CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16233|Reply: 35

Travelog Thailand (wilayah Isan) - Mecari Bebola Api Naga di Sungai Mekong

[Copy link]
Post time 20-12-2012 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Setiap tahun, setiapkali berakhirnya tempoh 'Buddhist Lent', pada malam bulan penuh Wan Ok Phansa, beberapa objek bercahaya dilihat muncul dari sungai Mekong menjulang sejauh beberapa ratus meter ke udara dan hilang...kemunculannya tanpa sebarang bunyi letupan, tanpa asap atau bau bahan bakar dan tanpa sisa (tak ada ciri-ciri bunga api/fireworks). Fenomena aneh ini sering dilihat di bahagian sungai Mekong yg mengalir sepanjang daerah Nong Khai, daerah paling utara dalam wilayah Isan yang terletak di sebelah timur laut negara Thailand (kalau tgk peta Thailand, bahagian sebelah north-eastern/timur laut yg nampak mcm telinga gajah tu, itulah wilayah Isan). Di sini, sungai Mekong (yg merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara) berfungsi sebagai sempadan antarabangsa antara Thailand dan Laos. Lagenda tempatan percaya bahawa bebola cahaya merah itu disembur keluar oleh Naga Buddha dari bawah permukaan sungai Mekong. Ada banyak teori disebalik kejadian ini....ada yang mengatakan bebola itu berasal dari pembakaran gas Metana dari dasar sungai dan ada juga yg katakan itu adalah kesan dari tembakan tracer bullets (mungkin betul) namun setakat ini masih belum ada apa2 penyelidikan menyeluruh utk pembuktian saintifik.

Pertama kali aku tau pasal kejadian ini adalah masa zaman belajar dulu (sekitar tahun 2004), dari sebuah filem siam berjudul 'Mekong Full Moon Party' yang ditayangkan di Asia-Europe Institute, UM dan selepas itu filem genre drama-komedi ini menjadi antara filem terbaik yang pernah aku tonton dari Thailand.


*Poster filem Mekhong Full Moon Party dan peta wilayah Isan

Kesahnya....aku tak pernah terfikir pun utk ke sana dan melihat kejadian itu dengan mata kepala sendiri...sehinggalah suatu hari dalam bulan Ogos bebaru ni, ketika di Phuket. Ada seorang pemuda Thai yg berasal dari Nong Khai...bila aku tau yg kampung dia kat area pinggir sungai Mekong, terus teringat kat filem yg aku tonton 8 tahun sebelum tu...maka aku pun tanyalah betul ke benda2 yg aku tengok dlm filem tu...n dia cakap memang dia selalu tengok bebola api naga tu setiap tahun sejak kecik....aku pun tanya lagi bila kejadian tu akan berlaku lagi...dia ambik kalendar, bandingkan tarikh lunar Buddhist dgn kalendar Gregory dan tunjukkan tarikh 30 Oktober....tetiba...aku rasa aku patut pergi kesana, melihat sendiri apa yg pernah aku lihat dari filem...8 tahun lalu...

Dua bulan kemudian, aku kembali ke Thailand....bermula di Bangkok utk melihat suasana sambutan raya haji...kemudian ke Kanchanaburi utk melihat The Bridge of River Kwai yang terkenal...dan kemudian ambil keretapi malam menuju ke Nong Khai. Oleh kerana aku travel ala backpakcers je, so bawak diri sendiri je la dgn mencuba segala bentuk pengangkutan awam yg ada...tanpa tour guide or driver. Banyak pengalaman menarik kalau travel cara ni....masa balik dari Kanchanaburi, aku naik bas ayam je...tambang dlm RM9 gitu, ambik masa 3 jam setengah nak sampai Bangkok....bertolak selepas tengahari n dah hampir Bangkok dah mula malam, n bila check GPS nampak mcm bas tu tak menghala ke terminal selatan pun (masa beli tiket diorang cakap berenti kat south terminal)....aku dah mula risau sbb masa utk naik keretapi ke Nong Khai hanya tinggal sejam setengah lagi (tiket dah beli, RM50)....masalahnya conductor bus tu takleh cakap English, bila tanya je dia mumble something dlm bahasa siam yg semacam nak kata "kita akan sampai kejap lagi", tapi semua penumpang dah turun tinggal sepasang couple je atas tu...aku tak sedap hati...so aku tanyalah couple tu bas ni nak bereti mana, bagusnya diorang (Panya dan aweknya) bolehlah communicate dlm English sesikit, n diorang nak bantu guide aku sampai ke stesen Hualampong sebelum keretapi bertolak...aku ikut diorang turun kat bus stop di tengah perjalanan dan naik bas bandar. Ketiga-tiga kita duduk di bahagian depan, dan gf si Panya mula bertanya kpd driver bas bandar mcm mana cara paling pantas nak sampai ke stesen keretapi Hualampong...kemudian hampir semua penumpang yg duduk bahagian belah depan bas tu memberikan pendapat masing2..."prom-pren-prom-pren" dlm bahasa Thai yg sepatah pun aku tak paham...then keputusan dicapai....kita turun dari bas n tukar kepada teksi saja sbb bas bandar yg kerap berhenti2 akan mengambil masa yg lebih lama utk sampai ke destinasi. Panya dan aweknya pun turut sama naik teksi utk ke Hulampong...diorang nak pastikan communication dgn taxi driver tu lancar n pasikan dia ambik jalan paling cepat, so aku takkan terlepas keretapi. Baik sangat2 diorang ni...sepanjang jalan kita bertukar2 cerita, aku tunjukkan list filem2 Thai yg aku suka tonton dan awek si Panya gelak sakan bila tengok filem 'Hello Stranger' pun ada dlm list aku...dia dah ulang tgk filem tu sebanyak 5 kali. Sampai di stesen Hualampong, Panya bayar tambang teksi tu dulu dan kemudiannya menolak utk terima duit aku (memang baik sangat2 diorang ni)...dia kata nanti kalau dia ke KL someday aku lak tolong bawak jalan2. Selepas ucap selamat tinggal kitorang berpisah...masih ada 40 minit sebelum keretapi bertolak. Aku ambik masa sepenuhnya utk beli makanan2, topup happy prepaid (utk internet) dan semayang jamak di surau stesen Hualampong. Stesen keretapi Hulampong ni stesen utama di Bangkok, bangunan lama...dan surprisingly ada surau...


*Stesen Keretapi Hualampong, Bangkok dan surau dalam stesen

Sehari sebelum, aku dah beli tiket awal2...tiket kelas kedua, tanpa aircond....koc tempat tidur....selesai urusan di surau aku terus naik keretapi...Tak seperti express wau KL-Tumpat, koc diorang ni tak terus sedia tempat tidurnya....masa naik tak ada katil, hanya ada dua tempat duduk yg berhadapan antara satu sama lain....aku duduk bertentangan dgn seorang pakcik dari German yg nak ke Vientienne di Laos. Sebelah kitorang ada gadis muda dan seorang makcik Thai. Pakcik German ni suka angkat kaki ke tempat duduk depan, n kaki dia berbau ....kitorang borak2 la skit, then lepas sejam ketapi bergerak attendant datang ubah tembat duduk jadi katil bawah, dan tarik keluar 'laci' sebelah atas tempat duduk menjadi katil tingkat atas....Tiket aku sepatutnya katil bawah, dan sebelah atas sepatutnya katil si gadis muda....gadis muda tu buat muka kesian mintak dibenarkan pakai katil bawah...aku tengok dia pun pakai skirt labuh so maybe dia rasa tak sesuai utk dia memanjat tangga ke atas...gadis2 siam kebanyakan biasanya agak menjaga adab. So aku mengalah je la walaupun mmg aku lebih suka katil bawah, boleh tengok luar tingkap n takyah susah2 nak panjat.  Panas yg amat katil belah atas tu...ada kipas pusing pun tak banyak membantu. Buat seketika terpaksalah lepak di kantin keretapi sehingga kantin tutup, menikmati udara dari luar tingkap, order coke dan terus teman pakcik German berborak. Kitorang duduk semeja dengan seorang lelaki dari California nama Jon yg kebetulan juga nak ke Nong Khai utk tengok Naga fireballs...lewat jam 10 kantin mula tutup, kitorang balik ke katil...oleh kerana masih agak panas, kena tidur bukak baju....tapi panas tu tak lama...beberapa jam kemudian di awal pagi, suasana dah jadi mcm dlm aircond...bila keretapi merentas daerah pendalaman Isan....


*Express Bangkok-Nong Khai & Permandangan pagi di pendalaman Isan

Pagi tu bangun agak awal, ke toilet ambik wuduk n subuh di katil. Tgk katil bawah, gadis muda tu dah takda...dah turun somewhere kot...aku pindah ke katil bawah, cuba sambung tidur tapi tak mengantuk pun, so baca buku lah...sejam kemudian bila dah mula cerah, cabin attendant datang kemas katil...katil atas dilipat n katil bawah dijadikan tempat duduk semula. Aku check GPS, masih ada sekitar 2 jam lagi sebelum tiba di Nong Khai. Di luar tingkap kabus masih memenuhi ladang2 jagung....tak lama kemudian sampai ke Udon Thani, antara bandar terbesar di wilayah Isan....sejam selepas tu akhirnya tiba di Nong Khai.

