CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7733|Reply: 36

AFC Cup 2014 - Kelantan (Red Warriors) & Selangor (Red Giants)

[Copy link]
Post time 13-3-2013 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Selangor buru mata maksimum
MOHD FAHMI ISMAIL
13 Mac 2013

Irfan Bakti
PENGENDALI pasukan Selangor,  Irfan Bakti Abu Salim akui pertemuan berdepan Tampines Rovers satu aksi sukar menjelang pertembungan Kumpulan H Piala AFC 2013 di Stadium Shah Alam, malam ini, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.

Katanya, selepas kecundang 0-1 di tangan East Bengal pada saingan pembuka tirai bulan lalu, pasukan Selangor memerlukan kemenangan bagi membuka semula peluang bersaing di pentas Asia.

"Kedua-dua pasukan mengalami kekalahan pertama dan masing-masing memburu tiga mata penuh. Saya jangka pertemuan ini pasti sukar, namun tetap optimis peluang Merah Kuning mencipta kemenangan di laman sendiri.

"Jika pemain dapat kekal momentum ketika menumpaskan Johor Darul Takzim di Liga Super, tidak mustahil pemain saya boleh menghasilkan tiga gol ke atas pasukan lawan nanti," katanya.

Irfan juga waspada mengenai kehadiran lima pemain antarabangsa Singapura dan juga pemain naturalisasi yang berada dalam pasukan Tampines.

Sementara itu, Irfan menasihati pemain pertahanan kental, Mahalli Jasuli supaya tidak keluar dari posisi asal dan diingatkan jangan kerap naik ke bahagian atas bagi mengelak kekosongan ruang di sebelah kanan pasukan.


Hodak tagih kebangkitan pemain
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
FOTO : KHIRU SHALEH ABDULLAH

12 Mac 2013

Bojan Hodak
"TIADA alasan untuk kami terus tercicir mata lagi."

Demikian kata Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menjelang aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan G, Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Ayeywady United di Pusat Latihan Belia, Yangoon, esok.

Pengendali berusia 42 tahun itu berkata, hanya kemenangan ke atas kelab dari Myanmar dilihat mampu memulihkan semangat juang barisan pemainnya yang masih kecewa ekoran kekalahan tipis 0-1 kepada Lions XII dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu.

“Masanya sudah tiba untuk pemain ‘wake up call’. Kami terbang ke Myanmar dengan moral pemain sedikit menurun tetapi saya pesan kepada mereka kita harus bangkit meraih tiga mata meski pun beraksi di tempat lawan.

“Kami harus melupakan kekalahan kepada Lions XII. Ini bukan masanya untuk bercerita tentang kekalahan lepas dan kami perlu memandang ke depan apabila bertemu Ayeyawady United, Rabu ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Hodak, beliau akui kesulitan bakal dihadapi apabila terpaksa bermain di bawah cuaca terik, namun menyifatkan pengalaman menentang Ayeyawady United di gelanggang yang sama pada kempen Piala AFC musim lalu memberi sedikit kelebihan kepada barisan pemainnya menyesuaikan keadaan tersebut.

Pasukan juara tiga piala musim lalu itu terbang ke Yangoon petang semalam tanpa kelibat pemain sayap, Mohd Norfarhan Muhammad yang terpaksa diketepikan akibat masalah kecederaan sambil dua tonggak utama iaitu Mohamad Zamri Ramli dan Obinna Nwaneri turut bergelut untuk pulih dalam masa yang singkat.

“Saya berharap gandingan Dickson Nwakaeme dan Dimitrios Pertratos yang kurang menjadi pada perlawanan sulung menentang Maziya SRC bangkit mempamerkan prestasi sebenar. Ini merupakan perlawanan kompetitif dan mereka perlu melakukan sesuatu (menjaringkan gol) buat Kelantan,” katanya.

Ditanya perasaan beliau setelah gagal membantu The Red Warriors mencipta kemenangan dalam beberapa perlawanan lalu, Hodak secara jujur mengakui mula merasa bahang tekanan ekoran prestasi merudum pasukannya sejak akhir-akhir ini.

“Semua jurulatih berdepan tekanan. Sesiapa yang melatih Kelantan juga pasti menghadapi tekanan. Itu perkara biasa dalam bola sepak dan saya sentiasa berfikiran positif. Saya buat kerja saya, anda buat kerja anda. Tugas saya belum selesai untuk membantu Kelantan meraih tiga mata dalam perlawanan ini,” katanya.


