CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 77157|Reply: 40

Niat,Syarat dan cara mengerjakan solat Jamak&Qasar-Panduan utk para musafir

[Copy link]
Post time 21-9-2012 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wbt,terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada tuan MOD kerana memberi kebenaran kpd mamaimran membuka satu thread khusus ttg info solat jamak dan qasar.Thread yg saya wujudkan ini tidak membincangkan secara khusus tetapi hanya sebagai tatapan dan rujukan kepada para forumer didalam section ini.Jika sesiapa yg ingin memanjangkan lagi ttg perkara ini diharap dapat buka satu thread yg lain dan juga diruangkan yg disediakan.Mudah-mudah ia dapat memberi manfaat kepada semua disini Jazakallah Khayran .



Salam bahagia kepada semua, terima kasih atas persoalan yang dikemukakan dari salah seorang pengunjung blog ini. Soalannya ialah “Berdasarkan keadaan sekarang ini terdapat banyak masjid dan surau d merata tempat,bolehkah Ustaz huraikan tentang solat jamak @ qasar yg mana pada dasar permerhatian saya sesetengah orang engan mengerjakan solat jamak @ qasar semasa bermusafir . Apakah niat, syarat dan cara mengerjakannya?”

JAWAPANNYA

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.



Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.



Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.



Syarat Jamak Taqdim


Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.Niat jamak pada waktu solat yang pertama.Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

Syarat Jamak Takhir


Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.


Syarat Qasar

Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.


Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.

Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.


Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :


Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
Berdiri lurus mengadap kiblat.
Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

Sumber




Last edited by mamaimran on 22-9-2012 08:09 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2012 11:08 AM | Show all posts
TEMPOH HARUS JAMAK DAN QASAR SOLAT DI SUATU TEMPAT

Soalan; Saya ada beberapa soalan :
1)Berapa harikah tempoh dikira mukim ?
2) Jika saya mengambil pandangan tempoh dikira musafir ke suatu tempat yang melebihi 2 marhalah, adalah 5 hari termasuk hari pergi dan balik, dan dalam tempoh itu, saya mengerjakan solat jamak qasar. Adakah saya perlu bergegas keluar dari kawasan tersebut pada hari ke 6 ? (kerana ada pandangan mengatakan jika kita tidak keluar, maka batallah/ tidak sahlah solat2 yang kita lakukan dalam tempoh musafir tersebut kerana telah di kira bermukim.
Terima kasih.


Jawapan;

1. Mukim bermaksud menetap di sesuatu tempat. Orang yang dianggap bermukim tidak lagi diharuskan melakukan solat secara qasar dan jamak kerana keduanya itu hanya diharuskan untuk orang yang musafir sahaja.

2. Menurut mazhab Syafiie, apabila seseorang itu berniat untuk menetap di sesuatu tempat melebihi empat (4) hari, maka ia menjadi mukim dan tidak harus ia melakukan jamak dan qasar kecuali pada hari ia masuk ke tempat itu dan hari ia keluar.

Sebagai contohnya, saudara bermastautin di Perlis, kemudian bermusafir ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan dari Perlis ke Kuala Lumpur, harus saudara melakukan solat secara jamak dan qasar. Apabila tiba di Kuala Lumpur, sekiranya saudara berniat untuk menetap di Kuala Lumpur melebihi 4 hari (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), saudara tidak harus lagi melakukan jamak dan qasar. Maksudnya, sepanjang tempoh saudara di Kuala Lumpur itu, saudara hendaklah mengerjakan solat fardhu secara sempurna dan mengikut waktunya. Hinggalah apabila saudara keluar dari Kuala Lumpur untuk pulang atau meneruskan perjalanan ke tempat lain, barulah boleh melakukan qasar dan jamak semula.

3. Sekiranya saudara berniat untuk menetap di Kuala Lumpur itu dalam tempoh kurang 4 hari, contohnya 2 hari atau 3 hari (tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar), harus saudara melakukan jamak dan qasar sepanjang 2 atau 3 hari tersebut.

4. Sekiranya saudara tidak mengetahui berapa lama akan tinggal di Kuala Lumpur itu, tetapi berniat akan segera pulang sebagai sebaik urusan selesai (yakni saudara menunggu-menunggu urusan selesai untuk segera pulang), menurut mazhab Syafiie; saudara harus melakukan jamak dan qasar hingga 18 hari (tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar). Ini jika saudara tidak mengetahui urusan itu akan mengambil masa lebih 4 hari. Sekiranya saudara sememangnya mengetahui urusan itu akan mengambil masa lebih 4 hari, maka ia kembali kepada yang pertama tadi iaitu tidak harus saudara melakukan qasar dan jamak kecuali hari tiba dan hari keluar sahaja.

