CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48787|Reply: 229

Datuk Ahmad Yakob - Menteri Besar Kelantan

[Copy link]
Post time 12-5-2013 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Rasanya tak salah aku buka umah Menteri Besar Kelantan yang baru ini, memandangkan ramai yang tidak mengenali beliau. Beliau  yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad oleh penduduk di kawasan Pasir Pekan dan sekitarnya.



YAB Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Mei 2013 yang lalu. Beliau merupakan Menteri Besar ke-8 menggantikan YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.



Sedikit info mengenai Ustaz Mad @ Menteri Besar Kelantan :-

ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan.

Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam.

Hari ini Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam.

Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi.

Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University.

Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai.

Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995.

Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang.

Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.





Last edited by kecik82 on 2-7-2013 10:10 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2013 03:24 PM | Show all posts
Dipetik dari fbnya  :

Saya membaca kenyataan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini dari sebuah NGO di Kelantan yang menyarankan agar diwujudkan kerajaan muafakat gabungan UMNO dan PAS di Kelantan.

Respon saya ialah kerajaan muafakat seperti ini tidak perlu diwujudkan di Kelantan. UMNO boleh berperanan sebagai pembangkang yang baik. Insya-allah selama 23 tahun Kelantan ditadbir di bawah dasar Membangun Bersama Islam, keadilan dilaksanakan merata ke atas semua pihak. Saya yakin, semua kaum yang berbilang-bilang di Kelantan tidak dizalimi dengan dasar kerajaan selama ini. Inilah merupakan bukti yang mengukuhkan hakikat bahawa Islam merupakan rahmat kepada sekalian alam.

Dalam hal ini, saya menghargai pandangan NGO-NGO di Kelantan untuk memantapkan pentadbiran kerajaan negeri. Bantulah kami untuk terus membangunkan negeri ini seiring dengan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 03:29 PM | Show all posts
Mengadakan perjumpaan ringkas bersama kakitangan Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.




"Kekuatan saya ialah pada rakan2 yg mendokong, umpama sebatang pokok yg teguh berdiri krn akar yg saling paut memaut.. sesungguhnya saya menyayangi semua sahabat2 saya yg telah sama2 mendokong kerajaan ini... semoga Allah SWT memberikan kekuatan kpd kami semua meneruskan perjuangan membangunkan Kelantan berpedomankan syariat Islam Insya Allah...."- Ustaz Mad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 03:30 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 03:40 PM | Show all posts
Dari Blog Ibnu Hasyim

Teruskan Misi, Wujudkan ‘Ta’aawun’ & Syura -MB K'tan Baru


Ahmad berkata beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang baru dilantik akan meneruskan misi dan visi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memacu pemerintahan dan pembangunan negeri.

Selain mengekalkan beberapa Exco sesis lepas, Exco baru dilantik terdiri dari Datuk Mohd Nassuruddin Daud (mantan Speaker Dewan Negeri Kelantan), manakala muka baru dilantik Hanipa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir), Dr Ramli Mamat (Adun Bunut Payong) serta pengamal undang-undang Mumtaz Md Nawi (Adun Demit).

Ahmad Yakob yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata dengan tanggungjawab jawatan sebagai Menteri Besar yang baru itu bermakna beliau bersama saf kepimpinan yang ada akan  meneruskan visi dan misi Tok Guru.

Kepimpinan negeri, kata Ahmad, mewujudkan dasar ‘ta’aawun’ dan syura dalam hal ehwal pengurusan membuat dasar negeri, berteraskan (dasar) Membangun Bersama Islam.

“Ini termasuklah melaksanakan tawaran pada PRU-13 yang lalu berasaskan kepada (konsep)  Keberkatan; Kemakmuran dan Kebajikan.

“Ya, sememang itulah. Namun dengan keupayaan yang ada pada sahabat-sahabat Exco, mungkin kita buat pembaharuan," ujarnya yang juga Adun Pasir Pekan.

Ditanya sama ada ‘pengunduran’ Tuan Guru daripada jawatan Menteri Besar itu mungkin mengejutkan ramai orang terutama rakyat Kelantan, Ahmad berkata  ianya bukan saja ‘mengejutkan’ rakyat Kelantan, bahkan beliau juga terkejut atas permintaan Tuan Guru itu, namun telah pun direstui pimpinan PAS Pusat.

