CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adeqo

Neelofa:Fokus bisnes LOFA LENS & naelofar, MENANG PENGACARA POPULAR....

 Close [Copy link]
Post time 27-5-2014 09:04 AM | Show all posts
shachihata33 posted on 27-5-2014 08:39 AM
tp setau aku, betul kot mak lofa ambil nama neelofa sbb dia berkenan dgn nama anak kawn dia bangsa ...

tapi nama tu mmg persian. bukan nama pakistan. both pernah cakap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 10:48 AM | Show all posts
Benang dah nak katup
Bye Lofa



Thankyouuu

[color=rgb(0, 51, 153) !important]#Repost from [color=rgb(0, 51, 153) !important]@Lofalens

And more to come tommorow! Dont forget to hashtag [color=rgb(0, 51, 153) !important]#lofalens [color=rgb(0, 51, 153) !important]#iamyoureyecon when you wear it!
14h
Read more at http://web.stagram.com/p/728865676179252441_29602280#wceQpMCFJBVsscaf.99
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:25 PM | Show all posts
dari gua.com.my

NEELOFA MAHU FOKUS MENGACARA

Setelah dua tahun tidak berjaya membawa pulang sebarang trofi, akhirnya Neelofa meraih kejayaan apabila dia dinobatkan sebagai Pengacara Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

“Jiwa saya dalam bidang pengacaraan. Memang dari awal penglibatan saya bermula dengan pengacaraan. Tapi rezeki lebih kepada bidang lakonan, maka jenama Neelofa itu sendiri sudah melekat pada lakonan. Tapi untuk matlamat jangka masa panjang, saya mahu fokus pada pengacaraan,” kata Lofa yang menewaskan gandingannya dalam rancangan Nona, Fara Fauzana.

Tambah Lofa, dia tidak pernah berniat menyaingi Fara Fauzana. Sebaliknya pasangan pengacara ini sentiasa menyokong kerjaya masing-masing.

“Saya sangat rapat dengan Fara dan kami saling menyokong satu sama lain. Tapi bagaimanapun, semuanya tergantung pada rezeki,” jelasnya.

Menurut gadis ini lagi, dia sendiri tidak menyangka akan menang kerana Fara Fauzana sudah sekian kali memenangi kategori tersebut.

“Saya tak menjangka langsung sebab dah dua tahun tiada rezeki di ABPBH. Saya datang pada malam ni pun sebab nak jumpa kawan-kawan sambil mempromosikan perniagaan saya. Tapi Alhamdulillah, apabila diiktiraf begini saya sangat bersemangat untuk menjadi lebih baik,” ujar Lofa usai majlis anugerah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
shachihata33 posted on 26-5-2014 09:31 PM
isu gaduh dengan anzalna? siapa mulakan dulu? kalau anzalna x buka cerita kat zubir, pastu zubir s ...

Tue lah..kes so idola dia yg naik court tu Beria kte dah dibuktikn x salah klu diungkit...yg anzalna terang2 yg minta maaf pun dikata lofa gak yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 08:10 PM | Show all posts
ok bye benang neelofa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
She-eh posted on 27-5-2014 07:25 PM
dari gua.com.my

NEELOFA MAHU FOKUS MENGACARA

@she-eh smlm ade rncgn throwback ea?? Psl ape ye.. Habaq mai na.. Ko mesti tgok kan.. Aku jauh nun di sinun astro xde line kt sni.. Hee.. Andainye bnang ni dah katup.. Mohon pm iolss ye.. Nk tau ape yg lofa certakan.. Tq in advance..

All the best lofa.. Bye2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 09:40 PM | Show all posts
adeqo posted on 27-5-2014 08:25 PM
@she-eh smlm ade rncgn throwback ea?? Psl ape ye.. Habaq mai na.. Ko mesti tgok kan.. Aku jauh nun ...

Ok. iol tak pandai sangat nak bercerita tau...

Dalam throwback Lofa semalam, antara isinya:

(yg beri pendapat selain dari Lofa, kakaknya Saradina, seorg wartawan hiburan (Murshid Eunos) dan pengurus Lofa Shawn amer )


Lofa dari kecil dia rajin belajar, independent.
Lepas SPM, dapat tawaran ke USA untuk sambung belajar tapi daddynya tak benarkan kerana jauh dan tak berapa harap nak lepaskannya pergi.
Ok. Lofa kata tak pa, dia sambung belajar di KL tapi dia nak minta kebenaran sambil belajar tu, nak kerja cari duit poket.