5. Sekiranya saudara tiba di Kuala Lumpur dan saudara tinggal tanpa berniat berapa hari dan tidak pula menunggu-nunggu urusan selesai, saudara boleh melakukan jamak dan qasar, namun bila genap 4 hari saudara di situ, tidak harus lagi melakukan jamak dan qasar. Maksudnya, status saudara sebagai musafir tamat apabila genap 4 hari saudara tinggal di Kuala Lumpur itu.

5. Jika pada peringkat awal saudara berniat untuk tinggal kurang dari 4 hari, kemudian mengubah niat untuk tinggal lebih 4 hari, dengan berubah sahaja niat itu tidak harus lagi saudara melakukan jamak dan qasar. Begitu juga, jika setelah beberapa hari tinggal di Kuala Lumpur itu saudara teragak-agak antara terus tinggal atau pulang, tidak harus lagi melakukan jamak dan qasar.

Maksud niat dalam kupasan di atas ialah apa yang ada dalam hati kita sebaik kita tiba di suatu tempat. Bagi program yang berjadual sebagai contohnya, apabila saudara memutuskan dalam hati untuk mengikuti jadual itu, itu menunjukkan niat saudara untuk tinggal di situ dengan mengikut jadual yang diatur. Sebagai contohnya, saudara menghadiri suatu kursus di Kuala Lumpur dan saudara mengetahui kursus itu akan memakan masa hingga 1 minggu, maka dengan memutuskan untuk mengikuti jadual kursus tersebut saudara telah berniat untuk bermukim di Kuala Lumpur selama seminggu. Dengan niat itu, saudara tidak harus lagi melakukan jamak dan qasar sepanjang kursus tersebut kecuali pada hari saudara tiba dan hari pulang nanti.

Merujuk kepada soalan kedua di atas, apakah perlu bergegas keluar apabila tamat tempoh keharusan melakukan jamak dan qasar? Dan benarkah jika tidak keluar semua solat yang dilakukan tidak sah?. Jawapannya; Berdasarkan penelitian saya, tidaklah begitu. Saudara hanya perlu menyedari/mengetahui berapa hari yang diharuskan saudara melakukan jamak dan qasar berdasarkan kaedah yang dijelaskan tadi. Selepas hari tersebut jika saudara terus tinggal di tempat tersebut, saudara tidak boleh lagi melakukan qasar dan jamak. Saudara tidaklah dituntut keluar dari tempat itu, hanya jangan lagi melakukan jamak dan qasar kerana tempohnya telah habis bagi saudara. Adapun jamak dan qasar yang lalu ia tetap sah kerana dilakukan ketika saudara masih dianggap musafir.

Wallahu a'lam.


Rujukan;

1. Mugni al-Muhtaj, jilid 1, hlm. 361-363.
2. Al-Majmu', jilid 4, hlm. 361-362.

http://ilmudanulamak.blogspot.com/20...-solat-di.html Last edited by mamaimran on 22-9-2012 08:12 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2012 08:13 AM | Show all posts
Moga menjadi panduan berguna kepada semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 04:13 PM | Show all posts
barakallah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 06:23 PM | Show all posts
kasi up thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:43 PM | Show all posts
Terimakasih. Panduan yg amat berguna time travelling. I suggest u buka pula Thread samak perkakas dapur time travel luar negara .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2012 08:54 AM | Show all posts
Kasi up thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 03:14 PM | Show all posts
ade yg kata jamak qasar hanya boleh dilakukan di DALAM perjalanan shj. Apabila smpi ke destinasi, hanya boleh melakukan solat JAMAK shj. Minta pencerahan daripada para ilmuan yg membaca....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2012 09:35 PM | Show all posts
ahazman24 posted on 1-11-2012 03:14 PM
ade yg kata jamak qasar hanya boleh dilakukan di DALAM perjalanan shj. Apabila smpi ke destinasi, ha ...

sume dah diterangkan diatas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 08:24 PM | Show all posts
Kasi up balik thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 11:29 AM | Show all posts
Solat Qasar Dan Jamak Zohor Dengan Asar Pada Hari Jumaat
1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadith :
Maksudnya : Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir.
Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardhu zohor kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma", sebab sah bagi orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur.
2. Sehubungan dengan itu, berbagai pandangan ulama" dikemukakan. Antaranya :


Mazhab Hanafi
Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.