“Bagaimana pun, sebagai Menteri Besar baru diamanahkan, tanggungjawab ini dilihat bukan sebagai  ‘tasyrif’ tetapi adalah ‘taklif’,” kata Ahmad.

Ahmad berkata beliau dan kepimpinan negeri akan berbincang bagaimana memenuhi kehendak rakyat terutama anak-anak muda khususnya yang memahami Islam itu sebagai  suatu ‘ad-din’,  dicernakan kepimpinan  Tuan Guru sejak 23 tahun lalu.

Mengenai kesan kepada PAS Kelantan ekoran ‘pengunduran’  Tuan Guru itu, Ahmad berkata pada hakikatnya PAS Kelantan menerima perubahan tersebut.

“Kita masih memerlukan Tuan Guru (terus menjadi Meneri Besar), namun   hakikatnya terutama sejak akhir-akhir ini Tuan Guru sentiasa uzur, selain faktor usia,” ujar Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum ketiga belas 5 Mei  lalu, PAS Kelantan memenangi 33 daripada 45 kerusi dengan mengekalkan majoriti 2/3, justeru membentuk kerajaan negeri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 03:51 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2013 03:56 PM | Show all posts
Ramadhan tahun lepas..keprihatinan Dato Ahmad Yakob kepada penduduk setempat :




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 04:08 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 07:45 PM | Show all posts
Serius lgsung x prnh dgr nma beliau..thnks info
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 08:37 PM | Show all posts
tak salah aih. boleh sama2 kenal MB baru Kelate

pssst kecik, photo yang bertiga tu memang cun lesing lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 08:43 PM | Show all posts
Senarai Exco Kelantan 2013
Menteri Besar: Dato’ Ahmad Yakob (Adun Pasir Pekan)
Timbalan MB: Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah (Adun Panchor)

Senarai Exco (kekal):
Dato’ Ab Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau)
Datuk Anuar Tan Abdullah (Adun Kota Lama)
Mej (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman (Adun Kemahang)
Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (Adun Wakaf Bharu)
Dato’ Dr Fadzli Dato’ Hj Hassan (Adun Temangan)
Dato’ Nassuruddin Daud (Adun Meranti)
Senarai Exco (baru):
Hanifa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir)
Dr Ramli Mamat (Adun Bunut Payong)
Mumtaz Md Nawi (Adun Demit)



SUMBER: DI SINI
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 07:32 AM | Show all posts


bersih je air muka dia... harap2 dia x terlampau taksub dgn parti...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 07:34 AM | Show all posts


update selalu ye esp xtvt MB yg baru ni supaya ramai kenal dia... x kira pon dari parti mana kej yg baik untuk rakyat kita harus sokong dan hebahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 09:40 AM | Show all posts
Good info..dapatlah juga mengenali serba sedikit MB baru Kelantan Semoga Kelantan bertambah maju dgn kepimpinan beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:59 PM | Show all posts
Kalau tak silap Dato' Ahmad Yaakob dah lama pegang Timbalan Menteri Besar cuma berita-berita tentang beliau mungkin agak jarang keluar di media,mungkin ada geng2 Kelantan boleh cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 03:48 PM | Show all posts
semoga beliau di sukai & dihormati  ramai... mcm Tn Guru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 08:40 PM | Show all posts
pernah dok sebelah ustaz mat dalam kapalterbang...bertegur sapa juga orangnya...
beliau low profile...ramai yang tak mengenalinya...lama-lama nanti kenal mesra la...

berharap masaalah kegawatan air dapat diatasi...in sha Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:09 AM | Show all posts
Saya tambah sikit info barisan exco & portfolio masing-masing
(pic sumber dari utusan)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 12:30 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 13-5-2013 07:32 AM
bersih je air muka dia... harap2 dia x terlampau taksub dgn parti...

Insha Allah dia tak taksub macam sesetengah pengikut partinya..dekat kawasan saya tu tak pernah menang pun Ustaz Mad ni, tapi bantuan dan apa saja yang kerajaan negeri peruntukkan akan sampai gak malah lagi banyak dari kawasan lain..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 12:39 AM | Show all posts
YAB Datuk Ahmad Yakob menerima kunjungan YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden Pas di pejabat MB pagi tadi...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.099692 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list