CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 5

[Kongsi Ilmu] Isu salam golongan anti-hadis

[Copy link]
Post time 20-11-2013 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Bahan ini saya angkat dari: http://bicarathtl.forumms.net/t2081-isu-salam-golongan-anti-hadis#22668

SOALAN:
Assalamualaikum,

Isu assalamualaikum dan salamun alaikum
------------------------------------
Isu ini telah dibincangkan di web jiran pada suatu masa dahulu dan di web-web lain. Saya hendak tanya semula untuk mendapatkan lebih penjelasan dalam hal ini. Secara jujurnya saya berpendapat bahawa argumen ini nampak kukuh secara permukaannya mungkin itulah sebabnya golongan anti-hadis ini selalu menggunakannya sebagai pembukaan kepada argumen mereka. Mereka menggunakan salam "Salamun alaikum" dan mengatakan bahawa "Assalamualaikum" itu bermaksud "Maha Sejahtera ke atas kamu" dan membawa kepada syirik.     

1- Apabila golongan ASWJ hendak menyangkal pendapat GAH tentang isu salam adakah mereka mengutarakan dan berpandukan satu hadis sahaja? (Hadis ketinggian Nabi Adam A.S.)

2- Adakah perkataan "assalamualaikum" itu sendiri salah dari segi tatabahasa Arab? Saya pernah membaca posting di internet yang mana seorang muslim telah diyakinkan oleh pengajarnya bahawa perkataan "assalamualaikum" itu salah dari segi tatabahasa Arab dan tidak wujud.

Cara yang terbaik bagi saya adalah untuk belajar dan mendalami bahasa Arab. Tapi selagi tuan THTL masih sihat saya berharap tidak mengapa saya tanya walaupun hal ini mungkin nampak lapuk sekarang.

JAWAPAN OLEH MODERATOR

1. Kita tak leh layan puak GAH sebab kita tak ada asas nak diskus. Dia macam syi'ah, tolak hadis (syiah tolak hadis sunni), maka tak guna nak diskus

2. Lafaz   tu tsabit dgn hadis Bukhari-Muslim, kalau tolak hadis, maka susahlah nak diskus. Ia tak menyalahi tatabahasa arab sebab ia kalimah definite. Nabi saw ni seorang yg fasih dalam arabic.

3. lafaz 'salamun alaikum' boleh cuma ia indefinite.

Maka keduanya boleh pakai, assalam yg afdhal, manakala salamun pun OK.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 10:43 PM | Show all posts
antihadis ni golongan sahabat2 nabi yang pupus, tak dapat dikesan....



ciri2:

tak bersunat.

tak pakai tudung ketika solat...

tak pergi mekah.

arak mungkin halal...

solat hanya komitmen bukan ritual...


itu antara ciri2 yg ada dari sebahagian mereka....
lalu sy tanyakan , mana golongan ini di zaman nabi?
pupus?


atau sebenarnya mereka membuat fahaman baru melalui liberalisasi dlm islam....



wallahualam....




Last edited by ussopp on 20-11-2013 10:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:55 PM | Show all posts
ussopp posted on 20-11-2013 10:43 PM
antihadis ni golongan sahabat2 nabi yang pupus, tak dapat dikesan....

depa solat tapi tak pakai tudung?

camner depa solat ? ambil wuduk?

ada tau satu agama ni , ni ajaran sesat le agama murshid...ni kawan i citer...i tatau wujud lagi ke tak ...ni solat just dgn ingati Allah ..jer...quran je ...not hadith...

hmm...tak pe Ussop i understand.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 01:24 AM | Show all posts
2. Lafaz tu tsabit dgn hadis Bukhari-Muslim, kalau tolak hadis, maka susahlah nak diskus. Ia tak menyalahi tatabahasa arab sebab ia kalimah definite. Nabi saw ni seorang yg fasih dalam arabic.

3. lafaz 'salamun alaikum' boleh cuma ia indefinite.

Maka keduanya boleh pakai, assalam yg afdhal, manakala salamun pun OK.

Saya dah pernah bincang pasal lafaz: Salaamun 'alaikum dan As-Salaamu 'alaikum.