### Harap Kelantan dan Selangor boleh pergi jauh dlm AFC Cup...jadilah team yg pertama layak ke AFC Champion Liga




Last edited by kecik82 on 6-7-2013 10:51 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2013 02:49 PM | Show all posts

**Perlawanan diantara Selangor menentang Tampin Rovers akan disiarkan secara langsung oleh TV9 dekat dihati pada jam 8.45 malam. Manakala Ayeyawady United vs Kelantan TV9 akan siarkan siaran tertunda pukul 12.00 am.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 08:27 AM | Show all posts
AFC CUP 2013 – KELANTAN BERGAYA TEWASKAN AYEYAWADY UNITED


Dimitri Petratos menjaringkan 2 gol bantu Kelantan kutip 3 mata berharga
Foto : Astro

Juara dari Myanmar, Ayeyawady United terpaksa akur selepas tewas kepada Kelantan Red Warriors di gelanggang sendiri dengan jaringan 3 – 1
Kelantan membuka tirai jaringan seawal minit ke 2″ menerusi Kapten Pasukan iaitu Badhri Radzi
Pada minit ke 54″, Dimitri Petratos menambah duka tuan rumah apabila menjaringkan gol untuk kedudukan 2 – 0.
Ayeyawady United akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 80″ namun Dimitri Petratos sekali lagi menambah jaringan peribadi seminit selepas itu.
Tamat Perlawanan Kelantan menang selesa 3 – 1 di gelanggang lawan.

Kedudukan Kelantan dalam Kumpulan G selepas 2 Perlawanan berlangsung



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 08:49 AM | Show all posts
Red Giants kecewa, Red Warriors bergaya




Forkey Doe (kiri) bijak melepasi kawalan penjaga gol Tampines sebelum menjaringkan gol pertama Selangor dalam saingan Piala AFC di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
Shah Alam: Selangor gagal meraih kemenangan sulung pada kempen Piala AFC 2013 apabila sekadar seri 3-3 dengan kelab Singapura, Tampines Rovers di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Bagaimanapun, satu lagi wakil negara, Kelantan berjaya menewaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1 pada aksi Kumpulan G di Stadium Thuwunna, Yangon, petang semalam selepas sekadar seri 1-1 menentang kelab Maldives, Maziya SRC dalam perlawanan pertama di Kota Bharu.

Kelantan mendahului dua gol menerusi jaringan Badhri Radzi minit kedua dan Dimitrios Petratos minit ke-53 sebelum tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi Dominik Bersnjak minit ke-79. Petratos menjaringkan gol ketiga Kelantan seminit kemudian.


Bangkit tiga kali

Apapun, Selangor yang tewas 1-0 kepada kelab India, Kingfisher East Bengal pada aksi sulung bermula baik apabila penyerang import, Francis Forkey Doe meletakkan Selangor di hadapan seawal minit kelapan selepas mudah menggelecek penjaga gol Tampines, Sasa Dreven.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-19 apabila penyerang veteran, Aleksandar Duric yang tidak dikawal mudah merembat menewaskan penjaga gol Selangor, Sharbinee Allawee Ramli.

Kunihiro jaring gol penyamaan
Baru 30 saat babak kedua bersambung, Amri Yahyah melepaskan rembatan cantik untuk gol kedua Selangor, tetapi Tampines sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi penyudah Imran Sahib pada minit ke-48.

Forkey Doe kemudian mudah menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-53 selepas Amri dijatuhkan untuk gol ketiga Selangor, namun buat kali ketiga juga Tampines bangkit menyamakan kedudukan hasil tandukan pertahanan import, Yamashita Kunihiro selepas sepakan sudut pada minit ke-71.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 08:56 AM | Show all posts
PIALA AFC : Pasukan tunai janji, menang di Yangon


