CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13122|Reply: 18

kisah sedih sabra dan shatila

[Copy link]
Post time 23-4-2013 12:10 PM | Show all posts |Read mode



(sempena memperingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Sabra dan Shatila. Kepada Syuhada Sabra dan Shatila, kami sedekahkan Al-Fatihah.)




Semua orang ingat pasal Peristiwa 11 September, dimana ‘kononnya’ USA telah diserang olehPengganas Islamis Al-Qaeda yang menyebabkan ribuan pekerja di Menara WTC mati. Sejak dari hari itu, umat Islam tidak kira dimana sekalipun dilabel sebagai pengganas dan USA mendapat lesen dariPBB untuk melancarkan ‘Perang Salib baru’ ataupun Perang menentang Keganasan (War against Terrorism). Hasilnya Afghanistan dan Iraq ranap berserta ribuan penduduknya yang tidak bersalah.




Namun, berapa pula yang ingat Peristiwa 16 September? (Maaf ye, ni bukan pasal Penubuhan Malaysia atau rancangan DSAI jd PM, isu ni kite borak lain kali). Pada tahun 1982, di sebuah kem pelarian di Beirut Lubnan, di sebuah kawasan bernama Sabra dan Shatila, hampir 3500 nyawa insan yang tidak berdosa, rata-ratanya ialah wanita, kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa sembelihan dan korban kepada segolongan Syaithan yang bertopengkan manusia


Antara korban Sabra dan Shatila






PENDAHULUAN


Selepas  Perang Kemerdekaan Israel 1948 dan Perang 6 Hari 1967, penduduk Palestin telah dihalau keluar oleh tentera Israel. Kebanyakan mereka telah dihalau dan dibuang ke negara Arab yang lain seperti Jordan, Lubnan, Syria, Mesir, Arab Saudi dan Iraq. Harapan Israel ialah orang Palestin akan diserap menjadi penduduk negara Arab yang menerima mereka. Namun hasrat mereka tidak menjadi kenyataan. Penubuhan PLO diketuai Yasser Arafat menunjukkan bahawa walau sejauh mana penduduk Palestin dibuang sekalipun, jiwa dan raga mereka masih lagi tertinggal di tanah air mereka. Palestin. Perjuangan PLO mendapat simpati negara Arab yang ditumpangi seperti Jordan, Syria dan Mesir dan mereka membuka ibupejabat di Amman, Jordan.




Namun, selepas tragedy Black September pejuang PLO telah dihalau keluar dari Amman, Jordan. Pejuang-pejuang PLO ini kemudiannya telah berkumpul semula di Selatan Lubnan dan berpengkalan diBeirut. Lubnan, sejak sekian lama bukanlah sebuah negara yang aman. Berpuluh-puluh tahun Lubnan menjadi medan pertempuran Perang Saudara antara rakyatnya yang berbilang puak dan agama sepertiKristian Maronite, Sunni dan Syiah. Setiap puak ini juga mempunyai parti dan organisasi separa-tentera mereka yang tersendiri yang kadangkala menjadi kawan seperjuangan dan dalam masa yang sama menjadi musuh dalam selimut. Ditambah lagi dengan pencerobohan Israel dan Syria, Lubnan sememangnya jarang merasai keamanan.







PLO menggunakan kawasan Selatan Lubnan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Israel menggunakan ancaman ini sebagai satu peluang untuk meluaskan kuasanya ke atas Lubnan. Maka Israel melancarkan Operasi Litani dan Operasi Peace for Galilea. Israel bersekutu dengan Puak Maronite Kristian yang dipimpin oleh Parti Kataeb yang mempunyai pasukan tenteranya iaituLebanese Forces (LF) dibawah Bachir Gemayel dan juga South Lebanon Army (SLA) dibawah Elie Hobeika. Parti Kataeb amat menentang kehadiran pelarian Palestin di Lubnan. Malah Bachir Gemayel pernah mengatakan bahawa dia ingin sekali meratakan kem pelarian palestin untuk membina gelanggang tenis. Puak Kataeb menggunakan kesempatan kehadiran Israel untuk menampan kehadiran tentera Syria yang mengawal Lubnan dan PLO.





