CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20070|Reply: 167

RAKAN SEKERJA BERDENDAM DAN FIKIRANNYA TIDAK STABIL..

[Copy link]
Post time 18-10-2013 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...sudah beberapa minggu terpendam masalah ni...hanya rakan sekerja yang rapat,pihak pentadbir dan juga suami serta seorang adik perempuan sahaja yang tahu masalah saya ni...sudah buntu saya memikirkannya...tiada penyelesaian..dan saya rasa takut... biarlah saya ceritakan satu persatu...

Saya seorang guru..biarlah saya merahsiakan di mana saya mengajar..ada seorang rakan sekerja yang tidak stabil perasaannya ( dia agak bermasalah, ambil cuti tanpa gaji 3 bulan kerana ingin berubat penyakit misteri, dan semakin tidak stabil pemikirannya setelah bekerja kembali )

Hubungan saya dia dia biasa-biasa sahaja kerana pada 2010 kami ada berselisih faham dan tidak bertegur sapa selama satu tahun..hanya bercakap perkara yang berkaitan kerja sahaja...selepas setahun kami telah berbaik kembali dan bermaaf-maafan antara satu sama lain dan syukur kerana bagi saya perkara ini telah selesai..dulu berselisih faham pun kerana salah faham..tiada isu yang berat.. biralah saya namakan dia si X... si X bersangka saya bercerita tentang dirinya kepada orang lain... namun saya bukanlah begitu.. mujur ada rakan-rakan guru yang rapat dengan saya tetap percaya kerana mereka adalah rakan saya yang akrab di sekolah.. si X ini  orangnya cantik dan lemah lembut..budi bicaranya sopan dan menyenangkan hati semua orang...

Dua tahun berlalu...tetapi pada hujung tahun lepas si X kerap mengambil cuti kerana ingin berubat...katanya dia terdengar bisikan-bisikan misteri dan berubat tradisional... kami bersimpati kerana si X baik..dan pada waktu itu beliau dan suaminya baru sahaja pulang dari menunaikan umrah.. namun mereka tiada cahaya mata walaupun telah berkahwin agak lama..beliau telah beberapa kali keguguran..

Setelah beberapa lama bercuti dan kembali ke sekolah...si X menuduh seorang guru yang kami panggil kakak B membuat sesuatu kepadanya.. mungkin maksudnya seperti memperbomohkan..wallahualam... kakak B sangat sedih dan berasa malu kerana dituduh begitu..seperti yang kami kenal..kakak B ialah seorang yang baik dan InsyaAllah dia tidak akan melakukan perkara terkutuk seperti itu... tiada motif kakak B nak melakukannya kerana kakak B soearang yang sangat disenangi semua orang..merendah diri dan tidak pernah menyakiti hati sesiapa pun.. dan kami semua juga sangat menghormati kakak B..

Hubungan aku dan si X pula biasa-biasa saja..pernah aku memberi bungkusan makanan kepadanya..dia ambil dan mengucapkan terima kasih tetapi terus membuang makanan itu di dalam tong sampah dihadapanku serta-merta..aku sangat sedih... apabila aku lalu atau berselisih dia akan meludah ke arahku walaupun dari jarak jauh.. (aku memang tak berani lalu dekat dangan si X..tengok dia merenung mukaku dengan penuh kebencian) aku masih bertahan keran tidak memikrkan hal ini sangat kerana kami semua faham fikirannya tidak stabil akibat sedang sambung belajar.. tiada cahaya mata dan sangat inginkan cahaya mata.. dan yang terbaru katanaya telah berpisah dengan suaminya...wallahualam..

Namun sudah rezeki kakak B..beliau dinaikkan pangkat dan berpindah sekolah yang baru pada bulan lepas.... bermulah kisah DUKA dalam hidupku..
Karenah si X semakin menjadi-jadi..beliau menunjukkan kebencian yang sangat kepadaku sejak dua minggu ini.. untuk pengetahuan semua..beliau juga suka cakap merepek ketika mengajar dan tidak mengikut sukatan.. paling menakutkakn ialah beliau juga gemar mencarut.. dulu beliau bukanlah begitu...