Dalam Al-Quran, ada digunakan lafaz "Salaamun 'alaikum", tetapi lafaz "As-Salaamu 'alaikum" disebut dalam hadith sahih. Disebabkan golongan yang tolak hadith ni nak tolak penggunaan lafaz "As-Salaamu 'alaikum", mereka berhujjah lafaz tersebut tidak ada dalam Al-Quran maka wajar tertolak. Ini hujjah yang dangkal, bagi orang yang TAK FAHAM bahasa Arab. Apapun, dari Al-Quran sendiri ada lafaz As-Salaamu, yang mana mereka terlepas pandang!

Berbalik kepada lafaz kedua-duanya:
  • Salaamun 'alaikum, secara literal bermaksud Salam (yang umum) ke atasmu. Salam = ucapan sejahtera/aman
  • As-Salaamu 'alaikum, secara literal bermaksud Salam (yang khusus) ke atasmu. Salam = ucapan sejahtera/aman

Oleh kerana kalimah 'alaikum (ke atasmu - bentuk jama'/plural) tidak menjadi pertikaian di sini, maka kita akan bincangkan perbezaan antara Salaamun dan As-Salaamu, supaya lebih jelas cara penggunaannya.

Dari segi makna, sama sahaja maksudnya. Cuma dari segi, siapa yang beri ucapan, dan kepada siapa ucapan itu diberikan, ada perbezaan. Ini yang akan dibincangkan.

Kedua-dua lafaz (Salaamun dan As-Salaamu), merupakan kata nama (isim), yang mana As-Salaamu, merupakan kata nama khusus sebab bermula dengan ALIF LAM (cara sebutan di sini ikut Alif Lam Syamsiah, huruf Lam itu tidak kedengaran bunyi mati). Contoh kata nama khusus lain seperti Al-Bukhari, Al-Islam, Al-Kaafirun:
  • Al-Bukhari merujuk khusus kepada seseorang (nama ini dah terkenal khusus diberi gelaran kepada Muhaddith Imam Bukhari)
  • Al-Islam merujuk khusus kepada agama Islam yang dibawa melalui syariat Nabi Muhammad SAW
  • Al-Kaafirun merujuk khusus kepada golongan orang-orang yang kafir yang ciri-cirinya disebut dalam Surah Al-Kaafirun

Jika sebut Bukhari, ia umum, siapa-siapa yang nama Bukhari pun boleh jadi... oleh kerana dalam ilmu hadith, nama Bukhari dah masyhur, kita dapati juga digunakan tanpa tulis Al-Bukhari, namun TELAH DIFAHAMI yang dimaksudkan dengan Bukhari itu ialah Al-Bukhari = seorang Imam hadith. Kalau dalam bidang lain (masakan contohnya) tulisan Bukhari boleh merujuk kepada Nasi Bukhari (sejenis masakan nasi, hehehe!)
Jika sebut Islam, umum semua Nabi dan Rasul beragama Islam, dan pengikut kepada Nabi dan Rasul pun secara UMUMNYA beragama Islam
Jika sebut Kaafirun, umum, ada yang munafiq, ada yang bernaung di bawah pemerintahan orang Islam, umumnya orang kafir

Sekarang, berbalik kepada Salaamun dan As-Salaamu....

Salaamun, dalam Al-Quran disebut sebagai ucapan sejahtera yang umum kepada seluruh ahli Syurga, dari Allah... persoalannya, kenapa tidak disebut As-Salaamu? Saya dapati, kalimah 'As-Salaamu' itu juga terkandung nama Allah (As-Salam).

Jika bukan Allah yang beri ucapan salam (salaamun), itu bermakna sejahtera yang umum, dari siapa-siapa, boleh belaka, dan boleh bermaksud sejahtera yang berbagai-bagai, tertakluk kepada yang beri salam itu sendiri. Kalau Allah yang beri salam ('Salaamun'), bermakna sejahtera itu tentulah sejahtera dari Allah. Kalau malaikat yang beri salam ('salaamun'), tentunya salam malaikat itu salam yang sejahtera seperti sejahtera yang dimaksudkan di sisi Allah. Ada contoh ucapan dari Allah (salaamun) dan ucapan dari malaikat (salaamun) disebut dalam Al-Quran, ditujukan kepada ahli syurga. Menariknya, juga ada ucapan 'salaamun alaikum' untuk orang yang beriman, dari orang yang beriman, disebut dalam Al-Quran. Apa yang menariknya, ucapan 'salamun' itu (disebabkan umum) dijelaskan dengan maksud lebih khusus:
وَإِذَا جَآءَكَ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِنَا فَقُلۡ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمۡ‌ۖ كَتَبَ رَبُّكُمۡ عَلَىٰ نَفۡسِهِ ٱلرَّحۡمَةَ‌ۖ
Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun-alaikum". Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang (Al-An'am, 54)

