Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.
MAKLUMAT PRODUKSI
Pelakon
Sharnaz – Siti Saleha
Amir – Beto Kusyairy
Hazwan – Razif Hashim
Dianne – Memperkenalkan Liyana Van Der Sijp
Tok Wan – Fauziah Nawi
Mama Dianne – Zizi Zulkifli
Mama Amir – Tania Zainal
Penampilan khas: Projek Disko Baldi, Liyana Fizi
Aku, Dia dan Tong Sampah akan disiarkan pada 3hb Oktober, jam 8.30 malam di saluran TV9. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/pgroundproductions.
aku tengok cite ni malam tadi aku rasa cite ni mmg super sempoi...Beto berlakon mmg awesome...sempoi dan selamba...suka betul dgn lelaki mcm ni...aku rs dia dgn siti saleha sgt comeil bila berlakon berdua..tepi tong sampah pun boleh jumpa jodoh ...itula orang cakap kalau dah jodoh kat mana2 pun boleh jumpa...
cess posted on 4-10-2012 10:59 AM
cite ni semlm best sgt....suka cara betto belakon..nampak natural...
Kannnnn...aku rasa beto berlakon mmg natural gile...tak kayu kayan...tak rasa annoying langsung...bila dia usik2 siti saleha tu..aku plak yg terasa...hahaha..perasan...perasan..
sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee tengok cite ni semalam.. sume nampak natural...
nak tanya ape tajuk lagu pompuan tu nyanyi semalam? best lak dengar...
klu tgk cite ni mmg sempoi..jalan cite pun realistik je..mcm real je...dgn berdating tepi tong sampah tu, masa kat umah tok wan tu..gelagat tok wan yg educated tu mmg best la..beto berlakon mmg real la...suka sangat dia dlm cite ni....habis angau aku semlm...
lagi satu redza minhat pun ada dalam produksi ni ... ruginya dia tak berlakon sekali..klu si redza tu yg jadi hazwan..hazab la kat aku nk memilih antr beto atau redza...sib baik yg hazwan tu mmg annoying so boleh totally ignore him.. Last edited by mafilee on 4-10-2012 02:49 PM
kan bagus kalau cerekarama tampil cerita dan pengarahan yang fresh seperti ini. tak adalah bosan asyik style yang sama shj.
tahniah utk drama aku,dia dan tong sampah, sebuah cerita yang sgt best.