Si Jon tak dapat kontek hotel yg dia sudah booking, so dia mintak aku carikan no phone hotel tu pakai google map kat tablet, bagusnya stesen keretapi Nong Khai tu ada WiFi free, nombor berjaya dicari dan hotel hantar org jemput. Aku pulak, masa tu aku masih belum putuskan nak stay di mana, pilihan yang ada:-

  • MutMee Guest House
  • Penginapan berhampiran restoran Maryam
  • Penginapan yg bagi naik basikal n motor secara free

Lepas selesai buang air, aku memutuskan utk cuba pilihan pertama dulu sbb MutMee ni sangat terkenal dikalangan backpacker. Penginapan ni dibuka sekitar akhir 80an oleh pasangan Swedish dan sekarang ni diuruskan oleh lelaki Inggeris yg berkahwin dengan wanita Nong Khai. Jarak MutMee Guest House dgn stesen sekitar 3km, naik tuk-tuk bayar 40 Bath (RM4). Sampai sana, agak kagum jugalah sebab tempatnya sangat cantik, penginapan dalam taman yg rimbun dan terjaga rapi di tepi Sungai Mekong yg mengalir lesu. Suasana yg amat menyenangkan buatkan aku decided utk stay situ saja. Julian si pengurus Inggeris minta aku tunggu dlm 1/2 jam kalau2 ada org yg check-out. Aku tunggu kat salah satu meja kat situ sambil baca buku n charge handphone. Hampir sejam, tiba-tiba si Jon muncul kat situ, rupanya dia pun tengah tunggu nak check-in kat hotel dia n keluar jalan2 dulu...dia dtg ke MutMee sbb iPhone apps dia listkan MutMee guest house tu as tempat paling popular kat Nong Khai. (well, rugi dia stay kat hotel bosan sebelah sana stesen tu, MutMee lagi seronok).

Jon oder lunch dari dapur MutMee...aku pada mulanya nak keluar cari restoran Maryam kat luar tapi penat lah pulak, so oder nasik goreng Vegeterian je lah kat situ. Tak lama, Julian tunjukkan dua single room tanpa aircond yg berharga 300 bath (Rm30) semalaman n ada satu double room dgn AC berharga 500 bath (rm50) semalaman, lepas fikir2 aku pilih bilik AC je sbb ingat nak relax puas2 kat sini n lagipun aku bukanlah long term backapackers traveler yg wajib jaga bajet. Check-in, mandi, smayang jamak n tidur sekejap....


*MuttMee Garden di tebing sungai Mekong, siang dan malam

Petang tu, aku sewa basikal dari MutMee n ronda2 sekitar bandar Nong Khai. Dinner di restoran Maryam, satu-satunya restoran muslim yg featured in Lonely Planet Thailand edisi 2012. Kemudian, lepak2 tepi riverfront, sambil ambik2 gambar sunset di sungai Mekong. Matahari terbenam di sebelah hulu sungai, disebelah hilir pula bulan purnama besar muncul di langit. Di seberang sungai adalah tanah Laos, tak jauh dari situ nampak jambatan persahabatan Thailand-Laos yg menghubungkan Nong Khai dengan Vientianne. Tebing sungai sebelah sini sangat tinggi, sebahagian cerun tebing dijadikan tangga2 konkrit yg menghubung dataran riverfront di sebelah bawah dgn bahagian atas yg ada wakaf-wakaf dan pondok2 berteduh. Ada sami-sami muda sedang menghafal sesuatu di riverfront bawah. Di sebelah lain pula ada sekumpulan bebudak sekolah sedang berlatih cheerleeders. Kawasan riverfront atas dibarisi restoran2...ada ramai orang bersiaran tetapi disini bukanlah tempatnya utk menyaksikan kejadian Naga Fireballs. Naga Fireballs biasa dilihat di Phon Phisai, pekan kecil yg terletak 50km ke arah timur dari kota Nong Khai. Seorang kenalan dari website Couchsurfing pernah menulis yg tahun lalu dia pernah nampak banyak Naga Fireballs di Nampe, sebuah desa yg lebih jauh...10 km ke arah timur Phon Phisai.

Persoalannya, mcm mana nak travel ke Phon Phisai (atau Nampe) besok? Maklumat yg aku dapat dari bebudak cheerleders mmg ada public bus travel dari Nong Khai ke Phon Phisai tapi bagaimana pula nak balik? sbb kemungkinan besar aktiviti menonton bebola api naga berakhir selepas tengah malam dimana bus service dah tak ada. Julian si pengurus MutMee strongly advised jangan sesekali sewa n naik motor ke Phon Phisai sbb mlm esoknya sbb jalanraya akan jadi sangat sibuk. Beribu2 orang akan travel ke sana dan adalah kurang selamat utk menunggang motorsikal di jalanraya yg merentas sawah dan desa sebelah malam hari. MutMee guesthouse tu ada menawarkan pakej melihat Naga Fireballs dgn kapal persiaran mereka sendiri dengan bayaran 2700 bath (RM270) termasuk banquet makan tengahari dan malam. Aku kurang berminat dengan idea cruise ni sebabnya pertama ia agak mahal, kedua makanannya sah2 lah bercampur non-halal kan dan ketiga menyertai rakyat tempatan berpesta di tebing sungai pastinya lebih memorable dari berkumpul sama pelancong2 mat salleh di atas bot....sekurang2nya di tebing, dapatlah aku experience suasana yg sebijik mcm pernah aku tonton dari filem.


*Sungai Mekong di waktu petang dan malam hari

Sedang masih melayan dilema memikirkan tentang esok, terserempak pula dengan pakcik dan makcik Itali yg juga menginap di MutMee. Ginomatto dan Emanuella - pasangan bersara dari Venice kini dalam pengembaraan panjang (2 tahun) mengelilingi dunia. Diorang pernah habiskan 3 bulan keliling semenanjung Malaysia dengan motor Modenas dan now kat Thailand diorang mengembara dengan motor kuasa tinggi yg ada space utk letak luggage sebelah kiri motor (roda tiga). Gino dan Manu akan travel dgn motor tiga roda diorang ke Phon Phisai pada esoknya n bila diorang tahu aku masih belum punyai cara nak ke Phon Phisai diorang terus offer ride sama diorang...happy.....

Selepas waktu Isyak, aku menyertai Jon yg nak ke floating bar milik MutMee yg terapung di pinggir sungai, tapi mlm tu tak buka sbb smua staff tengah sibuk buat persiapan utk pelayaran kapal besoknya. Di langit, ada banyak lantern terapung dan berasal dari kawasan tebing sebelah hilir Mekong, aku ajak Jon ke sana sbb dia sewa motor. Kitorang g sana, memang ada pesta meriah dekat Wat (kuil siam). Ada konsert, ada persembahan kebudayaan di pentas and ada bazaar jual makanan. Dalam banyak2 gerai makanan tu ada juga satu dua gerai makcik muslim bertudung yg jual roti canai manis. Kitorang ambil masa sekitar sejam ronda2 kejap area ni sebelum balik berehat....


*Persembahan kebudayaan di hadapan Wat dan gerai roti canai manis makcik muslim

Pagi besoknya, aku keluar breakfast di Restoran Maryam lagi. Ada sesi upacara berdoa berlangsung di Wat tepi tebing sungai. Mungkin upacara khas penutup musim Buddhist Lent yg sudah berlangsung selama 3 bulan. Mlm karang, mlm purnama adalah mlm terakhir...dimana ketika inilah, Ban Fai Phaya Nak - bebola api naga akan muncul dari sungai Mekong.

Di restoran Maryam, ada dua TV di dalam restoran yg sentiasa terpasang, satu channel Thailand dan satu lagi channel berita Pakistan. Gadis yg sangat bersopan-santun yg jaga kedai tu boleh cakap English dgn agak baik. Pagi tu, bos dia pun ada, makcik melayu dari Golok sama suami Pakistan nya nama Ali. Rupanya restoran Maryam ni lah retoran Ali Pattani yg pernah masuk artikel Berita Harian beberapa tahun lepas. Ali dan Isterinya boleh cakap Melayu, 5 tahun sebelum ni mereka tinggal dan berniaga di Sg.Golok tapi semenjak kekacauan daerah selatan Thai mereka tak boleh berniaga mcm biasa lagi, terpaksa tutup bisnes dan pindah sejauh Nong Khai. Aku tanya kenapa tidak pindah ke area Krabi or Phuket saja sbb tempat2 tu pun aman dan katanya Ali dia tak berapa minat dgn tempat yg sangat touristy mcm Krabi or Phuket. Dia lebih senang dgn suasana di Nong Khai. Mulanya Ali ingatkan aku datang dari Vientianne ....katanya selalu jugak muslim dari Vientianne (Laos) dtg ke kedai dia. Nampak sangat lah kan jarang sekali ada Malaysian sampai ke Nong Khai. Kata Ali lagi, di Vientienne ada dua masjid, sedangkan hanya ada satu di Nong Khai, itupun terletak di perkampungan muslim di luar kota.  


