Salam, tak sure thread pasal ni dah ada ke belum..kalau dah ada mohon merge ye..
Tetiba terfikir..apa hukum/ akibat kalau kita baca quran tapi sebutan huruf dari segi makhraj nya tak betul. Contohnya perbezaan pada huruf 'sin' dan 'tha' dan lain2 huruf lagi..
pastu macam mana pulak kalau bacaan kita tu tak betul dari segi tajwid nya?
banyak hukum2 tajwid yang saya dah lupa..cuma ingat yang basic saja so taktau cemana nak bunyikan certain ayat tu
dan boleh kah saya baca quran sambil dengar youtube ke apa audio ke just to make sure bacaan tu betul dari segi makhraj huruf dan hukum tajwid?
orang kata kalau ada ilmu tapi tak amal memang akan lupa segala ilmu tu..kes saya macam ni la, nak baca al-kahfi petang tadi pon rasa susah nya
orangbesi posted on 4-11-2012 11:48 AM
cantikkkk
cam ni yg TUHAN sayang
walaupun tahu susah perit memboringkan
hmm, nak faham ni pon satu problem jugak
cemana ye nak buat? baca tafsir quran ke?
sambil baca ayat quran tu baca sekali tafsir nya?
takut kang nanti terus tak baca yang bahasa arab tu, terus baca yang tafsir je
orangbesi posted on 4-11-2012 06:15 PM
huiiii
hebatnya hang
terus gi tafsir ....................
eksekius me..terjemahan al-quran arab - malay tu pon orang panggil tafsir jugak kan
takkan la iols yang baca quran tajwid tak betul ni pon terus nak tafsir ayat quran kot..duh
KumbangPolkaDot posted on 4-11-2012 06:24 PM
eksekius me..terjemahan al-quran arab - malay tu pon orang panggil tafsir jugak kan
takkan la io ...
iyelah
camtu lah org2 melayu punya anggapan
cuba hang cari ada tak terjemahan AL QURAN sampai berkitab-kitab???
tapi
tafsir AL QURAN ada yg sampai berkitab-kitab kannnn
terjemahan adalah simple je
cam:
I LOV U - aku sayang pada mu
tafsirnya pulak:
maka kecintaan seseorang itu hendaklah KEPADA TUHAN SEMUANYA............................
orangbesi posted on 4-11-2012 06:47 PM
iyelah
camtu lah org2 melayu punya anggapan
sedara orangbesi, terima kasih sebab masuk thread saya, saya sangat hargai nya
tapi saya lagi akan menghargai posting2 incik sekiranya incik menjawab soalan2 yang saya tanya tu
saya bukak thread ni dengan harapan ada orang jawab kemusykilan saya tapi setakat ni belum ada orang yang sudi jawab lagi
orangbesi posted on 4-11-2012 06:56 PM
ni aku sampaikan ya
sebab NABI ADA BERPESAN:
MUDAHKAN DAN JANGAN SULITKAN
thanx orangbesi
anyway, susah jugak ye nak bertanya dengan orang yang "berilmu" nih..sebelum bagi jawapan duk konar p mai p mai dulu baru nak jawab apa yang orang tanya
Kena belajar tajwid. Cara mudah dan cepat belajar tajwid, beli buku Iqra.. car ...
salam, saya tau tajwid cuma ada certain tajwid yang dah lupa
setakat mad jaiz munfasil dan mad wajib muttasil insyaallah saya masih ingat
cuma nya saya tak ingat mad2 yang lain contohnya macam mad idgham mislain..apa huruf2 yang membolehkan jadi mad idgham mislain tu saya tak ingat
huruf2 jawi saya tau
KumbangPolkaDot posted on 4-11-2012 11:44 PM
salam, saya tau tajwid cuma ada certain tajwid yang dah lupa
setakat mad jaiz munfasil dan mad wa ...
Ok, da ada basic tuh so cukup mudah. Dowload bacaan quran kat phone, n sering dengar dan ikut bacaannya. Selain tuh boleh boleh terus belajar... kat tenet pun ada jek sebagai tambahan ilmu, tapi yang afdhol cari guru tajwid.
kalau dalam satu bilik tu penuh dgn mushaf AL QURAN
setan masih boleh dok bersantai-santai
kalau radio, tv mp3 alunkan bacaannya sampai memekakkan telinga pun
para setan masih goyang kepala lutut jeee
tapi
BACAAN yg khusyuk penuh KEIKHLASAN
depa cabut lari abisssssssssssssssssssssss
Belajar Tajweed memerlukan banyak kesabaran dan keikhlasan hati. Astaghfirullah al azeem, semasa saya membaca Al-Fatihah pertama kali dihadapan guru ngaji saya, hampir kesemua pembacaan saya di betulkan. Sudah hampir 2 bulan saya masih lagi dalam mempelajari membaca Al-Fatihah, AL-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas berasaskan Tajweed rules. Guru saya yang berasal dari Yemen yang bahasa Asas adalah bahasa Arab, mengambil masa 3 bulan untuk belajar membaca AL-Fatihah with Tajweed reading. Jadinya, untuk belajar Tajweed, Insyallah, adalah lebih baik belajar melalui guru Tajweed dan di support pembelajaran tersebut dengan melalui multimedia interaction.
Insyallah, jika sister hendak belajar tajweed bersama-sama, insyallah, saya akan cuba membantu sedaya upaya saya, dan jika saya tidak dapat memberi jawapan, Insyallah, saya akan memberi soalaan itu kepada guru pengajian saya.
I pray to Allah (SWT) to help you and guide you to his straight path. Ameen.