CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 22-12-2013 09:47 PM | Show all posts
ceril76 posted on 22-12-2013 08:29 PM
You register Tiram mana? Dia akan refund tapi tak cepat lah. Hopefully they will refund. Sedih dan ...

Assalam. lama x intai benang ni. Ada gak dengar TA Tiram ni bnyk masaalah..x tau aper sbb nya.Hopefully sesiapa yg terlibat dpt refund secepat mungkin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2013 09:54 PM | Show all posts
ceril76 posted on 22-12-2013 08:29 PM
You register Tiram mana? Dia akan refund tapi tak cepat lah. Hopefully they will refund. Sedih dan ...

Register kat Tiram Shah Alam dan bukannya HQ. Patut pun dari jumaat sampai semalam bila call HQ mereka tak jawab.

Refund lambat ke? Bukan on the spot? Sebab duit tu nak bayar kat TA lain pula
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 09:58 PM | Show all posts
aduhjoyah posted on 22-12-2013 09:40 PM
ramai yg dah terkena jgk dgn Tiram Travel a.k.a TIRAM TERABUR (TT) ke?

one of my relative suppose ...

I don't think tarikh 26/12 ni boleh fly sebab kata hj yang call tadi - Plane tak dibenarkan landing sehingga 5/1 dan dia pun tak dapat beri exact date untuk terbang. Itu yang dia beri option untuk refund balik. Tapi tak taulah if fly dari PP or singapore, maybe plane boleh landing.

I ni lagi teruk - sure kena 'bambu' dengan in-laws sebab I suggest Tiram ni berdasarkan dengan iklan yang 'gempak' kat utusan msia. Kami sepatutnya pergi ber4.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 10:00 PM | Show all posts
uda posted on 22-12-2013 09:54 PM
Register kat Tiram Shah Alam dan bukannya HQ. Patut pun dari jumaat sampai semalam bila call HQ me ...

aku tnye sedara aku tu..

diorang dah tanye HQ, kalo nk mintak refund, dlm mase 2minggu baru leh dpt.


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 10:04 PM | Show all posts
kalo ikotkan crite2, aku mcm x yakin gak nih leh dpt refund dlm tempoh 2week?
korang rasew?


aku kesian lak kt diorang, dahla 1st time nk g umrah..
aku mampu doa je diorang tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 10:08 PM | Show all posts
uda posted on 22-12-2013 07:15 PM
Salam,
Awak kena juga ke? Td hubby dpt call dr tiram yg mengatakan DCA tak beri hak mendarat utk  ...

Assalamualaikum Uda,

Baca PM saya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2013 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya tiram.. Korang dh rugi masa dan mental dan tenaga... Nk refund pulak satu hal... Len kali ambik la dgn TA yg ade goodtrackrecord...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 11:26 PM | Show all posts

sumber: Berita Harian

800 jemaah umrah tersadai
2013/12/22 - 07:00:53 AM Oleh Rudy Syareme Sheriffudin | bhnews@bh.com.my Cetak Emel Kawan
  
800 jemaah umrah tersadai
Sebahagian daripada 200 penumpang pakej umrah terkandas di sebuah hotel di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam.
Georgetown: Kira-kira 800 jemaah umrah dari seluruh negara tidak dapat menunaikan hasrat itu apabila pesawat yang sepatutnya membawa mereka ke Jeddah, Arab Saudi, tidak muncul.

Mereka yang sepatutnya berlepas dari beberapa lapangan terbang di seluruh negara tidak kesampaian meskipun sudah membayar RM6,100 seorang kepada agensi yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah.


Akibatnya, ada jemaah dikatakan terpaksa menginap di hotel, inap desa atau menumpang rumah saudara selepas syarikat itu menangguhkan perjalanan mereka sebanyak empat kali.

