CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 8-5-2014 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
buDak_gaTaL posted on 4-5-2014 07:46 PM
macam mana perkembangan terkini umrah di sana?

Alhamdullilah dah selamat sampai malaysia. Hari kamis n jumaat sgt ramai org kerana hari cuti arab. Ramai tok2  arab bawak famili buat umrah. Masuk hari ahad tiba2 mekah jerebu sbb kerja2 constuction..kami lari solat kt kawasan underground.. dari pengamatan sy, waktu sarapan dlm kul 7-10 pg org kurang. Boleh tawaf dlm keadaan seleasa. Elakkan bt umrah waktu mlm sehingga sebelum subuh kerana manusia ramai sgt. Maklumla malam x panas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tips utk wanita-masuk masjid boleh bawak hp ada kamera cuma x leh bawa kamera betul. Kat masjid nabawi guard buka beg n check dlm beg. Kt masjidil haram guard cuma picit2 beg. Nak bawa kamera pandai sorok. Nak tangkap gambar pastikan jauh dr guard. Tips seterusnya bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tips utk warga tua y berkerusi roda or uzur. Tingkat 3 disediakan tempat tawaf ber kerusi roda. Pergi ke belah kanan masjidil haram, ada lift.lift akan bawa kita direct ke tingkat 3 or jika naik escalator ia jugak akan bawa direct ke tingkat 3. Jika naik lift kena belok kanan n kuar semula kerana betul2 tepi pintu masuk tingkat 3 ada pintu menuju ke ruang tawaf whell chair. Ikut je jln tu, kita akan sampai.Org y sihat pun boleh tawaf guna laluan ini. Cuma kekadang je pak guard x bagi, ikut nasib..

Saie ada 2 pilihan, samada nak naik whell chair or naik scooter. Jika naik pergi saie  ikut je jln ke ke ma'saad, jgn risau pashabis tawaf ada 1 je jln kuar.ikut jejln tu. Then anda akan jumpa 2 jln. Ambik simpang kiri menuju ke tempat tawaf whell chair.jika ambik jln terus akan sampai kawasan masjid. Terus lihat kiri ada kauter n jln kekaunter ditutup oleh kon. Ckp je kat pak arab nak guna scooter. Nanti dia buka kon. Sewa scooter dlm 50 riyal.seat luas boleh dok 2 org. NAk bawa mudah sgt macam kita bawa motor tp roda 3. Org tua pun boleh bawa sendiri. Tarik punat kanan akan jln depan, lepas automatic break. Nak reverse tarik punat kiri. Sekejab je saie jika naik scooter. Memang best sgt2

Jika anda sakit kaki or org tua y x larat saie jgn paksa diri sebaliknya naik scooter. Ada jemaah sy dah tua pas tu terjatuh masa saie tangan dia retak.kesian tgk..
Jika kita nak terus p kaunter scooter, lokasi x jauh dr pintu tingkat 3. Ada dlm masjid.kena pandai2 cari.. Last edited by Syik_Gojet on 8-5-2014 07:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
AMARAN

Jgn sekali sekala bg derma kt peminta sedekah!!
Jemaah sy dah kena..masa dia bg sedekah, peminta sedekah y lain kerumuni dia secara tiba2. Dorg seluk beg dia n habis semua duit dia dorg ambik..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
AMARaN

Hati2 dgn sendiket mencium hajarul aswad.

Ada jemaah sy dah kena. Masa dia tgh cuba nak p hajarul aswad, dia asyik tertolak keluar. Tiba2 ada org indon nak bantu dia.org indon tu ckp dgn polis, n dorg dorong dia sehingga dia dpt cium hajarul aswad. Pas tu indon tu na k upah 1k..terkejut beruk dia, ingat kan indon tu iklas.dia ckp nak bg doa ja. Indon berkeras n x mo lepaskan dia. Sebab dia x bawa duit maka dia terpaksa kasi jam tangan dia. Last edited by Syik_Gojet on 8-5-2014 07:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 09:38 AM | Show all posts
buDak_gaTaL posted on 5-5-2014 05:58 PM
tumpang tanya dekat mana nak beli sim card untuk call+data internet dengan harga berpatutan/reas ...

kat madinah ramai jual prepaid mobily tu pakai meja kecik lipat duduk tepi jalan.....dlm 50riyal .....tak yah pakai passport pon nk beli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2014 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
an2toncit posted on 8-5-2014 09:38 AM
kat madinah ramai jual prepaid mobily tu pakai meja kecik lipat duduk tepi jalan.....dlm 50riyal . ...

Kalau beli daripada kedai telco, harga murah. Bayar 50 Riyal, isian 50 Riyal. Kalau beli kat penjual jalanan beli 50 Riyal isian berapa? Lebih kurang 30 Riyal - mesti kurang dari 50 Riyal. 20 Riyal tu boleh beli topup atau sedekah kat fakir  miskin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet posted on 8-5-2014 07:42 AM
AMARAN

Jgn sekali sekala bg derma kt peminta sedekah!!


Janganlah nasihat macam tu puan. Allah SWT menggalakkan kita bersedekah.

Mafhum Ayat 261, Surah Al-Baqarah :

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas(rahmat) kurniaNya lagi meliputi Ilmu PengetahuanNya."

Dari ayat di atas, mari kita buat kira-kira kat sini. Kalau kita melabur (sedekah) 1 Riyal, berapa pulangan yang kita dapat?