Operation Peace for Galilea juga dikenali dengan Perang Israel-Lebanon, yang memakan masa hampir 18 tahun (1981-2000)




Melalui operasi tersebut, PLO terdesak berundur ke Beirut setelah menghadapi tentangan sengit. PLO kemudiannya mengadakan perjanjian dengan Israel melalui Multi national Force (MNF) yang disertai oleh USA, Perancis dan Itali. Menurut perjanjian tersebut pejuang PLO setuju untuk berundur keluar dari Beirut, Lubnan dengan syarat Israel  tidak memasuki Beirut. Manakala pelarian Palestin pula diletakkan dibawah penjagaan MNF sehingga 25 September. Perlucutan senjata orang awam secara besar-besaran dilakukan. Maka sebaik sahaja pejuang PLO berundur, yang tinggal di kem perlarian kebanyakannya hanyalah wanita, kanak-kanak dan orang tua sahaja tanpa senjata untuk perlindungan. Mereka percaya dibawah perlindungan MNF mereka akan selamat. Sebaliknya, tentera MNF meninggalkan Lubnan sebaik sahaja pejuang PLO berundur iaitu pada 13 September.




Bachir Gemayel dilantik menjadi Presiden Lubnan. Merupakan seroang yang pro-Israel, Bachir pernah menghantar 500 orang LF untuk menjalani latihan di Israel pada awal tahu 1982. Bachir memenangi jawatan presiden selepas tiada pencalonan lain. Israel amat mengharapkan Bachir menjadi presiden supaya rancangan Begin (PM Israel ketika itu) untuk menguasai Selatan Lubnan untuk keamanan Israel selama 40 tahun terlaksana. Namun begitu Bachir tidak setuju dengan rancangan tersebut. Bachir merancang menggunakan IDF untuk menghalau Syria dan kemudiannya menggunakan USA untuk menekan Israel keluar dari Selatan Lubnan.




Bachir Gemayel

Bachir Gemayel kemudiannya dibunuh pada 14 September apabila bangunan ibupejabat partinya dibom. Pembunuh, merupakan seorang nasionalis Syria yang menentang polisi Bachir yang pro-Israel. Namun ada khabar angina mengatakan bahawa pembunuhan tersebut dirancang oleh Israel dan orang-orang Hobeika kerana ketika pengeboman tersebut, Elie Hobeika yang bertanggungjawab ke atas keselamatan Bachir, tidak hadir. Walaubagaimanapun Ariel Sharon meletakkan kesalahan tersebut kepada orang Palestin. Adik Bachir, Amine berikrar untuk membalas dendam atas kematian abangnya.






TRAGEDI




IDF mendakwa terdapat 2000 pejuang PLO tidak berundur dan masih berada di kem pelarian Sabra dan Shatila. Dengan situasi kacau-bilau selepas pembunuhan Bachir, IDF kemudiannya mara ke Beirut pada15 September atas alasan memburu saki-baki pejuang PLO dan mengawal keamanan Lubnan. Lewat petang, tentera Israel telah mengepung kem Sabra dan Shatila dan mengawal jalan keluar masuk kem dengan menggunakan kereta kebal.








Keesokan harinya, 16 September pihak IDF yang diketuai oleh Ariel Sharon dan beberapa pegawai tenteranya mengadakan mesyuarat bersama dengan ketua para-military puak Kataeb yang diketuai oleh Hobeika. Jet pejuang Israel melakukan penerbangan rendah diatas kem bagi melakukan tinjauan. Lewat petang, seramai kira-kira 150 orang pengganas Kataeb bersenjatakan kapak dan parang memasuki kawasan kem. Pada malamnya pula, tentera Israel telah melepaskan ‘flare’ ke udara untuk menerangi kawasan kem bagi memudahkan puak Kataeb dan Haddad menjalankan Operasi Kasach iaitu operasi ‘pembersihan’ kem Sabra dan Shatila dari ‘pejuang PLO’.




Sepanjang malam sehingga keesokan harinya 17 September kedengaran bunyi mesingan yang dilepaskan secara rambang kepada penduduk kem. Mereka juga mengugut untuk meletupkan rumah penduduk yang enggan menyerah diri. Apabila menyerah diri, penduduk kemudiannya diseksa sebelum badan mereka dikelar. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dilonggokkan.  Kanak-kanak dan wanita yang berusia 12 sehingga 16 tahun dikumpulkan dan dibawa ke stadium untuk ‘disoal siasat’. Mereka kemudiannya ‘hilang’. Terdapat beberapa wartawan asing yang berjaya mencuri masuk ke kawasan kem.




Walaupun diarahkan IDF supaya keluar pada 5 pagi 18 September, pengganas Kataeb dan Haddad hanya keluar pada 8 pagi. Wartawan asing dibenarkan memasuki kem satu jam kemudian.




