CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2432|Reply: 0

10 Negara Dengan Perkhidmatan Teksi Terburuk Dunia

 Close [Copy link]
Post time 14-12-2012 05:27 PM | Show all posts |Read mode
10 Negara Dengan Perkhidmatan Teksi Terburuk Dunia,


1. KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Pemandu teksi dari Kuala Lumpur terkenal kerana mengenakan cas berlebihan terhadap pelanggan dan walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran mengikut meter, ramai pemandu tidak berbuat demikian. Teksi di Kuala Lumpur juga selalunya usang dan buruk.

2. ROME, ITALI
Teksi adalah terhad dan pemandu sering kasar dan sukar untuk berurusan dengan mereka. Jika hari hujan, pemandu mengenakan harga dua atau tiga kali ganda untuk perkhidmatan teksi.

3. BANGKOK, THAILAND
Walaupun ramai menganggap Bangkok, Thailand mempunyai beberapa pemandu teksi terbaik di dunia, terdapat banyak pemandu yang tidak tahu jalan. Beberapa pelancong mengatakan bahawa mereka tersesat walaupun mereka membayar tambang yang mahal tetapi hakikatnya ialah kebanyakan pemandu di Bangkok merupakan petani yang memandu teksi untuk membuat sedikit wang tambahan.




4. PARIS, PERANCIS
Pemandu teksi di Paris dikenali kerana sikap kasar mereka. Jika anda bercakap bahasa Perancis, ia jelas lebih mudah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi di sekitar di ibu kota Perancis itu. Jika tidak, pelancong dinasihatkan untuk menulis alamat pada sehelai kertas untuk diperlihatkan kepada pemandu teksi.



5. NEW YORK, USA
Walaupun pemandu teksi di New York dianggap mengenakan kos yang berpatutan dan mesra pada umumnya, ramai pemandu tidak benar-benar tahu jalan dan itu menjadikan tambang boleh menjadi lebih banyak daripada apa yang anda harapkan.

6. MUMBAI, INDIA
Pemandu teksi India sebenarnya bersaing atas perniagaan mereka, dan itu bukan petanda yang baik untuk keselamatan penumpang. Masalah lain ialah banyak teksi lama yang tidak mempunyai tali pinggang keledar di Mumbai.

7.  ZURICH, SWITZERLAND
Masalah bahasa selalu dihadapi oleh pelancong selain daripada kos tambang teksi yang agak mahal. Pelancong perlu bersedia dengan arahan sendiri atau berharap bahawa pemandu teksi yang anda naiki mempunyai GPS melainkan jika destinasi anda adalah satu tempat yang sangat terkenal seperti lapangan terbang atau sebuah
hotel yang sangat besar.

8. CAIRO, MESIR
Di Kaherah, Mesir, pemandu teksi terkenal kerana suka mengikut orang di jalanan dan mengugut mereka untuk mendapatkan lebih banyak perniagaan.

9. SHANGHAI, CHINA
Di China, pelancong disarankan menulis tempat tujuan di atas kertas dalam bahasa Cina, jika tidak anda akan menghadapi kesukaran mencari destinasi yang anda cari.

10. MOSCOW, RUSSIA
Di Moscow, pemandu agak menyusahkan, tetapi mereka sekurang-kurangnya dilihat pada umumnya pemurah dan jujur. Masalah teksi di Moscow ialah sukar untuk mencari teksi di beberapa kawasan. Banyak kereta haram memandu sekitar Moscow dan cuba untuk mendapatkan penumpang, itu yang anda harus elakkan kerana kos yang mahal – London Cabs UK


http://harianblogger.com/


p/s  " I really dont know mana board paling suitable......jk salah ,mohon pindahkan...."










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.096369 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list