YANGON, 13 Mac - "Yang penting kami akan pastikan bawa balik 3 mata ke Kota Bharu." Itu kata-kata dari dua pemain utama pasukan Kelantan, Badhri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat semasa ditemuramah sebelum perlawanan bermula jam 6.30 petang waktu tempatan tadi.
Mereka menunaikan janji apabila Kelantan menang bergaya ke atas Ayeyawady United 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Youth Training Center Yangon.
Piya menjaringkan gol pertama Kelantan hasil daripada sepakan percuma beliau seawal minit ke 2. Perlawanan berlangsung dengan rancak dengan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan sehingga tamat separuh masa pertama.
Separuh masa ke 2 juga berlangsung dalam tempo yang sama. Kelantan lebih rancak melancarkan serangan yang kemudiannya berjaya mendapatkan gol ke 2 pada minit ke 53 oleh Dimitri Petratos setelah menerima hantaran daripada Dickson Nwakaeme.
Ayeyawady yang tertekan apabila ketinggalan 2 gol terus membuat beberapa percubaan berbahaya dan percubaan mereka pada minit ke 80 berjaya menghasilkan gol tunggal Ayeyawady daripada sepakan percuma yang diambil oleh penyerang import Slovakia mereka, Dominik Bersnjak.
Walau bagaimanapun, Kelantan tidak menunggu lama untuk membalas jaringan tersebut apabila Dimitri sekali lagi membolosi gawang lawan seminit selepas itu untuk menjadikan kedudukan hingga akhir perlawanan Kelantan 3, Ayeyawady 1.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 09:04 AM | Show all posts
PIALA AFC : Statistik Perlawanan
STATISTIK PERLAWANAN

AFC CUP 2013
GROUP STAGE
13-03-2013 17:00 MMTYouth Training Centre, Yangon, MYANMAR600
AYEYAWADY UNITED (MYA)101st Half13KELANTAN (MAS)
12nd Half2
Ext. Time
Penalty Kick
94 minutes
DIMITRIOS PETRATOS
Clear; 30% humidity28 C
Lineups
AYEYAWADY UNITED (MYA)KELANTAN (MAS)
1GKAUNG MIN KHANT
4DFZAW ZAW OO (C) 61
5DFNAY LIN AUNG
8MFAUNG KYAW MYO 53
10MFNANDA LIN KYAW CHIT 61
13MFNAING LIN OO
16MFMYO ZAW OO
19FWTHIHA ZAW 68
21FWLEANDRO DUARTE
23MFDOMINIK BERSNJAK 79
26DFMARJAN BELCHEV
4DFOBINNA NWANERI
5DFNIK MOHD SHAHRUL AZIM BIN AB HALIM
8MFMOHD SHAKIR BIN SHAARI
11FWDIMITRIOS PETRATOS 53, 80 88
13FWMOHD FAIZ BIN SUBRI 72
16MFMOHD BADHRI BIN MOHD RADZI (C) 2
19GKKHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT
23MFINDRA PUTRA BIN MAHAYUDDIN
24DFZAIRUL FITREE BIN ISHAK
26FWDICKSON NWAKAEME 81
83DFLEK KCIRA
Substitutes
2DFPHYO WAI SAN
3DFHTOO KYAW
6DFKYAW ZAYAR MIN
7DFNYI NYI MIN 68
17MFNAY LIN TUN 53
18GKPYAE PHYO OO
20MFPHYO KO KO THEIN 61
7MFZAIRO ANUAR BIN ZALANI
12MFMOHD IZUAN BIN SOLAHUDDIN 88
15DFMOHD DAUDSU BIN JAMALUDIN 72 78
17DFMOHD RIZAL FAHMI BIN AB ROSID
22FWMOHD HARIS SAFWAN BIN MOHD KAMAL
25MFNANTHA KUMAR A/L KALLIAPPAN 81
29GKMUHAMAD SYAZWAN BIN YUSOFF
Not Eligible

Not Playing
9FWSOE KYAW KYAW
11DFTUN LIN AUNG
12DFHEIN THIHA ZAW
14MFKAUNG MYAT HAN
15DFPYAY TUN
22DFTHEIN ZAW
24MFOTOMO SATOSHI
25GKSAN AUNG
27MFMIN MIN THU
14DFMOHAMAD ZAMRI BIN RAMLI
20DFMOHAMMAD AB AZIZ BIN ISMAIL
21GKNORHADI BIN UBAIDILLAH

Team Officials
MAUNG MAUNG (Team Manager)
MARJAN SEKULOVSKI (Head Coach)
WAN BADRI BIN WAN OMAR (Team Manager)
BOJAN HODAK (Head Coach)

Referee
WANG DI (CHINA P.R.)

Assistant Referees
HAN WEI (CHINA P.R.)
HSU MIN YU (CHINESE TAIPEI)

Fourth Official
YU MING HSUN (CHINESE TAIPEI)

Fifth Official

Match Commissioner
STUART GILSENAN (AUSTRALIA)
Legend:
Goals Own goal Penalties Missed Penalties Red Cards YellowCards
2nd Yellow (Red card) Substitution



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2013 09:48 AM | Show all posts
kena tipu denganTV9
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 09:52 AM | Show all posts
razzmat posted on 14-3-2013 09:48 AM
kena tipu denganTV9

Huhuhuhu...tunggu punya tunggu kena lipak lak...tapi dia orang kata Myanmar punya side yg salah hmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2013 12:16 PM | Show all posts
FAS bidas aksi lesu Red Giants
Aksi Forkey Doe (kanan) dan Amri dapat pujian pengurusan Selangor.

