CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11000|Reply: 32

My Ghost Story Asia with Daphne Iking

[Copy link]
Post time 6-8-2012 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Daphne Boleh Nampak Hantu
Oleh: akmar@hmetro.com.my




PENGALAMAN seram Daphne Iking ketika berlakon dalam filem Belukar arahan Jason Chong yang diterbitkan pada 2010 menarik minat pihak produksi My Ghost Story Asia terbitan Bio Channel Asia untuk mengambilnya sebagai hos program itu.
Selepas membintangi filem itu, Daphne ditemu bual akhbar di Sabah tempat asal kelahirannya dan dia menceritakan mengenai gangguan yang dialaminya.

Mengimbas semula kisah dua tahun lalu, jelas Daphne, ketika itu kru dan pelakon filem Belukar termasuklah dirinya sedang menjalani penggambaran di kawasan hutan di Labuan, Sabah.

“Keadaan ketika itu kira-kira jam 2 pagi dan kawasan sekeliling sangat sunyi. Di situ hanyalah produksi kami yang sedang sibuk untuk menyiapkan babak pada hari itu. Sebenarnya ketika kejadian saya diganggu itu, saya tak sedar langsung dengan apa yang berlaku sehinggalah keesokan harinya ketika kami semua bersarapan.


“Kru dan pelakon terkejut melihat saya muncul pada pagi itu seperti tiada apa yang berlaku. Apabila mereka bertanya kepada saya apa yang sebenarnya terjadi semalam, lagilah saya tak faham dan memang saya tak ingat apa-apa langsung. Apa yang saya tahu, semalam saya melakukan watak saya sebagai Eva iaitu seorang penipu insurans profesional.

“Rupa-rupanya cerita mereka, malam itu saya seperti dirasuk meracau tak tentu pasal dan turut memarahi pengarah filem ini, Jason. Macam-macam perkataan keluar daripada mulut saya dan ketika itu mereka semua tergamam. Saya seperti dah hilang ingatan. Terkejut saya mendengar cerita mereka kerana saya betul-betul tak sedar apa yang terjadi.

“Kata jurukamera filem itu dalam lensanya, tempat yang saya berdiri itu terdapat enam biji batu nisan yang seolah-olah mengelilingi saya. Bagaimanapun, batu nisan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia hanya kelihatan samar-samar dalam rakaman kamera.

“Tempat yang saya perlu menjatuhkan diri itu pula terdapat satu batu nisan yang besar dan ia terkena leher saya sehingga menyebabkan saya terasa sakit, cuma saya tak tahu saya jatuh atas objek apa kerana kawasan itu di alas tilam tebal yang kemudian ditabur dengan daun kering.

“Selepas mereka menceritakan kejadian itu, saya terus minta maaf kepada semua orang terutama Jason kerana saya memang tak sedar. Mujur mereka memahami keadaan saya dan kawasan itu pun sangat ‘keras’ dan mereka tahu apa yang saya jeritkan pada mereka malam itu bukanlah datang daripada diri saya yang sebenar,” katanya.

Sejak kecil saya boleh melihat benda asing dan aneh. Menurut ibu saya, ‘kelebihan’ saya itu diwarisi daripada ibu saudara saya.

“Pada mulanya, saya rasa tidak selesa boleh nampak benda yang bukan-bukan sedangkan orang di sekeliling saya tak rasa apa pun. Lama kelamaan saya buat tak peduli dan malas melayan perasaan itu lagi. Saya harap perkara aneh itu jangan mengganggu saya lagi.

“Kadangkala ketika berada dalam kereta bersama anak dan suami, tiba-tiba ada orang tua seperti peminta sedekah datang mendekati cermin kereta kami dan saya perhatikan wajahnya buruk dan mengerikan,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan penggambaran filem Belukar dirakamkan di tempat yang sunyi dan suspens, sesuai dengan genre filem itu yang bercorak ‘love action’, seram dan mengandungi banyak rahsia tersembunyi.

Oleh kerana ‘kelebihan’ yang dianugerahkan Allah itu kepadanya dan pengalaman seram yang dilaluinya sendiri, pihak produksi My Ghost Story Asia berasakan Daphne paling layak mengendalikan program itu.

Program itu mengundang mereka yang pernah melalui situasi menyeramkan menceritakan semula pengalaman yang mencemaskan itu kepada Daphne untuk tatapan penonton.