*Ali Pattani dan isteri dan restoran mereka di Nong Khai. Artikel tentang mereka di Berita Harian boleh dibaca di http://www.bharian.com.my/bharia ... gKhai/Article/index

Pulang dari breakfast, aku sambar basikal lagi meronda sekitar kota.. Singgah sebentar di kedai DVD tanyakan kalau2 mereka ada jual DVD filem Mekong Full Moon Party tu tapi sayangnya tak ada. Kedai DVD di Thailand jual macam2, DVD original dan pirate dijual serentak. Filem2 porno hardcore pun dijual secara terbuka.

Aku cuba untuk ke Sala Keo Ku, sebuah taman yg penuh ukiran2 Buddha gergasi yang diasaskan oleh sami Luang puluhan tahun yang lalu. Tapi setelah mengayuh sejauh 5-6 kilometer aku mula giveup sbb aku kena cycling along highway pulak untk sampai ke sana. Maka kembali semula ke MutMee, dalam perjalanan ada nampak kedai Health Food, pengedar sosej ayam dan makanan sejuk-beku yg halal (ada logo halal besar). Tak sangka pula ada premis mcm ni kat tempat terpencil diceruk Isan yg sangat sedikit komuniti muslimnya ini.
Last edited by cmf_GAIA on 30-8-2013 05:09 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2012 08:13 PM | Show all posts
Kembali ke MutMee, aku habiskan masa dgn internet di ruang cafe MutMee garden. Tumpang berinternet semeja dgn Kirk, American traveler yang tinggal di Hawaii. Dia akan meninggalkan Nong Khai mlm nanti dgn keretapi ke Bangkok sbb esoknya dia akan terbang ke Bali. Kirk cerita yg dia dah ke Phon Phisai mlm tadi dgn motor tapi sayang bebola api naga yg diharapkan tak muncul. Oleh kerana tiket ke Bali dah beli, dia tak bolehlah nak stay lebih satu malam lagi di Nong Khai. Menjelang waktu lunch, Mutmee garden menjadi semakin sibuk dengan para travelers dan pelancong yg berkumpul disitu (termasuk Jon) utk menyertai aktiviti cruise dgn boat besar MutMee. Ada juga sekumpulan pembikin filem muda Thai dari Bangkok, yang turut menyertai cruise untuk tugasan filem dokumetari mereka. Sekitar jam satu lebih kesemua mereka meninggalkan MutMee, kawasan taman menjadi sepi. Aku masuk bilik mandi n smayang jamak siap2, prepare kamera dan beg kemudian kembali ke taman berbual dgn Kirk sementara menunggu Gino dan Manu.

Tak lama, Gino dan Manu sedia bertolak. Kita bertiga naik motor Gino riding along tebing sungai Mekong, singgah sebentar di kawasan sawah padi utk bergambar. Jalanraya yg menghubungkan Nong Khai dgn Phon Phisai memang agak sibuk ketika itu, penuh dgn berpuluh2 kenderaan warga tempatan (dari seluruh Thailand) yg juga nak ke Phon Phisai. Semuanya nak gi tgk bebola api Naga Ban Fai Phaya Nak.


*Gino & Manu dan motor besau mereka...

Kita sampai di Phon Phisai sekitar jam 5 lebih (6 lebih waktu Malaysia). Gino dan Manu survey kedai2 alat-tulis mencari bahan utk buat no plet motor mereka. Aku tanyakan pada shop assistant situ, location mana lebih bagus utk observe bebola api naga tu?...di situ atau di Nampe? Wanita muda tu kata tahun lepas org nampak banyak di Nampe, tapi tahun ini mungkin di Phon Phisai...dia cakap lagi memang tak dapat nak predict. Gino & Manu putuskan utk observe Naga Fireballs di riverfront situ saja. Selepas beli makanan di 7-11 kitorang pun ke tebing sungai yang padat dengan manusia. Keluarga Thai berkelah dan berkhemah dengan gembira di tebing sungai. Ada nenek yg kelihatan berusia lebih 80 tahun duduk atas kerusi berseorangan, mengadap sungai Mekong, berharap utk lihat kemunculan fireballs mlm nanti. Restoran di sepanjang riverfront juga penuh dengan keluarga2 yang sedang menjamu selera. Aku perasan, banyak juga keluarga Thai disini yg ahlinya terdiri sekurang2nya seorang lelaki farang (mat saleh).


*Lautan manusia di tebing sungai Mekong

Upacara berdoa dan persembahan kebudayaan berlangsung di hadapan Wat tepi sungai. Beberapa pondok 'look-out point' sepanjang riverfront dijadikan tempat khas utk warga tempatan bertemu sami. Di pinggir sungai, ada platform rakit khas untuk VIP disediakan. Para wartawan dan crew stesen TV Thailand juga ada di sekitar situ, membuat liputan.


*Upacara berdoa dan tok sami yg menonton berita di iPad

Aku, Gino dan Manu duduk di tangga dan diorang mula bukak makanan yg dibeli di 7-11. Gino menawarkan makanan, tapi tarik balik n tanya "You are musulman right?"...agaknya mungkin makanan yg dia offer tu non-halal...Dia ceritakan yg kat tempat kerja dia di Venice, dia ada ramai kawan Musulman (Muslim). Selesai makan, kita berjalan ke arah hilir sungai, dataran riverfront situ sangat panjang dan entah dimana penghujungnya, dan tidak ada bahagian yg sunyi dari manusia.

Menjelang senja, pengunjung mula membakar bunga api dan tanglung. Tak lama lepas tu, beratus2 tanglung terapung di angkasa di atas sungai Mekong. Aku tak pernah melihat permandangan yg spectacular seperti itu. Di sungai pula ada beberapa boat berhias dengan lampu lip-lap. Sambil berjalan, berbual dan ambik2 gambar, kami terserempak dgn Jon yg sedang melepak minum bersama2 mereka dari bot. Rupanya kumpulan yg menyertai MutMee boat cruise juga singgah naik ke tebing utk beberapa jam. Mereka hanya akan kembali ke bot jam 9.30 malam nanti. Gino dan Manu menyertai Jon dan Nicolette dan mereka berbual2 segala macam hal yg aku tak larat nak follow, maka aku hanya sebokkan diri ambik gambar2 diorang dan gambar2 senja....



*Beratus-ratus tanglung di angkasa, di tebing pula ada ratus-ribuan manusia....permandangan yg sangat spectacular

Selesai sesi berbual, kita meninggalkan meja minum tu utk ronda2 di bahagian lain. Gino dan Manu nak stay sekitar area situ.....so aku, Jon dan Nicolette terus berjalan ke arah hilir. Makcik Nicolette ni asal dari Belanda, tapi dah tinggal di Ko Samui selama 7 tahun, penganut Buddha, dan agak fasih berbahasa Thai (dia ajarkan perbezaan ucapan Sawadee Karp utk lelaki dan wanita). Dia seorang yang sangat berfikiran terbuka dan gila main facebook. Dalam satu perbualan aku dan dia berselisih pendapat tentang filem youtube yg menghina nabi itu. Bagi dia filem itu hanya satu bentuk gurauan dan dia bagi contoh beberapa filem2 lain yg ada elemen mempermainkan Jesus dan Christianity. Aku paham yg dia mmg tak dapat nak faham pasal sensitivity isu ni. Agak jelas yg sesiapa saja yg buat filem tu memang sengaja nak mencetuskan konflik, seterusnya mendorong organisasi ekstremis melakukan sesuatu yg ekstrim yg akhirnya mencetus impak buruk kpd imej muslim seluruh dunia. Agak rumit utk aku explain pada Nicolette sbb dia anggap benda tu mcm gurauan semata. Perbualan tu, bagaimanapun taklah mengeruhkan suasana, sbb dia mmg seorang yg open mind dan happy. Lepas2 tu kita borak perkara lain mcm biasa. Peliknya si Jon pulak mcm clueless, tak tahu-menahu pasal kontroversi filem youtube tu. Jon ni ex-mormon yg berasal dari Utah, tapi sekarang dia seorang ateis dan tak peduli lagi dengan sebarang agama. Orang Mormon boleh berpoligami dan haram minum arak, tapi Jon lebih suka dengan kebebasan utk menikmati beer bila-bila masa saja. Dia cakap, mak dia pun walaupun masih seorang Mormon...tapi berfikiran terbuka dan dapat menerima keputusan dia seadanya.


*Jonathan dan Nicolette

Aku dan Jon sangat curios dengan beratus2 lantern yg dilepaskan ke langit itu. Nicolette pergi beli tiga lantern n ajar kitorang mcm mana nak bakar n lepaskan ke udara.....Main dgn benda alah ni memang seronok dan agak nervous jugak la kali pertama. Kata Nicolette, org Thai percaya bakar lantern ni membawa kpd nasib baik....lagi besar size lantern, lagi besar peluang utk good luck...

