CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 12-5-2014 08:01 PM | Show all posts
Nak tanya yg dh dapat kuota haji utk 2014 daftar tahun brp ya?sy mndaftar tahun 2008..ada hrpn x nk dpt pggilan hj thn ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2014 04:59 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 12-5-2014 05:51 PM
Baca alQuran dan solat tak boleh. Berzikir, istighfar dan selawat boleh.

Salam nak tanya bukan saja pd tuan haji..

juga kepada semua2 forumer y dah pulang dari menjejakkan kaki ke tanah suci ni..

mcm mana korg kekalkan semangat beribadat bila pulang ke Malaysia..

mohon bagi tips2 sekali..kerana sy mau berubah.. mau jadi insan y lebih baik dan beriman..

takut sgt tergelincir semula seperti dulu-dulu.. moga Allah ampunkan sy


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 10:55 PM | Show all posts


Saya masih di tanah suci Mekah sampai hari jumaat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Syik_Gojet posted on 13-5-2014 04:59 PM
Salam nak tanya bukan saja pd tuan haji..

juga kepada semua2 forumer y dah pulang dari menjejak ...

Wa'alaikum salam wbt

Yang lain-lain tolong jawab dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:04 AM | Show all posts
buDak_gaTaL posted on 13-5-2014 10:55 PM
Saya masih di tanah suci Mekah sampai hari jumaat nanti

kena buat tawaf wada hari jumaat eh..

selalunya kalu hari jumaat agak kelam kabut sikit sebab kul 10 dah kena ada dlm masjid dah..

seeloknya buat awal dalam 5 pusingan dulu.. lagi 2 pusingan tawaf buat lepas solat jumaat...



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:25 AM | Show all posts
Assalamualaikum wbt..
InshaAllah saya akan pergi menunaikan umrah pertama dalam hidup ini pada 6 jun. Dh tak sabar rasanya untuk berada di sana. Saya pergi bersama isteri & ayah mertua. Ayah mertua saya menggunakan wheel chair sepenuhnya. Untuk buat tawaf & sa'i kena buat di tingkat atas kan? Minta kepada forumer yg ada pengalaman bawa orang dgn wheel chair utk share pengalaman. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2014 09:59 AM | Show all posts
ungu_violet191 posted on 12-5-2014 08:01 PM
Nak tanya yg dh dapat kuota haji utk 2014 daftar tahun brp ya?sy mndaftar tahun 2008..ada hrpn x nk  ...

panggilan haji utk tahun ni dah tau dah.....hujung dec haritu ada dh yg dpt surat....
kalau tak salah derang daftar tahun 2007.


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:04 AM | Show all posts
Syik_Gojet posted on 13-5-2014 04:59 PM
Salam nak tanya bukan saja pd tuan haji..

juga kepada semua2 forumer y dah pulang dari menjejak ...

ada org yg senang kawan pengaruh...
kalau senang, carilah/dekatlah dgn kawan2 yg bole bawa kebaikan...
pi usrah, try jemaah kat masjid, dengar kuliah...
iman kita mmg ada turun dan naik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 11:42 AM | Show all posts
Milo_Suam posted on 14-5-2014 09:25 AM
Assalamualaikum wbt..
InshaAllah saya akan pergi menunaikan umrah pertama dalam hidup ini pada 6 ju ...

Wslm..

sy baru pulang dari Mekah minggu lepas

ayah sy berkerusi roda...

Sy akan share sedikit tips2 utk golongan berkerusi roda

Madinah <-- org berkerusi roda sangat2 beruntung jika mahu masuk ke Raudah.. sy nasihatkan rajin2 la tolak ayah encik masuk Raudah..
selalunya org berkerusi roda, guard akan berlembut hati dan bagi port2 panas dalam Raudah..seperti ayah sy dpt solat dibawah mimbar nabi..
adik sy y menolak ayah sy turut sama dpt kelebihan tersebut..

