CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9565|Reply: 108

[Tempatan] Tanggang dah kena Alzheimer - ala ala ronald reagan!!

[Copy link]
Post time 8-8-2012 11:54 PM | Show all posts |Read mode

Khamis Ogos 9, 2012

Gagal Kenali Rakan, Ingatan Jins Shamsuddin Semakin Lemah
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI



Jins (empat dari kiri) menerima kunjungan wakil persatuan seni yang
melawatnya pada Rabu. Gambar sumbangan Jurey Latiff.


PETALING JAYA: Keadaan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dilaporkan semakin lemah apabila pelakon itu sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang menziarahinya pada Rabu.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, Jins sukar untuk mengingati orang sekelilingnya termasuklah mereka yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

"Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini selepas menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang dekat sini, pada Rabu.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim.

Jurey menjelaskan pada lawatan itu, Jins kelihatan ceria dan menyambut kedatangan mereka dengan baik tetapi sudah tidak mengingati mereka lagi.

"Walaupun sudah tidak ingat beliau tetap melayan kami dengan baik seperti tiada apa-apa yang berlaku," ujarnya.

Pada lawatan itu, pihaknya sempat menyampaikan sumbangan berbentuk hamper serta sumbangan wang tunai sebagai ingatan sempena kedatangan bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Jurey memberitahu walaupun keadaan ingatan Jins semakin lemah tetapi memorinya mengenai industri perfileman tidak pernah luntur.

Sepanjang pertemuan itu Jins banyak bercerita mengenai sejarah tentang studio Jalan Ampas, peranannya dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Gafim.

"Hairannya beliau masih mengingati dengan jelas mengenai kisah lampau beliau sebagai pelakon serta mampu berkongsi dengan kami semua kisahnya dengan baik," ujarnya.

Tambah Jurey, Jins turut memberitahu masih ingin berkhidmat dan memberi sumbangan kepada industri selain mahu kembali bekerja seperti biasa.

"Sekarang ni memang beliau hanya duduk di rumah dan berehat namun keinginannya untuk kembali bekerja dan berkhidmat kepada negara masih tinggi," katanya.



- lufe dah sumernyer tanggang weiii.... kalau dah kena Alzheimer ni - tadak baik lagi....
tunggu utk tinggalkan doniya nan fana' ajer..... butt then... kita sumer pung akan tinggalkan
doniya nan fana' ni gak...

pe hallllll dah lufe ke hulu lufe ke hilir.... pastu nak kerja kunnun nak khidmat pada negara sumer...  patutnyer masa ni lerrrrrr
kena tambah2kan amal ibadat sumer..... keeeee tu pung lufe gak...   impossibel is nothing!!

p/s   dulu tanggang lufe asal usul dan mak dia sumer.......
sekarang lufe segala...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 11:59 PM | Show all posts
tanggang?

woo.

ada kesah silam rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:02 AM | Show all posts
berapa umur dia nih?
tak sampai 80 lagikan? mahathir over 80, steady je lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:02 AM | Show all posts
chazey posted on 8-8-2012 11:59 PM
tanggang?

woo.

dulu2 dia pernah berlakon cite 'si tanggang' as si tanggang.... having said that, kak anya nak sampaikan berita tentang orang yang sakit... tak perlu lah panggil dia si tanggang bagai...

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:02 AM | Show all posts
antara nama yg dikaitkan yg buat p ramlee kechiwa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:03 AM | Show all posts
~anya~ posted on 9-8-2012 12:02 AM
dulu2 dia pernah berlakon cite 'si tanggang' as si tanggang.... having said that, kak anya nak sam ...

oh, right! saya lupa cita tu kak.

jadi amazed ni maksudkan cerita tu la? ingatkan tan sri ada gossip tak baik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2012 12:04 AM | Show all posts

ya allahh.. kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:05 AM | Show all posts
pembodek dan batu api...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2012 12:08 AM | Show all posts

..dia sakit .. kita doakan dia .... bukan memprolokkan dia ... esok2 kita sakit ..insyaallah ada orang lain pula mendoakan kita ..... pastinya kita tak mahu diperolokkan ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:10 AM | Show all posts
dah alzhemeir... dulu terrer

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:24 AM | Show all posts
chazey posted on 9-8-2012 12:03 AM
oh, right! saya lupa cita tu kak.

jadi amazed ni maksudkan cerita tu la? ingatkan tan sri ada g ...

mungkin sebab dia orang umno...

p/s.. tapi kak anya rasa dia memang pelakon lelaki melayu yang benar ensem... zaman2 dia memang pelakon lelaki melayu berada di zaman kegemilangannya...

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:25 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 9-8-2012 12:10 AM
dah alzhemeir... dulu terrer

semua orang pernah terer di suatu masa perang sivil... but old age is inevitable...

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:28 AM | Show all posts
~anya~ posted on 9-8-2012 12:25 AM
semua orang pernah terer di suatu masa perang sivil... but old age is inevitable...

ye lah kak anya.... manusia dimamah usia khen... lain la benjamin button... dari tua ke muda..

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:28 AM | Show all posts
~anya~ posted on 9-8-2012 12:24 AM
mungkin sebab dia orang umno...

p/s.. tapi kak anya rasa dia memang pelakon lelaki melayu yang  ...

aiyoh? politik juga ada masuk ka dalam ini cerita?

saya pun rasa dia hensem kan. terutama masa dia berlakon cerita suria kencana dan masa dia jadik james bond malaysia. memang hearthrob malaysia sangat dia ni masa muda2 dulu (menurut my mum).
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:56 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 9-8-2012 12:28 AM
ye lah kak anya.... manusia dimamah usia khen... lain la benjamin button... dari tua ke muda..

oo.. yelah... cerita the curious case of benjamin button itu kan.. interesting... but then, even he had to succumb to age factor...

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 12:59 AM | Show all posts
~anya~ posted on 9-8-2012 12:24 AM
mungkin sebab dia orang umno...

p/s.. tapi kak anya rasa dia memang pelakon lelaki melayu yang  ...

ada jugak sikap hollier than thou dalam ni yerk kak anya..sian kt dorang..manyakkkk hati busuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2012 01:00 AM | Show all posts
chazey posted on 9-8-2012 12:28 AM
aiyoh? politik juga ada masuk ka dalam ini cerita?

saya pun rasa dia hensem kan. teru ...

memang betul.. kak anya setuju dengan assessment your mom... memang dia malaya hearthrob suatu waktu dulu... dia juga berlakon cite dandan setia... itu salah satu cerita purba melayu yang kak anya sangat minat...

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:04 AM | Show all posts
Sian... semoga dia tetap berbahagia dalam dunianya sendiri.

Teringat cita Ruby, mak Alejandro pun terkena penyakiy Alzheimer .
Hector n Alejandro...sorg handsome sorg gagah perkasa
Rubyyyy.....suka sgt watak dia walaupun dia gituuu....tertunggu2 nak tengok Ruby.
Suka lagu latar siri n.....bestttt sangattt.

Sorry ye lari topic skit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:05 AM | Show all posts
5229 posted on 9-8-2012 12:59 AM
ada jugak sikap hollier than thou dalam ni yerk kak anya..sian kt dorang..manyakkkk hati busuk..

what to do dek lima... sepatutnya nak sampaikan berita orang sakit... perlu lebih berhemah...

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:11 AM | Show all posts
ikotkan..die neh la yg tikam p ramlee dr blakang..padahal kawan tuh yg bawak ke ke arah ke-glamorran..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.091926 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list