Lepas misi membakar lantern kitorang usha2 gerai2 sepanjang riverfront. Aku menyatakan hasrat untuk mencuba makanan 'Som Tam'...yg belum pernah aku cuba sebelum ini (walaupun boleh dapat kat KL). Untuk kali pertama mencuba elok sangatlah cuba di tanah lahir makanan tu, di tanah Isan sendiri. SomTam ni adalah jenis makanan yg vegeterian sepenuhnya, dihasilkan dari buah dan sayur semata. Sepanjang travel di Thailand, aku biasa mintak makanan yg vegetarian sepenuhnya kalau membeli dari premis non-muslim. Makanan vegeterian tak terlalu susah nak dapat sbb ramai travelers dari barat ke Thailand pun (biasanya prempuan2 kurus dari Eropah) adalah vegeterian yang sangat strict. Kita singgah kat salah satu gerai situ dan Nicolette order SomTam dlm bahasa siam....makcik2 di gerai cuba berbual dgn aku dalam bahasa Thai, terpaksalah Nicolette explain kat diorang yg aku bukan Siam ori walaupun muka ala-ala siam. Gerai yg sama ada jual ikan bakar yg bersalut garam tebal, Nicolette cakap taste ikan tu "very-very nice"...so kitorang pun setuju utk order ikan bakar tu jugak...makan somtam dan ikan bakar secara meratah (biasa org Thai akan makan dgn nasik, atau kalau ikut cara Isan makan dgn pulut)...dan dia betul! Rasa ikan bakar tu tersangatlah sedapnya (teringat balik rasa ikan tu masa menulis ni, kecur air liur)...tambah lagi dengan sos pedas dia yg ada rasa serai tu...perrggh...ooohsem!...SomTam situ juga sedap, ada betik dan mangga parut dengan hirisan tomato, rasa masam2 tapi buatkan kita rasa nak makan lagi dan lagi....Dinner yg simple, hanya somtam dan ikan bakar kongsi 2 orang tapi rasanya memang memorable!


*Dinner sama SomTam dan ikan bakar bersalut garam kasar


*Gerai2 makanan sepanjang riverfront si Phon Phisai. Ada ikan bakar yg dilumur garam dan ada pulut bakar bersalut kuning telur

Selesai dinner, masih ada dua jam lagi sebelum Jon dan Nicolette kena kembali kepada bot. Merah senja sudah hilang dari ufuk barat, langit terang dgn cahaya bulan purnama tapi bebola api naga masih tak keluar. Yang ada hanyalah beratus2 tanglung di udara dan bunga api.....Kita bertiga cari tempat duduk atas tangga konkrit dan terus berbual bermacam topic dan pasal life masing2. Jon yg berasal dari Utah pernah tinggal di Chicago dan Hong Kong, sekarang menetap di Los Angeles, sangat dekat dengan Hollywood. Aku tanya adakah dia selalu terserampak dgn artis Hollywood di LA? Adakah diorang sama macam kita? Well, terkeluar soalan bodoh...Nicolette terus gelak kuat2 n cakap ya! diorang sama macam kita, makan dan berak sama mcm kita. (sebenarnya aku nak tanya artis Hollywood kat public behave mcm mana? jalan2 sengsorang mcm org biasa ke or sepanjang masa escorted by bodyguard n selalu kena melarikan diri dari attention/paparazzi segala tu).

Aku katakan pd Jon yg dia ada sikit rupa mcm Sean Hayes, aktor Tv yg sesekali berlakon dlm film Hollywood.

Aku: He's your Doppelgänger
Jon: You have good vocabulary

Aku tahu perkataan doppelgänger tu pun dari sitcom 'How I met your mother' awal tahun ini, ketika sedang berehat di bilik hotel di Blok M, Jakarta selatan. Perbualan kosong kitorang pun masuk pada sitcom kegemaran masing2...30th Rock, Big Bang theory, Seinfeld......Jon suka Big Bang Theory....

Aku: The one about geek?
Jon: Yes! Geek...basically that's me...a geek.

Oouh...mcm tu rupanya...Jon explain sebab dia banyak berfikir n termenung sorang2. Ya! mmg aku perasan pun, dia bukanlah teman berbual yg menyeronokkan...hanya mlm ni kat tepi sungai ni je dia banyak cakap skit. Tiba2 crowd di tebing bersorak2....kitaorang berdiri cuba tengok kat tengah2 sungai yg gelap kot2 bebola api naga dah muncul tapi tak nampak apa2 pun...ada sekali dua lagi lepas tu dengar sorakan org ramai tapi kami langsung tak nampak apa2 walaupun naik ke salah satu pondok look-out point....then kitorang pun patah balik ke arah boat....yg letaknya mungkin dlm jarak 2 km away.....masih ada setengah jam lagi sebelum bot berlepas, Jon dan Nicolette kena cepat2 sampai ke sana.

Kita terus berjalan, singgah ke tandas dan terus berjalan. Terserempak kembali dgn Gino dan Manu, lepas ucap selamat tinggal pada Jon dan Nicolette aku ikut Gino dan Manu ke tempat motor diorang. Skali diorang dah nak balik semula ke Nong Khai. Gino dan Manu berjaya nampak sebijik fireballs tadi (time org bersorak tu) dan diorang dah puas hati...aku rasa berbelah bagi nak balik sbb aku belum nampak apa2. Gino bagi cadangan kalau aku taknak join balik ngan diorang terus pun takpa, mungkin later aku boleh tumpang sapa2 sbb mlm tu pasti ramai yg akan travel patah balik ke arah Nong Khai nanti. Aku rasa betul jugak katanya tu, so aku pun setuju untuk stay walaupun fikiran masih sedikit teragak-agak. Gino dan Manu pun blah....aku kembali ke riverfront.

Ada street vendors yg berniaga tikar, aku tanya berapa...si perempuan cakap 100 bath (RM10), then si lelaki cuba pujuk aku beli tikar size lebih besar...aku cakap aku solo je, so tak perlukan size besar...aku nak beli yg kecik, n si lelaki cakap harga 150 bath...aku persoalkan balik sbb si perempuan cakap 100 bath, si lelaki terpaksa mengalah n sentap dengan si perempuan.....aku ambik tikar bawak ke tebing dan hampar bawah pokok rimbun, cuba baring2....sekeliling masih ramai orang tapi dalam sejam masing2 mula blah....tebing sungai menjadi semakin sepi. Berbaring di situ agak bosan, aku cuba check email kat henpon...ada email baru dari Nannie - kenalan dari website Couchsurfing. Dia cakap dia harap aku berada di Nampe pada waktu itu sebab dia baru dengar berita di TV yg sekitar 40 bebola api naga muncul di Nampe. Pasrah! Kalau lah yakin dari awal tadi mungkin aku patut pujuk Gino & Manu utk ke Nampe...

Malam semakin larut. Perasaan mula berbelah bagi, adakah nak terus menunggu dan mengharap utk lihat bebola api naga muncul sedikit masa lagi atau terus cari transport balik ke Nong Khai? Aku masih ingat kandungan email Nannie sebelum ini, yg tahun lepas dia dan keluarga nampak Naga Fireballs di Nampe sekitar jam 1 pagi. So aku fikir aku patut stay di tebing Phon Phisai ni sekurang2nya sampai satu pagi juga. Later, aku berpindah tempat...nampak orang2 stesen TV sedang berkemas, sayangnya crew diorang akan tidur di area Phon Phisai saja malam tu, kalau tak mungkin boleh tumpang balik ke Nong Khai. Tebing sungai semakin lenggang dan penuh dengan timbunan sampah2. Pengumpul botol dan tin kosong berkeliaran mencari rezeki. Bebudak muda masih ghairah membakar mercun dan bunga api...aku cari kawasan berumput yg lapang, hampar tikar dan duduk/baring sampai jam 1am. Hawa tepi sungai semakin dingin, pakai baju t shirt saja jadi tak selesa sangat, perlukan sesuatu mck tuala atau selimut utk balut tubuh.

Bebola api naga sampai ke sudah tak muncul....aku tinggalkan tebing...sambil berjalan cuba2 lihat org2 keliling kalau2 ada yg nampak mcm aku boleh tumpang, nak tanya jadi mcm segan2 lah pulak. Rancanagan tuhan menemukan aku dengan Airada dan Yu Po, dua warga Thai yg berniaga T-shirt dan barangan cenderamata di situ. Aku tanyakan mereka kalau2 diorang tahu pasal public transport yg masih beroperasi time wee hours mcm tu. Rupanya mereka berdua bukan berasal dari kawasan tu...Airada tolong tanyakan seorang makcik dari gerai berhampiran. Makcik tu cakap memang dah takda apa2 transport time tu, kalau nak boleh tumpang tidur di wat sampai jam 6 pagi, lepas tu terus ke stesen bas n naik bas pertama ke Nong Khai. Memandangkan aku masih belum menunaikan jamak Magrib-Isyak, malasla la pulak nak numpang tido kat wat, takkan la nak smayang kat wat pulak kan (padahal boleh je gi smayang kat tebing sungai yg sunyi tu...tikar dah ada...tapi fikiran tetap meronta nak balik ke guest house).