My Ghost Story Asia akan mula disiarkan pada 16 Ogos ini, setiap Khamis, jam 10 malam di saluran Astro 731. Semua cerita itu dirakamkan daripada orang yang pernah melalui kejadian itu sendiri. Mereka berasal dari negara ini dan juga Singapura.

Enam episod pertama yang akan disiarkan itu datangnya daripada pelbagai individu termasuk orang biasa dan selebriti pelbagai latar belakang pendidikan serta kepercayaan. Belum pun program itu ke udara, pihak produksi kini mempelawa mereka yang ada pengalaman luas biasa dengan makhluk halus ini atau pernah berhadapan dengan apa saja kejadian aneh untuk dimuatkan dalam musim kedua program berkenaan.

Bagaimanapun, mereka akan memilih cerita yang paling seram sehingga meremang bulu roma untuk dikongsi dengan penonton.

Untuk musim pertama ini, jelas Daphne, antara cerita seram yang bakal memberi debaran kepada penonton mengenai gangguan penunggu yang dilalui sendiri Muhammad Afis Amin, 26, (ahli perniagaan); Noor Intan Shafinar Arias, 22, (suri rumah tangga) dan Mas Amira Amin, 19, (pelajar).

Afis dan isterinya, Noor Intan tinggal bersama keluarga mereka di Kampung Kandang, Melaka. Kawasan rumah yang mereka tinggal sering diganggu dan pelbagai kejadian aneh berlaku iaitu termasuklah ketika pembinaan rumah itu.

Walaupun mereka sudah terbiasa dengan gangguan itu, namun Afis dan keluarganya berharap ada pihak yang sanggup membantu mereka menghalau segala gangguan itu pergi dari kawasan rumah mereka buat selama-lamanya.

Kisah seterusnya diceritakan sendiri penjaga Istana Kelly di Batu Gajah, Perak, Tajuddin Yaacob, 53, dan Arwin John, 23, pereka grafik dan juga penyiasat kes paranormal Malaysia.

Dalam episod seterusnya akan dimuatkan cerita kem berhantu, jambatan seram, rakan yang tidak diundang, mata ketiga, senapang lama, hantu menyanyi dan semangat Bukit Batok.

Antara yang sudi berkongsi cerita, Master Kok Wai Peng, 48; Wong Chee Wai, 35, (pengarah program TV); Augustine B Towonsing, 43, (guru); Abd Hamid Ahmad, 61, (pengawal keselamatan Kem Singkir); Liong Tuck Mun, 33, (hos program TV dan pensyarah).


Source: Harian Metro
-------------------------------------------------------------------------------------------

Moh ler kita tengok sama2 kisah My Ghost Story ni..



Last edited by KarinaKapur on 16-8-2012 10:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2012 10:27 AM | Show all posts
Geng Mazidul Akmal, Penyingkap Fakta harus masuk program ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 10:29 AM | Show all posts
rasanya kisah2 yang ada kat MPS ni harus join jugak, kbanyakkannya meremang bulu roma..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 11:28 AM | Show all posts
Ini ada iklan My Ghost Story


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 04:44 PM | Show all posts
uncleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

acknolejmen...: uncle seekers kena tangkok
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 12:07 AM | Show all posts
KarinaKapur posted on 6-8-2012 11:28 AM
Ini ada iklan My Ghost Story

awat pada minit 0:23 dengo dia macam cakap 'acapan'



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2012 12:53 AM | Show all posts
kenapakah mata die besar sebelah sepet sebelah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 10:19 AM | Show all posts
jangan lupa tgk My Ghost Stories start malam ni pukul 10 ch731 kehhhh.. best ke x..

p/s: asalnya topik ni dlm board MPS, tp dah kena ubah masuk board Gossip.. moh ler gossip kisah hantu kat sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2012 10:24 AM | Show all posts
official website untuk My Ghost Story Asia

http://biochannelasia.com/myghoststoryasia/

Welcome to My Ghost Story Asia, where real life paranormal encounters are told by the people who experienced them. My Ghost Story Asia will feature true accounts with the supernatural; from chance encounters in haunted spaces to deep personal experiences – some even capturing their brush with the spiritual realm on film!

In each of the 6 episodes, viewers will see first person narratives not just by everyday people, but celebrities from different backgrounds and beliefs.
In addition, Season 2 is already in production and we want our viewers who so if you have experienced a paranormal encounter of their your own, we want to hear from you!


hantu apa nih..


