CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kelapad

Matta Fair 2013

[Copy link]
Post time 21-3-2013 06:22 PM | Show all posts
alya1 posted on 21-3-2013 04:57 PM
saya pn nk ambik packg ke turki tu tp dah abis yg tarikh cuti sel. 29mei.

pastu dlm dok bcg2x n ...

sy amik bln disember. hajat d hati nak amik  bln 9@10 masa autumn, tp hubby tak blh amik cuti panjang pulak. yup poto travel. ni kali ke-2 amik tour package dgn diorg.

Last edited by safiku on 21-3-2013 06:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 10:27 PM | Show all posts
next matta bila pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 01:00 PM | Show all posts
selalu rasa nak pergi matta fair ni tapi tak sempat pg lg..ok ke harga matta fair ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 01:35 PM | Show all posts
Info untuk semua yang cari Muslim Travel, weekend depan ada Selangor MATTA Islamic Travel Fair 2013

26-28 April 2013 | Shah Alam Convention Centre (SACC)

Ringkasan: Waktu Buka/Tutup (buka 10 pagi hingga 9 malam) Orang ramai dijemput melawat PAMERAN MATTA SELANGOR 2013 KALI KE-7 juga merupakan Pameran Pelancongan Islam Terbesar Di Malaysia yang dijadualkan berlangsung di lokasi Shah Alam Convention Centre (SACC).

Boleh tengok di : http://smitf.com.my/v2/

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:52 AM | Show all posts
Sapa dah pegi MATTA Fair. Apa pakej2 yg menarik? Kongsi ler..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 07:52 AM | Show all posts
Sapa dah pegi MATTA Fair. Apa pakej2 yg menarik? Kongsi ler..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2013 09:14 AM | Show all posts
Rzihan posted on 7-9-2013 07:52 AM
Sapa dah pegi MATTA Fair. Apa pakej2 yg menarik? Kongsi ler..

Saya dah gi semalam...masuk kena rm4 seorang....saya survey gi hong kong je...yg lain2 tak pasti..yg pasti jangan bawa kereta...jem..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 09:30 AM | Show all posts
Sapa2 dah gi tlg roger tix to legoland & uss tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 09:36 AM | Show all posts
2 tahun dulu aku join as an exhibitor utk MATTA Fair utk serata Malaysia
kalau mcm co. aku dulu mmg during exhibition ke memang ada special offer dari hari biasa
kalau nak tiket murah genting as low as RM30 ke
sunway lagoon ke semua murah bangat
tapi hati hati dengan terms & condition ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 10:36 AM | Show all posts
kashaz posted on 13-3-2013 06:22 PM
aku aim nak pegi Matta with geng backpackers sabtu ni.awal pagi. aku tak hunt pakej,tapi nk amek iti ...

Samalah!! aku tak beli apa pun. Just nak pau free gift & brochures/information. Tp semalam pi MATTA Fair beli JR Pass Jepun 7 days for RM962. Lepas pulun brochures & free gift, aku pun balik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 02:11 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 7-9-2013 09:14 AM
Saya dah gi semalam...masuk kena rm4 seorang....saya survey gi hong kong je...yg lain2 tak pasti.. ...

ape pakej best p hong kong.. tau mana2 booth utk tiket murah x??
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 02:47 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 7-9-2013 10:36 AM
Samalah!! aku tak beli apa pun. Just nak pau free gift & brochures/information. Tp semalam pi MATT ...

aku baru balik dari matta fair ... lame jugak berkuntum kat booth japan tu... tanye macam2... diorang plak willing to explain from A to Z walaupun english so-so jer.... siap tolong translatekan few brochures yg semua tulis in japan to english lagik.... mmg best lah..


Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 02:55 PM | Show all posts
Update lg apa yg best kat MATTA Fair?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 03:11 PM | Show all posts
Rzihan posted on 7-9-2013 02:55 PM
Update lg apa yg best kat MATTA Fair?

winter attire agak murah dari harga jual kat kedai biase
aku bebenonye motip utama nak pi shopping pakaian utk jenjalan time winter nanti ... sempat rembat winter coat and thermal wear
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 03:39 PM | Show all posts
jela_jolie posted on 7-9-2013 02:11 PM
ape pakej best p hong kong.. tau mana2 booth utk tiket murah x??

saya tak pasti plak..sebab saya hanya semak dgn booth yg ada pasal ground diHk dan Syenzen je...saya dah ada flight tiket dan hotel...saya hanya perlukan somebody bawa saya diHK dan Syenzen je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 03:55 PM | Show all posts
Bagi mereka yg nak pergi hong bulan Nov ini...ada pakej disediakan.

Jom santai ke Hong Kong, Shenzen

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN




Keindahan kota Shenzen (kiri) dan kemeriahan Disneyland, Hong kong (kanan) menggamit pengunjung.

DISNEYLAND Hong Kong merupakan salah satu taman tema yang menjadi igauan kanak-kanak untuk mengunjunginya.

Selain lebih dekat bagi penduduk Asia berbanding Disneyland di Amerika Syarikat, kos mengunjunginya juga sudah tentu jauh lebih murah terutama dari segi tukaran mata wang asing.

Pada masa yang sama, Hong Kong juga merupakan salah satu destinasi percutian yang cukup popular untuk dikunjungi.