Aku keluar dari area riverfront menuju ke kawasan pekan n terus mencari sapa2 nampak mcm nak balik n lalu Nong Khai...jam 1 pagi lebih begitu, pekan Phon Phisai masih agak meriah dgn orang yg berkumpul dan menikmati beer, tapi tak nampak sapa-sapa pun yg kelihatan macam boleh ditumpang. Aku kembali ke riverfront. Airada dan Yu Po sedang berkemas, tutup gerai. Aku cuba nak beli fridge magnet diorang tapi entah kenapa Airada insist nak kasi free je. Then diorang offer stay kat hostel yg diorang sewa mlm tu di Phon Phisai, esok pagi diorang akan hantar aku balik Nong Khai. Sound like good idea, at least tak payah tidur tepi sungai (or tidur di Wat)...aku setuju je, then tolong diorang berkemas, sumbat barang2 masuk kereta.

Actually sampai sekarang pun aku tak tahu diorang berdua ni adik-beradik or suami-isteri? or anak-bapak? Airada dan Yu Po spoke very little English, komunikasi kitorang tak lancar sangat walaupun boleh lah paham in general.  Aku ikut diorang pulang ke rumah tumpangan (Airada sebut 'homestay' dan bukannya 'hostel' atau 'guest house'). Sampai sana, aku diminta tunggu kat meja kat ruangan depan rumah sbb diorang nak mandi dulu, aku keliru sekejap, kemudian baru aku paham yg diorang nak terus hantar aku balik ke Nong Khai mlm tu jugak, then diorang akan terus balik rumah. Rumah tu lebih kelihatan macam rumah kediaman berbanding rumah tumpangan (Guest House). Gambar2 Raja Bhumipol dan Permaisuri Sirikit zaman muda tergantung di atas pintu kaca di hadapan ruang tamu. Dari pintu kaca (yg tak berlangsir) aku nampak ada sekitar 8-9 orang jugak tengah lena tidur beramai2 atas lantai ruang tamu. Selesai mereka bersiap, kita kembali ke kereta dan mulakan perjalanan sejauh 50km ke Nong Khai....Aku berasa mengantuk yg amat sangat dah dalam kereta tu tapi cuba sedaya upaya bertahan. Sampai je Nong Khai aku bagi direction utk ke MutMee. Yu Po suruh Airada bagi aku salah satu T-Shirt souvenir yg diorang jual...percuma lagi....mmg baik sangat2 diorang ni. Kita bertukar email & facebook dan memperkenalkan nama masing2. Lepas dengar nama aku Yu Po tanya adakah aku Islam...masa aku rasa tak selesa pulak dgn soalan tu pasal aku mahu 'diterima' tanpa mengira latar bangsa atau agama...aku buat tak faham soalan n dia tanya lagi adakah aku Buddhist (sambil buat aksi menyembah), aku cakap bukan...then dia tanya Christian ke (sambil buat bentuk salib dgn kedua tangan)...aku cakap tak, aku Muslim (dulu aku pernah baca comments kat FB wall seorang kawan...seorang warga Sarawak Kristian menyatakan rasa tak selesa bila sering ditanya mengenai agamanya ketika berada di semenanjung. Masa tu aku tak faham kenapa dia rasa tak selesa dgn soalan 'apa agama kamu'...selepas pengalaman ini, akhirnya aku faham).

Then aku beralih pada Airada, ucapkan terima kasih dengan wai (merapatkan kedua tapak tangan utk ucap selamat ala Thai)...aku wai pada Yu Po juga, bid farewell dan mereka pun memandu pulang. Ketika tu aku masih belum jelas kat mana diorang tinggal, later lepas dah balik Malaysia, bila check business card diorang barulah aku tau yg diorang ni duduk Loei, 3 jam perjalanan dari Nong Khai. Kalau nak kira, adalah lebih mudah bagi diorang utk tidur saja di rumah tumpangan kat Phon Phisai tu pada malam tu kan? dpd memandu malam2 utk balik ke Loei yang jauh. Sepetang menjaga gerai pasti penat dan mengantuk...tapi sbb nak hantar aku balik, diorang sanggup berkorban. Aku rasa macam terhutang budi, so...aku pasti akan melawat diorang kembali suatu hari nanti, di Loei.


*Airada & Yu Po. Gambar sebelah kanan diambil dari ruang hadapan di rumah tumpangan tempat diorang mandi

Jam 3 pagi, MutMee garden sunyi sepi....aku tak tahu mereka dari boat dah balik atau belum. Aku masuk bilik, mandi, semayang jamak dan tidur. Antara hari yang bermakna dalam pengalaman travel, walaupun agak kecewa sebab tak dapat lihat bebola api naga, aku bersyukur kerana ditemukan dengan orang Thai yang baik-baik, ini pastinya salah satu pengalaman mengembara yg manis.
Last edited by cmf_GAIA on 30-8-2013 05:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 08:13 PM | Show all posts
Rabu, 31 Oktober, check-out dari MutMee. Rucksack simpan dulu di stor MutMee sementara nak pergi makan brunch. Aku recognized Michael, the English bloke yg tengah bertugas di kaunter masa tu dari website couchsurfing (CS). Beberapa minggu sebelum travel memang aku cuba cari komuniti CS yg tinggal di area Nong Khai utk korek lebih info pasal Naga Fireballs, tapi tak ramai CS di Nong Khai. Search result biasa tunjukkan sekitar 15 profiles saja, dan dalam ramai2 tu aku hanya communicate dengan Nannie, budak perempuan yang masih bersekolah menengah di Nong Khai. Michael sendiri pun hampir lupa yg dia pernah join CS masa aku tunjukkan CS profile dia kat tablet. Michael ni college dropout (kata CS profile dia lah)...dia buat kerja2 salesman selama 10 tahun sebelum keluar mengembara seluruh dunia. Saat dia tiba di MutMee Guesthouse sekitar awal tahun ni, dia putuskan utk stay dan bekerja di situ buat sementara waktu...dan mungkin akan kembali 'on the road' pada tahun depan. Dia kenalkan beberapa profile lain dalam CS yg juga merupakan regulars di MutMee, sebahagiannya bekerja sambilan di situ. Seorang wanita Filifina yg ada berdekatan situ mendamping dan kata "that's me" sambil tunjukkan profilenya pada tablet...seorang cikgu sains rupanya, mengajar di Nong Khai.

Di MutMee garden, kelibat si Jon sedang membaca Kindle (kalo korang nampak traveler baca Kindle, peratusan utk teka dia seorang American adalah agak tinggi...mungkin?). Ada luggage besar dengan dia, dia dah check out dari hotel yg dia stay selama dua mlm dan akan check-in di MutMee utk semalaman. Dia bagitau yg boat semalam sampai ke MutMee jam 6 pagi tadi, dan nampaknya tak ada sapa pun yg menyertai bot nampak kelibat Naga Fireballs (walaupun dah bayar mahal2). Aku minta diri utk ke Restoran Maryam, 'brunch' dgn nasik dan sayuran ber-daging, apa nama tah...Phat Kapao? Khana Nea?.... later kembali ke MutMee.

Di hadapan kaunter pendaftaran di MutMee garden ada dua basikal aneh, milik traveler dari German (atau Austria?) nama Moritz. Dia travel sama dua wanita muda,  GF nya Carla dan kawan perempuan mereka. Moritz beli basikal 'Mario Kart' tu semasa di Hong Kong dan travel dengannya dari Hong Kong ke Thailand via selatan China dan Laos. Macam tak percaya yang mereka travel dgn menda alah tu. Mereka becadang nak travel cara tu sampai ke Bangkok, then jual basikal, lepas tu teruskan dengan 'Hitchhiking' (tumpang kereta secara rawak). Misi mereka ialah untuk sampai ke New Zealand tanpa melalui jalan udara (semoga berjaya!). Well...inilah reality dunia backapakers, kita akan jumpa ramai travelers yg gila.....


*Kiri: Nasik sayur daging utk 'brunch' di restoran Maryam. Kanan: Basikal aneh yg diguna oleh Moritz dan Carla utk travel dari Hong Kong sampai Thailand. Kawan mereka menggunakan basikal biasa.