Minggu lepas apabila si X berselisih dengan saya...dia kata " bayar hutaangg....bayar hutang oiii.... " banyak kali dia berkata apabila kami berselisih.. Saya tidak pernah hutang satu sen pun dengan dia....bila saya ajukan kepada pihak pentadbir si X diam sahaja apabila ditanya.. kini lebih kritikal apabila dia sambil lalu di kelas saya dan menmbuk dinding... mungkin tanda dia marahkan saya...dia juga membebel yang bukan-bukan..

Rakan yang lain berkata mungkin dia masih berdendam dengan hal dulu...tapi saya musyhkil kerana kami telah berbaik dan berpelukan... saya takut kerana melihat cara dia meludah ke arah saya setiap kali nampak saya dengan wajah penuh kebencian... tolonglah apa patut saya buat... Hal ini benar-benar mengganggu saya..


Last edited by NeBuLa on 18-10-2013 06:24 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2013 06:24 PM | Show all posts
sorry..sekajap bahasakan diri saya..sekejap aku.. panjang sangat tulis...

saya hanya bersearah minta ALLAH tolong saya..tapi serius saya takut kerana dia boleh jadi tidak stabil bila2 masa.... Last edited by NeBuLa on 18-10-2013 06:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 06:40 PM | Show all posts
mungkinkah beliau mengalami masalah kejiwaan kot. .
ataupun berkaitan mistik . .
saka barangkali . .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 06:45 PM | Show all posts
udahudahler posted on 18-10-2013 06:40 PM
mungkinkah beliau mengalami masalah kejiwaan kot. .
ataupun berkaitan mistik . .
saka barangkali . ...

Entah lah..tapi saya takut bila tengok reaksi dia yang macam tu terhadap saya.. dengan orang lain tak pulak...
Masa kakak B nak pindah sebab dapat kenaikan pangkat hari tu si X ni ok ja pi peluk salam dan minta maaf kat kakak B yang sebelum tu dia tuduh..
Saya jadi takut nak ke sekolah..takutkan dia...entah apa yang dia boleh buat...apa yang ada dalam fikirannya... takut dia hilang kawalan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 06:49 PM | Show all posts
Tuan Guru Besar pula ke Mekah...so susah la jika nak ambil tindakan apa-apa pun..dan si X ni tak minta tukar sekolah pun...begitu juga saya... sampai bila perkara ni akan berterusan... rakan yang lain minta saya tidak membalas sebarang perlakuan si X yang meludah saya tu... buat biasa sahaja seperti dia tidak meludah...
dalam hati ini bukannya saya marah nak balas balik..tapi sangat takut adalah...tengok matanya yang tajam tu...
namun saya cuba neutralkan wajah saya...tidak mahu tunjuk sebarang reaksi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 07:10 PM | Show all posts
Assalammualaikum Cikgu TT.

Aku rasa Cikgu X tue sama ada mempunyai masalah jiwa, terkena buatan org atau saka. Aku sarankan Cikgu TT buat xtau je tapi dlm pada tue mantapkan pendinding Cikgu TT. Resepi pendinding yg patut diamalkan eloklah Cikgu TT rujuk bod MPS. Jauhkan diri dan jgn menampakkan yg Cikgu TT takut kat dia. Mudah2an Cikgu TT berjaya hadapi semua ni dgn tenang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 07:15 PM | Show all posts
urm.. si X ni selagi tak sentuh badan tt jgn buat report. dh sentuh rasa terancam wat report polis dan hospital sakit jiwa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 07:19 PM | Show all posts
LaksamanaSunan posted on 18-10-2013 07:10 PM
Assalammualaikum Cikgu TT.

Aku rasa Cikgu X tue sama ada mempunyai masalah jiwa, terkena buata ...

Tq laksamanasunan.. saya pun minat kat laksamana sunan dalam novel RAM tu...