Ayat di atas, bila 'Salaamun' diucapkan kepada orang yang beriman kepada ayat Allah, seterusnya dijelaskan 'Salaamun' itu sebagai kasih sayang Allah, justeru sama seperti ucapan khusus 'As-Salaamu'

Sekarang, yang memang khusus 'As-Salaamu' itu diucapkan oleh makhluk kepada makhluk, menandakan sejahtera yang khusus, yakni ada terkandung sejahtera yang hakiki dari Allah. Jika makhluk ucap 'Salamun' kepada makhluk, ia bermakna sejahtera yang umum, boleh jadi apa-apa sejahtera pun boleh, jika tidak menjelaskan sejahtera yang bagaimana?

Maka dengan sebab itulah, orang Islam lebih elok ucap As-Salamu (sejahtera dari Allah) KEPADA ORANG ISLAM, dan ia menjadi satu bentuk doa, kerana sejahtera dari Allah itu sejahtera yang HAKIKI. Namun tak salah ucap 'Salaamun', jika kita maksudkan sejahtera dari Allah, ATAU bergantung kepada siapa yang kita nak beri salam. Dan sebab itu juga, kalau nak beri salam kepada bukan Islam, tidak elok guna As-Salaamu, sebab ia bermaksud sejahtera yang ada doa khusus dari Allah. Lebih elok guna salam (Salaamun) yang umum, bermakna sejahtera (umum: kita boleh maksudkan umum sejahtera seperti yang difahami oleh orang bukan Islam sendiri), bukannya sejahtera dari Allah, kerana tidak boleh mendoakan kesejahteraan dari Allah untuk orang yang bukan Islam.

Dalam Al-Quran juga ada contoh penggunaan Salaamun 'alaikum, diucapkan untuk meninggalkan orang-orang yang bercakap sia-sia (Al-Qasas, 55), menunjukkan penggunaan 'Salaamun' itu berbentuk umum, boleh berubah-ubah maksud, bergantung kepada KONTEKS penggunaan. Konteks ucapan 'Salaamun' yang ini bukan bermaksud sejahtera dari Allah, sebaliknya ia lebih membawa maksud sejahtera lah kamu dengan cara kamu, jika itu yang kamu mahukan, sambil meninggalkan orang-orang yang bercakap sia-sia dengan cara yang baik menggunakan perkataan yang baik (ucapan salam).

Sekarang mari kita lihat penggunaan lafaz 'Salaamun' dan 'As-Salaamu' dari Al-Quran itu sendiri:

وَسَلَـٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيًّ۬ا
Dan sejahtera (Salaamun) atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali (Maryam, 15)

وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىَّ يَوۡمَ وُلِدتُّ وَيَوۡمَ أَمُوتُ وَيَوۡمَ أُبۡعَثُ حَيًّ۬ا
Dan sejahtera (As-Salaamu) semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali" (Maryam, 33)

Surah Maryam ayat 14, ucapan Salaamun itu ucapan Allah, walaupun ia umum, sebab sejahtera itu diucapkan oleh Allah sendiri, ia membawa erti sejahtera dari Allah.

Surah Maryam ayat 33, ucapan 'As-Salaamu' itu ucapan Nabi Isa AS, sebagai doa (semoga) khusus untuk dirinya dapat sejahtera dari Allah.

Lihat perbezaan cara penggunaannya.... dan Insya-Allah, kita akan faham.... apabila ia sebagai doa, diucapkan 'As-Salaamu'....

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 21-11-2013 01:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 11:56 AM | Show all posts
datang daripada bahasa yehudi

shālôm ʻalêḵem

שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2013 12:59 PM | Show all posts
mnm77 posted on 21-11-2013 01:24 AM
Saya dah pernah bincang pasal lafaz: Salaamun 'alaikum dan As-Salaamu 'alaikum.

Dalam Al-Quran ...

Terima kasih Tuan mnm77 atas penerangan yang detail.

Comments

Sama-sama, semoga bermanfaat  Post time 21-11-2013 05:32 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.650474 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list