Lofa banyak buat iklan. Antaranya Fair n Lovely, dsbnya. (lupa yg lain2)
Masa masuk Dewi Remaja, kakaknya kata tak sangka Lofa akan menang kerana contestant lain ramai hebat2.

Scene last Lofa dlm Azura adalah scene pertama yg dilakunkannya dalam filem Azura. (scene berpeluk) Jadi bayangkan macam mana susahnya dia nak menunjukkan ekspresi dlm babak yg sepatutnya dia menangis dgn penuh emosi.

Murshid Eunos beritahu, pada dia, lakonan Lofa tidaklah sekayu mana seperti anggapan kebanyakan orang (dlm Azura) , tetapi sebagai pelakon baru, banyak yang boleh diperbaiki lagi.

Tentang kesnya dgn Anzalna,
Sebenarnya kes itu (pertelingkahan antara mereka) telah lama selesai semasa Dewi Remaja berakhir tetapi ada pihak ke 3 yg cucuk Anzalna untuk untuk mengungkit perkara tu kembali.

Pada Lofa, dia dah bersikap neutral dgn Anzalna.

Tentang filem2nya yg gagal di pasaran dan tiada yg meletop lagi (pada aku, AZURA boleh dapat RM900,000 dgn hero dan heroin baru, ok la tu)
Lofa beritahu dia memang rasa down tapi bila dia tanya pendapat org yg dah berpengalaman, perkara tu biasa.

Tentang keputusannya untuk sambung belajar di NYFA (Los Angeles)
Masa yg terluang yg dia ada utk tambah ilmu tentang lakonan sementara dia belum ada komitmen lain (suami dan anak).
Bila dah belajar tentang lakonan tu, dia wish dia dapat ilmu tu sebelum dia mula berlakon dulu.

Tentang isu ditangkap khalwat, pengurus Lofa beritahu, dia dalam keadaaan yang sukar ketika itu untuk menghubungi Lofa kerana Lofa sedang dalam flight ke London.

Tentang isu baju power rangers,
Lofa tak mahu komen apa-apa.
Murshid Eunos beritahu, pereka fesyen beritahu Lofa yg dia akan nampak seperti Power Rangers. Lofa beritahu tak apa. (Mungkin masa tu, dia tak terbayangkan power rangers yg seksi).

Tentang hubungan dgn Hans,
Murshid Eunos kata mereka hanya kawan kot dan Lofa beritahu dia tak mahu bercerita tentang sesuatu yg belum pasti.

Ok. Itu lah lebihkurang yg aku ingat..
Lofa memang rasa down sangat2 dgn komen2 orang tu. Hans pujuk dia bahawa ini hanya di Malaysia, bukan di Holywood yg seluruh dunia tengok pakaiannya. Ok. Untuk pujuk hati, ia hanya pakaian, bukan benda2 buruk lain yg dia dah buat.





Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kekbelacan posted on 26-5-2014 08:52 PM
rupa2 nya anzalna tu background not bad
ada org mention dia anak professor uni
patut lah neelofa ...

Anak professor..bukan sendiri jadi professor

Takde keje nak dengki..lofa lagi bijak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 10:39 PM | Show all posts
mzzenma posted on 27-5-2014 09:45 PM
Anak professor..bukan sendiri jadi professor

Takde keje nak dengki..lofa lagi bijak

pulak tu kes gaduh lofa-anzalna, zubir yg bukak cerita - cerita dtg dari anzalna. yg pd aku, masa tu anzalna budak hingusan yg x tau tektik wartawan jahat. mungkin si zubir buruk2kn lofa deoan anzalna,anzalna yg xtau apa2 pun cerita2 ibarat cerita kt kedai kopi. sekali tup-tup zubir siar kt paper. kesian gaklah anzalna jd mangsa wartawan yg nk sensasi je. tp kes tu mst jd pengajaran buat kedua2nya spy lebih berhati-hati bila bercerita dgn wartawan.

kalau nk kata lofa yg dengki anzalna, patutnya lofa yg menjaja cerita. tp skrg terbalik, anzalna yg jaja kisah keluarga lofa, tp lofa yg dikatakan dengki anzalna. lgpn masa tu lofa juara dewi remaja, lofa meletop-letop, xkn tetiba nk dengki anzalna. kaki spin mcm idolanya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 10:45 PM | Show all posts
kalau benang ni katup, kita meriahkan thread neelofa dah berhijab tu jek x boleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
shachihata33 posted on 27-5-2014 10:39 PM
pulak tu kes gaduh lofa-anzalna, zubir yg bukak cerita - cerita dtg dari anzalna. yg pd aku, masa  ...