Sedang aku berkira2 samada nak naik bas atau keretapi utk kembali ke Bangkok, geng filmakers muda dari Bangkok yg aku nampak kemarin muncul lagi di MutMee Garden. Aku melambai pada A, gadis Thai berambut pendek dengan spek besar dan senyuman mesra yang berbual dgn aku kemarin. Kita bertukar2 cerita tentang pengalaman malam tadi. Penyertaan A dan rakan-rakan dalam aktiviti bot MutMee semalam merupakan sebahagian dari tugasan untuk filem dokumentari mereka. Mereka masih belum selesai...selepas tengahari diorang akan ke Nampe pula untuk menyempurnakan jadual tugasan. Menurut A, ada kemungkinan untuk lihat kemunculan bebola api naga di tempat yg sama dua malam berturut-turut. Dalam email, Nannie juga pernah katakan perkara yg sama, yg tahun lepas dia lihat Naga Fireballs di Nampe pada malam kedua lepas tak nampak apa2 di Phon Phisai pada malam sebelumnya. Tahun ini, tiada khabar bebola api dilihat pada malam 29. Malam 30 ada, di Nampe (dan aku pula di Phon Phisai masa tu)....dan malam ini, malam 31 berkemungkinan besar juga ada. Selepas mendengar kekecewaan kitorang pasal semalam, A ajak aku dan Jon menyertai geng diorang ke Nampe dengan van. Haruslah kitorang terima kan, dah datang jauh2 mcm ni harusla manfaatkan sepenuhnya sebarang peluang yang ada.

Tengah hari itu, kita menyertai A dan rakan-rakan. Ada seorang lagi traveler dari MutMee yg turut serta, lelaki Inggeris nama Ben yg tinggal dan bekerja di Melbourne. Sebelum bertolak ke Nampe, mereka singgah lunch di satu restoran di Nong Khai. Sedang menunggu makanan, perbualan masuk pasal makanan2 Thai. A terangkan pasal 'shrimp paste' yg selalunya digunakan dalam masakan Thai. Aku cakap kat Malaysia kita panggil 'Belacan'. Ben yang pernah ke Malaysia pun setuju yang ada beberapa makanan Malaysia dan Thai serupa. Di restoran tu juga  kita diperkenalkan pada crew filmakers yg lain nya. Ada Fai, gadis yang jadi tukang interview, Bank budak jaga sound dan mic, Joom si pengarah produksi, dua camera men dan driver yg aku lupa namanya. Nama Thai biasa panjang2 dan ada yg sangat susah nak disebut. Kebanyakan mereka biasa dipanggil dengan nickname yg ringkas macam A atau Bank. Bank pernah ajar aku sebut nama sebenarnya sebanyak tiga kali tapi 5 minit lepas tu aku terus lupa.

Aku terfikir yg pastinya kita akan pulang lewat malam nanti. Masa tu kaunter registration MutMee dah tutup, so mcm mana nak check-in balik utk stay lagi satu malam? Aku mentioned hal ni pada Jon dan dia offer utk call MutMee, tanyakan kalau2 masih ada bilik utk aku. Masih ada bilik kosong, tapi double bed room dengan harga yang agak mahal utk aku seorang. Jon putuskan utk tukar single room yg dia check-in awal tadi kepada double room tu dan kita bersetuju utk share harga bilik berdua. Masalah selesa!...van meninggalkan Nong Khai menuju ke Nampe.

Dalam ramai2 filmmakers crew tu, A punyai English skills paling bagus coz dia pernah belajar di Australia selama beberapa tahun (dan dia kenal Nasik Lemak semasa belajar di sana). Kembali ke Thailand, A bekerja sebagai freelance production designer, kebanyakan masa dia terlibat dengan production house antarabangsa yg melakukakan penggambaran di Thailand (tapi dia tak pula involved dgn shooting filem Hangover 2). Di Bangkok, dia bekerjasama dengan Joom menubuhkan production house mereka sendiri dan banyak menghasilkan produk2 berunsurkan pendidikan seperti filem2 pendek dan dokumentari untuk siaran TV.  Memandangkan mereka ni dalam industri penyiaran/perfileman, aku cuba berbual tentang filem2 Thai. Aku tunjukkan poster2 filem Thai kegemaran aku yang aku simpan dalam hp...rupanya kegemaran kita banyak yang sama, kebanyakan filem2 Thai kegemaran aku juga adalah favourite kedua mereka kecuali beberapa filem seram. Joom katakan aku kedengaran seperti lebih banyak menonton filem2 Thai berbanding dari diorang . Senang sekali dapat kenal dengan mereka2 yg super cool dan fun ni.


*Antara filem-filem Thai yang kita sama-sama suka . Dari kiri: Monrak Transistor, The Tin Mine, Hello Stranger, Last Life in the Universe, Dear Galileo [filem pasal travel n tinggal n bekerja secara haram di Europe ni], Bangkok Traffic (Love) Story.

Tak sampai sejam, kita semua tiba di Nampe yg lokasinya terletak lebih jauh dari Phon Phisai. Nampe ni sebuah perkampungan di tebing sungai Mekong. Ada agak ramai orang di kawasan riverfront, tapi taklah sepadat dan sampai beratus ribu seperti di Phon Phisai semalam. Fai, Bank dan camera man mereka mula berkerja dengan menemubual warga tempatan di situ. A dan Joom sediakan tikar besar di bahagian tangga paling atas dan kita duduk di situ berbual pasal lagenda Naga sungai Mekong dan kebudayaan tradisi siam. Diorang ceritakan serba sedikit tentang perkembangan tugasan dan beberapa perkara yg diorang pelajari dari komuniti masyarakat tempatan yang mendiami kawasan pinggir sungai. Dua hari sebelum tu mereka ke Laos untuk mendapatkan pandangan dari penduduk di sebelah tebing sana.

Sementara menunggu matahari terbenam, A dan Joom shopping makanan di gerai2 sepanjang riverfront utk makan malam beramai2 (dan mereka tahu aku hanya makan makanan halal, seafood dan vegetarian). Mereka kembali dengan ikan bakar garam bersaiz paling besar, dua jenis SomTam berbeza, pulut, chicken wings dan daun sirih. Sayang sekali ikan bakar di sini tak sesedap seperti di Phon Phisai semalam, ikannya okay...sos nya je yg kureng.


* A, Joom dan cameraman kedua yg sudah selesai dengan tugasan mereka lepak2 sementara menunggu team Fai, Bank dan cameraman pertama bekerja. Riverfront di Nampe tak terlampau padat dengan pengunjung.


*Berpiknik makan malam di Nampe. Ada Ikan bakar garam, dua jenis SomTam yg berbeza rasa, Chicken Wings, ulam2 dan daun sireh. Si farang baju biru tu adalah Benjamin, English gentleman yg tinggal di Australia.

Penantian di Nampe tidak mengambil masa yang terlalu lama. Sekitar jam 8.30 malam, khalayak di tebing mula bersorak dan bertepuk tangan apabila bebola api Naga yg pertama muncul. Ia kelihatan seperti lampu kecil bewarna merah saga yang biasa kita lihat di puncak menara2 telekomunikasi pada malam hari, muncul dari permukaan sungai menjulang ke angkasa dan malap. Selalunya bebola cahaya ini bergerak secara lurus menegak ke atas, sesekali gerakannya menyenget ke kanan. Dari apa yg aku lihat, jelas sekali ia bukan nya bunga api...atau cahaya yg sering diguna sebagai isyarat. Ia tidak terang berasap dan hanya bergerak ke atas (tak pernah kelihatan jatuh semula ke bawah - kesan graviti) sebelum hilang. Tiada sebarang bunyi letupan kedengaran. Aku, Jon dan Ben masing2 memandang sesama sendiri...tersengih kehairanan. Kita amat pasti bahawa itu bukannya kesan bunga api tetapi kita juga tidak akan percaya yg memang ada naga dalam sungai. Kita hanya tak tahu apakah bendanya itu. Sesekali muncul secara single shoot, sesekali double atau triple shoot...kemunculannya berdekatan antara satu sama lain...hanya di sebelah utara dari tempat kami menunggu. Jadi, boleh lah kalau nak teka ada orang sedang mendayung di area sebelah situ dan melepaskan/menembak bebola cahaya tu kan?

Actually kita semua pun tak dapat lihat dengan jelas apakah bebola api tu benar-benar keluar dari permukaan air. Kesemua bebola api itu dilihat jauh di tengah2 sungai Mekong yang lebar dan gelap -gelita, lebih menghampiri tanah Laos sebenarnya. Menurut mereka yg hadir di Nampe semalam, kemunculan bebola api pada malam 30 Oktober adalah lebih dekat dengan pinggir Thailand. Aku tak merakam kemunculan bebola cahaya tu dengan kamera sendiri kerana persekitaran yang gelap dan pergerakan bebola cahaya kecil itu pun laju. Jon cuba berpindah tempat menghampiri gigi air untuk memerhati dengan lebih jelas, tetapi masih gagal utk lihat samada bebola cahaya itu benar2 muncul dari permukaan air atau tidak. Dalam tempoh tiga jam, bebola api naga muncul sebanyak lebih kurang 50 kali pada malam itu, mungkin ada lagi selepas kitorang meninggalkan Nampe. Wikipedia kata kemungkinan bebola cahaya itu adalah hasil dari tembakan tracer bullets, tapi aku tak pernah tengok tembakan tracer bullets (tak tau la apabende tracer bullets tu), so takleh nak komen. Seperkara lagi...kejadian ini berlaku sudah lama...menurut apa yg diceritakan oleh A dan Joom, warga emas yg tinggal di sepanjang Mekong sudah lihat fenomena ni sejak mereka kecil lagi. Adakalanya zaman dulu-dulu bebola api naga pernah muncul dengan sangat banyak dan rawak memenuhi seluruh kawasan sungai sejauh mata memandang. Aku bayangkan apa yg diceritakan tu sama sebijik dengan apa yg aku pernah lihat dlm filem Mekong Full Moon Party, sangat spectacular.

