudahnya kat mekah kena 2ketui cucukan gak)

Mak & makcik siap bawak jarum untuk cucuk tu, semua lepas.
Tp dlm kargo la hehe!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:04 AM | Show all posts
Reply 166# forselab


    Oh nasib baik saya & famili tak ada pengalaman pencopet mcm ni.
Yg duk rapat tu pempuan ke lelaki?
Ada tak jemaah yang kena amik duitnya?
Takut gak dgn org2 mcm ni, kdg2 kita bukan sedar pun kan.

Hehehehe jahatnya budak tu siap ludah lagi.
Tahu marahhhh, tapi nak menipu


(slig bag mak sy kena copet dlm masjidil haram... biasa sampai masjid dia letak dpn, tapi haritu dia terlupa..
dia pi letak kat wheelchair...bila berpaling tu mmg wassalam lah!  Semua riyal dia bawak aduyai.  Hp pun hilang gak!)
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:09 AM | Show all posts
Reply 170# forselab


Saya nampak 2x kucing dalam masjidil haram.
1 kat gate utk wheelchair (gate 94) & 1lg pun gate utk wheelchair gak (Gate 10).
Both kucing lain2.
Kucing kat gate 94 tu manja tp bila angkat dia gigit kita.
Mmg bersih lah.. staff2 yg duk lap2 Quran tu pun tengok jah.. tak halau pun kucing tu.
Kucing kat gate 10 tu liar sikit.. panggil pun sombong... bersih juga

Uih mula2 baca, ingatkan abah forselab jumpa belang.. rupa2nya MCM BELANG ehehe.
Kucing tu ada chemistry dgn abah forselab tu


Masa nak bg kucing2 tu mkn priskis, takut gak sbb takut mengotorkan lagi tempat tu,
tp tgk take org pedulipun.. maka terus je bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:13 AM | Show all posts
Reply 193# vimash


  Kat sana, mak saya suka sgt lah bukak beg pastu nak hulur duit bg kitorg.
Mak risau kot2 beli apa2 guna duit kami.. so dia mcm nak suruh guna duit dia la (mak mmg mcm tu, laju aje dia nak bg duit).
Kitorg pun ckp le "tokslah duk buka beg duit tempat sesak2 camnih, ramai yg duk peratikan".. mak ckp tak apa lah tak apa lah tak apalah.. sudahnya memang ilang betul aduiii!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:15 AM | Show all posts
Saya nak tanya ni!
Kali ni tanya kat general lah senang sbb duk reply kat nick terus, tak reply2 pun,
mungkin saya bukan org2 terpilih sgt kot kat topic ni utk dijawab segala soalan.

Kat level 2 masjidil haram tu memang tak buleh naik ek?
Saya try naik lif tekan 2 mmg tak dapat.. just dpt ke level 1 je.
Cemana nak ke level 2 eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2012 02:29 AM | Show all posts
Kepada sesiapa yang bawa ahli keluarga @ sesiapa sahaja yg memerlukan khidmat menolak wheelchair, buleh lah guna khidmat hj. mahmood.
Dia org pattani, thailand.. buleh ckp melayu.
Mak saya request tak nak org arab sbb susah nak ckp / suruh apa2 nanti.
So sampai kat Mekah, staff al-quds kata takyah risau sbb memang ada penolak wheelchair buleh ckp melayu.. lega mak.  SR200 tawaf & saie.
Tp kalu nak tawaf saja 50riyal jah.



Mak guna wheelchair hj. mahmood ni lah (ada jemaah dari johor yg wakafkan kat dia).
Dia gi amik / hantar kat hotel.  Baguslah dia sbb sebelum / selepas tawaf, saie dia ajar kena buat apa & baca apa. Kami sesambil tu minta tlg dia lah ikat brg2 sebelum balik mesia.

No. hj. mahmood:  0552623153
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 07:40 AM | Show all posts
Thursday, May 17, 2012
KURSUS INTENSIF HAJI 1433H (KIH)


Tabung Haji Wilayah Persekutuan telah pos surat panggilan KIH hari ini (17 Mei 2012) kepada Bakal Haji (BH) yang telah menjawab menerima tawaran haji 1433H. Satu kumpulan peserta KIH adalah seramai 150 orang. Setiap peserta dikehendaki hadir 2 hari. Segala Kos ditanggung oleh TH. KIH akan diadakan di Dewan Utama Masjid Negara, Kuala Lumpur. KIH akan bermula 28 Mei 2012.


