CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12858|Reply: 130

[Jenayah] Jual ubat seks di tapak ceramah

[Copy link]
Post time 12-9-2012 08:39 AM | Show all posts |Read mode


KOTA BHARU - Menggunakan helah bagi mendekati masyarakat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, peniaga ubat perangsang seks sanggup menjual barangan itu di sekitar kawasan gerai berhampiran tapak Kuliah Pagi di Dataran Ilmu, di sini, bagi meraih keuntungan.
Walaupun pernah ditahan dan dikenakan kompaun akibat tindakan mereka itu, peniaga barangan ini masih tidak serik dan melakukan aktiviti jualan ubat berkenaan di kawasan terbabit, ekoran permintaan di pasaran yang amat menggalakkan.
Atas risikan dan maklumat orang awam, tindakan lelaki berusia 50-an itu, berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), di kawasan tersebut.
Dalam operasi itu, mereka berjaya merampas 11 ubat rangsangan seks pelbagai jenis yang bernilai RM6,330.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, serbuan dilakukan di kaki lima di sekitar kawasan kuliah berkenaan, dan semasa serbuan dilakukan peniaga itu sedang aktif menjalankan aktiviti jual beli.
“Kami bertindak tegas terhadap mana-mana peniaga yang masih degil dan tetap menjalankan perniagaan ini yang mengundang imej buruk kepada negeri Kelantan.
“Ia merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 7 (1) (a) Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.
Ahmad Razin berkata, mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki racun berjadual yang mengandungi Sildenafil tanpa memiliki lesen yang sah dikeluarkan oleh Akta Racun 1952 (Disemak 1989) iaitu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, setakat tahun ini sehingga semalam, jabatannya berjaya merampas pelbagai jenis ubat perangsang seks dalam serbuan yang dijalankan di kawasan kaki lima, di sekitar bandar ini dengan nilai rampasan berjumlah RM39,455.
Rampasan terbabit, dilakukan beberapa lokasi di bandar ini, termasuk di kawasan tapak ceramah berkenaan selain di sekitar Wakaf Che Yeh.
“Kesemua barangan yang dirampas, ditahan dan disimpan di cawangan Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan untuk siasatan lanjut dan seterusnya untuk tindakan pendakwaan di mahkamah,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2012 08:40 AM | Show all posts
simpati pd geng2 lobai yg lemah daya sex....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 08:43 AM | Show all posts
balik dari ceramah trus test ubat kuat
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 08:44 AM | Show all posts
lemah la senjata ummah camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 08:45 AM | Show all posts
bila senjata sndiri pun x kuat...mcmana nak kuatkan sekelian ummah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 08:46 AM | Show all posts
Hukumnya 'wajib'  berusaha untuk mendapat keharmonian dah kepuasan rumahtangga jess.....

org2 tua cakap, kalau pasangan puas dia akan sentiasa ceria...keluarga lebih harmoni

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2012 08:48 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 12-9-2012 08:46 AM
Hukumnya 'wajib'  berusaha untuk mendapat keharmonian dah kepuasan rumahtangga jess.....

org2 tua ...

kalo jual ubat berdaftar mcm priligy ni ok la...x memudaratkan kesihatan



rm180 -- 3 bijik ni cakk aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 08:51 AM | Show all posts
Standard Harakah laaa jugak nih untuk lobai2 yag lemah punai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2012 08:51 AM | Show all posts
TanSriJess posted on 12-9-2012 08:48 AM
kalo jual ubat berdaftar mcm priligy ni ok la...x memudaratkan kesihatan

pil2 tu mana buleh jessss... omputeh yg buat...banyak side effect bahan kimia ...haram...

beli kat kaki lima tepi jalan tak pa.. org kita yg jual...selamat katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 08:52 AM | Show all posts
senjata umah tak kuat hasilkan keturunan lembab dan bodoh
contoh senjata umah umno... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 08:52 AM | Show all posts
punai sihat, tercapai hajat.. majulah ubat kuat utk negera.. hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 08:55 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 12-9-2012 08:51 AM
pil2 tu mana buleh jessss... omputeh yg buat...banyak side effect bahan kimia ...haram...

beli  ...

a'ah...tok imam pun beli...kira halal & selamat la tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 08:57 AM | Show all posts
petola posted on 12-9-2012 08:52 AM
senjata umah tak kuat hasilkan keturunan lembab dan bodoh
contoh senjata umah umno... hehe

pas memerintah kelate dh masuk 22 tahun

tgk anak2 yg lahir pada tempoh tuh  ( umo kurang 22th ) kat kelantan camana peel mereka sekarang berbanding sebelum tuh



Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 08:58 AM | Show all posts
TanSriJess posted on 12-9-2012 08:40 AM
simpati pd geng2 lobai yg lemah daya sex....

depa lemah ngan bini sendiri je jess ngan bini orang powerngan bini sendiri tak ada hati katanya
Last edited by ketum on 12-9-2012 09:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 08:59 AM | Show all posts
kalau ceramah PIS banyak tak ubat2 ni dijual tansri???
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 09:01 AM | Show all posts
ubat rahsia katil patah kena rampas tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2012 09:13 AM | Show all posts
TanSriJess posted on 12-9-2012 08:57 AM
pas memerintah kelate dh masuk 22 tahun

tgk anak2 yg lahir pada tempoh tuh  ( umo kurang 22th ) ...

2-3 tahun lepas yg kes menala kambing orang tu... hasil senjata ummah lobai pas la kan?

























Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 09:16 AM | Show all posts
yg ado diabetes, darah tinggi elok sgt...serashi sgt la ngan ubat2 jalanan gini.....harap2 pak lobai sekalian jugak sama2 memantau penjualan ubat sebegini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 09:18 AM | Show all posts
thread gini biasanya muncol ari komih...hari ni baru ari rabu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 09:20 AM | Show all posts
kasibiman posted on 12-9-2012 09:13 AM
2-3 tahun lepas yg kes menala kambing orang tu... hasil senjata ummah lobai pas la kan?

x ingat kes tuh...tp di bachok kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.340589 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list