Walaupun realiti yang aku lihat tidaklah se-spektakular as what seen in the movie, aku masih rasa seronok. "I'm just... happy"....jawapan aku kepada soalan "apa kamu rasa/fikir" sewaktu diinterview oleh A sebaik sahaja selesai aktiviti melihat bebola api naga sungai Mekong. Aku, Jon dan Ben diinterview depan kamera secara bergilir-gilir. Kita bertiga dah jadi sebahagian daripada projek documentary mereka . Akhirnya, berbaloi juga datang jauh2 ke Nong Khai semata-mata nak tengok apa yg dikatakan bebola api Naga itu. Apa saja bendanya, jawapan nya tidak penting lagi. Dapat tengok Naga Fireballs tu saja sudah cukup, bonus tambahan kepada segala pengalaman pahit-manis sejak hari pertama tiba di Nong Khai. Malam itu sememangnya kepuasan maksimum. Kita meninggalkan Nampe dan pulang ke Phon Phisai dengan gembira.


*Kiri: Screenshot dari filem Mekong Full Moon Party(click pada pic utk zoom). Dalam filem Naga Fireballs muncul lebih banyak dan spektakular. Kanan: Jon diinterview oleh A setelah selesai sesi menonton Naga Fireballs di Nampe.

Sampai di MutMee, kita semua ambil gambar beramai2 sebelum berpisah. Seperti yg dijangka, kaunter depan MutMee dah tutup. Jon terpaksa call utk mintak kunci bilik baru. Makcik Pao, isteri Julian datang bukak kauter depan utk dapatkan kunci stor (utk aku ambik beg yg disimpan) dan kunci bilik baru. Lepas confirmkan semua barangnya ada, Jon minta diri untuk lepak di Gaia Bar, bar terapung atas restoran rakit kat tepi sungai depan MutMee, dia ajak join tapi aku nak mandi n smayang dulu.

Selesai urusan personal, aku turun ke sungai utk ke Gaia Bar. Bar tu kecik je, tersorok belakang restoran terapung. Permandangan friendship bridge Thailand-Laos nampak jelas dari situ. Sungai Mekong di malam hari sepi dan indah. Almost semua pengunjung Gaia bar adalah mereka dari MutMee. Kebanyakan mereka dressing pelik2 malam tu...ya...malam 31 Oktober adalah Halloween. Aku menyertai Jon, Ben dan seorang perempuan Itali bernama Fauziah di satu sudut.

"My name is Fauziah, but I'm not muslim...you're muslim right?"

Fauziah bercerita pasal mak dia sangat sukakan kisah Puteri Fauziah dari Mesir (cerita apakah? I dunno lah) dan menamakan dia sempena nama puteri tu. Orangnya sangat peramah, berkongsi pengalaman travelnya selama berbulan2. Dia sudah ke merata Asia termasuk Bali dan India dan akan terus travel sampai duit habis. Aku pun ceritakan pengalaman aku ke rumah Ketut Liyer (pakcik dalam buku/filem Eat Pray Love) di Ubud, Bali dan juga bagitau dia pasal rancangan aku nak travel ke India selama dua bulan pada tahun depan. Jon menyampuk cakap dia pun berminat nak ke Mumbai. Aku teka yg minat dia hadir lepas baca novel 'Shantaram', n memang betul pun. Sebelum ini aku pernah introduce kat dia buku 'Maximum City: Bombay Lost and Found' yg aku tengah baca masa tu, yg juga bercerita segalanya tentang Mumbai. Beza keduanya ialah 'Shantaram' ditulis oleh banduan mat salleh yg melarikan diri dari penjara Australia (tahun 1980 dulu) dan menetap di slum di Bombay, sedangkan 'Maximum City' adalah karya non-fiction oleh Suketu Mehta, seorang NRI (Non-Resident Indian) yg pernah tinggal di Bombay masa kecik, membesar di New York dan kembali semula ke Mumbai selepas berkeluarga. Fauziah belum pernah baca either 'Shantaram' atau 'Maximum City' tapi dia dah baca 'The God of Small Things' (juga fiction dari penulis India) dan sangat2 sukakannya ('Shantaram' dan 'The God of small things' adalah antara bacaan popular dikalangan para travelers). Novel 'The God of small things' itu pun memang aku dah beli sebagai persediaan utk ke India, tapi entah sempat ke tidak nak habiskan sebelum memulakan travel awal February 2013 nanti.

Jon minta diri utk balik tidur, tinggal aku berborak dengan Ben. Sesekali kawan si Fauziah datang menyapa, perempuan gempal dari San Francissco yang ramah dan boleh bersosial dengan semua geng dekat situ. Ben offer belikan minuman, aku mintak air mineral saja. Air mineral kat situ pun jenama Chang - pengeluar beer utama Thailand. Ben sangat sukakan life di Melbourne, dia cakap cuaca Australia selalu sunny, semua orang pun happy...sedangkan tempat lahirnya di England selalu hujan, semua orang mcm 'miserable' katanya...aku tanyakan Ben pasal sterotypical thinking orang2 eropah yang tak berapa sukakan orang2 Amerika. Dia kata dulu pun dia sama mcm European yg lain, selalu bersangka buruk dengan orang Amerika dan lebih sukakan orang2 dari Canada, tetapi pengalaman travel mengubah segalanya. Dia bertemu ramai orang2 Amerika yg baik2 dan cool dan juga bertemu orang2 Canada yg buruk perangai. Ben juga sangat sukakan cerita aku menumpang Airada dan Yu Po. Pengalaman katanya! Well, belum lagi dengar cerita aku disergah anjing liar suatu malam di Ayutthaya dan terpaksa tahan motor budak kampung supaya boleh lalu dengan selamat atau cerita bermalam di lokasi yang jaraknya hanya 4 kilometer dari gunung berapi yg sedang meletus.

Aku pun tak lama di bar tu, habis je air mineral aku pun blah masuk tidur. Esok dah nak balik semula ke Bangkok.


*Pemberita TV membuat liputan Ban Fai Phaya Nak. Sebelah kiri adalah screenshot dari filem, manakala gambar sebelah kanan diambil diengan camera sendiri di Phon Phisai.
Last edited by cmf_GAIA on 30-8-2013 06:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2012 08:13 PM | Show all posts
1 November 2012 - hari terakhir di Nong Khai...si Jon sudah beli tiket night train balik ke Bangkok masa hari pertama sampai ke Nong Khai lagi. Aku yg belum beli tiket balik berkira2 nak ambik bas, tetapi tunggu nak tanya pendapat A dulu.

Aku ke restoran Maryam utk breakfast sambil2 tukar duit kat money changer di Tha Sadet market. Pasar Tha Sadet ni antara icon perlancongan di Nong Khai juga, macam2 barang dijual disini...dari makanan, souvenir, pakaian....kaki shopping pasti suka...

Tengah hari di MutMee, A dan Joom muncul bawak cenderahati dan kuih. Mereka juga akan balik ke Bangkok pada hari tu, dengan van. Diam2 aku berharap diorang jemput aku tumpang sekali (aiyoo...mengada2 lah sangat kan )...tapi diorang tak jemput pun . Diorang looking for Ben jugak tengah hari tu, tapi tak nampak pula kelibat Ben...agaknya masih tidur sebab berparti sampai pagi. A suggest aku naik keretapi saja sebab kalau naik bas mungkin akan sampai di Bangkok pada awal pagi, waktu pengangkutan bandar masih belum beroperasi. Aku fikir elok jugalah sbb dlm keretapi lebih senang nak solat segala. Kita bertukar2 contacts, selepas mengucapkan selamat tinggal mereka pun pergi (30 jam selepas tu kita bertemu kembali di Bangkok, shopping DVD di Khlong Toom dan menyertai jamuan majlis perpisahan salah seorang pekerja di syarikat produksi mereka).


* Bahagian luar Tha Sadet market. Kawasan pasar ini juga ada kompleks tertutup yang jual pakaian, barang kemas etc....

Lepas they all blah, aku terus ke stesen keretapi dengan Tuk-Tuk utk beli tiket, then return to Mutmee habiskan sisa waktu tengah hari dengan check facebook, baca forum cari, browse website CS, baca buku...etc di MutMee garden. Walaupun duduk semeja dgn Jon, kita tak banyak berbual sbb masing2 buat hal sendiri, tapi ada satu perbualan yg aku ingat ialah dia kata dia tak pernah jumpa org Malaysia sebelum ni...aku yg pertama. Empat hari di Nong Khai, dia jumpa beberapa dari France, dari Canada, USA, Italy etc...tapi tak ada Malaysian pun, except me .

