CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4779|Reply: 37

[Tempatan] {3} Kesal ubat kanser RM5000 sebotol tak selamatkan isterinya!

[Copy link]
Post time 25-10-2012 03:07 AM | Show all posts |Read mode

FATT SOON (kiri) dan Michael menunjukkan ubat kanser berharga RM5,000 sebotol yang dijual seorang tabib di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berasa kecewa selepas ubat tradisional yang dibelinya daripada seorang tabib dengan harga RM40,000 didakwanya tidak berkesan bagi mengubati penyakit kanser hati isterinya.


Lelaki tersebut, Bay Fatt Soon, 73, berkata, ubat dalam bentuk kapsul yang dihasilkan daripada rumput yang menjadi makanan landak itu dibelinya beberapa bulan lalu.


Katanya, pada mulanya dia sendiri kurang yakin sama ada ubat berkenaan benar-benar mujarab namun membelinya kerana mahu menyelamatkan nyawa isterinya yang sakit tenat ketika itu.


“Saya terus membeli ubat itu tanpa bertanya kepada pakar perubatan kerana bahan makanan landak itu dikatakan mampu mengubati banyak jenis penyakit dan ia juga jarang didapati di pasaran.


“Lagipun, pada masa itu doktor menyatakan isteri saya tidak dapat hidup lebih daripada dua bulan. Saya membeli ubat itu kerana tabib tersebut mendakwa ia boleh membantu isteri saya bertahan selama enam bulan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.


Fatt Soon berkata, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan apabila isterinya meninggal dunia pada bulan lalu iaitu selepas kira-kira sebulan memakan ubat yang bernilai RM5,000 sebotol itu.

p/s wow...1 botol RM5,000 !  mesti kaya tabib tuh...

Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 25 Okt 2012

1. Ehwal kemasyarakatan -2 threads
2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 1 thread
5. Dunia - 0 thread
6. Sukan - 0 thread

7. Ekonomi - 0 thread


jumlah thread - 3




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 03:13 AM | Show all posts
bunuh saja tabib tu........
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 06:33 AM | Show all posts
ape hak kita nak cabut nyawa orang.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 06:54 AM | Show all posts
sian kat atok ni ... bilelah kkm, kjaan nk amek tindakan thdap "duktur" yg x btauliah mcm ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:08 AM | Show all posts
biase la time terdesak tu pasti kita tak fikir panjang dah,dengar je ada ubat yg mujarab terus rembat.
Pepatah "duit bole dicari,nyawa hanya sekali" akan merasuk fikiran..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:32 AM | Show all posts
dh smpai ajal nk wt cm ne....
ubat yg paling mahal pn x mampu nk sembuh kn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2012 07:50 AM | Show all posts
Dibuat daripada rumput. Dijual dengan RM5000 sebotol

Wow
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:05 AM | Show all posts
la..dah doktor pun kata isteri pakcik ni tak leh hidup lebih dari 2 bulan....nak buat aduan pasal tabib pulak..bukan ke dah berusaha..jadinya pakcik ni tak percaya kan doktor..dan lebih percaya kan tabib..bila wife meninggal marah pulak...apa dia ingat tabib tu tuhan ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 08:23 AM | Show all posts
teringat apa yg doktor hamid arshad ckp.
dia minta sangat agar tidak mengambil kesempatan atas
pesakit kanser ni. maksudnya jgnlah gi jual ubat tah apa-apa
dgn harga yg mahal sampai berpuluh ribu mereka-mereka yg
ada ahli keluarga ada penyakit kanser ni plak mmg sedang terdesak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:28 AM | Show all posts
Tak payah tabib la, sekarang ni mlm punya orang memang jadikan pesakit kanser ni lubuk untuk mereka jual barang kesihatan..homeopati dsbg.. orang tengah terdesak memang la sanggup keluar duit banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 08:59 AM | Show all posts
premium beautiful punye korset tu la...claim leh elakkan mcm2 penyakit. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 09:06 AM | Show all posts
the prices of being stupid and desperate
takpelah..dah tua nak mampuih dah pon
duit berkepuk2 pon x guna
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:14 PM | Show all posts
Kene Kumpul Duit Banyak2 Nie..Persediaan Untuk Hari Tue Nanti..Amalan Dh
Memang Wajib Dibuat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:15 PM | Show all posts
tabib dari tibet ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:16 PM | Show all posts
ultra78 posted on 25-10-2012 07:50 AM
Dibuat daripada rumput. Dijual dengan RM5000 sebotol

Wow

Tabib Nie Kencing Kuat La..Banyk Tipu Org..RM5000 Tue..Ingat Sikit Ker???
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 04:13 PM | Show all posts
Dah sampai ajal...
Makan ubat mahal mcm mana pun tak guna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 04:28 PM | Show all posts
kesian uncle ni..betapa kasih sayang yg mendalam kat isteri dia...sanggup habiskan wang ringgit... bertabahlah uncle..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 04:52 PM | Show all posts
Kesian atuk nih, .......tapi dalam Western Complimentary medicine......cancer tahap ke-3 memang tak dak ubat. Samada chemo ataupun drug (taxo/taxem), kira kanser tahap ke-3 nih tunggu mati jah....No wonderlah atuk nih percaya bulat-bulat kat tabib tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:04 PM | Show all posts
saya merayu kat kawan2 jgn jugak pecaye ubat2 mlm...acai bbery je herbalife ke dll...pk pki otak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 07:36 PM | Show all posts
chenta_dewi posted on 25-10-2012 07:04 PM
saya merayu kat kawan2 jgn jugak pecaye ubat2 mlm...acai bbery je herbalife ke dll...pk pki otak

herbalife pun tak elok ke..saja tanya memang tak pernah beli pun..cuma ada beli sekali ubat yang lain..tapi memang tak berkesan langsung pun walau harga agak mahal..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.322663 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list