BH yang menerima surat panggilan KIH hendaklah menyerahkan Slip Kehadiran KIH pada tarikh yang ditetapkan di TH Maju Junctions atau TH Cawangan Jalan Tun Razak , KL atau email Nama, No IC dan hadir/tidak hadir di alamat : phptdwil@lth.gov.my. Sebelum atau pada 24 Mei 2012.


Tujuan menyatakan kesanggup hadir pada tarikh yang ditentukan adalah bagi persiapan berkaitan KIH. Persiapan adalah menyediakan kerusi, meja dan minum pagi dan makan tengahari. Urusetia akan menyediakan peruntukan makan mengikut jumlah kehadiran untuk mengelakan pembaziran makanan.


Semasa menghadiri KIH elakkan membawa barang berharga atau kasut yang mahal bagi mengelakan kerhilangan. Pada hari pertama peserta KIH hendaklah membawa pakaian Ihram dan 21 biji anak batu bagi tujuan amali Haji.


THWP mengharapkan BH dapat mengikuti KIH setiap modul yang dijalankan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 07:51 AM | Show all posts
nak paste jugak....

Tiada maklumat visa umrah dibekukan

KUALA LUMPUR 16 Mei - Jabatan Perdana Menteri sehingga kini tidak menerima sebarang maklumat berhubung pembekuan visa umrah oleh Kerajaan Arab Saudi ekoran tindakan sekumpulan rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, jika ada rakyat Malaysia yang mendakwa visa umrah mereka dibekukan kerajaan negara itu, ia berkemungkinan disebabkan syarikat atau agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah itu mengalami masalah dengan kerajaan Arab Saudi.

"Bagi urusan mendapatkan visa umrah, hanya agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah yang diberikan hak untuk menguruskan visa bagi rakyat Malaysia. Namun kita belum menerima apa-apa maklumat tentang pembekuan visa umrah oleh kerajaan Arab Saudi disebabkan Bersih 3.0 sehingga kini.

"Jika ada masalah pembekuan visa umrah, ia mungkin disebabkan agensi itu tidak berhubung atau ada masalah dengan Kerajaan Arab Saudi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan seorang rakyat Malaysia yang disiarkan di sebuah blog http://bumiyang.blogspot.com hari ini yang mendakwa visa umrah telah dibekukan sementara waktu oleh kerajaan Arab Saudi sehingga menyebabkan perjalanannya terpaksa ditunda gara-gara perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 08:43 AM | Show all posts
Saya nak tanya ni!
Kali ni tanya kat general lah senang sbb duk reply kat nick terus, tak reply2 pu ...
gepren Post at 18-5-2012 02:15




Maybe tak boleh kot... Sebab x sesak kecuali solat jumaat dan sebagainya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 08:55 AM | Show all posts
Reply  ayahjoe

Cemana buleh dpt upper?  syok nya.
Kat atas tu seat banyak mcm kat bawah ke?
gepren Post at 18-5-2012 01:55

Itu kira rezeki mek weiii..hehehehehe seat tuh kira ikut luck jer....Seat kat upper deck tak sebanyak cam kat bwh sbb upper deck nih kecik jer cuma seat dia nyer gap lebih lebar......mmg kita takleh nak mintak ikut nasib masa depa check-in kan kita TA saya masa balik, ader yg dok bwh ader yg dok atas....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:12 AM | Show all posts
Itu kira rezeki mek weiii..hehehehehe seat tuh kira ikut luck jer....Seat kat upper deck tak seban ...
ayahjoe Post at 18-5-2012 08:55

masa saya balik naik SV dulu, trick nak dok upper deck ialah kita tak yah bergopoh gapah nak naik pesawat...biar kan jemaah lain naik dulu untuk memenuhi lower deck....yg belakang2 ni akan diarahkan naik ke upper deck...afterall free seating..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 09:33 AM | Show all posts
masa saya balik naik SV dulu, trick nak dok upper deck ialah kita tak yah bergopoh gapah nak naik  ...
monorail Post at 18-5-2012 09:12

OIC...tapi MAS charter issue seat number..takder free seating maka kenalah ikut no yg dibagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:36 AM | Show all posts
Reply  msvbnet