Ini kerana selain terkenal dengan tempat-tempat membeli-belah yang murah dan menarik, Hong Kong juga merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarahnya.

Jadi seakan tidak sah sekiranya mengunjungi Hong Kong tetapi tidak mengunjungi tempat-tempat bersejarah tersebut.

Bagi mereka yang menyimpan angan-angan untuk melancong ke Hong Kong, apa kata 13 hingga 17 November ini simpan cuti anda untuk berkunjung ke bekas wilayah jajahan British itu.

Pada tarikh tersebut, Mega-Utusan Malaysia dan Poto Travel & Tours Sdn. Bhd., bekerjasama menganjurkan program Santai @ Hong Kong, Shenzhen, yang berlangsung selama lima hari empat malam.

Program ini pastinya memberi kepuasan kepada para peserta yang mengikuti program ini.

Kerjasama ini juga dilihat tidak akan menghampakan para peserta kerana segala program yang diatur pasti memenuhi masa serta cita rasa peserta yang mengikutinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Poto Travel & Tours Sdn. Bhd., Ab. Rahman Mohd. Ali, seperti program-program yang pernah diadakan bersama sebelum ini, pihaknya pasti menawarkan pakej istimewa buat pembaca setia akhbar Utusan Malaysia.

Para pembaca yang berpeluang melawat Disneyland dan tempat-tempat bersejarah di Hong Kong, serta berkesempatan membeli belah di Kowloon, Shenzhen, ditawarkan pakej serendah RM2,399 seorang (dewasa).

Katanya, bagi kanak-kanak pula pakej yang ditawarkan adalah RM1,739 seorang manakala bagi warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas turut mendapat keistimewaan harga iaitu RM2,244 seorang.

"Harga yang ditawarkan ini merupakan satu harga pakej yang cukup berbaloi buat para peserta yang berpeluang mengunjungi Disneyland Hong Kong, tempat bersejarah dan tempat membeli belah yang cukup popular.

"Yang pasti, kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat para peserta program ini. Segala persiapan seperti tempahan tiket dan juga visa akan diuruskan pihak Poto Travel sendiri.

"Segala program yang diaturkan selama lima hari empat malam ini pastinya akan memberi kenangan terindah buat para peserta Santai @ Hong Kong Shenzhen ini," ujar Ab. Rahman ketika ditemui di pejabatnya di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya membuka tiga penerbangan mengikut tarikh yang telah pun ditetapkan iaitu pada 13 November ini.

Ketiga-tiga kumpulan tersebut akan bertolak pada hari yang sama iaitu pada 13 November ini cuma yang membezakan hanyalah masa pelepasan, pukul 9 dan 10 pagi, serta 1 tengahari.

Jelas Ab. Rahman lagi, penerbangan yang menggunakan Cathay Pasific ini merupakan penerbangan terus ke Hong Kong.

Jadi kesemua peserta akan bertolak pada hari yang sama dan pulang ke Malaysia pada hari yang sama juga iaitu pada 17 November 2013.

Berbicara lanjut mengenai program tersebut, Ab. Rahman memberitahu, apa yang menarik mengenai program kali ini, selain menawarkan harga yang betul-betul di luar jangkaan, pihaknya turut menawarkan potongan sebanyak RM50 bagi 80 peserta terawal yang membuat tempahan.

Baucer potongan tersebut boleh diperoleh pada iklan pertama program ini yang disiarkan dalam Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja malah para peserta yang mengikuti program ini juga akan diberikan beg kabin, baju-T, beg pouch, dan rantai kunci disneyland.

Tidak terhenti setakat itu, malah untuk pendaftar bertuah yang ke 50 dan 100, mereka akan mendapat patung Mickey dan Minie Mouse dari Disneyland Hong Kong.

Yang pasti, Ab. Rahman memberitahu, harga yang diberikan tiada harga terselindung sebaliknya meliputi tambang, penginapan serta makan minum.

Para peserta hanya perlu membawa wang untuk membeli belah sahaja.

Bercerita pula mengenai soal makanan halal dan juga tempat untuk bersolat, Ab. Rahman menjelaskan pihaknya amat menitik beratkan soal tersebut.

Selain makanan yang disediakan halal 100 peratus, setiap waktu solat juga dijaga dengan dibawa ke masjid-masjid berdekatan.

Untuk penginapan pula, para peserta akan ditempatkan di hotel bertaraf tiga hingga empat bintang.

Jadi kepada mereka yang berminat untuk mengikuti program Santai @ Hong Kong Shenzhen ini boleh hubungi talian 03-92006640 untuk tempahan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2013 06:32 PM | Show all posts
azradiza posted on 7-9-2013 02:47 PM
aku baru balik dari matta fair ... lame jugak berkuntum kat booth japan tu... tanye macam2... dior ...

Sangatlah gempak. Aku suker!! ko pergi tahun depan kan?? Aku bulan depan dah nak gi. Aku dah beli JR Pass. Dah tak sabar2 dah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 09:11 AM | Show all posts
best nyer sapa yg dpt pegi,
yg tak dpt g ni dengo jer lar...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 09:16 AM | Show all posts
azradiza posted on 7-9-2013 03:11 PM
winter attire agak murah dari harga jual kat kedai biase
aku bebenonye motip utama nak pi s ...

berapa harga dpt utk thermal wear tu?

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 08:12 AM | Show all posts
bengkak betis beratur nak daat gelang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.105407 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list