Kegagalan Selangor meraih kemenangan pada aksi kedua Piala AFC 2013 apabila sekadar seri 3-3 dengan kelab Singapura, Tampines Rovers di Stadium Shah Alam, malam kelmarin mencetus rasa kecewa pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain sepatutnya tampil konsisten dan lebih serius menghadapi saingan peringkat Asia itu selepas beraksi mantap membenam Johor Darul Takzim 4-1 pada aksi Liga Super, Sabtu lalu.

“Sebahagian pemain saya boleh puji seperti Francis Forkey Doe dan Amri Yahyah yang beraksi baik serta menjaringkan gol. Tapi terdapat sesetengah pemain yang nampak seperti tidak serius dan hilang fokus sepanjang perlawanan.


Irfan tak mahu risiko

“Saya kecewa dengan keadaan ini dan mahu mereka lebih serius selepas ini tidak kira ketika menghadapi perlawanan Liga Super, Piala FA mahu pun Piala AFC,” kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim mengakui terpaksa merehatkan penjaga gol utama, Norazlan Razali, Adib Aizuddin Latif dan S Kunanlan kerana tidak mahu mengambil risiko kecederaan.

“Ada baki empat perlawanan, saya masih optimis Selangor boleh menduduki dua teratas. Cuma minta pemain tidak anggap saingan Piala AFC ini sebagai gangguan untuk turut fokus kepada Liga Super dan Piala FA,” kata Irfan pada sidang media selepas perlawanan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 08:57 PM | Show all posts


2 April - Kelantan lwn Da Nang (AFC Cup) LIVE TV9 8.45
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 09:44 PM | Show all posts
1st - kelantan 3-0 da nang...Dick dan Faiz memang power male ni...dimi kurang sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 10:03 PM | Show all posts
Yeesss...akhirnya hang punya dimi dah gol...@cecurut  4-0
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2013 10:38 PM | Show all posts
ALHAMDULILAH...MENANG BESAR MALE NI KELANTAN...5-0
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 10:57 PM | Show all posts
mamat negro no 26 tu main tamak haloba...dah lah punggong tonggek...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:35 AM | Show all posts
go kelantan goo
Best arr malam tadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2013 11:52 AM | Show all posts
apatah posted on 3-4-2013 11:35 AM
go kelantan goo
Best arr malam tadi

Memang syok giler tgk semlm punya...terjatuh cinta lak kat pemain no.13 tu...huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2013 12:07 PM | Show all posts
Rabu, April 03, 2013Kelantan berpesta gol

Kota Bharu: Kelantan menerajui Kumpulan G selepas berpesta gol ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0 dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan The Red Warriors mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sejak musim lalu selain meleburkan SHB Da Nang yang tidak pernah tewas selepas tiga perlawanan sejak saingan AFC bermula.

Seawal minit pertama, pertahanan tuan rumah sudah diuji menerusi rembatan penyerang import SHB Da Nang, Merlo Sebastian Gaston selepas menerima lorongan Giang Tran Quach Tan namun ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamat keadaan.

Tersentak asakan awal pelawat, anak didik skuad kendalian Bojan Hodak mula mengatur gerakan pada minit kedua menerusi penyerang import bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme yang melakukan hantaran lintang sebelum pemain veteran, Indraputra Mahayuddin melakukan rembatan namun melepasi palang gol.

Dua minit berselang, Nwakaeme membuka tirai jaringan menerusi percubaan luar kotak penalti selepas menerima hantaran pemain sayap, Mohd Faiz Subri yang mempamer kelincahan melepasi tiga pemain lawan.

Minit keenam, Indraputra terus menjarakkan kedudukan apabila menghasilkan jaringan kedua selepas menerima umpanan cantik bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos sekali gus menewaskan penjaga gol, Nguyen Thanh Binh.
NWAKAEME (kiri) jaring gol pertama Kelantan.
Ketinggalan dua gol menyaksikan pasukan pelawat yang dikendalikan Le Huynh Duc buntu melakukan gerakan sebaliknya Kelantan terus menguasai perlawanan. Minit ke-15 Nwakaeme sekali lagi melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol.

