CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lisza

ALL ABOUT NEPAL...KATHMANDU + POKHARA & OTHER REGIONS

[Copy link]
Post time 27-4-2015 09:41 AM | Show all posts
ssbrosi replied at 12-3-2015 07:08 AM
Saya kalau boleh nak sewa kereta dan driver yang reliable

ssbrosi,

u in nepal ke skrg?

we pray u r safe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 12:16 PM | Show all posts
pilates replied at 24-3-2015 01:44 PM
atira,

total cost spt berikut.. in usd

owh...tak la mahal sgt kos ke sana. plus minus dengan kapal terobang less than 2.5K je la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pilates replied at 27-4-2015 08:18 AM
chentadearhati,

is it safe to travel to nepal skrg?

Sepatutnya khamis ni berangkat tp cancel trip. So sad..tak ada rezeki nak kesana
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 12:58 PM | Show all posts
chentadearhati replied at 27-4-2015 10:33 AM
Sepatutnya khamis ni berangkat tp cancel trip. So sad..tak ada rezeki nak kesana

Bagi yg tak dapat ke nepal dlm masa terdekat ini sepatutnya bersyukur bukan bersedeh.
Sudah pasti keadaan disana sekarang jauh lebih teruk dr biasa. Memang bahaya dan mencabar.
Avalance boleh berlaku bila bila masa selepas gempa. Makanan , air minum , udara bekalan letrik dan sistem
Perhubungan memang hazab. Dan nak dapat permit mendaki pun rase nya telah di bekukan semula. So elok lah bersabar dan tunggu bbrp tahun lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 03:31 PM | Show all posts
sepatutnya pi mid april, tunda ke awal may ... skrg ni .. tunda lagi ke satu tarikh yg tak pasti
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:53 AM | Show all posts
akusukaq replied at 28-4-2015 12:58 PM
Bagi yg tak dapat ke nepal dlm masa terdekat ini sepatutnya bersyukur bukan bersedeh.
Sudah pasti ...

akak setuju akusukaq..
foreigner yg kat sana berpusu2 nak keluar dari nepal..takkan kita nak masuk sana plak..travel can wait..keselamatan kita yg utama

insyaallah ada rezeki nnti..

akak bersyukur akk pegi bulan lepas...tp kesian pada sape yg masih stranded kat sana..must be tough
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2015 10:35 AM | Show all posts
Edited by ssbrosi at 30-4-2015 10:37 AM

Alhamdulillah saya serta suami selamat tiba di Malaysia jam 3ptg semalam. Pengalaman yang ngeri yang tidak dapat di lupakan. Masa kejadian kami berada di Pokhara, selepas melawat Devi's fall kami cross jalan ke Old Bazaar kerana ingin memasuki Gua, dengan tiba2 bangunan bergoyang masing2 berlari dengan jeritan dan tangisan saya terpaku kerana suami masih di dalam gua hanya mampu berdoa kepada Allah dan dengan izin nya suami saya selamat keluar sebelum 2 daripada bangunan itu runtuh dan 2 nyawa terkorban. Hotel kami selamat walaupun kami terpaksa duduk di keluar dalam keadaan ketakutan dan cuaca yang sejuk hanya berteman ungun api. Kami akhirnya dapat keluar ke Kathmandu pada 28hb April  dengan menaiki tourist bas selama 9jam. Sepanjang perjalana terlihat tanah2 serta banyak bangunan yang runtuh masing2 masih berkhemah di luar rumah,
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2015 06:42 PM | Show all posts
pilates replied at 29-4-2015 03:53 AM
akak setuju akusukaq..
foreigner yg kat sana berpusu2 nak keluar dari nepal..takkan kita nak mas ...

Semoga semua yg maseh berada di nepal selamat pulang. Simpati sgt dgn nasib rakyat nepal.
Sedeh mengenangkan byk world heritage sites yg dah rosak. Apa pun kita bersyukur sgt ya sis sebab dapat kesana lebeh awal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2015 08:16 PM | Show all posts
World Heritage sites di sana memang terlalu usang entrance fee very expensive tapi langsung tak ada maintenance. Saya sempat berada di Durbar square 24jam sebelum earthquake terjadi. Masih boleh lihat bendan yang sama di Baktapur dan Patan. Mengikut sejarah yang membina square terdiri daripada tiga beradik so they copy each other
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 01:52 PM | Show all posts
ssbrosi replied at 30-4-2015 10:35 AM
Alhamdulillah saya serta suami selamat tiba di Malaysia jam 3ptg semalam. Pengalaman yang ngeri yang ...



Alhamdulillah u and yr husband selamat..

mesti banyak pengalaman u menempuh kejadian gempa dan nak survive slps tu..

if u dont mind..cerita la kat sini...utk jadi pengajaran kpd kami semua.