Ben akhirnya mucul, sedia untuk check-out dan menyeberang ke Vientianne di Laos. Sebelah petang aku ke restoran Maryam lagi makan di sana buat kali terakhir dan juga tumpang solat. Ada tapau jugak kot2 lah rasa lapar dalam train nanti, sebab dlm train pilihan makanan yg ada biasanya tak halal. Skali boleh pulak aku lupa ambik makanan yg ditapau tu sampaikan budak perempuan yg jaga restoran terpaksa kejar aku sejauh 200m.

Awal malam kita meninggalkan MutMee Guesthouse, someone yg Jon kenal dari bot cruise tumpangkan kitorang ke Nong Khai train station. Ramai juga nampaknya travelers yg naik keretapi ni, ada muka-muka familiar dari MutMee dan ada juga mereka yg datang dari Vientianne. Kali ni kita ambik train sleeper yg beraircond (RM70), senang sikit nak tidur. Aku duduk depan seorang nenek Thai dengan dressing yang sangat western dan sangat fasih cakap English walaupun pendengaran dia agak kurang (kau mampoo jumpa nenek Thai yg boleh speaking fluently?). Nenek mulakan perbualan lepas aku keluarkan buku Maximum City utk dibaca. Dia pernah bekerja sebagai librarian rupanya, sekarang dlm perjalanan balik ke Bangkok lepas melawat anak yang tinggal di Vientienne. Nenek juga bercerita yang dia pernah ke India 10 tahun yang lalu...dia ke sana untuk melawat tempat kelahiran Buddha.

Selamat tinggal Nong Khai, aku taip pada foursquare app di hp, check-in sana buat kali terakhir. Ada rezeki kita jumpa lagi. Keretapi bergerak dan semakin jauh meninggalkan bandar kecil di tebing sungai Mekong itu. Di luar tingkap, bulan purnama besar menyinari sawah padi di daerah pendalaman Isan.


* Lagenda Naga Sungai Mekong: Naga menjadi simbol di Nong Khai. Motif naga dilihat di mana-mana...di tiang lampu, monumen tengah bandar, ukiran pagar rumah, hiasan bumbung biara, etc.


*update: kalau ada sesiapa yg berminat nak tonton filem 'Mekhong Full Moon Party' yang inspired me utk datang ke sini, boleh tonton kat youtube ni...ada lengkap English subtitle



Last edited by cmf_GAIA on 30-8-2013 07:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 09:02 AM | Show all posts
panjang nya tapi best baca pengalaman orang travel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 10:22 AM | Show all posts
Changa posted on 21-12-2012 09:02 AM
panjang nya tapi best baca pengalaman orang travel

thanks Kaka memula nak tulis sikit2 tapi dah forum cari yg baru ni boleh save draft, pakai je lah function tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2012 12:29 PM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 21-12-2012 10:22 AM
thanks Kaka  memula nak tulis sikit2 tapi dah forum cari yg baru ni boleh save draft, pakai je l ...

suka baca ummah2 backpackers punya cerita ini namun saya jenis muka ketat sikit dan tak mesra alam sangat maka payah sikit nak fefeeling backpacking.
jenis susah nak tegur orang sebegitu, namun kalau jumpa yg jenis satu kepala ok jah layan borak, cuma nak ice breaking itu sahaja yg ketat.


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 06:20 PM | Show all posts
bestnya experience.
thumbs up for d story
terima kasih kerana berkongsi

changa, sy pun sama part icebreaking tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2012 09:03 AM | Show all posts
mmg menarik... mmg suka baca pengalaman org backpacking see the world dan sememangnya teringin gak nak buat.. tapi rasanya dah terlambat kot... mungkin kena tunggu anak anak dah ada hidup sendiri.. kalau panjang umur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2012 10:13 AM | Show all posts
Changa posted on 21-12-2012 12:29 PM
suka baca ummah2 backpackers punya cerita ini namun saya jenis muka ketat sikit dan tak mesra alam ...

actually aku pun tak mudah gak nak borak2 dgn traveler lain, kecuali kalau duduk semeja or duduk depan2 dalam train tu boleh lah cuba tengur....kalo nasib diorang friendly boleh terus borak, kalo kekwat takat tegur sekali je la....kita boleh je mula dulu, n kalo masih cold jugak buat hal sendiri je lah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2012 10:16 AM | Show all posts
yellowtulip posted on 21-12-2012 06:20 PM
bestnya experience.
thumbs up for d story
terima kasih kerana berkongsi

sama-sama.... ice breaking tu boleh cuba 'cairkan' dulu....tapi tengok orang la jugak kan....dkat Mutmee aku tak campur sangat pun dgn travelers lain kecuali yg kebetulan kenal dlm situasi lain mcm dlm ketapi/van je....locals pulak, mostly sangat membantu bila nampak kita dlm kesusahan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2012 10:18 AM | Show all posts
adnil posted on 22-12-2012 09:03 AM
mmg menarik... mmg suka baca pengalaman org backpacking see the world dan sememangnya teringin gak n ...

insya Allah adalah nanti tu belum pernah terlewat....pakcik Gino & makcik Manu tu pun travel berdua mengeliliingi dunia di usia emas juga....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 11:01 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 22-12-2012 10:18 AM
insya Allah adalah nanti tu  belum pernah terlewat....pakcik Gino & makcik Manu tu pun travel be ...

hopefully so lah tapi xnak lah dah after umur pencen baru nak buat... kita xleh nak sama dgn omputih... org kita ni bila dah berusia emas gitu rasanya lebih ke arah spiritual lah.. but then if we can manage to do this parallel why not kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 09:13 PM | Show all posts
4 thumbs up Boeng... Memang hebat...

Baca sampai tak larat baca... Hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 09:19 PM | Show all posts
tt ada blog tak? mmg minat baca pengalaman org travel neh..leh jadi panduan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 11:03 PM | Show all posts
Bestnya pengalaman...teringin jugak nak jadi pengembara tapi tak de kekuatan lagi banyak takut dari berani..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2012 10:24 AM | Show all posts
melati00 posted on 22-12-2012 11:03 PM
Bestnya pengalaman...teringin jugak nak jadi pengembara tapi tak de kekuatan lagi banyak takut dari  ...

for beginners better tag along dgn org yg biasa dulu lah... kat forum cari nih ada a few hardcore backpackers gak.. both boys & girls.. cuba lah click dgn diaorg dulu.. amik pengalaman... gunakan masa muda sebaiknya.. explore the world before being tied down dgn commitments..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 12:28 PM | Show all posts
adnil posted on 22-12-2012 11:01 AM
hopefully so lah tapi xnak lah dah after umur pencen baru nak buat... kita xleh nak sama dgn omput ...

hehe...tapi sebenarnya kalo travel mmg agak terasa juga 'spiritual' nya tu...nak nak lagi kalao travel sorang dan dalam kesukaran....hati kita akan sepenuhnya berserah kpd Allah SWT diminta beri kekuatan utk melalui semua tu. Dulu pernah terbaca artikel tulisan Dr Maza kat sini:-

http://drmaza.com/home/?p=2023

n terasa bertapa betulnya apa yg ditulis...masa ke Jawa dulu, me sorang2 n kena demam pulak, 7 hari sedaya upaya selesaikan apa yg di plan, control kurang sihat tu dengan sebaik mungkin (ubat+air banyak) dan berdoa......apa yg penting ialah semangat yg kuat dan hati sepenuhnya berserah kpd tuhan, memang keadaan mcm tu lah buat kita sedar manisnya iman (faith).

Kadang2 cabaran mengembara tu ialah mcm mana nak tunaikan solat dlm apa saja situasi.....musafir dipermudahkan dgn bolehnya jamak-qasar tapi dgn situasi 'on the road' yg lebih mencabar, mcm mana kita nak buat....itu juga bagi saya lah salah satu bentuk perjuangan spiritual.

Last edited by cmf_GAIA on 23-12-2012 12:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 12:33 PM | Show all posts
sapsamsok posted on 22-12-2012 09:13 PM
4 thumbs up Boeng... Memang hebat...

Baca sampai tak larat baca... Hehehe...

heheheh...next year boleh la boeng bawak family n anak2 pulak gi tengok bebola api naga sungai mekong tuh Boleh je arrange supir dari Bangkok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2012 12:41 PM | Show all posts
shayjr posted on 22-12-2012 09:19 PM
tt ada blog tak? mmg minat baca pengalaman org travel neh..leh jadi panduan..

Aih...sorry lah, blog takde lagi now...mmg teringin gak nak blogging pasal travel ni tapi komitmen menulis tu mcm susah benor...yg ni pun ambik masa dekat 3 minggu nak siap....buat masa ni kalau ada angin menulis insya Allah di forum ni saja, buat masa ni la...mana tau sok-sok rajin nak blogging pulak. Kalo nak baca my short note masa ke Jawa Timur awal 2011 ada kat sini---> http://mforum4.cari.com.my/forum ... page=35#pid43144206

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.513685 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list