Mekah <-- untuk tawaf, org y berkerusi roda kena naik tingkat 2 khas utk tawaf berkerusi roda.. ada beberapa cara nak ke sana..
cara 1) di bahagian kanan masjidil haram, boleh nampak ada jalan membukit. jika ikut jalan itu akan bawa kita direct ke laluan jalan berkerusi roda..
jika lalu jalan itu agak memenat kan sebab nak menolak kerusi roda ke atas memerlukan tenaga y lebih..

cara 2)di bahagian kanan masjidil haram, terdapat sebuah lift.. naik je lift tu akan bawak kita direct ke tingkat 2.. cara ni lebih mudah.. cumanya lift tu akan bawa kita masuk ke dalam masjid, utk pergi ke laluan tawaf berkerusi roda kita kena belok ke kanan dan keluar semula ke pintu besar..betul2 tepi pintu besar ada laluan jalan masuk utk tawaf berkerusi roda.. jika tak pasti tanya je guard di situ dorg akan tunjukkan..

untuk pengetahuan encik, selepas itu encik kena lalu jalan besi (ala2 macam jalan tak siap) utk sampai ke tawaf berkerusi roda.. agak tinggi jugak maka encik kena byk bersabar.. jikalau boleh  jangan guna laluan tawaf berkerusi roda pada waktu lepas zohor kerana cuaca tersangat panas..

SAIE:

ada 2 pilihan samada nak saie sambil berkerusi roda atau naik scooter..

sesudah tawaf.. selepas lampu hijau ada jalan kuar, jalan tersebut betul2 mengadap multazam..boleh la solat di situ dan terdapat juga air zam zam..
ikut je laluan kuar tersebut.. nanti encik akan nampak ada simpang ke kiri or jalan terus.. jika encik ambik simpang kiri akan bawa ke laluan tawaf berkerusi roda.. manakala jika jalan terus akan membawa encik sampai ke kawasan masjid. terus encik toleh kiri encik akan nampak kon bersusun, dalam kawasan kon tu ada kaunter.. itu lah kaunter untuk sewa scooter.. 1 scooter harga dalam 50 riyal.. seat tempat duduk itu agak lebar.. encik boleh kongsi duduk bersama ayah encik.. jika kita sudah biasa bawa motor, tiada masalah nak bawa scooter itu.. bawa scooter itu semula ke kawasan saie berkerusi roda.. sekejab je dah habis saie jika naik scooter ini..


<<Jika encik berhajat utk cari org tolakkan ayah encik, boleh berhubung dgn ustaz dari agensi encik..selalunya dorg akan tolong carikan orang.. >>






Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:27 PM | Show all posts
Syik_Gojet posted on 13-5-2014 04:59 PM
Salam nak tanya bukan saja pd tuan haji..

juga kepada semua2 forumer y dah pulang dari menjejak ...

Salam

Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu.

Sudah tentu sebelum kita berangkat mengerjakan umrah hari tu kita dah cuba untuk membersihkan diri contoh - tak tinggal solat, tak bercakap bohong/sia2, tak marah2, buat banyak solat sunat, byk bersabar, istighfar etc.  Semasa di mekah pulak kita pun tak buat semua benda2 yang boleh menambah dosa  ya tak?

Jadi bila balik ke Malaysia ni, istiqamahlah apa yang dah kita buat tu..  mintak lah dengan Allah supaya kita diberi kemudahan dalam melakukan semua ibadat2 wajib dan sunat. Kalau yang wanita, sempurnakanlah cara berpakaian.  Banyakkan berzikir,solat2 sunat, kalu dulu baca quran seminggu sekali tapi bila dah balik cuba baca setiap hari.  Sehingga kita dapat rasa kemanisan beribadah itu bukan lagi sebab itu perkara wajib atau sunat dan dapat pahala semata2 tetapi - sbb ALLAH TAALA.   Waahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 02:02 PM | Show all posts
intansakura posted on 14-5-2014 12:27 PM
Salam

Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Mengerjakan umrah ke s ...

Saya setuju dengan @intan. Jika dari tanah air kita sudah melatih diri kita, di tanah haram nanti dan sekembalinya ke tanah air, tiada masaalah untuk kita terus mempraktikan yang apa kita sudah lakukan. Malah, yang tambahan pula menjadi ringan. InshaAllah.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:34 AM | Show all posts
ni flyer terbaru dari THTS just sharing if anyone interested.
cuma nak highlight flight guna Flynas and hotel jauh.
Tu sebab pricing dia macam tu. Usually THTS mmg mahal.



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 04:41 PM | Show all posts
ms sy survey br2 ni THTS pun antara yg termahal utk pakej haji..plg murah pakej rm30 ribu hotel 650m..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:13 PM | Show all posts
sleepyfish posted on 15-5-2014 10:34 AM
ni flyer terbaru dari THTS just sharing if anyone interested.
cuma nak highlight flight guna Flynas ...

