CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1633|Reply: 6

[Tempatan] Bangkai Paus Sepanjang Lima Meter Ditemui Di Sungai Petani

[Copy link]
Post time 7-3-2013 03:25 PM | Show all posts |Read mode
[Tempatan] Bangkai Paus Sepanjang Lima Meter Ditemui Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Penemuan bangkai seekor ikan paus dipercayai spesis yu paus, dianggarkan seberat satu tan dan berukuran lima meter panjang, menggemparkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan perkelahan Pantai Merdeka, dekat sini, semalam.
Ikan paus itu dipercayai berenang dari Lautan Hindi seterusnya memasuki kawasan Laut Andaman, sebelum tersesat dan terperangkap di Selat Melaka.

Seorang nelayan yang enggan dikenali berkata kehadiran ikan paus itu mula dilihat terapung di perairan berkenaan kira-kira 4 petang semalam, sebelum ditemui terdampar di pesisiran pantai beberapa jam kemudian.

“Pada mulanya saya terlihat objek besar seperti longgokan sampah di tepi pantai namun setelah dihampiri, ia adalah bangkai seekor ikan,” katanya.

Penemuan mengejutkan itu merupakan kejadian ketiga melibatkan penemuan bangkai haiwan marin gergasi selepas berlaku tsunami pada 26 Dis 2004, yang mana pada 18 Sept 2006, seekor penyu besar ditemui penduduk Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda.

Pada 10 Feb 2011, bangkai seekor ikan paus dari spesis Bryde’s whale, dianggarkan seberat 4,000 kilogram dan ukuran panjang 12 meter, ditemui di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda.
- Bernama

taken from www.malaysiandigest.com
                                ---------------------------------------------------------------------------

Aku cari gak gambar.. x der.. if korg ada.. silalah tepek.. nak tengok gak..
Aku baru mimpi pasal ikan paus malam tadi. risau apa la maksud mimpi tu. rupanya sbb aku nak jumpa iklan ni.. (sedapkan ati)
p/s: Mod, if thread ni dah ada.. boleh merge.. aku try search.. X jumpa.. tu pasal aku bukak thread ni. Maaf jika silap dan salah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2013 04:15 PM | Show all posts
mimpi ikan paus tandanya ko nk berkahwin..

kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 04:59 PM | Show all posts
nie kot tp aku amek dr utusan la...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:56 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 7-3-2013 04:15 PM
mimpi ikan paus tandanya ko nk berkahwin..

kah kah kah

celah mana tafsiran ko ni? hah? hah dan hah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:57 PM | Show all posts
wajaman posted on 7-3-2013 04:59 PM
nie kot tp aku amek dr utusan la...

Thanks.. thanks.. la.. dorg jumpa time malam ker? x der ke gmbr siang?
Ni kalau kat indon dah jadi lauk ni.. kat Msia dorg buat apa plak?

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 12:17 AM | Show all posts
JUSTcircle posted on 7-3-2013 11:56 PM
celah mana tafsiran ko ni? hah? hah dan hah?

celah kang2 la bro..mana lagi..kihkihkih...

try la gi tafsirmimpi dot org... tapi ini ikut jawa indon punya ramalan... tak tau la ada reflect Islam punya tafsiran..

kah kah kah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2013 12:26 AM | Show all posts
Kesiannya ikan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 1.227476 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list