Mazhab Maliki

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih, walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat Jumaat)

Mazhab Syafii

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat

Mazhab Hanafi

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.



[size=12.727272033691406px]http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/solat-qasar-dan-jamak-zohor-dengan-asar-pada-hari-jumaat






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2012 11:41 AM | Show all posts
Last edited by mamaimran on 21-11-2012 11:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 02:19 PM | Show all posts
mamaimran posted on 1-11-2012 09:35 PM
sume dah diterangkan diatas..

mana ade kat atas... x jelaslah*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 04:12 PM | Show all posts
ummukender posted on 4-12-2012 02:19 PM
mana ade kat atas... x jelaslah*

sume dah diterangkan diatas,kalau masih tak paham sila wat thread lain,thread disini hanya utk info sahaja dan jugak telah mendapat kebenaran MOD utk post disection ini.Harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 04:28 PM | Show all posts
ahazman24 posted on 1-11-2012 03:14 PM
ade yg kata jamak qasar hanya boleh dilakukan di DALAM perjalanan shj. Apabila smpi ke destinasi, ha ...

Ni kena bagi background:

Sebab diputuskan nak qasar atau jamak, ataupun combine kedua-dua sekali:
1. Qasar - kerana bermusafir
2. Jamak - kerana berada dalam kesulitan (cuaca, masa, mudarat etc)
3. Kombinasi jamak dan qasar - kerana ketika dalam bermusafir, kita menghadapai sesuatu kesulitan

Jadi, adalah tak betul mengatakan bila sampai destinasi yang kita bermusafir, kita hanya boleh jamak SAHAJA. Totally salah.

Yang BETUL ialah, kita boleh qasar selama kita berada dalam musafir (secara asasnya; kerana ada pelbagai pendapat yang menghadkan masa)
Yang BETUL jugak, apabila kita menghadapi kesulitan semasa bermusafir (seperti sibuk melawat sahabat handai sepanjang hari di kampung masa raya), kita boleh jamak dan qasar. TETAPI, jika aktivti kita masa balik kampung hanyalah makan, tv, tido, maka jamak tidak boleh dilakukan, kerana tiada kesulitan pada kita dari apa-apa aspek pun. Tapi boleh qasar dan sebaiknya qasar kerana ianya sedeqah dari Allah.

Apabila kita perlu bermusafir, starting point utk:
1. Jamak - bila masih berada di rumah, tetiba azan, boleh dijamakkan waktu solat.
2. Qasar - apabila kita berada dalam perjalanan.

Semasa musafir, Rasulullah hanya melakukan solat rawatib sunat fajr. Lain-lain solat sunat rawatib tidak dilakukan.



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 05:38 PM | Show all posts
Alhamdulillah... ada juga yang yang dapat memberi jawapan... tujuan forum bukankah untuk membincangkan sesuatu perkara yang merangkumi tema diskusi... maaf ya kerana sampai ada yang suruh buka thread baru walaupun masih dalam tema yang sama..

sama2 lah kita menuntut ilmu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2012 06:57 PM | Show all posts
ummukender posted on 4-12-2012 05:38 PM
Alhamdulillah... ada juga yang yang dapat memberi jawapan... tujuan forum bukankah untuk membincangk ...

Harap ummukender paham situasi mama sbg thread starter.Mama sudah maklumkan dari awal lagi ttg perkara ni.Jikalau ader diantara forumer yg ingin memanjangkan lagi ttg perkara ini sila buka topik ini diruangan yg disediakan dan mama tak kisah kalau sumber yg mama paparkan disini diceduk kesemuanya.Mamaimran hanya diberi kebenaran utk memberi info saja didlm section 'Penerbangan dan pelancongan'.Harap maklum dan jgn terasa ati pulak.
Last edited by mamaimran on 4-12-2012 07:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 09:07 PM | Show all posts
alhamdulillah, dah paham. selama ni dok ingat 3 hari je boleh jamak/qasar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2012 05:21 PM | Show all posts
kasi up sket
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 03:08 PM | Show all posts
ahazman24 posted on 1-11-2012 03:14 PM
ade yg kata jamak qasar hanya boleh dilakukan di DALAM perjalanan shj. Apabila smpi ke destinasi, ha ...

SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.






HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
  
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :

i.
Solat Zohor dan Asar.
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.
Solat Maghrib dan Isya'
Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.
Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.
Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.388598 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list