Saya memang cuba elak dari terserempak dengan dia..tapi walaupun elak terjumpa juga...sekolah tak besar sangat pun.. tapi minggu lepas dia sengaja lalu kelas saya ketuk dinding....huhuhuhu..saya elak tapi dia pulak munculkan diri...saya cuba taknak tengok muka dia bila bertembung.. tapi saya tertengok juga...dan dia meludah dari jauh.. bila dah selisih tu saya tunduk ja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2013 07:25 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 18-10-2013 07:15 PM
urm.. si X ni selagi tak sentuh badan tt jgn buat report. dh sentuh rasa terancam wat report polis d ...

Tulah Adam..sekarang  rakan baik saya di sekolah memang tak tinggalkan saya keseorangan..pergi ke mana pun pasti berteman..kecuali ke tandas dan ke kelas...
Mereka pun takut si X hilang pertimbangan... entah apa dosa saya sampai dia benci sangat..teringin nak pergi tanya..tapi takut...dan takanak panjang cerita.. si X kata saya ada hutang dia.. erm..bila masalah saya berhutang...geram jugak bila tuduh macam tu.. mujur rakan2 guru yang tahu hal ini menyebelahi saya...mereka tahu saya tidak pernah langsung hutang satu sen pun pada dia...
tapi musykil juga..dia tidak sebut pun hutang duit..cuma sebut hutang.. "bayar hutang...muka tak malu... " mungkin hutang lain maksudnya...ntah laa...sakit kepala bila fikir...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 07:29 PM | Show all posts
LaksamanaSunan posted on 18-10-2013 07:10 PM
Assalammualaikum Cikgu TT.

Aku rasa Cikgu X tue sama ada mempunyai masalah jiwa, terkena buata ...

waalaikumussalam...tadi terlupa...


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 07:29 PM | Show all posts
Agaknya dia mengajar Kemahiran Hidup agaknya masa lalu sblh kelas Cikgu TT tu.

Itu la cikgu, kadang2 bila dia nmpak cikgu takut lagi syok dia atau syaitan yg ada kat dia. (Incase kalau ada benda kat dia tu) Cuba cikgu buat kuat. Kuat tp bukan melawan. Kuat yg dari segi aura. Cikgu mesti lemah lembut orgnya kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 07:36 PM | Show all posts
LaksamanaSunan posted on 18-10-2013 07:29 PM
Agaknya dia mengajar Kemahiran Hidup agaknya masa lalu sblh kelas Cikgu TT tu.  

Itu la cikg ...

Tak..saya tak lemah lembut..cuma saya jaga pertuturan saja... bagi saya tidak perlu bercakap perkara yang tidak berfaedah..takut ada yang terasa.. saya cuma ramah dengan rakan yang betul-betul rapat saja... dah 6 tahun saya di sekolah tu... tak ada masalah pun.. seronok di situ.. tapi bila jadi macam ni...
Tulah.. ujian Allah ni kita tak jangka kan..tak pernah langsung saya fikir akan alami masalah yang serius macam ni di tempat kerja memandangkan agak lama di situ dan dah kenal hati budi rakan-rakan yang lain.....mereka juga dapat menilai saya... si X juga lama di situ.. 5 tahun.. dia juga baik,lemah lembut dan sopan..tapi tulah.. entah di mana silapnya jadi begini...

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:01 PM | Show all posts
setiap sekolah mesti ada at least sorang cikgu gila ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:01 PM | Show all posts
dier de mslh jiwa...dr ko cerita ....ak rs dier psiko orgnye...mslh bertimpa2 dlm hidup, hilang kawalan diri, perasaan lebih menguasai petimbgn......tgh cr org tuk ditunding jari, ko lak pernh de krisis dgn dier...so ko r mngsa die tuk lepas geram.mohon cikgu lain yg rpt dgn cikgu x suh dier g jumpa psikiatri...berubt cr kg pun ye gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:21 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 18-10-2013 08:01 PM
dier de mslh jiwa...dr ko cerita ....ak rs dier psiko orgnye...mslh bertimpa2 dlm hidup, hilang kawa ...