Ghazali Kasar, 53, yang sepatutnya berlepas bersama 18 ahli keluarganya, berkata agensi swasta berkenaan mendakwa berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, mulanya mereka dijadualkan berlepas pada 5 Disember lalu melalui penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Jeddah tetapi ditangguhkan kepada 10 Disember.


Empat kali tangguh
“Kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila menerima penangguhan kali ketiga dan keempat pada Khamis lalu dan hari ini (semalam).

“Selain kami, saya difahamkan 800 jemaah yang sepatutnya berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu turut terkandas,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di Bayan Baru di sini, semalam.

Ghazali berkata, beliau sekeluarga kini hilang kepercayaan terhadap agensi itu dan mendesak mereka bertanggungjawab di atas segala kesusahan yang dialami jemaah, termasuk menyewa hotel dengan perbelanjaan sendiri.

Katanya, akibat masalah itu, kebanyakan jemaah membatalkan hasrat untuk menunaikan umrah, sebaliknya pulang ke rumah masing-masing.

Lapor polis

“Saya difahamkan semua mangsa akan membuat laporan polis dan Kementerian Pelancongan serta mengambil tindakan guaman terhadap agensi itu, selain menuntut ganti rugi.

“Kami berasa ditipu agensi itu yang sebelum ini dikatakan mempunyai rekod baik dalam menyediakan perkhidmatan haji dan umrah sejak 25 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, usaha BH mendapatkan komen pengurusan syarikat berkenaan gagal apabila pengurusnya tidak dapat dihubungi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2013 11:52 PM | Show all posts
aduhjoyah posted on 22-12-2013 10:04 PM
kalo ikotkan crite2, aku mcm x yakin gak nih leh dpt refund dlm tempoh 2week?
korang rasew?

Ya lah thank you mendokan kami tabah. Tolong doa juga wang kami dikembalikan. Thank you
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 11:55 PM | Show all posts
ceril76 posted on 22-12-2013 11:52 PM
Ya lah thank you mendokan kami tabah. Tolong doa juga wang kami dikembalikan. Thank you

Ameen... Ameen.. InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 12:20 AM | Show all posts
Nak salahkan Tiram macam tidak adil pulak kerana ada orang yg pergi dgn Tiram elok jer. Yg saya nampak umrah bulan Disember memang bermasalah. Bukan sekali tapi dah berkali-kali sejak tahun-tahun yg sudah.

Tapi orang ramai bila dah terkandas memang akan marah dan ckp macam2. Mulalah timbul khabar angin Tiram servis tak eloklah. Kalau dengar dari mulut org marah memang semua tak kena. Macam mulut org tgh marah musim haji... dituduhnya servis Tabung Haji tak bagus. Tapi org lain elok je puji. Itulah hak masing2.

Cuma yang saya nampak skrg umrah bulan Disember, Januari, Febuari memang bermasalah. Masuk bulan Mac baru die start ok balik. Masalahnya bermula dari visa... ada travel ni dapat, ada travel tu tak dapat. Kerana apa? Kerana pengurusan visa di kedutaan tak telus sebenarnya aka main org dalam.

Kemudian sikap pengurusan travel sendiri nak untung lebih. Kadang hak charter flight atas kertas iklan je, hitam putih takde pun. Hitam putih tu masih dalam perbincangan, pihak travel dah berani letak iklan setahun. Bila urusniaga tak jalan......maka akibatnya seperti yang berlaku. Ini bukan sekali tapi berkali2 melanda banyak travel cuma name mereka je tak naik. Ada yang sempat recorver dgn flight lain dan mcm2lah.