Muhammadiyah start tahun lepas lagi charter flight MAS, kira2 dah dua tahun. Ta ...
te_peng Post at 18-5-2012 01:58


setuju tu... masalah mutawif ni mmg masalah besar... ni pengalaman saya sendiri bersama TA tersebut...ramai yg tak berpuas hati dgn mutawif yg TA lantik... sepatutnya mutawif di ajar macamana nk handle
jemaah... apa yg patut dibuat... ni mutawif seolah2 aggap semua jemaah tu pernah ke sana.. tak payah
nk dibimbing sangat... yg first timer mmg terkapai2 jadinya...


kesannya, reputasi buruk pada TA sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:43 AM | Show all posts
OIC...tapi MAS charter issue seat number..takder free seating maka kenalah ikut no yg dibagi
ayahjoe Post at 18-5-2012 09:33
tak tau lah pulak musim umrah..yg saya kata tu musim hj... masa check-in tu pak arab ni main bagi jer seat no...sbb tu seat no wife tak bersebelahan dgn hubby...tapi mmg dah diberitahu sblum tu, free seating..
dan untungnya SV ni....berat tak kisah sgt...lebih 30kg pun lepas.....may  be sbb kira group check in..tak individual...wallah hualam.
bawak air zam zam hand carried pun lepas...kalau kat KLIA tak blh...tapi mmg itu regulation..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:45 AM | Show all posts
Reply 206# gepren

mungkin saya bukan org2 terpilih sgt kot kat topic ni utk dijawab segala soalan.

Kat level 2 masjidil haram tu memang tak buleh naik ek?
Saya try naik lif tekan 2 mmg tak dapat.. just dpt ke level 1 je.
Cemana nak ke level 2 eh?



Yang bold tu Kadang kadang forumners lain terlepas pandang bukan saja saja tak nak jawap he he. Rasanya soalan tu ada yang dah jawap tapi juga secara general.

Maksud gepren rooftop ke? Musim Umrah sebahagian je yang bukak cuma untuk jemaah lelaki tapi time musim Haji atau Ramadan dibuka keseluruhan sebab nak menampung jemaah yang ramai. Naik escalator atau tangga (senang kalau naik dari pintu yg menghadap istana). Sepatutnya Gepren explore satu masjid baru tau kat mana nak naik, kat mana area yang ada aircond. Ada cuba solat kat basement? Basement pun ada area yang ada aircond dan tidak ada aircond. Satu je solat kat area basement tak nampak Kaabah tapi kalau kita keluar terus nampak Kaabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 09:46 AM | Show all posts
Oh gitu Muhammadiyah dapat special lah he he. Satu yg tak seronoknya MAS charter ni adoi seatnya ...
aily Post at 17-5-2012 17:31


actually, ini jugalah aircraft yg digunakan oleh TH utk penerbangan jemaah haji (TH pun charter flight jugak)...
callsign aircraft ni 9M-MPQ (kuala lumpur)..
mmg seat dia agak sempit.. cuma ruang tingkat atas seat telah ditukar dari business class kepada economy class...
asalnya atas tu lebih kurang 20++ seat, tp tukar ke economy jadi 60 seat... cuma yg atas tu luas + yg duk tepi tingkap
siap ada side cabinet lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 09:47 AM | Show all posts
tak tau lah pulak musim umrah..yg saya kata tu musim hj... masa check-in tu pak arab ni main bagi je ...
monorail Post at 18-5-2012 09:43

Mmg betui..masa musim hj, saya nyer experience depa langsung tak timbang barang, sbb barang2 terus masuk kat kargo nyer office. Tgk jemaah India siap bawak guni besar balik.....depa siap gi beli karpet lagi.....fuh grup depa bawak barang naik trailer. barang org Malaysia naik lori biaser jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 09:47 AM | Show all posts
Saya nak tanya ni!
Kat level 2 masjidil haram tu memang tak buleh naik ek?
Saya try naik lif tekan 2 mmg tak dapat.. just dpt ke level 1 je.
Cemana nak ke level 2 eh?
gepren Post at 18-5-2012 02:15


saya naik aritu time maghrib... naik ikut eskelator... tapi eskelator ygdari ramp tingkat 1 tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 09:54 AM | Show all posts
Baru nih siap saya dgn mrs boleh hand carry air masuk dlm...mineral water sebotol, canned drinks 3....masa nak inspection masuk boarding saya nak buang air tuh, jemaah staff arab kat situ cakap...'can can no problem, saya pon masukkan air dlm tray wallet and hp, pastu masuk scanner..hehehehe lain mcm tul regulation depa nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.092963 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list