masa si X berubat dulu dan cuti tanpa gaji tu pihak sekolah ( guru besar lama...bersara bulan 5 lalu) ada juga cadangkan dia jumpa pakar psikiatri.. tapi dia taknak.. now Guru Besar baru.. Baru datang bulan 7 dan sekarang menunaikan Haji,bila cuti sekolah ni baru beliau pulang,tak sempat aku jumpa..dah cuti sekolah... aku yang jadi mangsa sekarang...
Dulu berselisih faham pun tak la teruk sangat..lepas selisih tu aku yang menangis dalam kereta sampai rumah sebab sedih kerana si X tu rakan juga walaupun tak terlalu rapat... dulu masa kami tak bertegur sapa setahun tu dia menangis kat rakan yang lain..sedih katanya sebab selisih faham dengan aku...ni rakan yang cerita..dan kami berbaik semula...dulu masa berselisih faham pun pun aku buat macam biasa ja... aku malas panjang cerita..akhirnya dia yang mengaku salah faham... sekrang kenapa benci aku pula.... Ya Allah.. aku sangat kusut pikir pasal ni.. erm.. macam ada hal mistik juga bila tengok kelakuan aneh dia yang kadang-kadang tu..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:24 PM | Show all posts
NeBuLa posted on 18-10-2013 06:49 PM
Tuan Guru Besar pula ke Mekah...so susah la jika nak ambil tindakan apa-apa pun..dan si X ni tak min ...

kalau guru besar pergi mekah ada orang yang dipertanggungjawabkan untuk "menanggung kerja" guru besar..so orang berkenaan boleh menjalankan tindakan sebagai guru besar....di PPD ada pegawai kaunseling...sila pihak pentadbir merujuk perkara ini ke PPD...selepas beberpa procedur di buat hingga kalau kronik akan di medicalboardkan...tak cerdik sangat Pk ke sapa yang menanggung kerja ni tak reti nak ambik tindakan yang sangat mudah....elaun tanggungkerja ambik..kerja tak buat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2013 08:26 PM | Show all posts
juju_amin84 posted on 18-10-2013 08:01 PM
dier de mslh jiwa...dr ko cerita ....ak rs dier psiko orgnye...mslh bertimpa2 dlm hidup, hilang kawa ...

kawan-kawan guru yang lain pun takda yang rapat dengan dia sekarang..semua tegur dia biasa-biasa ja...takda orang yang rehat sama dengan dia..dan dia pun taknak campur orang...suka buat hal sendiri...surf internet...dia ada bagitahu murid dia benci aku...cikgu M dan cikgu N.. dan takkan maafkan sampai bila2... tapi dengan dua orang cikgu yang dia kata benci juga tu dia ok saja..senyum bila jumpa mereka.. jumpa aku saja dia ludah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:30 PM | Show all posts
NeBuLa posted on 18-10-2013 08:21 PM
masa si X berubat dulu dan cuti tanpa gaji tu pihak sekolah ( guru besar lama...bersara bulan 5 la ...

keluarkan surat arahan..nak ke tak nak dia kene pergi...tak profesionallah korang kerja...main suruh2...xnak pergi xpe...sekolah ulu mana ni...pekeliling ada,,sila baca..kalau tak faham tanya PPD.JPN,Kmenterian....cikgu pun macam budak tingkatan3 je perangai...bergaduh..terasa hati...nangis...taraf cikgu ni kawan setakat kerja je...keluar pagar sekolah dah ada tanggungjawab lain menanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2013 08:31 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 18-10-2013 08:24 PM
kalau guru besar pergi mekah ada orang yang dipertanggungjawabkan untuk "menanggung kerja" guru be ...

Huhuhu..PK 1 nak pencen bulan 11 ni... PK HEM tiada pengganti lagi dah pencen bulan 7 lalu..yang ada pun PK koku ja....
PPD dah tahu si X bermasalah..tapi tiada tindakan lagi buat masa sekarang....guru besar yang lalu dah maklumkan si X selalu tak datang kerja... tapi sekarang ni bukan pasal tu... sekarang ni dia ganggu rakan sekerja...hari2 datang sekolah... rekod kehadiran dia elok sekarang..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:33 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 18-10-2013 08:24 PM
kalau guru besar pergi mekah ada orang yang dipertanggungjawabkan untuk "menanggung kerja" guru be ...

tq mod..dapat tacang hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.090511 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list