Memandangkan Fenomena Adam Dan Hawa sangat meriah dalam bod gosip ini , Mek Jing membuka satu lagi Teratak Chenta dan Sayang Adam Mukhriz dan Ain Hawani untuk mereka-mereka yang disenahkan (termasuk aiols ) meroyan , menyawan , berkongsi macam-macam serta speku apa yang bakal terjadi di episod-episod yg seterusnya di sini.
Jadi untuk semua peminat Adam Dan Hawa mari lah bersama-sama memeriahkan thread ini uols dengan penuh perasaan kasih sayang dan chenta (matilerrr dik jing over!!! ) yerr..
Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...
Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam
Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.
Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.
Thanks laling jing sbb bertukang UMH KITE lagi
Mati kutuuu senah2 tuan tanah tetibe xde
ep 54 membuatkan iols terlentang
ain dah sampai nih kat umh am..percutian 3 mlm 2 hari katanyee
matilaa weols sbb lg byklaa aksi2 am ngn ain yg bole sesak napas
hallo kengkawan! selamat pagi! berdebar iools bila tengok rumah lama dah katup tapi rumah baru x bukak2 lagi.. dik jing bz kat rumah baru skandal 3 segi tu ek??