Tentera Israel tidak terlibat secara langsung terhadap tindakan ganas puak Kataeb terhadap penduduk kem walaupun kedudukan pos kawalan mereka dapat melihat dengan jelas terhadap apa yang berlaku. IDF memberikan bantuan komunikasi, makanan, gambar udara dan peta kem kepada pengganas Kataeb. Tentera Israel juga bertindak menghalang penduduk kem daripada keluar melepasi kawasan kem. Penduduk yang melarikan diri diarahkan untuk kembali ke kem mereka.




Terdapat keraguan terhadap siapa pengganas yang melakukan pembunuhan tersebut. Ada yang mendakwa kesemua pengganas tersebut merupakan askar Israel kerana terdapat insiden dimana saksi melihat mereka bercakap dan membaca surat khabar bertulisan Hebrew. Selain itu terdapat juga pengganas yang berkulit gelap seperti orang Afrika serta orang asing yang tidak berbahasa Arab ataupun Hebrew yang memungkin penglibatan tentera upahan. Ini memungkinkan niat Israel untuk menimbulkan kecurigaan antara Puak Kristian Maronite dengan orang Palestin. Ada juga saksi yang menyatakan dengan jelas penglibatan Puak Kataeb yang dipimpin oleh Hobeika dan Puak Haddad iaitu tentera upahan IDF dan Kataeb.




Walau siapapun yang melakukan pembunuhan kejam tersebut,  secara langsung ataupun tidak, sudah tiada sifat manusia didalam diri mereka lagi. Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak. Ada yang mati akibat tembak curi. Namun kebanyakannya mati dikelar dan terdapat tanda-tanda mereka diseksa dahulu sebelum dibunuh. Terdapat kesan-kesan ikatan wayar pada mangsa. Manakala bagi wanita kebanyakannya dirogol secara bergilir-gilir sebelum tubuh mereka dikelar. Ada juga yang matanya dikorek dan ada juga mayat yang dicincang serta patah riuk.




Suasana di Sabra dan Shatila selepas pembunuhan



Mayat-mayat dilonggokkan, dibiarkan mereput sebelum ditimbun dan dikambus dalam kubur besar. Kelihatan mayat seorang tua yang dikorek mata sebelum dibunuh



Semua ahli keluarga berbaris diluar rumah sebelum dibunuh. Mayat mereka kemudian dilonggokkan dengan jentera

sumber :kautahutak.blog

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2013 12:11 PM | Show all posts
Israel telah menubuhkan Suruhanjaya Kahan untuk menyiasat dakwaan penglibatan IDF dalam peristiwa tersebut. Hasilnya, mereka mendapati Israel tidak terlibat secara langsung terhadap pembunuhan tersebut sebaliknya dilakukan oleh Hobeika dan orang-orangnya. Namun, mereka mengakui IDF tidak mengambil tindakan sebaiknya untuk menghentikan perbuatan jenayah tersebut. Ariel Sharon dan beberapa pegawai tentera turut diminta untuk dipecat dari IDF dan dikutuk.


Ariel Sharon bersama George W Bush

Kerana Tragedi Sabra dan Shatila, Ariel Sharon mendapat gelaran “The butcher of Beirut”. Walaupun berundur dari jawatan Menteri Pertahanan Israel (Sharon tak mahu berundur pada awalnya dan Menachim Begin, PM Israel ketika itu juga tidak mahu memecat Sharon, namun meletak jawatan selepas satu percubaan bunuh), pada tahun 2001, Sharon akhirnya menjawat jawatan sebagai PM Israel yang ke-11.





Sabra dan Shatila hanyalah satu pengulangan siri keganasan tentera Israel seperti Tragedi Deir Yassin 1948 – Sami Hadawi, pakar sejarah


Manakala Suruhanjaya Antarabangsa pula Berjaya membuktikan pembohongan dakwaan IDF mengenai kewujudan 2000 pejuang PLO di Sabra dan Shatila. Tanpa pejuang PLO dan senjata, penduduk kem tidak mampu mempertahankan diri mereka. Malah, saksi wartawan yang memasuki kem selepas peristiwa tersebut turut menjumpai senapang mainan yang diperbuat daripada plastisin ditemui di sisi mayat seorang budak lelaki, menunjukkan betapa penduduk kem tidak mampu melindungi diri mereka sendiri.

KESIMPULAN

Sekiranya USA dibenarkan dunia untuk menuntut bela diatas kematian rakyatnya, bukankah Sabra dan Shatila boleh melakukan perkara yang sama? Tidak. Mereka hanya mahu tanah airnya kembali. Itu sahaja. Mereka hanya mahu hidup aman, sambil menjaga ladang oren dan zaitun mereka , melihat anak-anak mereka membesar dan bersolat di Masjidil Aqsa tanpa ada halangan. Namun semuanya dirobek dan dirampas oleh Israel setelah mereka dibuang dan dihalau pada 1948 dan 1967.