thanks
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 10:55 AM | Show all posts
Semasa kejadian kami berdua berada di Pokhara 'old bazaar' suami masuk ke dalam cave dan saya cuci mata shopping, tiba2 bangunan itu bergoyang dengan sekuat nya semua menjerit dan berlari keluar  menuju ke tempat lapang sedangkan suami saya masih tidak kelihatan saya hanya mampu berdoa dan berserah.Gegaran mulai slow selepas 10minit, saya terus lari mencari suami yang muncul dengan keadaan pucat dan out of breath. Cepat2 kami kami ambil teksi pulang ke hotel yang lebih kurang 45minit dari tempat kejadian. Di sepanjang perjalanan kami berlaku banyak gegaran kecil, orang ramai berkumpul di sepanjang jalan. Setiba di hotel kami tidak di benarkan masuk hingga petang,pada malam itu hotel kami bergegar selama 2kali syukur tak runtuh(new hotel bangunan 3 tingkat very solid) Esok pagi selepas sarapan kami berjalan ke bandar (lake side 8minits from hotel) tiba2 ada gegaran kuat sekali lagi semua melarikan diri dan kali ini saya nekad keluar dari Pokhara malang nya jalan ke Kathmandu ada land slide so tak ada land or air transport. Cuaca tiba2 menjadi sejuk daripada 28 turun ke 12 orang2 duduk berkhemah di luar rumah dengan ungun api.
Keesokan hari kami dapat menaiki bas express ke Kathmandu airport, perjalanan memakan masa sembilan jam,keadaan jalan amat teruk di sepanjang perjalanan saya melihat banyak rumah2 dan bangunan yang telah runtuh, landslide di banyak tempat dan ramai tinggal di dalam khemah. Hujan lebat menjadikan cuaca lebih sejuk.
Jam 4.00ptg  26hb April saya dan suami selamat sampai ke Kathmandu airport yang di banjiri ribuan manusia. Saya mencari kedutaan Malaysia yang tidak kelihatan hanya bendera kedutaan lain yang wakil2 mereka penuh di airport. After so many phone calls akhir nya bertemu kedutaan yang berpangkalan di car park tanpa bendera hanya payung visit Malaysia Year 2014. Saya dan suami berjaya mendapat tiket MAS rescue yang jangka nya bertolak jam 11.30pm tapi delay hingga 3pagi selepas itu transit di Dhaka hampir 2jam. Akhir nya kami selamat sampai ke KLIA pada jam 3petang. Yang sedih nya MAS charge USD350 per person di sepanjang perjalan tak ada makanan hanya 2keping kek dan air saja bila penumpang bertanya anak2 kapal hanya berkata ini 'Rescue flight' tak ada makan. MAS Mana Ada System
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2015 02:29 PM | Show all posts
ssbrosi replied at 9-5-2015 10:55 AM
Semasa kejadian kami berdua berada di Pokhara 'old bazaar' suami masuk ke dalam cave dan saya cuci m ...

ngerinya dengar experience tu. gila tak cuak dengan bumi tetiba bergegar.
thank goodness u and husband ok. masa kat pokhara u takde jumpa malaysian lain ke?

anyway apa nama hotel u tinggal kat pokhara?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 08:49 PM | Show all posts
Di Pokhara saya tinggal di Dream Hotel, hanya 8mins walk to Lakeside.Hotel ini memang selesa decor dalam dan luar saperti Old Smoke House di Cameron Highlands staff pun very nice and helpful.
Saya ada berjumpa dengan a few Malaysians dan ada 2 couple tinggal bersama di hotel
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2015 06:43 PM | Show all posts
Gempa bumi semula petang ni disana kali ni 7.3.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 11:44 AM | Show all posts
ssbrosi replied at 11-5-2015 08:49 PM
Di Pokhara saya tinggal di Dream Hotel, hanya 8mins walk to Lakeside.Hotel ini memang selesa decor d ...

syukur u & suami selamat sis...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 05:52 PM | Show all posts
Syukur alhamdullilah. Kita sudah pun buat kenduri doa selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2015 09:24 PM | Show all posts
ssbrosi posted on 13-5-2015 09:52 AM
Syukur alhamdullilah. Kita sudah pun buat kenduri doa selamat

Ya Allah tak dapat dibayangkan betapa bertuah nya dapat terselamat dr gempa bumi tu
Saya yg terkandas masa epot kathmandu tutup bulan mac yg lalu pun dah cukup suspen . Inikan mengalami gempa bumi hebat.
Apa pun kita dan kawan kawan yg baru balik dr Nepal ni sempat lah melihat world heritage sites tu sebelum rosak. Syukur sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 09:26 PM | Show all posts

Alhamdulillah Selamat Semuanye

Edited by tumpanglalu74 at 27-2-2016 02:04 PM
ssbrosi replied at 9-5-2015 10:55 AM
Semasa kejadian kami berdua berada di Pokhara 'old bazaar' suami masuk ke dalam cave dan saya cuci m ...

Aku baru je 2 hari yang lalu bergelut cube ngantor duit derma melalui Western Union.  Aku dapat kontek tourist agent tu kat Fesbuk.  Dia ajor le cara pakai Western Union.  Western Union pon arini hari terakhir deal yang free transfer tu.  Kalo takde deal ni skali antor ke Nepal kene RM38 caj.  Ke Indon murah sikit dari tu.

Arini aku ade nampak dia upload gambor tengah ngantor food kat villagers.  Dia heboh pasal dorang aritu, kata abih seluruh kampung destroyed.  Dengan dia2 skali hilang pekerjaan sebab kompeni tu tutop these coming months.  Bini tak bekoje sebab student, baru 19 taon.  Aii, entah le macamana nak survive.

Bertuah rase kita blom le kene azab yang camni.  Tapi kalo tuhan nak bagi, sekelip mata pon boleh datang, kan?

Aii, ngeri aku tengok ni:


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 04:39 PM | Show all posts
Alhamdulillah .. baru balik dari nepal .. masa di kathmandu, terasa la gegaran 5.2 pada pukul 10 mlm .. masa tu dah tido, bila gegaran stop, sambung balik tido.

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 04:45 PM | Show all posts
ssbrosi replied at 11-5-2015 08:49 PM
Di Pokhara saya tinggal di Dream Hotel, hanya 8mins walk to Lakeside.Hotel ini memang selesa decor d ...

sekarang ni, hotel byk kosong di Pokhara disebabkan ramai pelancong kansel trip, kami walk-in saja & dpt 50% discount .

Kami stay di hotel barahi lakeside .. i would say, quite a decent hotel and our colleague di sana ckp one of best hotel in pokhara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.162221 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list