"bangun sahur nak.." Last edited by KarinaKapur on 16-8-2012 10:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 10:27 AM | Show all posts

karoot komedia je ni, jangan percaya k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 10:28 AM | Show all posts
EPISODES
Premieres 16 August, Thursday, 10pm


Hauntings of a Trespassed Land
Afis and his family live in a house that was built on a piece of land believed to be occupied by spirits. The hauntings began when his wife, Intan heard a strange cry one night. The encounters with the supernatural escalated when his sister, Mas Amira was possessed by unseen forces. After numerous failed efforts to exorcise the family home from these disturbances, Afis & his family members have no choice but to succumbed to their hauntings.



Sleepless Night
Popular Malaysian teen idol, Aedy Ashraf spent a night at a hotel room during the production of a television programme. On his first night stay, Aedy had a strange and a rough run-in with the supernatural. It left him shaken and had him requesting for a change of room.



Kellie's Castle
Tajuddin is the manager of a popular tourist attraction, Kellie's Castle, which is an unfinished mansion built by a wealthy Scottish planter in the early 1900's. Kellie's Castle is known to be mysterious and rumored to be haunted. Tajuddin has experienced many strange encounters at the castle. Arwin, who is intrigued by the hauntings at the site fulfilled his curiosity when he came face to face with what he was searching.





Last edited by KarinaKapur on 16-8-2012 10:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 11:18 AM | Show all posts
jumpa daphne last week kt giant kd..kecik je orgnye tp face without make up rase mcm nk jerit suh beli tabita..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 11:35 AM | Show all posts
dgrnya dapne ni selalu jugak follow wardina join usrah ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 11:44 AM | Show all posts
ooo...dia memang gifted yer nampak benda2 macam ni?\masa berlakon belukar tu tak nampak apa2 ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 11:48 AM | Show all posts
beatgirlX posted on 16-8-2012 11:44 AM
ooo...dia memang gifted yer nampak benda2 macam ni?\masa berlakon belukar tu tak nampak apa2 ke?

xde rasanya.. tp seram je baca part yg dia nmpk pmpuan mengemis kat luar kereta.. dah mcm crita The Eye lak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 11:53 AM | Show all posts
aah.. ok.. leh tgk la mlm nieee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2012 11:59 AM | Show all posts
episod 4 ada Soo Wincci!!!

EPISODE 4
Premieres 6 September, Thursday, 10pm
The Haunted Field
Professional photographer, Eddie followed a film crew to Nibong Tebal to capture behind the scenes photos of a paranormal investigation TV show. Sunny, the Production Assistant, felt something wet touching his leg during the shoot but when hechecked, there was nothing around him. He later developed dizzy spells and approached the supernatural expert on set about it. He was then told that the wetness he felt on his leg earlier, was from the tongue of a ghost. Upon checking Eddie's photographs it was found that there are evidence of spirits around the area.




The Singing Ghost
Multitalented Miss World Malaysia 2008/2009, Soo Wincci began experiencing the supernatural after playing a dead character for a TV drama. Soon after lying in a coffin for the shoot, she felt her life changed. She first experienced a streak of bad luck and then she began to feel and see supernatural presence. On one occasion she felt compelled by a spirit to write a song. The song, entitled Scary, is now included in her album.



Bukit Batok Trail Spirit
Cynthia was jogging at Bukit Batok Nature Reserve Park in Singapore when she saw a ghostly figure near a forested area. She ignored the sighting and continued to jog until suddenly she heard cries. Cynthia shared her experience with jogging partner and friend, Ariffin who later performed a paranormal investigation and found a presence at the spot. The spot was exactly where a female jogger, Linda Chua was raped and brutally attacked in 2000. Chua died in Singapore National University Hospital eight days later.



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 12:59 PM | Show all posts
sure aku x tgk citer2 mcm ni kalau tinggal sorg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 03:15 PM | Show all posts
idadzira posted on 16-8-2012 12:59 PM
sure aku x tgk citer2 mcm ni kalau tinggal sorg

hehe xtau la seram ke x..rasa mcm xseram sgt, sbb dorg bercerita, and lakonan smula skit2 je kan.. moh ler tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2012 09:48 AM | Show all posts
ada sapa2 tgk tak cita ni smlm? smlm keluar shopping last minute! xsompek nak tgk..kena tunggu ulangan la plak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.086490 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list