Saya fikir elok kalau thread ini ada supaya kita dapat berkongsi reviews tentang hotel/apartment/hostel di dalam atau luar negara yang pernah kita tinggal. Ini dapat memudahkan kita memilih, membanding sebelum membuat keputusan.
Hotel Yang Pernah Saya Check-in
1. Holiday Villa London
37 Leinster Gardens, London, England
Terletak di Leinster Garden, berhampiran dengan Bayswater dan Hyde Park. Paling best kerana walking distance jerr dengan Paddington Railway Station. Mudah untuk mencari makanan2 halal (Malaysian Hall etc). Bilik tidur dan tandas agak sempit tapi bersih. Breakfast best. Tak segan-segan untuk telan kerana menghidangkan menu ala Malaysia..dikendalikan Malaysian Restaurant Lagenda. Dikenali sebagai "A Taste Of Malaysia In London".
Rate per night : Mostly RM270 ke atas. Booking lebih awal pasti lebih murah.
Bilik Twin....memang agak sempit tapi bilik2 hotel di Europe ni terutama hotel2 lama memanglah saiz kecil.
Lobby Hotel. Staff friendly dan helpful...pandai cakap melayu
Okay....nanti I sambung lagi. Please share ya.
2. Hem Hotel Amsterdam
Voorburgstraat 250, Amsterdam, 1059 VD Netherlands
‎1-800-814652 (Malaysia Toll Free) http://www.hemhotels.nl/en/index.html
Location: Stay at this Amsterdam hotel in the Overtoomseveld area, with easy access to Vondelpark and Concertgebouw. Take in historical sights such as Skinny Bridge and New Church Museum -- both minutes away.
Lowest Price Offer : RM112 and above.
Hotel ini agak murah, bilik selesa tapi agak jauh dari Dam Central. Bangunan lama. Ada lift yang lucu (main tolak-tolak macam sliding door) dan hanya muat 2 orang jika ada luggage. Breakfastnya lumayan....
Tandasnya. Cerminnya terlalu tinggi. Hanya sesuai untuk saiz omputih...hehehehe
Komen: Not recommendabale. I stay sinipun kerana ikut tour. Khabarnya bangunan ini adalah bekas berek tentera dolu-dolu. Last edited by jayn2u on 6-2-2013 04:33 PM