SR1.00 --> SR1.00 X 7 X 100 = SR700

Ringkasnya kita bagi 1 Riyal dpt 700 Riyal.

Kita kena yakin dengan janji Allah. Allah berfirman dlm ayat 13 surah ar Ra'ad yg mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memungkiri janjiNya".

Kita tidaklah bila sedekah 1 Riyal then gedebuk jatuh dari langit 700 Riyal. Ia mungkin dlm bentuk kesihatan yg kos perubatannya jika di+- 700 Riyal. Atau bila balik kat M'sia kita tiba2 dpt elak accident yg pada perkiraan logik susah hendak dielakkan, dsb.

Kalau dah niat nak bersedekah, proceed jer. Ia akan melembutkan hati kita yang keras ni di samping ganjaran pahala daripada Allah dan berbagai-bagai kebaikan. Last edited by msaadhamid on 8-5-2014 12:51 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet posted on 8-5-2014 07:50 AM
AMARaN

Hati2 dgn sendiket mencium hajarul aswad.


Memang ramai yang berkeliaran di kawasan hajar aswad dan juga di kwsn tawaf. Mereka seolah-olah tawaf tetapi sebenarnya sedang MENCARI MANGSA. Sambil tawaf sambil tanya "Udah kucup atau mau kucup hajar aswad pak?"

Kalo udah termakan bujukan, ya bayarin aja jasanya (service chargenya). Kalo ngak mau, bilangin "Nantilah saya mau solat istikhorah duluan. Kalo Allah ijin, saya ikutin." Last edited by msaadhamid on 8-5-2014 01:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
msaadhamid posted on 8-5-2014 12:49 PM
Janganlah nasihat macam tu puan. Allah SWT menggalakkan kita bersedekah.

Mafhum Ayat 261, Su ...

Terima kasih atas nasihat. Sy setuju 100% kata2 tuan.Sy lupa nak sambung, jika nak bersedekah boleh sedekah kt cleaner masjidil haram or masjid nabawi kerana mereka juga layak dpt memandangkan gaji mereka kecil dlm 300riyal. Itu y dipesan oleh ustaz2. Ustaz2 melarang besedekah kt pengemis kerana atas sebab keselamatan. Maka itu y sy amalkan, selain ada bawa stok gula2 utk diberi pd kanak2 or sapa2 y beriktikaf di masjid
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 10:22 PM | Show all posts
Syik_Gojet posted on 8-5-2014 06:07 PM
Terima kasih atas nasihat. Sy setuju 100% kata2 tuan.Sy lupa nak sambung, jika nak bersedekah bole ...

Setuju. Sy pun lbh byk bersedekah dgn petugas2 yg bekerja di Masjidil Haram, Masjid Nabawi. Juga kpd pembersih2 jalan di sekitar hotel hotel.

Bila waktu mkn sarapan, lunch dan dinner, sy akan amik lbh buah buahan utk dibagi bagi kpd petugas2 ni. Saya beli coklat dan buah kurma dari Madinah berkilo2 waktu ziarah utk di sedekahkan kpd mereka2 ni. Mereka nampaknya sgt gembira dan berterimakasih.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 10:53 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 8-5-2014 12:17 PM
Kalau beli daripada kedai telco, harga murah. Bayar 50 Riyal, isian 50 Riyal. Kalau beli kat penju ...

Masa saya beli sama je isian nya ...mak, akak n adik beli yg sama dpt isian yg sama ...cuma ada penjual yg gatal call akak saya tak lama lepas reload tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 10:55 AM | Show all posts

Saya masih di Madinah hari ni...kejap lagi lepas bfast ziarah luar

Terima kasih pada semua yg byk bagi info kat sini, memang byk membantu

Saya pun dah jumpa kedai mobily dpn hilton madinah tu, dekat aje dari anwar movenpick

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
an2toncit posted on 8-5-2014 10:53 PM
Masa saya beli sama je isian nya ...mak, akak n adik beli yg sama dpt isian yg sama ...cuma ada pe ...

Owg pompuan beli mungkin x sama dgn owg lelaki - lbh lagi yg dah berumur mcm saya ni. No discount. Musykillah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 12:26 PM | Show all posts
Salam.

Sesiapa berada di Madinah, boleh dengar terjemahan khutbah Jumaat live dalam BM guna radio hp. Lihat gambar di bawah.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya dengar Mekah banjir?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2014 06:54 PM | Show all posts
ye , i nmpk Rayhar post kat fb tadi
tapi masa i pegi 3 taun lps banjir jugk kat on da way nak ke Jeddah
Mekah ujan je masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 07:04 PM | Show all posts
rindunya dua kota suci ni....semoga dapat jemputan sekali lagi. amin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak jejak kaki d malaysia..perasaan jd blur... rasa mcm ada y kosong.. nak solat x leh coz dtg kotor. Allah makbulkan doa sy supaya x dtg kotor sepanjang berada di sana. Elok je kt balai menunggu sebelum masuk flight, sy dtg kotor..syukur.. tp, skrg ni mcm org x keruan semuanya serba x kena
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet posted on 9-5-2014 07:16 PM
Sejak jejak kaki d malaysia..perasaan jd blur... rasa mcm ada y kosong.. nak solat x leh coz dtg kot ...

Baca alQuran dan solat tak boleh. Berzikir, istighfar dan selawat boleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.322104 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list