Situasi di palestin dan Lubnan tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia. Sekiranya para pemuda Palestin menghadapi tentangan dan peperangan secara fizikal oleh musuh mereka iaitu Zionis, para belia di Malaysia pula sedang berhadapan dengan serangan secara pemikiran dan ideology iaitu Hedonis (sifat cintakan dunia dan hiburan melampau). Di Palestin pemudanya terkorban dibaham peluru dan mortar memburu syahid, di Malaysia pula belianya maut di jalanan, sama ada sebagai mat gian ataupun mat rempit.

Kini, mayat mereka yang terkorban masih lagi disitu. Tertimbus jauh didalam runtuhan Sabra dan Shatila tanpa ada batu-batu nesan untuk memperingati mereka dan juga pengebumian yang sempurna. Kerajaan Lubnan juga bercadang untuk meratakan apa yang masih ada untuk memberi laluan kepada pembangunan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:23 PM | Show all posts
BTW Ariel Sharon dah mati ke belum? Ke still koma lagi? Sedih tengok gambar2 kat atas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:17 PM | Show all posts
setiap kali perang... orang tua, wanita dan kanak2 selalu jadik mangsa... perang mengorbankan berjuta2 nyawa tak berdosa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 02:46 AM | Show all posts
Insyaa Allah, kesemua mereka dh berada dlm taman2 syurga sekurang2nyer.... dh senang lenang dorang,..... tinggal kita2 ni jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa sentiasa bergerak,
Malam berganti siang, siang berganti malam.
Begitu juga ideologi yahudi.
Yahudi tidak tidak pernah berhenti memikirkan cara menghapuskan islam..

Ideologi yahudi diserap masuk ke negara lain dengan pelbagai cara dan muslihat..
Melalui teori ciptaan yahudi.
Melalui jalan politik.
Melalui provokasi.
Melalui bantuan rakyat tempatan.

Cara terkini adalah merekrut anak kacukan yahudi dan setibanya masa yang sesuai, meraka dihantar pulang ke tanah air dan menjadi agen mossad tanpa disedari.
Sekiranya gagal, Israel tidak bole dipersalahkan.tanpa rase bersalah agen kacukan rakyat tempatan akan dihapuskan dengan pelbagai cara (kebanyakannya kemalangan).

Sekitar tahun 2000, agen-agen ini telah mula masuk ke malaysia. Menggunakan dan mempergunakan ahli politik serta sentimen kaum bagi membuka jalan bagi kuasa luar terlibat dalam hal ehwal dalaman negara.

Terbaru lahad datu menjadi eksperimen agen yahudi menilai tahap keselamatan dan reaksi rakyat..ada pihak kononnya menggunakan kuasa luar bagi meraih sokongan dan bantuan..tapi sebenarnya pihak luar yang mempergunakan pihak tersebut.

Banyak perkara disebalik perkara dan isu di sebalik isu ini..apa pun kejahatan di muka bumi ini berpunca dari yahudi laknatullah...

Say No To Israel..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2013 03:25 PM | Show all posts
InsyaAllah Falestine tetap terpelihara. walau umatnya di dihina, siksa, dirogol, dibunuh,  Allah SWT tetap memelihara kesucian Falestine.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 12:08 AM | Show all posts
sedihnya tgk gbr2 tu... sy xpnh tahu ttg kisah ini. terima kasih krn brkongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2013 11:47 AM | Show all posts
kisah ini juga diabadikan dalam lagu allahyarham Zubir Ali..



Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa kekejaman manusia

Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban peperangan

Last edited by tiewa on 28-4-2013 11:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 01:55 PM | Show all posts
Aduhh..tak pernah tahu tragedi ni...laknatnya kaum yahudi nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 11:14 PM | Show all posts
sedihnya,,
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 09:18 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kisah ni sungguh mengganggu emosi
Last edited by bungakelabu on 1-5-2013 01:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kisah ni sungguh mengganggu emosi
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 07:34 AM | Show all posts
xpnh dgr kisah ni. tq pd tuakng muat naik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 01:12 PM | Show all posts
nama iols diberi sempena peristiwa ini..
iols dilahirkan waktu ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 05:47 PM | Show all posts
kejam sungguh perbuatan zionis. Janji Allah itu pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 02:05 PM | Show all posts
yang pasti, ketua pengganas dalam operasi pembunuhan ni iaitu ariel sharon dah pun mampos jadi bangkai yg busuk lagi membusukkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:22 AM | Show all posts
rupanya peristiwa ni berlaku pada tahun 82..ingatkan selama ni tahun 60an..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.764952 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list