CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12917|Reply: 86

[Tempatan] Dari 'mat rempit' genggam ijazah Universiti Limkokwing

[Copy link]
Post time 21-7-2013 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Bekas 'mat rempit' genggam ijazah Universiti Limkokwing


PUTRAJAYA 20 Julai - Siapa sangka Hairul Azwan Zakaria,  24, (gambar) yang pernah bergelar 'mat rempit' dan menguasai jalan-jalan kampung  di Felda Sungai Koyan 3, Raub Pahang kini bergelar graduan selepas menamatkan  pengajian di Universiti Limkokwing di sini.
Hairul yang berjaya menggenggam segulung ijazah dalam jurusan Filem dan  Televisyen itu mengakui ibunya Habsah Hussin, 58, menjadi dorongan utama  untuk berubah menjadi insan berguna walaupun sebelum ini pernah menjadi kutu  rayau di kampung.
Hairul yang merupakan anak jati Felda Sungai Koyan 3 berkata, semasa di  kampung dia terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah termasuk  menjadi 'mat rempit' dan menyertai lumba haram.
"Itu semua kenangan silam saya, berlumba pada malam minggu sememangnya  menjadi kebiasaan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2007.
"Apa yang membuatkan saya terdetik untuk menyambung belajar ialah apabila  melihat penat lelah ibu mencari rezeki dengan menjadi tukang kebun di sebuah  sekolah di Felda Sungai Koyan 3, ketika itu saya menghantar bekal kepada ibu dan  saksikan sendiri cara dia bekerja. Dia sanggup buat apa saja untuk anak-anak."  katanya.
Hairul berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima ijazah  daripada Pengasas dan Presiden universiti tersebut, Tan Sri Lim Kok Wing dalam  Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Berkongsi mengenai perjalanan pembelajarannya di Universiti Limkokwing,  Hairul berkata, dia pada mulanya mengikuti peringkat Diploma pada 2007 dalam  jurusan Filem dan Televisyen dan tamat pada 2009 sebelum menyambung pengajian ke  peringkat ijazah dalam jurusan sama.
"Saya menamatkan pengajian di Universiti Limkokwing dengan memperoleh Purata  Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.19, walaupun agak rendah saya tetap berbangga  dengan pencapaian tersebut," katanya.
Sementara itu, seorang lagi anak jati Felda, Mas Haryati Baharudin,  21, turut membuktikan status anak Felda bukan penghalang kepada beliau untuk  berjaya dalam pelajaran.
Mas Haryati yang mengambil jurusan Diploma Multimedia Pengiklanan dan  Penyiaran berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.3 berkata, dia berterima  kasih kepada Universiti Limkokwing yang memberi peluang kepadanya untuk  meneruskan pelajaran.
Terdahulu Kok Wing dalam ucapannya berkata, majlis konvokesyen itu  menyaksikan seramai 1,360 pelajar tempatan dan antarabangsa berjaya mendapat  ijazah dan diploma masing-masing.
Dalam majlis yang sama, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku  Annuar Sultan Badlishah turut dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang  Pembangunan Modal Insan oleh Universiti Limkokwing.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor Diraja Universiti Limkokwing,  Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130721/dn_18/Bekas-mat-rempit-genggam-ijazah-Universiti-Limkokwing#ixzz2ZeHdMjjw
©  Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2013 11:54 AM | Show all posts
bila berjaya...kan nampak hensem...

kalau masih mat rempit...hilang hensem terus..






Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:08 PM | Show all posts
apasal pahang felda pejuang melayu pegi unisti cina...kita basahkan keris dengan darah cina
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:11 PM | Show all posts
noor2 posted on 21-7-2013 11:54 AM
bila berjaya...kan nampak hensem...

kalau masih mat rempit...hilang hensem terus..

ha noor....setuju
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:12 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 21-7-2013 12:08 PM
apasal pahang felda pejuang melayu pegi unisti cina...kita basahkan keris dengan darah cina

kau rasis
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:14 PM | Show all posts
sapp73 posted on 21-7-2013 12:11 PM
ha noor....setuju

kannn......

bila berjaya...keja hebat..duit banyak...lagi nampak hensem.. tambah2 muka dh bergaya (ni i puji untuk muka2 yang memang hensemlah)






tp kalau muka hensem mcm mana..jadi mat rempit..mencuri..terus hilang semua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-7-2013 12:19 PM | Show all posts
Anak Felda Pahang ni Jawa ke?..

@peYno mana?..tengok..jawa Felda pun berjaya tawwwww...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2013 12:22 PM | Show all posts
noor2 posted on 21-7-2013 11:54 AM
bila berjaya...kan nampak hensem...

kalau masih mat rempit...hilang hensem terus..

Mana lagi Hensem Noor?.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2013 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-7-2013 12:19 PM
Anak Felda Pahang ni Jawa ke?..

@peYno mana?..tengok..jawa Felda pun berjaya tawwwww...

Pahang pasti la melayu tulen mengikut kajian ilmiah prof usm.. Tapi klu krluarga asal johor yg mmg ranai jadi peneroka kat pahang ni... Konpem jawa caprut
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:24 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-7-2013 12:22 PM
Mana lagi Hensem Noor?.

lelaki hat atas tu berjaya dak? kalau tak berjaya...maka tak nampak hensem sikit pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:26 PM | Show all posts
mahal study kt lingkopwing ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2013 12:26 PM | Show all posts
noor2 posted on 21-7-2013 12:24 PM
lelaki hat atas tu berjaya dak? kalau tak berjaya...maka tak nampak hensem sikit pun...

dengarnya doktor ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:27 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-7-2013 12:26 PM
dengarnya doktor ke apa...

tak baik tak bercakap benar bulan posa pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:28 PM | Show all posts
noor2 posted on 21-7-2013 12:24 PM
lelaki hat atas tu berjaya dak? kalau tak berjaya...maka tak nampak hensem sikit pun...


farhan hensemlah kak

hensemnya farhan

farhan hensem!









































http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=740299&extra=page%3D1
Last edited by kakikuDibibirmu on 21-7-2013 09:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:28 PM | Show all posts
True-X posted on 21-7-2013 12:26 PM
mahal study kt lingkopwing ni

lingkup kalau belajar kat sini la maknanya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:28 PM | Show all posts
True-X posted on 21-7-2013 12:26 PM
mahal study kt lingkopwing ni

kalau retis yang masuk dapat biasiswa kak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2013 12:29 PM | Show all posts
noor2 posted on 21-7-2013 12:27 PM
tak baik tak bercakap benar bulan posa pakcik..

Bukan tipu..terbaca dlm thread satu lagi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:29 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 21-7-2013 12:28 PM
farhan hensemlah kak

hensemnya farhan

hensem tu subjektif....ikut pandangan masing2 ler...selagi tak berjaya..tak le nampak hensem dimata kak ni dik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2013 12:30 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-7-2013 12:29 PM
Bukan tipu..terbaca dlm thread satu lagi tu...

doktorkah?....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2013 12:31 PM | Show all posts
noor2 posted on 21-7-2013 12:30 PM
doktorkah?....

entahlah...ada kata kerani je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068630 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list