Kemudian masalah pengurusan dgn muasasah arab. Dulu2 arab memang pegang janji. Sekarang arab kata esok selesai.....2 minggu tak selesai lagi, sedangkan jemaah Malaysia dah duk nunggu2 nih. Maknanya mulut arab sekarang manis tapi satu kerja tak jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 08:12 AM | Show all posts
uda posted on 22-12-2013 09:54 PM
Register kat Tiram Shah Alam dan bukannya HQ. Patut pun dari jumaat sampai semalam bila call HQ me ...

alamak...my bro n sis in law pun reg kat tiram shah alam...tp theyols pegi bln 2...harap ok la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 08:14 AM | Show all posts
saya bakal pegi dgn tbg hj travel services...hope ok la...dgr last week yg pegi dgn TA andalusia xde masalah...tp TIRAM mmg selalu dgr...nasib kot...bertabah la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalmu'alaikum wbt

Urusan pergi umrah ini melibatkan visa, kapalterbang, hotel dll.

Bila nak apply visa, sepatutnya tiket k/t sudah dibeli dan hotel telah ditempah dan dibayar deposit.

Bila visa tak lulus, tiket k/t burn atau paling baikpun hanya dpt return sebahagian. Duit tempahan hotelpun mcm itu juga.

Bila nak reschedule balik flight, kena tenguk kekosongan seat dan biasanya TA lain sudah block seat siang2. Jadi macam mana nak selitkan jemaah yg ramai. Begitu juga dgn hotel - sudah fully book.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyelesainnya kena charter k/t dan kosnya +- RM1juta. Kalau TA ada duit pun belum tentu dpt charter sbb sykt lain pun berebut chater k/t macam Andalusia dan mereka telah lakukan lebih awal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi, kebanyakan jemaah masih berkerja, masih sekolah, ada banyak urusan dan komitmen. Belum lagi ambil kira masalah penjagaan anak2 yg ditinggalkan. Jika flight terus-terusan ditunda ini sudah tentu menyusahkan jemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2013 08:54 AM | Show all posts
salam,

sy baru nak join forum umrah ini.
akan berangkat dgn parents pada 7Jan dan berpeluang sambut maulud nabi di kota mekah
niat ayah nak bawa saya sblm kahwin...insyaallah di permudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 10:27 AM | Show all posts
te_peng posted on 23-12-2013 12:20 AM
Nak salahkan Tiram macam tidak adil pulak kerana ada orang yg pergi dgn Tiram elok jer. Yg saya namp ...

Assalam Semua

Saya setuju dengan Hj/Hjh te-peng. Memang semua orang teringin nak pergi Umrah masa hujung tahun memandangkan cuti sekolah & byk public holiday. Tapi semua kena faham time ni Visa Umrah baru je bukak, permohonan pulak rasanya berlambak2, penerbangan pulak penuh dengan orang ambik cuti tahunan . Saya pernah tanya TA yang selalu saya guna kenapa tak buka package bulan dec - jan. Jawapan TA saya tak nak ambik risiko kerana selalu sesak & takut ada masalah nak dapat visa. Perkara tak dapat visa time awal awal visa dikeluarkan dah kerap berlaku jadi kalau anda nak ambik package bulan bulan begini kenalah tanggung risiko samada dapat pergi seperti jadual atau tertangguh ke tarikh2 lain. Hanya Allah swt yang lebih mengetahui.

Kepada Travel Agensi dan Pengendali umrah pula anda jangan lah pandai berjanji, jangan lah berdolak dalik, jangan lah lepas tangan, angkat lah talipon untuk selesaikan masalah. Mana orang tak marah,  masa anda terima duit tersebut anda bermanis muka & mulut tapi ada masalah ada cuba nak mengelakkan.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 10:39 AM | Show all posts
Saya pergi dengan TA Andalusia harap-harapla takde masalah. Saya bawak mak ayah yang penting mak ayah saya dapat pegi nak tunggu panggilan haji lambat lagi tapi dah buat 2 kali rayuan. Mak ayah umo dah dekat 70..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 10:53 AM | Show all posts
Salam Semua

Alhamdullilah saya dah dapat panggilan haji 2014.  Kalu ada forumers boleh menceritakan pengalaman mengunakan pakej haji 2013 ataupun muasasah.  Nak tahu dari segi jarak, penginapan terutama di Masjidil Haram, Mina etc.   Rasa sangat2 teruja.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.309612 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list