Hotel Madinah tu memang dekat sgt dah dgn masjid nabawi
tp kt Mekah tu memang jauh.. masalah Masjidil haram nie susah nak cari toilet n tempat wuduk wanita
kalu nak buang hajat kena g tandas hotel berhampiran.. mungkin ada tandas kt tempat underground tp sy tak tau lak..so far tak penah jumpa

Pekej  ni memang murah betul.. kalu org y jenis biasa jalan banyak ok gak ambik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:34 PM | Show all posts
Syik_Gojet posted on 15-5-2014 10:13 PM
Hotel Madinah tu memang dekat sgt dah dgn masjid nabawi
tp kt Mekah tu memang jauh.. masalah Masj ...

yup, tapi ni first time THTS guna flynas. ni budget carrier. bukan commercial flight or SV charter. tu yg dapat offer murah. n hotel mecca jauh



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:35 PM | Show all posts
ungu_violet191 posted on 15-5-2014 04:41 PM
ms sy survey br2 ni THTS pun antara yg termahal utk pakej haji..plg murah pakej rm30 ribu hotel 650m ...

yup mmg 30k tu paling murah n kekal harga. yg pakej lain naik mendadak for pakej haji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2014 12:21 PM | Show all posts
Syik_Gojet posted on 13-5-2014 04:59 PM
Salam nak tanya bukan saja pd tuan haji..

juga kepada semua2 forumer y dah pulang dari menjejak ...

wsalam...

kalau kat sana kan, belum masuk waktu pun kita dah berduyun2 ke masjid..
kat sini, saya seboleh2 nya akan buat mcm tu.. maksudnya, masuk je waktu saya akan solat terus, takde tangguh2 mcm dulu
saya set kat kepala bila takbir tu.. `Allah maha besar' so kena dulukan panggilan Allah.
kalau kemana2 pun saya cuba elak sampai tiba waktu solat sbb taknak tangguh solat
saya pun akan tegur kwn2 kalau depa tangguh solat

sebelum gi Mekah, rajin n senang je nak bangun malam (saya la), lepas balik mcm liat sikit,
so saya kerap ingatkan diri sendiri tentang peluang yg saya dapat, mungkin tak semua orang dapat..
hari2 set jam tu untuk bangun mlm, walau kadang bangun semata nak matikan alarm

then sampai la ni, saya amalkan solat taubat tak kira la rasa berdosa ke tak, sbb kdg2 x sedar buat dosa kan..
also solat syukur n tasbih. even, kecik je benda yg saya dapat, saya solat syukur. sbb fitrah kita kan suka mintak2 itu ini, tapi jarang nak syukur.

between maghrib - isyak kuatkan semangat bukak Quran, walau hanya 1page..
mmg letak Quran dpn mata, kdg2 mmg malas, mata lebih jeling h/p

slow-slow, sikit2... lama2 ok la... sebab bagi saya, sepanjang hari2 di tanah haram tu waktu terindah, paling menenangkan, so kalau saya nakkan yg indah dan tenang mcm tu, saya kena amalkan amalan mcm kat sana.


yg lain2 ada tips meh la share jugak ya





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2014 12:29 PM | Show all posts
Syik_Gojet posted on 15-5-2014 10:13 PM
Hotel Madinah tu memang dekat sgt dah dgn masjid nabawi
tp kt Mekah tu memang jauh.. masalah Masj ...

tandas wanita ada...tp jauh di luar masjid...1 di dataran dpn Safwa Tower...1 lg di dataran Marwah...dua2 underground...mgkin ada lg tandas wanita lain cuma yg dua2 ni saya biasa masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:49 PM | Show all posts
Syik_Gojet posted on 14-5-2014 09:04 AM
kena buat tawaf wada hari jumaat eh..

selalunya kalu hari jumaat agak kelam kabut sikit sebab k ...



betul, memang sangat mencabar solat jumaat pasal aras bawah & tingkat 2 dah tutup, kena pergi aras atas takde bumbung dengan cuaca yang panas terik

memang kuat betul ketahanan jemaah yang sentiasa tahan suhu tinggi kat sana

mula2 memang ingat nak buat beberapa pusingan dulu sebelum solat, tapi bila dah ditutup lepas solat terus buat





Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:57 PM | Show all posts
forselab posted on 16-5-2014 12:29 PM
tandas wanita ada...tp jauh di luar masjid...1 di dataran dpn Safwa Tower...1 lg di dataran Marwah ...



sebelah kiri pintu masjid no.1 berhampiran tempat sewa locker ada tandas lelaki & tandas wanita...belakang area tempat minum & tempat wuduk





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.433278 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list