Kelincahan Mohd Faiz terus menjadi perhatian kira-kira 10,000 penyokong, malah usahanya berjaya menghasilkan jaringan ketiga pada minit ke-23 selepas menerima umpanan Nwakaeme sekali gus terus mengukuhkan kedudukan.
Pelawat yang ketinggalan 0-3 memaksa melakukan perubahan apabila menukar tiga pemainnya meskipun belum berakhir babak pertama.

Peluang terbaik SHB Da Nang hadir pada minit ke-44 namun percubaan Vo Hoang Quang sedikit tersasar meskipun Khairul Fahmi sudah tertewas. Keputusan 3-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Bermula babak kedua, Kelantan terus garang malah Nwakaeme terus mempamer kehebatan dengan merembat kencang dari kotak penalti pada minit ke-47 namun sekadar melepasi palang gol.

SHB Da Nang terus derita apabila Petratos menghadiahkan jaringan keempat Kelantan pada minit ke-58 selepas menerima hantaran lintang Mohd Faiz.

Kelantan berpeluang menghasilkan gol kelima menerusi sepakan penalti selepas Nwakaeme dikasari penjaga gawang pada minit ke 69. Namun sepakan penalti Mohd Shahir Shaari tersasar ke kanan gawang meskipun penjaga gol sudah tidak dapat membaca arah sepakan berkenaan.

Minit ke-83 penyerang berbahaya, Nwakaeme digantikan dengan Zairo Anuar Zailani. Penyokong Kelantan terus berpesta apabila kapten, Mohd Badri Radzi menjaringkan gol kelima pada minit ke-85 dengan melakukan percubaan dari luar kotak penalti selepas penjaga gawang lawan keluar dari kawasannya untuk menyelamatkan serangan Petratos.

Dua minit masa tambahan tidak cukup untuk SBH Da nang mencari gol sagu hati yang menyaksikan keputusan 5-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.





Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 05:56 PM | Show all posts
kecik82 posted on 2-4-2013 10:03 PM
Yeesss...akhirnya hang punya dimi dah gol...@cecurut  4-0

hang tepek le banyak photo TRW & Red Giants kat sini baru meriah beb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 10:34 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 10:50 PM | Show all posts
AFC: Irfan lega peluang kembali terbuka
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
10 April 2013


Irfan Bakti Abu Salim

JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim lega apabila pasukannya masih berpeluang untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Piala Konfenderasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun ini.

Semalam, skuad bimbimbingan Irfan Bakti meraih tiga mata penuh buat kali pertama apabila menundukkan Sai Gon Xuan Tanh 3-1, sekali gus naik tangga ketiga dengan mengumpulkan empat mata.

Selangor ketinggalan tiga mata kepada Sai Gon Xuan Tanh di tangga kedua, enam mata kepada pendahulu Kumpulan H, East Bengal.
"Peluang masih terbuka, begitu kelebihan masih memihak kepada Sai Gon  kerana mereka mempunyai tujuh mata berbanding Selangor.

"Tetapi kita harus ingat saingan ada lagi baki dua perlawanan, dan saya yakin kita dapat mencatat kemenangan dalam dua perlawanan akan datang," kata Irfan Bakti ketika ditemui pemberita malam tadi.

Irfan Bakti lega dan bersyukur dengan kemenangan tersebut setelah gagal mengutip mata penuh dalam tiga perlawanan sebelum ini.
Menurutnya, kepujian harus diberikan kepada anak buahnya kerana berjaya mempamerkan aksi cemerlang semalam.

"Pemain memberikan komitmen sepenuhnya dan mengikut strategi yang disusun menyebabkan Selangor lebih bertenaga.
"Dan secara keseluruhan saya berpuas hati dengan aksi pemain," ujar beliau.

Sementara itu, jurulatih Sai Gon, Tran Tien Dai pula menganggap nasib  tidak memihak kepada mereka untuk mencatat kemenangan pada perlawanan tersebut.
Pada masa yang sama, beliau juga merasakan ketiadaan pemain nombor 21 dalam perlawanan itu antara punca pasukan mereka gagal menyerlah.
"Saya ucapkan tahniah kepada Selangor kerana berjaya mencatat kemenangan.

"Hari ini rezeki untuk Selangor dan kami tidak berputus asa kerana kami masih berpeluang untuk membaiki segala kesilapan agar dua perlawanan akan datang dapat mencatat kemenangan," jelas beliau.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.082579 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list