Tu lah pasal. Kalau dah tak suka, diorg tak kisah dah betul ke tak, yg penting boleh kutuk.

Tak rasional sgt perangai tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2014 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
shachihata33 posted on 27-5-2014 10:45 PM
kalau benang ni katup, kita meriahkan thread neelofa dah berhijab tu jek x boleh ke


Aku pun pikir mcm tu jugak..


Tq @she-eh citekn..

Panggilan @Teky @lonely_surina utk katupkan benang ni... :')
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:43 PM | Show all posts


model utk Bokitta Hijab



di Meletop malam tadi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:44 AM | Show all posts
dari oh bulan

Neelofa Bertudung Litup & Berjubah, Sudah Berhijrah Atau Strategi Pemasaran?

May 29th, 2014 | by Yusmirnadia | 1 comments


"Neelofa Bertudung Litup & Berjubah, Sudah Berhijrah Atau Strategi Pemasaran?"

Isu & Kontroversi

Neelofa Bertudung Litup & Berjubah, Sudah Berhijrah Atau Strategi Pemasaran?

Secara jujurnya, bukan sekali dua penonton terkejut melihat gaya pakaian Neelofa dalam rancangan Meletop yang bersiaran setiap hari Selasa di Astro itu.

Kalau sebelum ini Neelofa pernah dikritik kerana berpakaian agak terdedah atau terlampau ketat, namun pada malam Selasa lalu (27 Mei 2014), Neelofa telah menyebabkan ramai penonton rancangan itu ternganga dan melopong melihatnya.

Mana taknya, selebriti yang selama ini terkenal dengan imej seksi itu secara tiba-tiba tampil berjubah hitam dan bertudung litup persis wanita arab.



Neelofa Bertudung Litup & Berjubah, Sudah Berhijrah Atau Strategi Pemasaran?

Dalam hati terdetik, ‘Baguslah kalau dah berhijrah, nampak sesuai sangat imej tersebut dengan diri Neelofa. Lebih sopan santun dan lemah lembut.‘

Dalam masa yang sama, ada juga pendapat-pendapat nakal yang beranggapan perubahan drastik Neelofa itu adalah untuk mempromosikan perniagaan tudung dan jubahnya sendiri.

Rasanya tak salah kalau Neelofa berhijab semata-mata nak melariskan jualannya. Nanti tak adalah orang kata berniaga tudung tapi tuan empunya badan sendiri tak menutup aurat, betul tak?

Namun seeloknya biarlah betul-betul bersedia untuk berhijrah sepenuhnya. Peminat juga berharap agar Neelofa dapat mengekalkan imej muslimah sempurna seperti itu.

Tapi apa yang pasti, imej menutup aurat Neelofa pada malam tersebut adalah bagi menghormati peristiwa Isra’ Mi’raj yang kebetulan jatuh pada hari sama.

Apapun, kita doakan sahaja si cantik ini terbuka hati untuk bertudung suatu hari nanti. Jangan pula menghentam atau mencemuh hanya kerana dia cuba berusaha untuk berubah, okay?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:58 AM | Show all posts
Aku tak rasa dalam Meletop tu dia promote jubah atau tudung sebab Jubah tu bukan  Naelofar Abaya yg dia keluarkan (setakat ini patternnya bukan macam tu lah) dan bukan Bokitta Hijab yg dipakainya tu.

Kemungkinan dia menghormati Israk Mikraj DAN

kemungkinan juga Lofa memang dah nak berhijab secara kekal. Setakat ini sejak Meletop tu, Lofa belum post photo free hair dalam IG nya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 09:25 AM | Show all posts
Yey dah sampai Lofalens..
Tp kotaknya agak cacat, penyek2 skit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2014 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
She-eh posted on 29-5-2014 08:58 AM
Aku tak rasa dalam Meletop tu dia promote jubah atau tudung sebab Jubah tu bukan  Naelofar Abaya yg  ...

Td lofa bru je post gmbr dia free hair  kt ig awokk..

Sama2 kita doakan ye lofa berubah.. ;)

Mane si @Teky xnk tutupkn ke aku punye thread ni.. Hahahaa
Klu xnk tutup slamanya pon xpe la.. Lg baguss..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 04:36 PM | Show all posts
Terjumpa photo ni di IG @serinditphoto

Pattern sama macam yang Lofa pakai dlm Meletop

Aku speku abaya @Naelofar yang terkini


Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2014 05:52 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.210625 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list